You are on page 1of 1

TEPAK SIRIH ATAU PUAN

Budaya penggunaan tepak sirih atau puan terkenal dalam kalangan


masyarakat Melayu. Tepak sirih diperbuat daripada tembaga. Bahagian
atas tepak sirih diletakkan beberapa bekas berisi kepingan buah pinang
kering, kapur, gambir dan tembakau. Di bahagian tepi pula disusun sirih,
cengkih dan kacip.
pada zaman dahulu, para petani dan nelayan memakan sirih sambil
berbual-bual sewaktu berehat selepas penat bekerja. Di istana pula, para
raja memakan sirih sebagai santapan waktu rehat.
Dalam adat istiadat masyarakat Melayu, tepak sirih digunakan sebagai
pembuka bicara sebelum memulakan perbincanagan. Tepak sirih juga
digunakan sebagai lambang dalam majlis merisik dan pertunangan yang
dihantar oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Tepak sirih juga menjadi
alat kebesaran di raja.

You might also like