You are on page 1of 20

B.021 (B.M) Januari 2013 (130.

)
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
NBOS
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Laman Web : www.penerangan.gov.my
Portal : pmr.penerangan.gov.my
E-mel : webmaster@inform.gov.my
Diterbitkan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
NBOS
Editor:
Siti Nur Fadzliana Ahmad Fesol
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Pengenalan
Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue
Ocean Strategy (NBOS) merupakan pendekatan yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri bagi menjayakan
Program Transformasi Kerajaan (GTP). Penerapan
pemikiran budaya kerja NBOS membantu kerajaan
mencari idea-idea baru yang kreatif dan inovatif
dalam memberi keselesaan dan kesejahteraan
kepada rakyat.
2 3
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Perkara utama dalam NBOS
Penghasilan idea yang kreatif dan inovatif
Kolaborasi antara kementerian,
jabatan dan agensi
Meningkatkan sistem penyampaian
kerajaan kepada rakyat
Melibatkan kos perbelanjaan yang minimum
Menggunakan sumber sedia ada
Hasil berimpak tinggi
Pelaksanaan Berterusan NBOS
4 5
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Penjawat
awam
mengambil
alih tugas
di kaunter
pentadbiran
supaya
anggota
polis kembali
kepada tugas
rondaan.
Kolaborasi
antara pihak
polis dan
tentera untuk
memerangi
jenayah.
Menggunakan
tenaga
ATM untuk
mempercepatkan
pembangunan
luar bandar.
Mengubah
kehidupan
luar bandar
melalui Pusat
Transformasi
Luar Bandar
(RTC).
Mempercepatkan
transformasi luar
bandar melalui
pengembangan
RTC dan mini-
RTC ke seluruh
negara.
Mengubah
masyarakat di
seluruh negara
melalui Program
Transformasi
Komuniti (CTP).
Meningkatkan
kejiranan dan
pembentukan
komuniti melalui
kerjasama yang
kreatif.
Meningkatkan
keselamatan
negara melalui
gelombang
kedua lautan
biru kepolisan
melalui Kempen
1AMAN dan
pelbagai
inisiatif lain.
NBOS 1
NBOS 5
NBOS 2
NBOS 6
NBOS 3
NBOS 7
NBOS 4
NBOS 8
NBOS 1
NBOS 2
6 7
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP)
di kem-kem tentera.
Kejayaan:
Berjaya mencapai matlamat apabila tiada
orang yang diselia (ODS) yang menyertai PPP di
bebaskan masuk semula ke penjara.

2,713 ODS yang terlibat dengan PPP sejak ia


di perkenalkan sehingga bulan Mei lalu, 1,827
telah dibebaskan.

Kerajaan dapat mengurangkan perbelanjaan bagi


pembinaan penjara dan kesesakan di penjara
dapat diatasi serentak.
Penjawat awam mengambil alih tugas
di kaunter pentadbiran supaya anggota polis
boleh menjalankan tugas rondaan jalan.
Kejayaan:
Lebih ramai anggota polis yang menjalankan
rondaan jalan bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
8 9
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Kerjasama antara PDRM dan ATM.
Kejayaan:
Pusat latihan tentera sedia ada dimanfaatkan
untuk melatih anggota polis bagi mencapai
sasaran kerajaan 150,000 orang anggota akhir
tahun 2012.

Dengan kos minimum lebih banyak anggota


polis boleh dilatih dengan kadar yang lebih
pantas.

Meningkatkan hubungan kerja rapat sedia ada


antara tentera dengan polis.
Kejayaan:
Mengatasi kekosongan jawatan dalam pasukan
polis dalam tempoh yang singkat.

Mengurangkan kos pengeluaran untuk latihan


dan kemahiran.
PDRM merekrut bekas tentera bagi menambah
anggota keselamatan.
Malaysia negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara, keempat
paling selamat di Asia Pasik dan ke-19 paling selamat di seluruh
dunia. (Indeks Keamanan Global)
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
10 11
Kejayaan:
Lebih 40,000 orang anggota polis menjalankan
rondaan di kawasan jenayah berisiko tinggi.

