You are on page 1of 2

Unit 7: Raja Berperlembagaan

Raja Berperlembagaan
1) Malaysia mengamalkan corak pemerintahan Raja Berperlembagaan.
2) Raja Berperlembagaan ialah suatu sistem pemerintahan beraja iaitu Yang di-Pertuan Agong
merupakan Ketua Negara seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Sistem Beraja Tradisional Sistem Beraja Berperlembagaan
1) Raja berada di puncak hierarki
pemerintahan.
2) Raja bertanggungjawab terhadap
semua urusan pemerintahan negara.
3) Raja memiliki kuasa mutlak.
4) Raja berperanan menggubal dan
melaksanakan dasar pemerintahan.

1) Kuasa Raja diwakilkan kepada cabinet yang
diketuai oleh Perdana Menteri.
2) Raja bertanggungjwab terhadap semua
urusan pemerintahan negara.
3) Raja memiliki kuasa mutlak.
4) Raja berperanan menggubal dan
melaksanakan dasar pemerintahan.

Yang di-Pertuan Agong
1) Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan
di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

2) Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong:
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara.
Baginda merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri serta negeri-negeri
Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong mengetuai badan-badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman.
Baginda mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengampunkan serta menangguh hukuman oleh
mahkamah tentera.
Memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu

3) Peranan Yang di-Pertuan Agong
Merupakan Ketua Negara Malaysia
Menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Wilayah-
wilayah Persekutuan dan negeri baginda sendiri.
Melantik Perdana Menteri
Melantik Jemaah Menteri dan hakim mahkamah sertaa melucutkan jawatan mereka atas
nasihat Perdana Menteri
Mengampun kesalahan penjenayah dalam Wilayah Persekutuan atas nasihat Lembaga
Pengampunan
Memanggil dan membubarkan parlimen


Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
1) Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang
telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
2) Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja
Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir
3) Yang di-Pertuan Agong hanya boleh dipecat oleh Majlis Raja-Raja dan
disokong oleh lima daripada sembilan raja-raja dalam Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja
1) Majlis Raja-Raja ditubuhkan pada tahun 1948.
2) Majlis ini bersidang setiap tiga atau empat kali setahun.
3) Majlis Raja-Raja dianggotai oleh:
-- 9 orang Sultan
-- Yang di-Pertuan Agong
-- 4 orang Yang Dipertua Negeri

3) Mesyuarat Majlis Raja-Raja dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.
4) Majlis Raja-Raja bebas daripada badan perundangan persekutuan dan badan perundangan
negeri.
5) Setiausaha Majlis Raja-Raja dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
6) Tugas utama Majlis Raja-Raja adalah untuk melantik dan memecat Yang di-
Pertuan Agong dan Timbalannya. Tugas lain Majlis Raja-Raja termasuk
memelihara perkara yang berkaitan dengan agama Islam, menimbangkan
soal-soal dasar negara dan meluluskan sebarang undang-undang mengikut perlembagaan.


Alat-alat Kebesaran
1) Alat-alat kebesaran yang dimiliki oleh raja-raja Melayu melambangkan
identiti mereka.
2) Alat-alat kebesaran Diraja melambangkan kekuasaan baginda.
4) Alat-alat kebesaran yang digunakan semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong:
Tengkolok Diraja
(a) Berbentuk solek dan warnanya adalah berlainan mengikut negeri
(b) Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada
hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam dengan benang emas.

Pending Diraja
Keris Pendek Diraja
(a) Hanya dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Gandik Diraja
(a) Dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat
kebesaran Diraja dan pada waktu Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong
(b) Gandik diperbuat daripada emas putih

Muskad
Singgahsana
Payung diraja,
Usur-usur Kuning
Tombak berambu
Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja

You might also like