You are on page 1of 16

TAJUK:TOKOH SAINS ISLAM DAN SUMBANGAN

KEPADA DUNIA




DISEDIAKAN OLEH :

MOHD SYAHMI BIN MD SAAD 2013840458
MUHAMMAD NIZAM BIN AHMAD 2013263608

KUMPULAN :

EE1113F2

DISEDIAKAN KEPADA :

USTAZ MOHD HARIS BIN ISMAIL

TARIKH :

10/08/2014






AL-KHAWARIZMI

LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Beliau ialah seorang
ulama' Islam yang terkenal pada abad yang ke-8 Masihi. Beliau dilahirkan di Khawarizm pada tahun
780 Masihi,tetapi tiada tarikh tepat bila beliau dilahirkan. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat
sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa
cara ejaan lagi.

Beliaulah yang menemukan Al Jabru wal Mukobala. (penjabaran dan penyelesaian). Dinamakan latin
menjadi Aljabar. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara
Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Beliau lebih dikenali sebagai Al-Khawarizmi di kalangan ahli sains dan beliau merupakan seorang ahli
sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Dia juga merupakan seorang ahli astronomi dan
geografi yang terkenal pada zamannya.

Gelaran Al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang
terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada
daerah Khawarizm. Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Kehidupan kanak-kanaknya
kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah ke Baghdad, Iraq ketika beliau
masih kecil.













LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Beliau memasuki Kitab (sekolah rendah) seawal 6 tahun,belajar membaca,menulis,menghafaz al-
Quran dan mempelajari asas 'Ulum as-Syariah di peringkat madrasah (sekolah menengah),beliau
berminat terhadap 'Ulum al-Adbiah (ilmu -ilmu dalam bidang sastera) dan 'Ulum ar-Riyadhiah (ilmu-
ilmu dalam bidang matematik,al-Gebra,dan geometri).Minatnya dalam bidang tersebut membawa
beliau menjadi terkenal,dengan itu,Khalifah al-Makmun telah meminta beliau menulis buku ,yang
berkaitan dengan ilmu tersebut untuk dijadikan rujukan umat Islam.Dalam pengenalan sebuah buku
matematik karangannya,beliau menyebut:

"Suatu masa Amirul Mukminin,Khalifah al-Makmun telah menggesa saya supaya menulis buku-buku
yang berkaitan dengan ilmu algebra,geometri dan menghalusi masalah yang berkaitan dengan
matematik kerana masyarakat sangat memerlukannya bagi menyelesaikan banyak masalah yang
berkaitan dengan pembahagian pusaka,wasiat juga perkara-perkara lain yang berkaitan dengan
perniagaan,penentuan keluasan tanah dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kehidupan umat yang
semakin maju.Saya dahulukannya dengan niat yang ikhlas serta berharap harapan baginda itu dapat
saya tunaikan.Dengan berkat doa daripada baginda,orang yang dikurnia Allah s.w.t nikmat serta
pangkat yang tinggi dan dengan taufiq dan hidayah daripada Allah,saya bertawakal untuk menulis
buku ini."

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat
tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan
Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah
pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam
sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga
dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan
cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia
Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak
lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-
konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.







SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI


Beliau memperkenalkan beberapa prinsip asas kaedah ilmu algebra dan geometri,matematik,ilmu
ukur dan ilmu bintang.Antara kaedah ilmu algebra dan geometri yang diperkenalkan beliau ialah
konsep empat segi dan tiga segi.Prinsip tersebut dipakai oleh semua pihak sehingga ke hari ini.

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil
kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek
dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian
analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan
bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra.
Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut
menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem
nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.


