You are on page 1of 4

PETA

AHLI:MUHD HAZIQ
AKMAL,MIZAN IRFAN DAN
AKMAL FAREEZ.
Maksud Peta
Tahukah anda tahu peta?Peta ialah suatu gambaran atau lukisan
tentang sesuatu kawasan di permukaan bumi sebagaimana yang
dilihat dari udara.Peta adalah alatan yang paling lazim digunakan
oleh ahli geografi yang menunjukkan taburan ciri fizikal dan budaya
sesuatu kawasan.

Semasa melakukan kerja luar, anda telah mengumpul pelbagai jenis
maklumat yang diperlukan.sekarang, mari kita mempelajari cara
untuk merekodkan maklumat-maklumat tersebut.lazimnya, kita
menggunakan simbol untuk mewakili ciri geografi bagi merekodkan
maklumat ke dalam sebuah peta.
MEMAHAMI SIMBOL DAN FIZIKAL
DAN BUDAYA DALAM PETA LAKAR
Secara amnya, terdapat dua jenis simbol, iaitu
simbol fizikal dan simbol budaya. Simbol fizikal
digunakan untuk mewakili ciri semula jadi
seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-
tumbuhan semula jadi.Simbol budaya pula
digunakan untuk mewakili ciri budaya seperti
petempatan, tanaman, perhubungan,
perindustrian dan perlombongan (buatan
manusia)
MENTAFSIR PETA LAKAR
Anda sudah mengetahui cara-cara melukis peta dengan
menggunakan simbol dan singkatan untuk
menggambarkan pelbagai ciri atau objek. Tetapi,
dapatkah anda mentafsir sebuah peta lakar ? Apabila
anda mentafsir peta lakar, terdapat beberapa perkara
yang harus diberikan perhatian, iaitu tajuk peta, skala,
mata angin utara, penggunaan warna dan simbol atau
singkatan.
Mentafsir peta lakar bermaksud kita mengenal pasti ciri
fizikal dan budaya yang terdapat pada peta serta
menentukan kedudukan, taburan dan pola ciri tersebut.

You might also like