You are on page 1of 57

FIZIK (TINGKATAN 5)

BAB 3 KEELEKTROMAGNETAN
3.1 Analisis Kesan Magnet Ke Atas Konduktor yang Membawa Arus
3.2 Analisis Memahami Daya Saling Tindakan di Antara Konduktor Berarus
dengan Medan Magnet
3.3 Analisis Aruhan Elektromagnet
3.4 Analisis Transformer
3.5 Memahami Penjanaan dan Penghantaran Arus Elektrik


3.1 Analisis Kesan Magnet Ke Atas Konduktor yang Membawa Arus
Medan magnet

- kawasan di sekitar satu magnet atau satu konduktor yang membawa
arus di mana satu daya magnet akan bertindak pada suatu bahan magnet.

-Terdiri daripada garis magnet atau fluks magnet.



Arah medan magnet

- arah daya magnet yang bertindak pada kutub utara yang bergerak dalam
medan magnet itu.






Elektromagnet

-magnet yang terhasil apabila satu teras besi lembut dililitkan dengan
gegelung dawai bertebat dan arus mengalir melalui gegelung dawai
bertebat tersebut.


Mengkaji corak dan arah medan magnet


(a) Corak dan arah medan magnet pada dawai lurus


(b) Corak dan arah medan magnet pada gegelung bulat


Aplikasi Elektromagnet


3.1 Analisis Kesan Magnet Ke Atas Konduktor yang Membawa Arus
1. Di pusat atom, terdapat nukleus yang
terdiri daripada proton dan neutron.
2. Zarah-zarah yang mengelilingi nukleus
ialah elektron.
3. Proton bercas positif.
4. Elektron bercas negatif.
5. Neutron adalah tidak bercas.
UNIT CAS ELEKTRIK
1. Cas elektrik diwakili simbol Q.
2. Unit cas elektrik ialah coulomb, C.
3. Cas bagi 1 elektron = -1.6 x 10 C
4. Cas bagi 1 proton = 1.6 x 10 C
Atom adalah neutral (bilangan cas positif = bilangan cas negatif)
Atom bercas positif (bilangan cas positif > bilangan cas negatif)
Atom bercas negatif (bilangan cas positif < bilangan cas negatif)
- Objek yang mempunyai cas
yang sama akan saling
menolak.

- Objek yang mempunyai
cas yang berlainan akan
saling menarik.
Arus elektrik didefinisikan sebagai kadar pengaliran cas elektrik


I = arus (A)
Q = cas elektrik (C)
t = masa (s)
MEDAN ELEKTRIK
1.Medan elektrik kawasan yang mana cas elektrik ditindakkan oleh satu daya
cas elektrik.
2.Rajah di bawah menunjukkan medan elektrik yang mengelilingi cas positif dan
cas negatif berbentuk sfera.


3. Garisan medan daya atau daya elektrik menunjukkan arah dan magnitud
medan elektrik tersebut.

4. Arah daya elektrik ditunjukkan oleh arah daya elektrik yang bertindak pada
satu cas penguji positif yang mendekati sfera bercas.

5. Cas penguji positif mendekati sfera bercas positif, cas ditolak.

6. Cas penguji positif mendekati sfera bercas negatif, cas ditarik.

7. Kekuatan medan elektrik ditunjukkan oleh ketumpatan garis medan
elektrik yang mengelilingi cas tersebut.


Rajah di bawah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk
menunjukkan corak medan elektrik yang disebabkan bentuk objek bercas
dan sebaran cas.

Minyak masak digunakan kerana minyak ialah penebat elektrik, beza
keupayaan yang tinggi dikekalkan semasa merentasi elektrod.

Biji benih tidak mengalami daya geseran apabila bergerak di dalam minyak.
Rajah-rajah di bawah menunjukkan medan elektrik yang berlainan dengan
menggunakan elektrod yang berlainan bentuk.


Garis medan elektrik mempunyai ciri-ciri
berikut:

Garis medan berasal dari satu objek yang bercas positif dan berakhir pada
objek bercas negatif.

Garis medan tidak bersilang dengan garis yang lain.

Garis medan bertemu pada permukaan objek bercas pada sudut
serenjang.

Garis medan mempunyai ketumpatan paling tinggi di tempat yang
mempunyai keamatan cas yang tinggi.
Kesan Medan Elektrik pada Satu Cas

Sebiji bola ping pong bersalut cas logam

- Sebiji bola ping pong bersalut logam digantung di tengah-tengah dua
plat logam yang disambungkan kepada terminal positif dan negatif
bekalan V.L.T.

- Daya elektrik bertindak pada bola ping pong mengimbangi antara satu
sama lain. Bola ping pong kekal di tengah-tengah.
Nyalaan lilin dalam medan elektrik


1. Rajah menunjukkan sebatang lilin yang sedang menyala diletakkan di
tengah-tengah 2 plat logam yang disambung kepada V.L.T.
2. Apabila bekalan V.L.T. dihidupkan, nyalaan lilin disebarkan ke 2
arah yang berlawanan. Sebahagian besar api terpesong ke plat
negatif, sebahagian kecil api terpesong ke plat positif.

