You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI MORAL Nama Aktiviti : Ceramah Moral 1 Tarikh Masa Penyelaras Tempat : 16 Mac 2014 (Ahad) : 7.

00 9.00 malam : Encik Baskaran a/l Subramaniam : Dewan Kem Paya Pahlawan

Pada 16 Mac hingga 19 Mac, seramai 81 orang guru pelatih PISMP dari IPGKSAH telah menyertai program Bina Insan Guru(BIG) Siri 1/2014. Guru-guru pelatih terdiri daripada 60 orang perempuan dan 21 orang lelaki. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk membina potensi diri, memupuk sikap keberanian dan semangat pejuang, memupuk kerjasama antara satu sama lain serta menerap nilai-nilai moral dalam diri guru-guru pelatih. Pada hari pertama, aktiviti ceramah moral telah dijalankan di Dewan Kem Paya Pahlawan. Aktiviti ini diketuai oleh Encik Baskaran a/l Subramaniam. Selepas makan malam, guru-guru pelatih dikehendaki berkumpul di Dewan Kem Paya Pahlawan. Guru-guru pelatih telah diminta duduk dalam bulatan mengikut kumpulan masing-masing iaitu kumpulan A, B, C, D, E dan F. Selepas itu, jurulatih memberi kertas putih A4 kepada setiap kumpulan dan mengemukakan soalan mengenai nilai-nilai murni yang dapat kita pelajari semasa mendirikan khemah. Guru-guru pelatih diminta berfikir dan menjawab soalan tersebut dalam kertas serta membentangkannya. Jurulatih telah memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk mengeluarkan idea masing-masing dan menerangkan nilai-nilai moral yang diperolehi semasa mendirikan khemah. Jurulatih juga telah mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan nilainilai moral dan memilih beberapa guru pelatih untuk menjawabnya. Guru-guru pelatih telah menunjukkan kebolehan mereka dengan memberi banyak idea yang positif dan memuaskan. Justeru, aktiviti moral ini telah dijalankan dengan lancarnya dan mendapat pelbagai sokongan daripada guru-guru pelatih.

Yang menjalankan tugas, _______________________ (Chieng Shaw Hwa) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Siri 1/2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

21 Mac 2014.

LAPORAN AKTIVITI MORAL Nama Aktiviti : Ceramah Moral 2 Tarikh Masa Penyelaras Tempat : 17 Mac 2014 (Isnin) : 7.00 9.00 malam : Tuan Hj Hassan bin Jaafar : Dewan Kem Paya Pahlawan

Pada 17 Mac iaitu hari kedua, aktiviti ceramah moral telah dijalankan di Dewan Kem Paya Pahlawan. Aktiviti ini diketuai oleh Tuan Hj Hassan bin Jaafar. Selepas pengurusan diri, guru-guru pelatih dikehendaki mengumpul di Dewan Kem Paya Pahlawan. Guru-guru pelatih telah diminta beratur dan duduk dalam kumpulan masing-masing iaitu kumpulan A, B, C, D, E dan F. Selepas itu, jurulatih memberi ceramah dan berkongsi tentang sejarah mengenai pendidikan di Malaysia seperti Laporan Barnes 1950. Jurulatih juga berkongsi tentang bahan-bahan yang popular di Malaysia. Contohnya petroleum dan pokok getah yang memberi pelbagai kegunaan dan sumbangan kepada negara. Ceramah moral ini hanya dijalankan selama satu jam sahaja iaitu dari pukul 7.00 sehingga pukul 8.00 malam kerana guru-guru pelatih dikehendaki makan malam pada pukul 8.00 malam. Walaubagaimanapun, semua guru pelatih telah memberi kerjasama dan perhatian yang sepenuhnya semasa ceramah moral dijalankan. Oleh itu, aktiviti ini telah dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Yang menjalankan tugas, _______________________ (Chieng Shaw Hwa) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Siri 1/2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

21 Mac 2014.

LAPORAN AKTIVITI MORAL Nama Aktiviti : Ceramah Moral 3 Tarikh Masa Penyelaras Tempat : 18 Mac 2014 (Selasa) : 7.00 9.00 malam : Tuan Hj Hassan bin Jaafar : Dewan Kem Paya Pahlawan

Aktiviti ceramah moral 3 telah dibatalkan kerana guru-guru pelatih dikehendaki menjalankan latihan untuk persembahan Majlis Malam Kebudayaan.

Yang menjalankan tugas, _______________________ (Chieng Shaw Hwa) Setiausaha, Program Bina Insan Guru Siri 1/2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

21 Mac 2014.

You might also like