3,391 anggota RELA dan 1,607 anggota JPAM


berjaya dilatih sebagai Sukarelawan Polis untuk
melakukan rondaan bersepadu.
Rondaan bersama oleh tentera, RELA dan
JPAM dengan dikawal selia oleh PDRM.
Programme Omnipresence dengan Unit
Rondaan Bermotosikal dan pemasangan CCTV.
Kejayaan:
Kadar jenayah jalanan berjaya dikurangkan
sebanyak 39 peratus manakal a j enayah
keseluruhan berkurangan sebanyak 11 peratus
semenjak 2009.

Kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi


1,000 buah motosikal peronda dan 496 unit
CCTV di pasang di 25 pihak berkuasa tempatan.
12 13
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
NBOS 3
Bantuan tenaga kerja dari ATM untuk
membina rumah di kawasan luar bandar
melalui Projek Jiwa Murni.
Kejayaan:
Mengurangkan kos perbelanjaan dan dapat
disiapkan dalam masa yang cepat.

Projek yang telah disiapkan di bawah Projek Jiwa


Murni ialah Jalan Long Lopeng ke Ba-Kelalan dan
9 jambatan; Jalan Mendamit ke Kuala Mendalam
di Limbang; Jalan Kampung Saeh di Bekenu, Miri;
2 jambatan di Bekenu serta 1 jambatan di Lusong
Laku, Miri.
Kejayaan:
Sebanyak 27,000 isi rumah luar bandar mendapat
nikmat bekalan elektrik dan lebih 70,000 lagi isi
rumah pula mendapat bekalan air bersih sejak
tahun 2009 hingga April 2012.
Bekalan air bersih kepada penduduk
pedalaman luar bandar.
v
14 15
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Nota: Jumlah ini sehingga November 2012.
(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)
Projek pertanian bernilai tinggi - Penanaman
tembikai madu atau rock melon di tanah
milik ATM.
Kejayaan:
Mempercepatkan pembangunan luar bandar
dan meningkatkan sektor pertanian berteknologi
tinggi.
Jumlah Pengeluaran 704,235 kilogram

Nilai pengeluaran RM1,311,242.50

Jumlah pendapatan bersih RM572,062.50

Purata Pendapatan Peserta RM5778.40


16 17
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
NBOS 4
Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar /
Rural Transformation Centres (RTCs).
RTC merupakan pusat sehenti yang ditubuhkan
oleh kerajaan untuk memberi kemudahan kepada
masyarakat setempat.

RTC telah ditubuhkan di:


Gopeng, Perak
Kota Bharu, Kelantan
Kuala Linggi, Melaka
8 inisiatif dibangunkan oleh kerajaan bagi
membantu penduduk luar bandar seperti berikut:
Latihan Kemahiran kepada Penduduk
Luar Bandar

Penubuhan Kios Informasi 1Malaysia

Pertanian Bernilai Tinggi

Pemprosesan Produk Agro Makanan

Pengurusan Rantaian Bekalan Hasil


Makanan

Kerjasama Universiti

Perkhidmatan Keselamatan Makanan


dan Farmaseutikal

Kemudahan Pembiayaan Kewangan


kepada Penduduk Luar Bandar
Sehingga November 2012.
18 19
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
NBOS 5
Kejayaan:
RTC dapat meni ngkatkan sosi o-ekonomi
masyarakat luar bandar supaya berdaya maju
dan berdaya saing serta berupaya meningkatkan
kualiti dan kuantiti produk mereka.
213 Medan Info desa akan di naik taraf pada
tahun 2014 menjadi mini RTC.
Agen perubahan dan perantaraan di
antara masyarakat dengan pihak kerajaan
dalam menggerakkan program berbentuk
kemasyarakatan.
Memperkembang RTC ke seluruh negara,
mewujudkan mini RTC dan RTC bergerak.
Melahirkan JKKK sebagai agen transformasi
luar bandar.
20 21
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Kerajaan berjaya menggembleng tenaga
sukarelawan daripada golongan belia bagi
melahirkan belia yang sayangkan negara dan
program transformasi negara lebih berjaya
dengan penglibatan aktif belia.

Mendapat penglibatan 541,594 orang belia.