3. Tenaga haba dari nyalaan lilin mengionkan molekul-molekul udara
sekeliling menjadi ion positif dan negatif.

4. Ion positif lebih berat dan bergerak lebih perlahan. Bahagian
nyalaan yang lebih besar ditarik ke plat negatif.

5. Ion negatif jauh lebih ringan, kecil dan lebih cepat bergerak ke plat
positif, maka sebahagian nyalaan yang lebih kecil ditarik ke plat
positif.

6. Nyalaan api tersebar tanpa simetri.
2.2 Analisis Hubungkait antara Arus Elektrik dan Beza Keupayaan
Semasa bateri disambungkan kepada
litar, medan elektrik dihasilkan.

Terminal positif P mempunyai
keupayaan elektrik yang lebih tinggi
berbanding terminal negatif Q.

Beza keupayaan antara dua terminal
menyebabkan cas elektrik mengalir dalam
litar dan menyalakan mentol.
Beza keupayaan (V) antara dua titik ditakrifkan sebagai kerja yang dilakukan
(W) atau tenaga (E) untuk menggerakkan satu unit cas (Q) daripada satu
titik ke titik yang lain dalam medan elektrik. Unit SI ialah Volt (V).


Contoh 1:
Dalam suatu litar tertutup, 6V bateri
digunakan untuk mengalirkan 40 C
cas elektrik melalui sebiji mentol.
Berapakah kerja yang dilakukan
untuk mengalirkan cas elektrik
melalui mentol tersebut?













Contoh 2:
Jika 72 J tenaga diperlukan untuk
mengalirkan 6 C cas elektrik melalui
dua plat logam yang selari, apakah
beza keupayaan merentasi dua plat
logam tersebut?














Perhubungan antara arus elektrik dan beza keupayaan

1. Semakin besar beza keupayaan atau voltan, semakin
besar arus elektrik.

2. Semasa beza keupayaan antara dua titik dalam litar
bertambah, arus yang mengalir melaluinya bertambah.

3. Semasa beza keupayaan (V) antara dua titik
berkurang, arus (I) berkurang.

4. Beza keupayaan adalah berkadar terus dengan arus
yang mengalir melaluinya.
Hukum Ohm

Arus elektrik (I) yang mengalir melalui konduktor berkadar terus dengan
beza keupayaan (V) yang merentasi konduktor itu jika suhu dan sifat fizikal
yang lain dimalarkan.
atau = pemalar
Graf V melawan I ialah garis lurus
melalui titik asalan.

Kecerunan graf ialah pemalar.
Rintangan

Rintangan (R) bagi satu konduktor ialah nisbah beza keupayaan (V)
merentasi konduktor kepada arus elektrik (I) yang mengalir melalui
konduktor itu.


Unit bagi rintangan ialah Ohm () atau volt per ampere.

Konduktor mempunyai rintangan 1 jika arus elektrik 1 A mengalir
melalui konduktor apabila beza keupayaan yang merentasinya ialah
1 V.
Konduktor Ohm konduktor yang mematuhi Hukum Ohm. Contoh:
wayar konstantan.

Konduktor Bukan Ohm konduktor yang tidak mematuhi Hukum Ohm.
Contoh: mentol.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Rintangan Merentasi Satu Konduktor
1. Panjang konduktor

Untuk konduktor yang sama bahan dan keratan rentas, rintangan R adalah
berkadar terus dengan panjang konduktor (l).

Semakin bertambah panjang konduktor, semakin bertambah
rintangan.
2. Luas keratas rentas dawai

Untuk konduktor yang sama bahan dan panjang, rintangan R adalah berkadar
songsang kepada luas keratan rentas A.

Semakin bertambah luas keratan rentas dawai, semakin berkurang
rintangan.
3. Suhu

Untuk konduktor yang sama bahan, panjang dan keratan rentas, rintangan
R bertambah dengan suhunya.
4. Jenis bahan dawai

Apabila panjang, keratan rentas dan suhu dawai dimalarkan, bahan yang
berbeza mempunyai rintangan yang berbeza.
Masalah melibatkan beza keupayaan, arus dan rintangan

Contoh:
Suatu arus 0.5A mengalir melalui wayar dengan beza keupayaan 12 V.
(a)Berapakah rintangan wayar tersebut?
(b)Berapakah arus yang melalui wayar jika beza keupayaan ditingkatkan
kepada 15 V?
Superkonduktor

Sesetengah bahan menjadi superkonduktor dengan rintangan sifar apabila
bahan itu disejukkan di bawah suhu tertentu.

Suhu di mana bahan menjadi superkonduktor ialah suhu genting.

Suhu genting biasanya menghampiri sifar mutlak.

