You are on page 1of 21

A)PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

Sistem pembesaran empat lipatan 1. Melaka telah berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting. 2. Pentadbiran yang teratur yang wujud di Melaka telah membawa kepada kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan. 3. Melaka mengamalkan sistem pembesar empat lipatan 4. Menurut sistem tersebut, Sultan Melaka menjadi ketua kerajaan. 5. Baginda dibantu oleh pembesar berempat, pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua. 6. Pembesar berempat, atau Majlis tertinggi terdiri daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu bendahari. 7. Setiap pembesar Melaka mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing. 8. Bendahara Melaka merupakan pembesar yang terpenting dalam Majlis tertinggi.

SULTAN MELAKA
MAJLIS TERTINGGI
BENDAHARA

Penasihat kepada raja dalam bidang pentadbiran. Menteri utama. Ketua turus angkatan perang. Ketua hakim. Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar Negara.

Penghulu bendahari
Pemungut hasil atau ufti. Ketua segala bendahari. Ketua urus setia istana. Ketua segala syahbandar.

Temenggung
Ketua polis dan penjara . Penguasa Bandar dan kota Melaka. Ketua protocol istana. Hakim di darat. peringkat Pusat

Peranan Pembesar Melaka di

1. Sistem pembesar empat lipatan di Melaka sangat sistematik. 2. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab yang tertentu. 3. Pembesar peringkat pusat diberi kuasa untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau. 4. Kawasan kawasan tersebut dinama sebagai kawasan pegangan.
1. Tiap tiap jajahan dan daerah ditadbir oleh 2.

3.

4. 5.

pembesar daerah masing-masing. Tugas pembesar daerah ialah menjaga dan mengekalkan keamanan seluruh kawasan pentadbirannya. Pembesar jajahan dan daerah juga bertanggungjawab memungut cukai daripada penduduk. Kawasan tempat mereka mengutip cukai dipanggil kawasan pemakanan. Biasanya pembesar-pembesar akan datang menghadap dan mempersembahkan ufti kawasannya kepada sultan. Kawasan Pegangan Muar dan Bentan Sening Ujung dan Kampar Tiada kawasan pegangan Temasik Sungai Raya dan Siantan

Pembesar Bendahara Penghulu Bendahari Temenggung Laksamana Hulubalang

PUSAT PERDAGANGAN
Pelabuhan Enterpot

Kedudukan yang baik. Pentadbiran yang tersusun. Cukai yang berpatutan. Penggunaan mata wang. Penggunaa Bahasa melayu. Kemudahan di pelabuhan.

1. Parameswara dan pengikutnya berusaha membangunkan Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa. 2. Pelabuhan Melaka mengendalikan dua peranan asas , iaitu: a) Sebagai pusat pengumpulan. b) Sebagai pusat penyebaran barangan. 3. Sistem urus niaga berjalan lancar kerana diurus oleh pegawai yang cekap. 4. Perdagangan di Pelabuhan Melaka dijalankan secara terbuka. 5. Sultan dan pembesar Melaka turut terlibat dalam perdagangan di Melaka.

KEDUDUKAN YANG BAIK

1. Melaka mempunyai kedudukan yang baik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan di antara timur dengan barat. 2. Pelabuhan Melaka dilindungi oleh pulau Sumetra daripada tiupan angina monsun. 3. Keadaan ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat. 4. Pada bulan November hingga Mac, Angin Monsun Timur Laut membantu kapal kapal pedagang dari china menuju ke Melaka. 5. Angin monsun barat daya yang bertiup pada bulan mei hingga September membantu kapal-kapal dari India dan Asia barat menuju ke Melaka . 6. Melaka terletak berhampiran dengan negeri-negeri yang menjadi pengeluar hasil-hasil selat, seperti Jawa dan Sumetera. 7. Pedagang dari negeri-negeri tersebut membawa rempah ratus ke Melaka untuk diperdagangkan. 8. Perairannya yang dalam memudahkan kapal-kapal dagang yang besar berlabuh. 9. Melaka terletak di bahagian yang paling sempit di Selat Melaka. 10. Perairan Selat Melaka yang sempit memudahkan kerajaan Melaka mengawal kapal kapal yang lalu di situ. 11. Parameswara berminat menjadikan Melaka sebuah petempatan dan pusat perdagangan yang maju.