Melahirkan para pelajar Institut Pengajian Tinggi
(IPT) yang menabur bakti dan melaksanakan
aktiviti yang memberi manfaat kepada
masyarakat serta bertindak sebagai sumber
rujukan dan model kepada masyarakat.
Mewujudkan sukarelawan IM4U dari semua
kaum.
Program Duta Universiti atau University
Ambassedors Programmes (UAP).
NBOS 6
Kejayaan:
Boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan
kerajaan dan swasta tanpa perlu ke mana-mana
bangunan kerajaan yang lain dalam satu-satu
masa, Satu Pusat Pelbagai Perkhidmatan.

Memasti kan komuni ti bandar mendapat


perkhidmatan dan berurusan dengan efisien,
cepat, sel esa dan mudah di dal am satu
bangunan.

UTC telah ditubuhkan di:


Melaka dan Kuala Lumpur
Mewujudkan Pusat Transformasi Bandar /
Urban Transformation Centre (UTC).
Sehingga November 2012.
Sehingga 25 Januari 2013.
22 23
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Kejayaan
Dapat mencetuskan ikatan kasih sayang yang
berpanjangan dalam institusi kekeluargaan
dan masyarakat sebagai asas kestabilan sosial.
Kejayaan:
Meringankan beban kewangan rakyat dengan
mendapat diskaun sehingga 25% di syarikat-
syarikat terpilih dan keutamaan diberikan kepada
keluarga anggota tentera pada fasa pertama
dan akan dikembangkan kepada seluruh rakyat
Malaysia pada fasa seterusnya.
Program 1Malaysia Utamakan Keluarga /
1Malaysia Family First.
1Malaysia Privilege Card.
Kejayaan:
Meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan
melalui latihan soft-skills dan on-job-training di
syarikat swasta dan membuka ruang yang lebih
luas untuk para graduan mendapatkan pekerjaan
yang bersesuaian.
Program Kemahiran dan Kebolehpasaran
1Malaysia / 1Malaysia Skills and Employability
Programme.
24 25
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
NBOS 7
Memanfaatkan sumber-sumber di seluruh peringkat
kerajaan & swasta
Kejiranan Indah
Kejiranan Indah /
My Beautiful Neighbourhood (MyBN)
Kejayaan:
Dapat menangani isu utama dalam masyarakat
dengan memanfaatkan sumber-sumber di
segenap peringkat kerajaan dan sektor swasta
untuk menngkatkan kualiti hidup rakyat.
Kerajaan
Tempatan
Kerajaan
Negeri
Kerajaan
Persekutuan
Sektor
Swasta
Mewujudkan satu pasukan petugas operasi khas di seluruh
peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
Menggunakan sepenuhnya sumber-sumber seperti tenaga kerja, peralatan,
kemudahan untuk mempercepatkan, mencantikkan dan mengekalkan
kawasan dan kemudahan awam.
Menggerakkan sukarelawan RELA dan IM4U untuk menangani
isu semasa dalam masyarakat.
Memberi tumpuan kepada kawasan utama seperti longkang kotor, turapan
jalan pecah dan lampu jalan yang rosak.
Bekerjasama dengan sektor swasta untuk mencantikkan dan
mengekalkan kemudahan awam dan kawasan kejiranan.
Syarikat swasta menjaga kemudahan awam sebagai pertukaran untuk
pengiklanan. Syarikat swasta memberi sumbangan melalui program CSR dan
pekerja sukarela untuk membantu masyarakat.
26 27
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Warga Emas Ibu Tunggal Kanak-Kanak
Memberi tumpuan kepada keperluan asas kumpulan
yang memerlukan
Melibatkan kepakaran veteran yang berpengalaman dalam
pembentukan komuniti dan memberi sumbangan dalam bentuk
kewangan sebagai penghargaan kepada usaha tersebut.
Pelancaran 1Malaysia Mobile Healthcare kepada
warga emas yang berpendapatan rendah untuk menerima
perkhidmatan kesihatan di rumah.
Mengintegrasikan pelbagai pusat yang dikendalikan
oleh kerajaan dalam Pusat Keluarga 1Malaysia atau
1Malaysia Family Centres.
Penjagaan Keluarga 1Malaysia / 1Malaysia Family Care
Penjagaan Keluarga 1Malaysia /
1Malaysia Family Care
Kejayaan:
Dapat mengenalpasti keperluan asas kumpulan
yang memerlukan seperti warga emas, ibu
tunggal dan kanak-kanak miskin.
28 29
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
NBOS 8
Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia /
1Malaysia Veterans Recognition Programme
Melancarkan Program Pengiktirafan Veteran
1Malaysia untuk memberikan sokongan menyeluruh
kepada anggota tentera yang bersara.
Latihan dan
Penggantian Kerja
Menyelaraskan
latihan dengan
peluang-peluang
pekerjaan yang ada.
Memanfaatkan
program pekerjaan
dan latihan yang
sedia ada.
Peluang
Perniagaan
Peluang perniagaan
dalam bidang
pelancongan dan
nilai tambah yang
tinggi dalam sektor
pertanian di kawasan
luar bandar.
Menyediakan
pembiayaan mikro
untuk peluang
perniagaan.
Sokongan
Keluarga
1Malaysia
Privilege Card
Peruntukan
perumahan kos
rendah.
a) Perkongsian sumber dan tanggungjawab
di antara ATM dan PDRM.
Pencapaian sehingga 26 Disember 2012:
Pampasan tekstil, beras dan daun ketum bernilai
RM164,266.00.
b) Pengembangan Program Pemulihan Dalam Komuniti
(PDK) atau Expansion of Community Rehabilitation
Programme (CRP).
c) Mewujudkan Komuniti Perkongsian Ketenteraan
antara ATM, PDRM dan Rukun Tetangga.
d) Program pembentukan sahsiah khusus untuk
belia lepasan persekolahan untuk membantu belia
berisiko.
30 31
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
f) 1Malaysia Komuniti PERWANI
Peranan wanita yang menjadi tulang belakang
dan pembangunan negara selama ini tidak boleh
dinakan, begitu juga dengan sumbangan wanita
dalam mewujudkan keharmonian negara. Melalui
inisiatif kerajaan, 1Malaysia Komuniti PERWANI
diwujudkan.
e) Kempen 1AMAN
Menggerakkan penglibatan veteran dan RELA
melalui perkongsian awam dan swasta untuk
meningkatkan keselamatan di kawasan berisiko
tinggi.

