You are on page 1of 8

Alat Alat Pertuturan

Bunyi bahasa dihasilkan melalui alat pertuturan


Alat ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian :
a)Alat yang terlibat dengan sistem pernafasan yakni yang berkaitan dedan sistem udara
yang keluar & masuk ke paru-paru
b)Alat yang terlibat secara langsung dengan proses pengeluaran bunyi bahasa seperti
bahagian bahagian lidah

Alat Pernafasan
-Dalam sistem pernafasan, alat alat penting yang terlibat dengan penghasilan bunyi
bahasa ialah :
a)Paru paru
b)Rongga rengkung
c)Rongga tekak
d)Rongga hidung
e)Rongga mulut

Paru Paru
-Udara yang masuk ke paru paru ditahan keluar oleh paru paru apabila dinding paru paru
dikecutkan. Sewaktu udara keluar, berlaku penghasilan bunyi melalui pelbagai jenis sekatan
ke atas arus udara ini
-Melalui kelainan titik artikulasi & cara penyekatan udara, bunyi bunyi bahasa yang berlainan
akan dihasilkan seperti vokal a dan i serta bunyi konsonan p, t dan g
Rongga Rengkung
-Terdiri dprd sembilan keping tulang rawan yang mempunyai bentuk seperti kotak & diberi
nama kotak suara
-Kotak suara ini akan berbunyi apabila digetarkan oleh udara dan bunyi yang dihasilkan ialah
bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara
Rongga Tekak
-Bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung, lebar di atas & meruncing di
bawah, & boleh diluaskan dan disempitkan
Rongga Hidung
-Ruang yang terdapat di atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga mulut oleh
lelangit lembut
-Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung
Rongga Mulut
-Ruang yang terletak di antara rongga tekak dan rongga bibir
Alat Sebutan
Alat yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi iaitu bibir, lidah,
gigi, gusi, lelangit keras dan lembut, dan pita suara
Pada amnya, bunyi bahasa dihasilkan oleh tiga kategori iaitu :
a)Artikulator atau alat artikulasi
b)Titik atau daerah artikulasi
c)Udara
Alat Artikulasi
-Alat artikulasi ialah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak
semasa menghasilkan bunyi bahasa
-Antara alat arttikulasi ialah bibir atas & bawah, tulang rahang, lidah, lelangit
lembut, & pita suara


Bibir atas dan bawah
Kedua dua bibir boleh digerakkan, dihamparkan, dan dibundarkan untuk menghasilkan bunyi
bunyi seperti i, b, dan w
Tulang Rahang
Menentukan kedudukan bibir dan gigi
Lidah
Dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu :
a)Hujung lidah Bahagian lidah yg bertemu dengan gigi
b)Daun lidah Bahagian lidah yg bertemu dengan gusi
c)Depan lidah Bahagian lidah yg bertentangan dengan lelangit keras/bahagian lidah selepas
daun lidah
d)Belakang lidah Bahagian lidah yg paling belakang
e)Akar lidah Bahagian lidah yg paling dekat dengan anak tekak & berfungsi utk mengubah
keluasan rongga tekak
Lelangit Lembut
-Bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut & merupakan
bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut
-Dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran
rongga hidung
-Peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak
Pita Suara
-Terletak dalam rongga rengkung
-Dalam peti suara terdapat otot otot selaput nipis yg dikenali sebagai pita suara
-ruang diantara pita suara disebut glotis, ia boleh disempitkan, dikecilkan atau
dirapatkan hingga tertutup
-Jika glotis dirapatkan serapat rapatnya & tekanan udara dari paru paru yang kuat
mengakibatkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita
suara
-Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutupi seluruh ruang, udara dari paru paru dapat
lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yg dihasilkan ialah bunyi
bersuara seperti huruf a, jika pita suara tidak bergetar ia adalah bunyi tidak bersuara
seperti huruf s
Daerah Artikulasi
-Bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam
penghasilan bunyi
-Walaubagaimanapun, daerah daerah ini dapat disentuh oleh alat alat artikulasi
tertentu iaitu gigi bawah dan atas, gusi, lelangit keras dan velum (bahagian atas
lelangit lembut)
Peranan Udara
-Setiap bunyi dihasilkan oleh alat ujaran berfungsi serentak dengan gerakan udara yg
keluar dari paru paru
--Lazimnya bunyi bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru paru,
melalui rongga rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung

You might also like