PENTADBIRAN YANG TERSUSUN


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Melaka mempunyai jentera pentadbiran yang teratur untuk membantu urusan pelabuhan dan perdagangan. Pelabuhan Melaka mengamalkan sistem Syahbandar untuk menjaga kepentingan para pedagang. Empat orang Syahbandar ditugaskan untuk mengurus perdagangan di pelabuhan Melaka. Kestabilan dan Keamanan di Melaka diberikan perhatian supaya perdagangan dapat berjalan dengan licin . Kerajaan Melaka telah menggubal undang- undang, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang- undang Laut Melaka. Undang- Undang tersebut dikuatkuasakan oleh bendahara. Sistem undang-undang yang teratur berjaya menjamin keselamatan dan keamanan di Melaka kerana segala perselisihan dan kesalahan dapat diselesaikan dengan sempurna.

KEMUDAHAN DI PELABUHAN MELAKA

1. Di pelabuhan Melaka, terdapat gudang- gudang untuk memudahkan para pedagang menyimpan barang dagangan mereka. 2. Selain itu, tempat membaiki kapal juga disediakan oleh Kerajaan Melaka. 3. Kemudahan pengangkutan seperti kapal, jong, perahu, lancara, gajah dan pekerja disediakan oleh syahbandar. 4. Kemudahan tempat tinggal dan bekalan makanan dan minuman disediakan untuk pedagangan di Melaka. 1. Kerajaan Melaka mengenakan cukai yang berpatutan dan adil terhadap pedagang yang berdagang di Melaka. 2. Dua jenis cukai yang diperkenalkan di Melaka ialah: a) Cukai rasmi- sama seperti duit import yang diamalkan sekarang: b) Cukai tidak rasmi-dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada Sultan dan pembesar 3. Pedagang mesti membayar Panduan (cukai rasmi) sebelum berjual beli 4. Cukai tidak dikenakan ke atas bahan makanan yang dibawa masuk dari luar. 5. Dasar tersebut diamalkan kerana hasil pertanian tidak mencukupi untuk membekalkan makanan bagi keperluan penduduk. 6. Melaka mengamalkan (Sistem Cukai Berkeutamaan), atau cukai mengikut tempat.

PENGGUNAAN SISTEM MATA WANG

CUKAI YANG BERPATUTAN

1. Urusan jual beli dijalankan melalui dua cara, iaitu: a) Sistem tukar barang (sistem barter) b) Penggunaan mata wang. 2. Wang logam, perak, emas dan timah digunakan dalam urus niaga di pelabuhan Melaka. 3. Penggunaan mata wang semakin meluas dengan kedatangan saudagar asing. 1. Pemerintah Melaka telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterpot. 2. Melaka sebagai pelabuhan enterpot berfungsi sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melayu dan pusat pengedaran barangan timur dengan barat. 3. Oleh itu, peranan pelabuhan Melaka membezakannya daripada pelabuhan lain di rantau ini yang cuma memperdagangkan hasil tempatan.

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU

1. Bahasa melayu digunakan oleh saudagar saudagar asing di Melaka. 2. Keadaan ini membuatkan saudagar saudagar suka berdagang di Melaka. 3. Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi yang memudahkan urusan pedagang. 4. Bahasa Melayu adalah Bahasa rasmi di Melaka dan digunakan dalam pertuturan harian, perniagan, pentadbiran, agama dan untuk menuntut ilmu.

PELABUHAN ENTERPOT KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR


HUBUNGAN MELAKA DENGAN KERAJAAN MELAYU SEZAMAN Melaka mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Parsi, Jawa, Kamapar dan Siak. Hubungan diplomatik Melaka dengan pasai bermula apabila Megat Iskandar Shah (1414-1424) berkhawin dengan puteri Raja pasai dan memeluk agama Islam. Kedudukan Melaka dengan Pasai dianggap setaraf. Apabila berutus surat, kedua- dua buah kerajaan tersebut menggunakan istilah salam.

HUBUNGAN MELAKA DENGAN CHINA, SIAM DAN PULAU RYUKYU (JEPUN)


Hubungan diplomatik dan perdagangan Melaka dengan China wujud dari tahun 1404. Kedatangan utusan dari china memeberi peluang kepada parameswara untuk mendapat perlindungan daripada ancaman Siam dan Majapahit. Kerajaan Melaka mendapat pengiktirafan daripada china. Melaka menghantar utusan diplomatik yang diketuai oleh Tun telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam juga.Melaka akan berdagang dengan siam

Peranan Pembesar Melaka di Peringkat Jajahan dan Daerah

Peranan Pembesar Melaka Di Peringkat Pusat

You might also like