You are on page 1of 3

Laporan Program Sukan Dan Rekreasi

Pada 09 April 2013 hingga 12 April 2013, Program Sukan dan Rekreasi
2013 telah diadakan di Kem Rock View, Lundu. Seramai 18 orang guru
pelatih daripada PPISMP GSTT BC Ambilan Jan 2012 telah mengikuti
program ini. Program Sukan dan Rekreasi ini juga disertai oleh dua orang
pensyarah Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang.
Dalam Program Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Keselamatan
telah ditubuhkan untuk menjaga keselamatan serta harta benda para peserta.
Ahli jawatankuasa telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan jadual
bertugas bagi aktiviti pemantauan untuk melancarkan pelaksanaan program
dan jadual memantau pada waktu malam. Pada hari pertama, jadual bertugas
pemantauan telah ditunjukkan kepada semua peserta untuk mereka merujuk
nama sendiri dan masa pemantauan mereka. Selain itu, ahli jawatankuasa
juga perlu memastikan bahawa semua peserta menjalankan tugasan masing-
masing dengan penuh amanah.
Ubat malaria telah diagihkan kepada para peserta pada tiga hari
sebelum program ini dan hari terakhir program ini untuk mengelakkan
penyakit demam denggi. Keselamatan dalam sesuatu aktiviti telah dititik berat
dari semasa ke semasa dalam semua aktiviti. Selain itu, dua kotak peti
pertolongan kecemasan telah disediakan kepada ketiga-tiga kumpulan iaitu
Kumpulan Grateful, Kumpulan Tolerant dan Kumpulan Self Initiate. Peti
pertolongan cemas yang diberikan telah dibawa bersama apabila aktiviti-
aktiviti seperti Abseiling, Team Building, Water Safety, berakit, Jungle
Trekking, dan sebagainya dijalankan. Langkah keselamatan ini memudahkan
para peserta untuk mendapatkan rawatan segera jika berlakunya terdapat
sebarang kemalangan. Namun, kami telah menghadapi masalah kekurangan
peti pertolongan cemas, hal ini kerana kami mempunyai 3 kumpulan. Oleh itu,
ketiga-tiga kumpulan terpaksa berkongsi peti pertolongan cemas untuk
mengatasi masalah kekurangan ubat rawatan. Walau bagaimanapun, kami
amat bersyukur kerana tidak berlakunya kecederaan serius mahupun
kemalangan teruk sepanjang aktiviti Program Sukan dan Rekreasi dijalankan.
Penambahbaikan perlu dilakukan untuk memantapkan lagi ahli jawatankuasa
bahagian keselamatan bagi program yang seterusnya.
Selaku ketua Jawatankuasa Keselamatan, saya ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan Program Sukan dan Rekreasi khususnya
pensyarah Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Perguruan Batu
Lintang, pihak Kem Rock View, para jurulatih dan sesiapa sahaja yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung. Kerjasama yang diberikan oleh semua
pihak amatlah kami sanjungi.
Sekian. Terima Kasih.



Disediakan oleh,

_______________________
(WONG MUI HIONG)
Ketua Jawatankuasa Disiplin dan Keselamatan,
Program Sukan dan Rekreasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Disahkan oleh,

_________________________
(ENCIK ABANG ISMAIL BIN ABANG HAJI JULHI)
Penyelaras Program,
Program Sukan dan Rekreasi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

You might also like