MENGUKUR KESESUAIAN TAHAP DAN MENJAMIN KEBERKESANAN OUTCOME KURSUS
Aqilah B. Huddin, W.M. Diyana W. Zaki, Aini Hussain Hafizah Husain, Nor Fadzilah Abdullah
J abatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Kejuruteraan dan AlamBina, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia {aqilah, hafizah or aini}@vlsi.eng.ukm.my
ABSTRAK
Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) sesuatu programakademik adalah bergantung kepada pengukuran pencapaian outcome kursus (COs) ditawarkan. Bagi mencapai pengiktirafan Washington Accord, keberkesanan COs harus memenuhi matrik spesifikasi profil graduan seperti yang terkandung dalampanduan Washington Accord. J usteru, penilaian COs secara berkesan dapat disokong dengan penggunaan Taksonomi Bloom berdasarkan domain kognitif yang merangkumi enam aras kognitif bagi menguji kualiti serta aras soalan peperiksaan akhir yang merupakan salah satu komponen penilaian utama untuk menilai pencapaian pelajar dalam kursus yang diambil. Kertas kerja ini membentangkan kaedah penggunaan Taksonomi Bloom untuk mengukur kesesuaian tahap kursus yang sekaligus dapat menjamin keberkesanan COs. Kursus KL3193 Mikroprosesor dan Mikrokomputer telah dijadikan contoh kajian yang mana kertas soalannya telah direkabentuk menepati matrik spesifikasi yang ditetapkan untuk kursus tahun 3 iaitu Tahap 1: Pengetahuan dan Pemahaman (< 20%), Tahap 2: Aplikasi dan Analisis (antara 30-40%) dan Tahap 3: Sintesis dan Penilaian (anatara 40-60%). Penggunaan Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom dalam mesyuarat jawatankuasa Penaksiran Soalan juga telah memudahkan pelaksanaan penggubalan soalan yang memenuhi spesifikasi. Dapatan kajian yang dijalankan akan digunakan sebagai pembuktian untuk menyokong tindakan J KEES dalammewajibkan pelaksanaan penggunaan kaedah Taksonomi Bloombagi penggubalan soalan peperiksaan.
Kata kunci: Taksonomi Bloom, Objektif Pembelajaran Kursus, Outcome Kursus
PENGENALAN
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) dalam semua program prasiswazah telah diperkenalkan pada tahun 2005. Namun begitu, perlaksanaan secara menyeluruh dan holistik hanya bermula pada sesi 2007/2008. Antara 2 langkah-langkah yang diambil ialah memperkenalkan penggunaan Taksonomi Bloom untuk tujuan pengukuran dan penilaian COs dan CLOs, kaedah pengajaran berpasukan (team teaching), kaedah pembelajaran berpasukan (co- operative learning) dan sebagainya. Ini adalah sebagai langkah untuk mencapai taraf yang diiktiraf badanWashington Accord. J usteru, kertas kerja ini bertujuan membincang serta membentangkan pengalaman melaksanakan penggunaan Taksonomi Bloom untuk tujuan pengukuran COs dan sekaligus PO. Selain itu, perlaksanaan kaedah ini dapat membantu memberi gambaran tentang kualiti serta tahap hirarki kesukaran kandungan kursus yang diikuti oleh para pelajar sesuai dengan tahap pengajian yang diikuti.
Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956. Taksonomi bloommengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko. Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalampersatuan-persatuan dan juga dalampelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalamkursus rekabentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.
Walau bagaimanapun, peperiksaan merupakan komponen pengukuran utama yang digunakan oleh setiap institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk menilai pencapaian COs mahu CLOs untuk programpengajian masing-masing. J usteru, kemahiran menggubal soalan adalah penting dan perlu diberi perhatian.
Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian, seperti diringkaskan dalam J adual 1. Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloomuntuk tujuan pendidikan. Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi yang digunakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Sebagai contoh, terma pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalis, menilai dan membina.
3
RAJ AH 1 Perubahan Temologi dalamDomain Kognitif Taksonomi Bloom
Terdapat juga pelbagai pecahan dalamdomain kognitif taksonomi Bloom. Antaranya matriks spesifikasi yang digunakan dalam pecahan domain kognitif adalah dengan menyusun setiap aras secara bertingkat atau menggabungkan 3 aras tertinggi dalamsatu tingkat, seperti yang ditunjukkan dalamRajah 2.
Hirarki Kognitif Kata Kunci 1. Pengetahuan (Knowledge) Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas. Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan. 2. Pemahaman (Comprehension) Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Pilih, terangkan, tulis semula.
4 3. Aplikasi (Application) Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain. Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. 4. Analisis (Analysis) Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. Bezakan, pasti, pilih.
