You are on page 1of 2

LAPORAN AKTIVITI SENAMROBIK Nama aktiviti : Senamrobik Tarikh : 17 - 19 Mac 2014 Masa : 7.

30 pagi Penyelaras : Cik Noor Hayati binti Ariffin Tempat : Kem Paya Pahlawan, Kedah Program Bina Insan Guru (BIG) Siri 1/2014 yang disertai oleh guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 telah diadakan pada 16 Mac hingga 19 Mac 2014 di Kem Paya Pahlawan, Kedah. Sepanjang kem ini,pelbagai jenis aktiviti telah dilaksanakan bagi tujuan untuk membina insan guru serta menanamkan nilai-nilai murni dalam jiwa para guru pelatih yang memainkan peranan penting sebagai bakal guru. Bagi mencergaskan minda dan tubuh para guru pelatih, guru-guru pelatih dari kumpulan P1B yang berjurusan Pengajian Cina telah dianugerahkan tanggungjawab untuk mengajarkan senamrobik pada setiap 7.00 pagi. Para guru pelatih P1B telah membahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan adalah bertanggungjawab kepada hari yang tertentu. Misalnya, kumpulan pertama yang terdiri daripada Karen So Yong Fen, Yau Seen Wei, Ho Kiang Cheon, Lee Jia Jian, Wong Kee Heng dan Lim Wen Qian telah dipertanggungjawabkan untuk senamrobik pada 17 Mac 2014, kumpulan dua yang terdiri daripada Leong Wai Kuan, Khoo Chee Ting, Doreen Teng Li Ying, Lim Choon Che, Leong Suit Yee dan Kenix Jong Fang Feei pula memimpin senamrobik pada 18 March 2014 manakala kumpulan 3 yang terdiri daripada Lily Wong Shuk Li, David Tiong Yong Lung, Tiang Ching Sieng, Nyau Sie Joo, Ng Yen Qi, Evalina Liew Li Se telah bertanggungjawab untuk senamrobik pada hari yang terakhir, iaitu 19 Mac 2014. Bagi menyempurnakan tanggungjawab masing-masing, para guru pelatih telah mengorbankan masa rehat mereka untuk mengaturkan aktiviti senamrobik. Hal ini kerana sepanjang kem BIG ini, aktiviti terakhir yang diadakan pada setiap hari berlangsung pada pukul 11 malam. Selepas itu, semua guru pelatih telah penat dan tidur untuk merehatkan minda dan tubuh masing-masing. Tetapi pada masa itu, kumpulan guru pelatih yang bertanggungjawab dalam senamrobik pada hari kemudian

masih berusaha dalam mengatur langkah-langkah senamrobik bagi mencapai tujuan memanaskan badan para guru pelatih sebelum bermulanya aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Sebelum 7.00 pagi, kumpulan berkenaan telah bersiap sedia di tapak perhimpunan. Selepas menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan lagu IPGKSAH, mereka pun memulakan aktiviti senamrobik. Kumpulan P1B telah berjaya memimpin para guru pelatih untuk melakukan senamrobik dengan penuh bersemangat. Secara ringkasnya, aktiviti senamrobik sepanjang kem ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Hal ini kerana para guru pelatih telah memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya semasa sesi senamrobik. Selain itu, kumpulan-kumpulan yang bertanggungjawab dalam sesi ini juga telah menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dan penuh dengan kegigihan. Satu-satunya kelemahan dalam aktiviti ini adalah kesuntukkan masa terutamanya pada hari terakhir, iaitu 19 Mac 2014 kerana pelbagai persiapan harus dilakukan sebelum berangkat pulang ke kampus. Tuntasnya, aktiviti senamrobik ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu menyediakan para guru pelatih supaya berada dalam keadaan bersedia dengan tubuh badan yang sihat dan minda yang cergas.

Yang menjalankan tugas,

21 Mac 2014.

___________________________ (Chieng Shaw Hwa) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Siri 1/2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

You might also like