Dalam matematik pula,beliau telah menetapkan kaedah yang lebih mudah dan lebih tepat serta
ringkas.Beliau memulakan konsep angka bermula daripada satu ,iaitu 1,2,3,4,5,6,7,8,9,0 dan beliau
juga memperkenalkan konsep puluhan dengan meletakkan 0 (sifir) atau angka kosong selepas 9,dan
konsep gandaan saperti dua kali sepuluh ialah dua puluh (2x10=20),tiga kali sepuluh ialah tiga puluh
(3x10=30) dan sebagainya sehingga menjangkau ratusan,ribuan dan seterusnya.Konsep tersebut
dapat menyelesaikan banyak masalah yang tersebut dalam matematik terutama bagi masyarakat
orang barat pada ketika ini menggunakan angka roman seperti i,ii,iii dan seterusnya.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah
membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu
kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu
matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.Beliau juga
menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus
yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.



Al-Khawarizmi juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-
Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu
falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains
astronomi yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.

Sumbangan Al-Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak
pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta
dunia.Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi
iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan
waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa
bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.

Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di
benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia
sains baru kepada Barat.Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.

Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain
itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh
dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-
Rukhmat.

Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains
khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.
Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.









HASIL KARYA AL-KHAWARIZMI

Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan
trigonometri dan astronomi.

Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan
telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng
dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-
Khawarizmi.

Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor
pada zaman sekarang.

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah
menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini. Hasil Karya Al-
Khawarizmi Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya
agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan
dikenali di Barat.Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
Mufatih al-Ulum : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh
Prince Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Amal bi Usturlab
Al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali
Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hlang
Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.








KETOKOHAN AL-KHAWARIZMI

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat
dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan
diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak
menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang
beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah
digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan
tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan
mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat
nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang
telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi
dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian
tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu
daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan
orang Spanyol dan Kristian.Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat
sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada
pengguna aritmetik dan geometri sahaja.










PERIBADI AL-KHAWARIZMI


Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah
dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang
Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan pencapaian-pencapaian yang tertinggi
telah doperolehi oleh orang-orang Timur.... Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula
berkata.... al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains.
Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat
keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.





















Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah
berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam
supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.
Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran,
kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan
matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat
tanpa syarat.

Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan
tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba
menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar
kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik
Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di
dalam sudut syariah.

Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan
kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari
contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang
melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas
pradigma tauhid dan syaiyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-
lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang
kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil
karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu geo bererti bumi
dan metri bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang
berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun
[2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu
sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains
dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/Aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of
Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya
karya yang berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun
820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.























AL-HAITHAM

LATAR BELAKANG TOKOH

Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri. Beliau lebih dikenali dengan nama
samaran Ibnu Haitham. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen,
Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq. Beliau dibesarkan di bandar
Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu. Di
dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah
di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau
mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan
pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan
kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan,
baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik
dan lain-lain lagi.

Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan
ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu
Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir.
Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu
Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu
setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang
dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari
kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang
ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh
itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung
usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku
matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.


Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa
itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik. Pada tahun terakhir
hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya.
Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.




























SUMBANGAN AL-HAITHAM

TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah
berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah hukum pembiasan, iaitu hukum
fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk
Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di
waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara
cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19
darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan
nama hukum pembiasan Snell yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen
Snell.

TEORI PENGLIHATAN (optik)
Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat
eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah
menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah
mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting.
Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda
melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang
memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan
kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan
cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola
kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

TEORI BIASAN CAHAYA
Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan
biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga
percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

AHLI BIDANG FALSAFAH
Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya
adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad
lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: bahawa untuk
mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada
kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional.

BIDANG ASTRONOMI
Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak
menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak
hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya
mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini
ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

BIDANG FIZIK
Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau
menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu
sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci,
dan Johannes Kepler.





















HASIL KARYA AL-HAITHAM

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam
pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya
sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi),
Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar),
Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al
izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al-
Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya
tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat
dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur.
Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan
meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian
optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini
diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada
tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham
dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan.
Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun
sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan
penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu
Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi
dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu
sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran
sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan
bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur
pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan
diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung
nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan
yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan
pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar
di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia
ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger
Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna
pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan
sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri
kepada Allah SWT.

You might also like