You are on page 1of 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TKU 3023
INFORMATION AND COMMUNICATION IN CHEMISTRY

TITTLE : SEKOLAH BESTARI

GROUP : B

PREPARED BY :
ALIA FATEHA BT ZAINUDDIN
D20081032312
NAZIRAH ADILAH BT SHAMSUL BAHARIM
D20081322267

PREPARED FOR :
MADAM HASMAYATI
Warna logo sekolah bestari Malaysia

Tulisan berwarna hitam melambangkan pemikiran yang kritis dan kreatif.


Kuning melambangkan pembelajaran secara optimis.
Ungu melambangkan pengetahuan
Putih melambangkan pendemokrasian pendidikan
Biru melambangkan pembangunan pendidikan yang menyeluruh bagi pelajar
Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi hidup negara.

Simbol sekolah bestari Malaysia

Bentuk hati yang riang membawa maksud “hati para pelajarnya”.


Bentuk lampu bergaya yang sedang menyala membawa maksud “minda pelajarnya.”
Bentuk empat segi yang kelihatan peramah melambangkan “perekaan semula Sistem
Pendidikan Malaysia”
Lagu sekolah bestari Malaysia

JIWA DAN MINDA HEARTS AND MINDS

Bermula di sini Together we are here


Hadapi cabaran dunia Holding hands we face the world
Sehati sekata We share the laughs and tears
Untuk jadi insan berjaya Doing our best to the best
Suasana harmoni Let’s learn in harmony
Menghormati menyayangi Caring, loving we all shall be

Menggapai cita bintang kejora We’ll try our best to be shining the star
Demi masa hadapan The future in our hands
*Amal nilai murni *Be strong, be kind, be fair
Dengan cara tersendiri Together we chart our way
Didik jiwa minda We use our hearts and minds
Berteraskan ICT We learn through ICT
Sekolah Bestari, Smart School you’re in our hearts
Namamu sentiasa di hati We promise we’ll make you proud
Keranamu Malaysia For the love of Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi** One nation, we stand as one **
Malaysiaku tercinta La?La?La?La?
La?la?la?la?la.. Du..du..du..du..du..du
Du..du..du..du..du..du We’ll try our best to be the shining star

Menggapai cita bintang kejora The future in our hands


Demi masa hadapan (Repeat)*
(Ulang)* **Together we are here as one
**Malaysia negara jaya
Ciptaan & Gubahan :
Mohamed Anuar Dahalan

Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun
2020, teknologi maklumat (IT) telah dijadikan satu teras yang perlu dikuasai oleh semua
lapisan masyarakat. Salah satu terminologi IT yang popular pada hari ini ialah Teknologi
Komunikasi Maklumat (ICT). ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat
Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara baru yang diperkenalkan di dalam
kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima
menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan
ICT di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa
kefahaman yang jelas akan menjejaskan perkembangannya di Malaysia dan sekaligus
memperlahankan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.
Dato' Seri Mohd Najib Razak dalam ucap utama di Majlis Perasmian Persidangan
"Discovery Malaysia 1997" menyebut :

"Sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita
menjelang abad ke 21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar
kepada teknologi maklumat dan multimedia. Ledakan multimedia sedang
berlaku dengan pesatnya. Di seluruh dunia, negara maju telahpun
melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia
dengan tujuan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan
berketrampilan dalam bidang teknologi digital menjelang abad akan
datang".

Justeru untuk turut sama bersaing dengan negara maju yang lain kerajaan telah
mengambil langkah yang bijak dengan memperkenalkan sekolah bestari. Mengapakah
kita memerlukan sekolah bestari? Persoalan ini telah terjawab berdasarkan penerangan di
atas yang mana untuk membantu melonjakkan negara ke zaman maklumat supaya kita
tidak ketinggalan berbanding negara lain. Justeru pendidikan berteraskan teknologi
maklumat harus diterapkan kepada pelajar bermula dari usia yang muda lagi supaya
mereka tidak lagi merangkak-rangkak menggunakannya setelah berada di institusi
pengajian tinggi ataupun setelah memasuki alam pekerjaan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada
tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. Sekolah bestari merupakan sekolah yang diatur
semula secara sistematik sama ada dari segi pengurusan, pengajaran dan juga pegajaran.
Institusi pendidikan ini memberi penekanan kepada beberapa aspek seperti antaranya
pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan
bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta
pengurusan sekolah yang efektif. Sekolah bestari adalah berbeza dengan sekolah biasa
dari segi pengajaran, pembelajaran dan juga pengurusan sekolah. Oleh itu, sekolah biasa
akan dibestarikan dengan mengalami beberapa perubahan.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara,


Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan
memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk
membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu
membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur
teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000
bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan
sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk
setiap buah sekolah.

