You are on page 1of 2

BAB 3 PETA LAKAR

Peta

• Peta ialah gambar atau lukisan yang menunjukkan sesuatu kawasan di permukaan bumi.
• Peta biasanya menunjukkan permukaan bumi sebagaimana yang dilihat dari udara.
• Objek-objek di permukaan bumi diperhatikan, direkodkan, dan dicatatkan.
• Sumber-sumber yang digunakan untuk menghasilkan peta
 Satelit
 GPS
 Penerbangan kapal terbang, dron dan lain-lain

• Terdapat beberapa jenis peta. Antaranya ialah


 Atlas
 peta lakar
 peta topografi
 pelan.

Peta lakar

• Peta lakar ialah lukisan/gambaran sesuatu kawasan yang dilukis berdasarkan pemerhatian dan
data-data
• Ia dilukis tanpa menggunakan skala
• Peta lakar juga dilukis dengan menggunakan simbol ringkas yang mewakili ciri geografi kawasan
tersebut

Simbol

• Semua objek yang ada di permukaan bumi disebut sebagai ciri geografi
• Ciri geografi dibahagi kepada dua jenis iaitu
 Ciri fizikal – ciri berkait dengan alam semula jadi
 Ciri budaya – ciri berkait dengan buatan manusia
• Simbol boleh dilukis menggunakan titik, garisan atau pun perkataan
• Contoh ciri fizikal ialah Hutan, Hutan paya air tawar, Tasik dan Kawasan tanah tinggi
• Contoh ciri budaya ialah Hospital, Rumah, Jalan raya, Tali air, Jeti, Tanaman getah dan Tanaman
padi

Mengapa penggunaan simbol penting?

• Simbol digunakan untuk mewakili semua ciri geografi yang ada di permukaan bumi
• Pengunaan simbol boleh membantu
 Menjimatkan ruang di dalam peta
 Membantu orang ramai membaca dan memahami peta dengan mudah
 Mengurangkan kekeliruan pada peta
Contoh simbol

Elemen dalam peta lakar

• Sesebuah peta lakar perlu mempunyai elemen-


elemen yang berikut
a) Bingkai peta
b) Tanda arah utara
c) Petunjuk simbol
d) Ciri-ciri fizikal dan budaya

You might also like