Superkonduktor akan mengkonduksi arus elektrik tanpa sebarang rintangan.
Arus elektrik boleh terus mengalir tanpa bekalan kuasa.


Rajah menunjukkan perubahan rintangan dengan suhu bagi suatu
superkonduktor.
Contoh Aplikasi Superkonduktor

1.Gegelung dawai superkonduktor pada elektromagnet menghasilkan medan
magnet yang sangat kuat dengan pemanasan minimum. Arus elektrik yang
amat tinggi dialirkan dan sangat berguna dalam keretapi apungan-magnetik.
2. Superkonduktor digunakan dalam alat diagnostik seperti pengimejan
resonans magnetik (MRI).

3. Kabel penghantaran kuasa elektrik yang diperbuat daripada
superkonduktor mengalirkan kuasa elektrik dengan pembebasan haba
yang minimum.
Pengimejan Resonans Magnetik
Kabel penghantaran kuasa elektrik
2.3 Analisis Litar Siri dan Litar Selari

Perbandingan antara Litar Siri dan Litar Selari


Rintangan Berkesan bagi Perintang yang Disambung Secara Sesiri dan Selari
Contoh 1:
Contoh 2: (SPM 2008)
2.4 Analisis Daya Gerak Elektrik dan Rintangan Dalaman


Daya Gerak Elektrik (d.g.e)

Sel kering membekalkan tenaga untuk menggerakkan elektron dari terminal negatif ke
terminal positif.

Kerja yang dilakukan oleh bekalan kuasa untuk menggerakkan elektron mengelilingi
litar

Daya gerak elektrik (d.g.e) suatu sumber ditakrifkan sebagai kerja yang dilakukan
oleh sumber untuk menggerakkan satu unit cas mengelilingi satu litar lengkap.


Rintangan Dalaman

Bacaan voltmeter menurun apabila suis ditutup (litar dihidupkan) disebabkan
rintangan dalaman.

Rintangan dalaman ialah rintangan yang disebabkan oleh elektrolit
dalam sumber elektrik.

Hubungkait antara d.g.e., E dan Rintangan Dalaman, r


Beza keupayaan untuk menggerakkan elektron
mengelilingi perintang dalaman, r adalah bersamaan
dengan beza antara E dan V.

E V =Ir
E =V +Ir

J ika R ialah rintangan luaran,
E =IR +Ir
E =I(R+r)

Cuba selesaikan soalan berikutnya:

1.Satu sel kering membekalkan arus sebanyak 0.20A apabila disambungkan
kepada satu perintang 10. Jika satu lagi perintang 12 disambungkan secara
sesiri dengan perintang yang pertama, sel kering tersebut hanya dapat
membekalkan arus sebanyak 0.10A. Hitungkan

(a) d.g.e.
(b) rintangan dalaman sel kering.
2.5 Analisis Tenaga Elektrik dan Kuasa

Tenaga Elektrik
Tenaga elektrik adalah tenaga yang dibawa oleh cas elektrik.
Tenaga elektrik boleh diubah kepada bentuk tenaga berlainan.





Contoh:
Rajah 2.25 menunjukkan tiga perintang yang disambung secara selari dengan satu bateri
yang mempunyai d.g.e. 12V dan rintangan dalaman 2. Hitung tenaga yang digunakan
oleh perintang 3 dalam masa 5 minit.


Kadar Kuasa dan Penggunaan Tenaga oleh Alat Elektrik

kadar kuasa alat elektrik menunjukkan kadar penggunaan tenaga elektrik.
Suatu alat elektrik dengan kadar kuasa 1500 W menggunakan kuasa 1500 J tenaga
elektrik per saat.
Sebuah komputer riba berlabel 65 W, 240 V menggunakan 65 J tenaga elektrik setiap
saat apabila ia disambungkan kepada bekalan kuasa 240 V.
Lebih banyak tenaga digunakan jika nilai kadar kuasa lebih tinggi dan masa
penggunaan lebih lama.
Unit yang digunakan dalam bil elektrik untuk menghitung tenaga elektrik ialah kilowatt-
jam (kWj).
1 unit tenaga elektrik bersamaan dengan 1 kWj.

1 kWj = 1 kW x 1 jam
= 1000 W x (60 x 60)s
= 3600000 J
Keberkesanan Alat Elektrik

Apabila tenaga elektrik digunakan oleh alat elektrik, hanya sebahagian tenaga diubah
kepada tenaga yang berguna untuk melakukan kerja. Tenaga yang selebihnya hilang
sebagai tenaga haba ke persekitaran.

Kecekapan alat elektrik diberi oleh:


Contoh:

Sebuah pemanas rendam berlabel 240 V, 300 W membekalkan tenaga haba
70 J per saat.
(a)Apakah keberkesanan bagi pemanas rendam tersebut?
(b)Berapakah kehilangan tenaga dalam masa satu jam?

You might also like