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi


penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud
mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah
ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,
kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (selfaccessed),terarah kendiri (self-directed) dan kadar
kendiri (self-paced).

Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah akan mempunyai


pencapaian ICT yang sama dengan menyediakan kemudahan infrastruktur dan
perkakasan yang mencukupi (hardware), menyediakan perisian dan bahan-bahan digital
yang lengkap (software), memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru
(wetware), pentadbir dan staf sokongan dan memastikan wujudnya sistem
penyelenggaraan. Program pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan
berfasa mengikut keupayaan dan kemampuan Kementerian Pelajaran dengan mengambil
kira kesediaan sekolah.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, sekolah bestari adalah berbeza dengan sekolah
biasa. Di sekolah bestari, semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan
dan gaya pembelajaran masing-masing. Guru di sekolah bestari pula akan mengadaptasi
kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid
supaya selaras dengan pengalaman murid. Persekitaran sekolahnya adalah kondusif untuk
aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses
kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk
menggalakkan minat belajar secara berterusan. Pentaksiran murid juga berbeza di mana
ia dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran.
Pengetua atau Guru Besar sekolah pula akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan
disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber. Di sekolah
bestari, tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya,
ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka.
Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.

Dalam sistem persekolahan biasa, aktiviti pembelajaran adalah terhad. Oleh itu, murid
akan berasa bosan meskipun guru telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah dan teknik. Guru-guru di sekolah biasa,
terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman hanya bergantung kepada buku teks atau
buku-buku rujukan untuk menyampaikan pelajaran kepada murid memandangkan tidak
ada kemudahan lain untuk mendapatkannya. Mereka sukar untuk mendapatkan bahan-
bahan pelajaran. Oleh itu, sumber rujukan yang boleh digunakan oleh murid-murid
adalah terhad. Guru juga mempunyai had waktu mengajar dalam kelas biasa. Oleh itu
penyampaian pelajaran adalah terhad. Kadangkala pelbagai masalah timbul disebabkan
hal tersebut. Misalnya apabila guru tersebut tidak dapat masuk ke kelas kerana urusan
lain, maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan. Guru di
sekolah biasa juga sering menghadapi masalah untuk menyediakan bahan bantu
mengajar/belajar kerana penggunaan bahan tersebut adalah terhad dan seringkali guru-
guru hanya menggunakan bahan-bahan bercetak atau bahan maujud yang lain. Tidak
seperi di Sekolah Bestari, guru-guru tidak perlu menghabiskan banyak masa
menyediakan bahan tersebut kerana banyak bahan bantu telah tersedia, seperti pakej
pengajaran perisian komputer (software) dan internet.