5. Sintesis (Synthesis) Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Bina, hasilkan, susun, kembangkan. 6. Penilaian (Evaluation) Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN BERDASARKAN ARAS HIRARKI KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM
Di dalam penggubalan soalan peperiksaan, hirarki kognitif telah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3, seperti yang disenaraikan pada J adual 2. Pecahan kepada 3 tahap ini berbeza mengikut tahun pembelajaran di mana semakin tinggi tahun pembelajaran, semakin tinggi peratusan aras hirarki tertinggi yang diuji. Penetapan pecahan ini dalam bentuk matrik spesifikasi bertujuan melahirkan pelajar berilmu, kreatif dan berdaya saing tinggi. Selain itu, analisis terperinci pencapaian para pelajar juga boleh dilakukan dan penggunaan Taksonomi Bloom dapat menilai keupayaan kognitif para pelajar berdasarkan aras hirarki.
COs adalah panduan utama bagi setiap ahli akademik untuk menggubal soalan peperiksaan bagi memenuhi keperluan matrik spesifikasi yang telah ditetapkan untuk setiap kursus. J adual 3 menunjukkan contoh senarai COs untuk Kursus KL3193 sebagai garis panduan dalam penggubalan dan pengagihan markah soalan peperiksaan. (Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008, 2007)
J ADUAL 2 Panduan Matrik Spesifikasi Berdasarkan Pecahan Hirarki Kognitif Mengikut Tahun Pembelajaran
Tahun Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 2 Pengetahuan dan Pemahaman (0-30%) Aplikasi dan Analisis (60-65%) Sintesis dan Penilaian (10-15%) 3 Pengetahuan dan Pemahaman (0-20%) Aplikasi dan Analisis (30-40%) Sintesis dan Penilaian (40-60%) 4 Pengetahuan dan Pemahaman (0-10%) Aplikasi (10-15%) Analisis, Sintesis dan Penilaian (>75%) 5
J ADUAL 3 Objektif Pembelajaran Kursus KL3193: Mikroprosesor dan Mikrokomputer
Outcome Kursus Hirarki Kognitif 1. Berkebolehan untuk mengenalpasti arkitektur sistem asas mikrokomputer dan hubungkait antara perkakasan dan perisian Pengetahuan 2. Berkebolehan untuk menerangkan fungsi dan konsep asas mikroprosesor 8-bit dan 16-bit serta memahami aspek rekabentuk perkakasan dan perisian Pemahaman 3. Berkebolehan untuk mengaplikasi set arahan untuk membangunkan aturcara bahasa penghimpun dan pengkodan ingatan dan masukan/keluaran untuk binaan litar perantaramuka ingatan dan peranti masukan/keluaran Aplikasi 4. Berkebolehan untuk menginterpretasi, menganalisis, dan troubleshoot aturcara dalambahasa penghimpun Analisis 5. Berkebolehan untuk merekabentuk dan membina aturcara bahasa penghimpun untuk aplikasi spesifik Sintesis 6. Berkebolehan untuk merekabentuk dan membina sistemmikrokomputer berasaskan mikroprosesor yang lengkap Sintesis
METODOLOGI
Matrik spesifikasi Taksonomi Bloom menggunakan templat Excel telah diedarkan kepada setiap ahli akademik bagi setiap kursus yang ditawarkan di J KEES semasa proses penggubalan soalan peperiksaan akhir, seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 3. Ini bagi memastikan soalan peperiksaan bagi setiap kursus digubal mengikut dan memenuhi spesifikasi tahap yang ditetapkan bagi setiap tahun pembelajaran.
Templat ini mengandungi enam jalur tetap mewakili enam aras hirarki kognitif yang diuji dan beberapa baris untuk pecahan soalan yang digubal. Dengan menggunakan templat ini, ahli akademik dapat memasukkan pecahan markah bagi setiap pecahan soalan yang digubal dan hamparan ini telah diprogram untuk menentukan samada penggubalan soalan adalah mengikut spesifikasi Taksonomi Bloom yang telah ditetapkan. Penggunaan templat Excel ini sekaligus memudahkan ahli akademik J KEES untuk menggubal soalan peperiksaan mengikut pecahan peratusan setiap aras kognitif.
6
RAJ AH 3 Contoh Borang Taksir Soalan Berdasarkan BloomMenggunakan Templat Excel Bagi Kursus KL3193
Antara contoh-contoh soalan yang digubal bagi kursus KL3193 yang memenuhi setiap pecahan hirarki kognitif ditunjukkan dalamJ adual 4.
Soalan Aras Hirarki Kognitif What are the names of these pins? Pengetahuan Explain why stack is necessary when writing a microprocessor program and describe the concept of LIFO that is associated with stack. Pemahaman The number of pins for 8086 is still maintained at 40, as Aplikasi 7 shown in Figure 3. Calculate the maximum number of memory locations accessible to 8086 and the word length for each location. Analyze the instruction as shown in Figure 2 and explain the function of each instruction. List the interrupt inputs that are enabled in this program. Analisis Design the interfacing circuit that connects the input port with eight switches to 8085 microprocessor to control the eight output devices. Sintesis
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Topik utama yang dibincangkan dalamkertas kerja ini dapat dibahagikankan kepada dua kategori, iaitu 1. Penggunaan dan perlaksanaan Taksonomi Bloom dalam penggubalan soalan peperiksaan. 2. Pemantauan pencapaian program-program yang ditawarkan di JKEES dalam melaksanakan penggubalan soalan peperiksaan menggunakan Taksonomi Bloom.
