You are on page 1of 3

1.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan Ragbi Bawah 12 tahun dan undang-undang IRB yang terkini akan
diguna pakai

2. KELAYAKAN PERMAIN-PERMAIN

2.1. Pemain-pemain hendaklah di bawah umur 12 tahun pada 1 Januari tahun 2012
2.2. Pemain-pemain mestilah pelajar-pelajar yang bonafide, iaitu pelajar-pelajar yang
didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah
2.3. Hanya kad pengenalan/salinan surat beranak yang disahkan sahaja diterima sebagai bukti
umur.

3. BILANGAN PESERTA

Setiap pasukan boleh mendaftar 12 orang permain dan 2 orang pegawai. Tiap-tiap sekolah boleh
menghantar tidak lebih daripada 1 pasukan melainkan ada kesanggupan pihak pengelola
membuat ketetapan lain dalam peraturan pertandingan pada tahun tersebut.

4. PENDAFTARAN PESERTA

Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan pemain-pemain bersama-sama dengan kad
pengenalan/salinan surat beranak selewat-lewat sebelum bermulanya perlawanan pertama
pada hari pertandingan. Sebarang tambahan atau penukaran selepas itu tidak diterima.

5. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk buku sistem pertadingan ragbi U12 MSSM

6. KEDUDUKAN DALAM LIGA/KALAH MATI

6.1. Untuk pertandingan secaraliga, mata berikut diberi:

Menang - 3 mata
seri - 1 mata
kalah - 0 mata

6.2. Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , maka pemenang kumpulan
akan ditentukan mengikut sistem berikut:

6.2.1. Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor jaringan dikira pemenang
6.2.2. Jika masih seri, pasukan yang mendapat try yang terbanyak dikira pemenang.
6.2.3. Jika masih seri juga, lambungan duit syiling akan diadakan.


7. MASA PERLAWANAN

7.1. Masa perlawanan 15 minit tanpa rehat akan digunakan
7.2. Masa perlawanan kumpulan Kalah (Bowl) 10 minit tanpa rehat digunakan
7.3. Pada perlawanan akhir masa yang digunakan ialah 10 minit 2 minit (rehat) 10 minit


8. PERTUKARAN PEMAIN

5 orang pemain boleh digantikan pada bila masa dalam setiap permainan. Pemain yang
digantikan tidak boleh bermain semula pada perlawanan tersebut kecuali semasa drop-off.

9. HANTAR KELUAR PADANG

Pemain atau pemain-pemain yang dihantar keluar padang oleh pengadil tidak dibenarkan
bermain dalam perlawanan berikutnya. Jawatankuasa Rayuan akan memutuskan tidakan yang
akan dikenakan seterusnya

10. MASA MELAPOR

10.1. Semua pasukan mestilah bersedia 5 minit sebelum masa perlawanan
10.2. Semua pengurus pasukan dikehendaki menghantarkan senarai pemain-pemainnya 5 minit
sebelum masa perlawanannya kepada pegawai pertandingan
10.3. Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk memulakan
perlawanan, jika tidak kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya
10.4. Jika kedua-dua pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang
ditentukan, perlawanan itu akan dibatalkan.

11. BANTAHAN

11.1. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengelola Pertandingan dalam masa
30 minit selepas masa tamatnya perlawanan berkenaan
11.2. Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya keputusan
kemenangan ialah 15-0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan
11.3. Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang tunai RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua
Ratus) dan wang ini tidak akan dikembalikan jika bantahan ini didapati tidak berjaya.

12. LEMBAGA RAYUAN

Ahli Jawatankuasa Ragbi MSSM Melaka 2012

13. PENGADIL-PENGADIL

Pengadil-pengadil dilantik oleh Jawantankuasa Pengelola dan Unit Sukan JPN Melaka

14. PENALTI

Jawatankuasa Pengelola berhak mengenakan penalti kepada pasukan-pasukan yang melanggar
peraturan-peraturan yang boleh disabitkan

15. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsirkan segala perkara yang tidak disiarkan di
dalam undang-undang/peraturan-peraturan pertandingan ini dan keputusan muktamad

You might also like