Terdapat empat objektif penubuhan sekolah bestari. Objektif Sekolah Bestari adalah
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu menghasilkan tenaga kerja yang
berpemikiran dan celik teknologi, mendemokrasikan pendidikan, meningkatkan
penyertaan pihak yang berkepentingan seperti masyarakat sekeliling dalam meningkatkan
prestasi sekolah, berusaha memupuk perkembangan menyeluruh individu dan akhir sekali
memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan setiap individu. Terdapat
enam komponen dalam Sekolah Bestari Malaysia iaitu pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan dan pentadbiran, sumber manusia, kemahiran dan tanggungjawab, proses,
teknologi dan dasar (Smart School Project Team 1997). Rajah 1.1 adalah model
konseptual Sekolah Bestari yang dicadangkan oleh pasukan projek Sekolah Bestari.
Model ini menggabungkan fungsi enam komponen Sekolah Bestari dengan lima
matlamat Sekolah Bestari yang memfokus untuk menghasilkan tenaga kerja yang mahir
dan bersedia untuk era infomasi dan merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Terdapat empat elemen dalam pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari. Elemen-
elemen tersebut ialah kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan
pembelajaran (Smart School Project Team 1997). Komponen kurikulum dalam Sekolah
Bestari secara keseluruhannya merangkumi pelabagai objektif, termasuklah membantu
perkembangan individu secara menyeluruh, mengintergrasikan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran, melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, nilai, kemahiran dan sikap untuk
berjaya serta beberapa matlamat yang lain. Berdasarkan komponen-komponen tersebut,
adalah jelas bahawa pelajar-pelajar yang lahir melalui Sekolah Bestari sudah tentu
mempunyai kemahiran-kemahiran yang menyeluruh. Pengetahuan dan pelbagai
kemahiran itu nanti akan membentuk serta melahirkan seorang pelajar yang berwibawa
Dari segi pedagogi pula, penyediaan kaedah pembelajaran di Sekolah Bestari adalah
bertujuan untuk membolehkan para pelajar melalui pelbagai aktiviti, mengalami proses
pembelajaran dengan membina pengertian, mengendalikan proses pembelajaran secara
individu dan kolaboratif, serta mempelajari sesuatu berdasarkan kebolehan semulajadi
para pelajar. Dengan cara itu, para pelajar akan mempunyai pengalaman yang luas
semasa melaksanakan pembelajaran di sekolah. Berdasarkan pengalaman inilah para
pelajar dapat membentuk suatu sikap yang baik dan dapat digunakan sama ada pada masa
kini atau akan datang. Proses penilaian dalam Sekolah Bestari adalah menyeluruh,
autentik, fleksibel dan menggunakan pelbagai instrumen penilaian. Melalui proses itu,
kesahihan penilaian tidak dapat dipertikaikan. Ini bermakna, kejayaan seseorang pelajar
bukan hanya dinilai dari satu sudut sahaja. Kebolehan pelajar dari segala sudut turut
diambil kira. Melalui proses penilain itu juga, Sekolah Bestari akan melahirkan pelajar-
pelajar yang sememangnya berkebolehan mengikut bidang-bidang tertentu. Oleh itu,
kewibawaan terhadap kemahiran yang mereka miliki dapat lebi terserlah. Kurikulum
Sekolah Bestari sememangnya menekankan kepada penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai dan diperolehi daripada banyak sumber. Hal itu akan
membolehkan para pelajar mengumpul seberapa banyak ilmu pengetahuan mengikut
kehendak dan kemampuan mereka. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran penggunaan teknologi dalam Sekolah Bestari, maka para pelajar yang lahir
dari itu sememangnya akan menjadi seorang yang berwibawa pada masa akan datang
kerana ilmu yang mereka miliki itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin.

Dalam merealisasikan sesuatu projek, sudah tentu semua pihak harus


memberikan sokongan sepenuhnya. Begitu juga dalam projek sekolah bestari, pelajar, ibu
bapa dan para guru harus menyokongnya. Bagi pelajar,mereka hendaklah menyahut
seruan kerajaan ini. Pelajar yang terpilih untuk belajar di sekolah hendaklah
menggunakan peluang ini untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu pengetahuan. Seperti
yang telah dibincangkan, di sekolah bestari pembelajarannya adalah berpusatkan pelajar.
Di dalam kelas penglibatan pelajar adlah amat diutamakan. Ini bermakna, guru bukan lagi
bertindak memberi ilmu pengetahuan secara langsung, tetapi pelajar sendiri yang harus
mencari sendiri dengan menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada. Para guru
juga harus sedar bahawa mereka adalah sedikit berbeza dengan guru di sekolah biasa.
Mereka juga harus mampu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ICT dan juga
tahu mengenai perkembangan semasa dalam dunia ICT supaya mereka tidak ”kalah”
dengan pelajar mereka. Contohnya, guru harus mempunyai email untuk selalu berhubung
dan mengetahui perkembangan semasa pelajar atau mungkin untuk menghantar kerja
sekolah. Selain itu, guru juga mengadakan forum untuk mengadakan perbincangan
dengan pelajar mengenai sesuatu topik pelajaran. Dengan ini, semua pelajar akan terlibat
secara aktif dalam sesuatu pembelajaran. Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta
sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam
menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatan
profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-
pembelajaran, dan sebagainya.