KL3193 Mikro Prosesor adalah antara kursus yang ditawarkan untuk pelajar Tahun 3 yang mana penggubalan soalan peperiksaan adalah menepati spesifikasi Tahap Taksonomi Bloom yang telah ditetapkan oleh jabatan. Merujuk kepada Rajah 5, peratusan pecahan hirarki kognitif soalan-soalan peperiksaan kursus KL3193 telah digubalkan berdasarkan Panduan Matrik Spesififkasi Berdasarkan Pecahan Hirarki Kognitif Mengikut Tahun Pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalamJ adual 2. Peratusan untuk setiap pecahan ini dapat diperolehi menggunakan Borang Taksir Soalan Berdasarkan Bloom.
Kertas soalan peperiksaan bagi semua kursus yang ditawarkan oleh JKEES untuk semester 2 sesi 07/08 telah dianalisa seperti yang ditunjukkan dalamRajah 6. Hasil analisis ini menunjukkan ketiga-tiga program, Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dan Kejuruteraan Komunikasi & Komputer, melaksanakan penggunaan Taksonomi Bloom semasa penggubalan kertas soalan peperiksaan untuk pelajar Tahun 2 dan Tahun 3. Manakala, bagi pembelajaran di Tahun 4, hanya Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik memenuhi keperluan Taksonomi Bloom. Rajah 6 menunjukkan kemahiran pelajar tahun akhir JKEES bagi kursus Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dinilai pada aras hirarki yang tertinggi. Ini membuktikan penilaian yang dilakukan di J KEES memenuhi keperluan untuk melahirkan graduan jurutera yang berkualiti. Walaubagaimanapun, analisa ini adalah hanya berpandukan soalan peperiksaan akhir semasa. Oleh itu, walaupun soalan peperiksaan bagi Tahun 4 kursus Mikroelektronik, Kejuruteraan dan Kejuruteraan Komunikasi & Komputer tidak menepati Taksonomi Bloom, ini tidak sepenuhnya menunjukkan pencapaian COs kursus tidak tercapai. Ini adalah 8 kerana bagi menilai keberkesanan COs, semua penilaian termasuk ujian pertengahan semester, projek, kuiz dan juga perbincangan di dalamkumpulan yang dijalankan sepanjang proses P&P perlu diambil kira dalamanalisis.
RAJ AH 5 Pembahagian Markah Peperiksaan Mengikut Tahap Kognitif Bagi Kursus KL3193
RAJ AH 6 Keputusan Analisis Kertas Soalan Peperiksaan Mengikut Pengkategorian Taksonomi Bloombagi Program-Programdi J KEES
KESIMPULAN
Beberapa maklumat penting telah dibentangkan dalam kertas kerja ini mengenai penggunaan Taksonomi Bloom di dalam penggubalan soalan peperiksaan akhir yang merupakan kaedah pengukuran utama digunakan untuk menilai pencapaian COs kursus. Selain itu, kertas kerja ini juga membuktikan penggunaan Bloom Taksonomi yang menyeluruh di setiap programyang ditawarkan oleh JKEES dalam membantu pencapaian COs kursus yang berkesan dan secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang berilmu, kreatif, berdaya saing dan mampu mengimplementasikan ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian di UKM. Ini disokong oleh keputusan yang menunjukkan soalan peperiksaan yang digubal untuk ketiga-tiga program yang ditawarkan oleh J KEES hampir keseluruhannya memenuhi keperluan Taksonomi Bloom. Tren ini dijangkakan akan berulang dan bertambah baik bagi keputusan peperiksaan ini berdasarkan 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% EE uE CC EE uE CC 2nd Year 3rd Year 4th Year Bloom Taxonomy for Subjects offered in 2nd Semester Session 07/08 Evaluation Synthesis Analysis Application Comprehension Knowledge 9 tindakan JKEES dalam mewajibkan penggunaan kaedah taksonomi Bloom bukan sahaja dalam penggubalan soalan peperiksaan, tetapi juga dalam kerja-kerja kursus lain bagi mencapai COs kursus.
RUJ UKAN
Fakulti Kejuruteraan UKM. 2007. Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007- 2008, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, J urnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14, 39-44
Russell Baker, Gina M.Almerico, Barry Thorton, 2008, Evaluating Course- Objective Writing Effectiveness: Applying The Comprehensive Bloom Verb List, College Teaching Methods & Styles J ournal, Vol.4, No. 4: pp 21-24.
Qaisar Sultana, 1999, Evaluation of First-Year Teachers Lesson Objectives by Blooms Taxonomy, Reports Research (143), Annual Meeting of the Mid- South Educational Research Association, November 17-19, 1999
Taxonomy of Educational Objectives, http://www.answers.com/topip/taxonomy- of-educational-objectives , dipaut pada 05/11/08
Taxonomy of Educational Objectives, http://en.wikipedia.org/wiki/Taxonomy_of_Educational_Objectives, dipaut pada 05/11/08