Menetapkan teksi dan kedai serbaneka sebagai


kawasan keselamatan.

Bekas polis berkhidmat sebagai ketua keselamatan


kejiranan dan sekolah.
32 33
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
g) Military Community Transformation Centres
(MCTCs)
Dalam program MCTCs, kerajaan telah mengenal
pasti beberapa inisiatif baru yang boleh dijalankan
dalam program MCTCs.
Menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan
dan aktiviti-aktiviti sosial.

Menjadikan MCTs dan PERNAMA sebahagian


rangkaian UTC-RTC.

Menggunakan tanah terbiar untuk melakukan


aktiviti pertanian berimpak tinggi.

Menawarkan sokongan keusahawanan secara


menyeluruh kepada ahli keluarga.

Menggalakan aktiviti sukarelawan.


35 34 35
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
h) University Community Transformation Centres
(UCTCs)
Terdapat beberapa inisiatif yang boleh dijalankan.
Antaranya:
Membantu fakulti menyediakan bidang pratikal.

Melibatkan fakulti dan pelajar dalam aktiviti


transformasi di bandar dan luar bandar.

Melibatkan pakar-pakar yang berkelayakan


untuk mengajar kursus jangka pendek.

Membolehkan komuniti tempatan untuk


mengakses kursus universiti dan kemudahan
yang tidak digunakan sepenuhnya.

Menggunakan infrastruktur intelektual dan zikal


universiti untuk menggalakan keusahawanan.
Penutup
Kesimpulannya, NBOS ini digarap bersesuaian bagi
menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan
era dunia tanpa sempadan, iaitu:
Mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk
Malaysia,
Mmbentuk sistem penyampaian kerajaan yang
lebih mendakap aspirasi rakyat,
Mengeluarkan Malaysia daripada perangkap
gejala negara berpendapatan sederhana.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding
bahu dan bersatu hati dalam menjayakan matlamat
ini. Semoga Malaysia terus maju mengorak langkah
ke hadapan menuju Wawasan 2020 berbekalkan
semangat dan iltizam yang utuh di dalam jiwa setiap
rakyatnya.
36
NBOS
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan

You might also like