Sekolah bestari harian yang pertama, dikenali sebagai Kompleks Sri Bintang yang
dilengkapi teknologi multimedia terkini, mampu menampung sehingga 4,600 pelajar.
Empat buah sekolah akan bercantum dan sekaligus menjadi komponen sekolah bestari
harian perintis itu. Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Sri Bintang 1 dan
2 serta Sekolah Kebangsaan Sri Bintang 1 dan 2, semuanya terletak dalam kompleks
seluas 12.63 hektar di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. Ia akan menjadi
kompleks pendidikan termoden dalam negara dan dapat digunakan sepenuhnya pada
Januari 1999. Komponen sekolah itu asalnya adalah Sekolah Menengah (SM) Perempuan
Bukit Bintang dan Sekolah Rendah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Bintang, yang tidak
sesuai di tapaknya sekarang dan akan berpindah ke tapak sekolah bestari itu. Keempat-
empat buah sekolah itu akan berkongsi kemudahan seperti kompleks sukan, kolam
renang, dewan serbaguna dan panggung multimedia, surau serta asrama untuk 800 pelajar
serta 78 unit rumah guru. Secara keseluruhannya, sekolah itu mampu menampung
sehingga 4,600 murid dan pelajar. Menteri Pendidikan pada masa itu, Datuk Seri Najib
Tun Razak membuat perasmian pecah tanah dan menyatakan penyediaan tempat
penginapan untuk murid, guru serta kemudahan-kemudahan bersepadu untuk akademik,
riadah dan kokurikulum yang lengkap, dapat mewujudkan satu budaya baru ke arah
mengeratkan lagi hubungan masyarakat. Antara ciri menarik yang terdapat dalam
kompleks itu ialah penyepaduan antara sekolah dengan masyarakat setempat di mana
kemudahan yang disediakan boleh dikongsi bersama.

Selain di bandar, pembestarian sekolah juga dijalankan di luar Bandar. Sebanyak 15 buah
sekolah luar bandar terlibat dalam pembestarian di bawah Multimedia Development
Corporation (MDEC), Multimedia Super Corridor (MSC) di seluruh Malaysia. Sekolah-
sekolah tersebut ialah SK Arau, Arau, (Perlis) SMK Megat Dewa, Kodiang, (Kedah) SJK
(C) Mah Hua, Tasek Gelugor, (Pulau Pinang) SMK (Felda) Besout, Sungkai, (Perak)
SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, (Selangor) SJK (T) Vageesar, Kuala Selangor,
(Selangor) SK Palong 14(F), Gemas, (NegeriSembilan)
SK Pulau Sebang, Alor Gajah, (Melaka) SK Peserai, Batu Pahat, (Johor) SK Cherok
Paloh, Kuantan, (Pahang) SK Tasik Cini, Pekan, (Pahang) SK Tok Randok, Ajil,
(Terengganu) SK Jambu Lawar, Machang, (Kelantan) SMK Sematan, Sematan,
(Sarawak) SMK (A) Mohamad Ali, Ranau, (Sabah). Program-program bestari yang
sedang dan akan dilaksanakan kepada 15 sekolah ini merangkumi perkara-perkara seperti
penyediaan alat-alat inovatif serta aplikasi untuk pengurusan sekolah, pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan perubahan untuk guru besar, pengetua dan guru-guru, latihan
tambah nilai pengintegrasian bahan-bahan berasaskan ICT dan pemantauan secara on-site
oleh pembimbing dari Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Perlaksanaan sekolah bestari merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan
berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha
dalam memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Seperti mana diucapkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu
pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana
Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat
kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan
pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari."
Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan
datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari
sebagai satu daripada tujuh ‘flagship application' dalam projek Mega Koridor Raya
Multimedia". Kesimpulannya diisini yang dapat kita rungkaikan bahawa perlaksanaan
sekolah bestari bukanlah satu perkara yang tidak memberi manfaat kepada institusi
pendidikan. Tetapi ia merupakan salah satu kaedah yang terbaik dalam memastikan taraf
pendidikan Negara mencapai taraf yang sama dengan dunia bak kata pepatah‘berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah’ dan seterusnya mencapai hasrat ‘Wawasan 2020’.

Bibliografi

http://www.smkevii.edu.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=81&Itemid=100

http://infobestari.blogspot.com/2009/05/program-sekolah-bestari-luar-bandar-kpm.html

http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/status

www.smksgpusu.net/bahan/PanduanPembestarianSekolah.pdf

http://pkgseriampang.org/portal/index.php?
option=com_content&task=view&id=13&Itemid=25

www.geocities.com/fmurni/skbestari.html
www.pspnperak.edu.my/files/PEMBESTARIAN%20SEKOLAH.doc

http://www.johordt.gov.my/ppdkulai/Galeri/kad_laporan_pipp_lampiran4.pdf

ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_bestari

You might also like