You are on page 1of 30

RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

TAJUK 1 PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

 Sipnosis

Tajuk ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Tajuk ini juga
merupakan pengenalan kepada pentaksiran dan penilaian yang meliputi
definisi, konsep dan hubungkait kedua-dua aspek ini serta penjelasan
berkaitan prosedur penilaian.

 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan maksud pentaksiran dan penilaian.


2. Membezakan konsep pentaksiran dan penilaian.
3. Menghubungkaitkan penilaian dan pentaksiran.
4. Mengenal pasti prosedur penilaian.

.
 Kerangka Tajuk 1

Definisi konsep Definisi konsep


pentaksiran penilaian

Pengenalan pentaksiran dan penilaian

Hubungan Prosedur
pentaksiran dengan penilaian
penilaian
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

 Kandungan Isi

1.1 Konsep pentaksiran dan penilaian

Cuba anda perhatikan gambar di bawah. Apakah jenis penilaian yang


anda gunakan bagi menilai gambar tersebut ?

1.1.1 Definisi dan konsep pentaksiran.

Adakah penilaian dan pentaksiran merujuk kepada perkara yang sama? Cuba
anda dapatkan jawapan daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab
persoalan di atas.

Ramai dalam kalangan kita menganggap penilaian dan pentaksiran


merupakan dua istilah yang boleh saling ditukarganti. Mari kita teliti dan hayati
beberapa maksud pentaksiran dan penilaian berikut.

Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai;

….the total sets of information gathered about students in the classroom.


(Banks, 2005)

McMillan (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula


mendefinisikan pentaksiran bilik darjah seperti berikut:
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Classroom assessments can be defined as the collection, evaluation and use


of information to help teachers make better decisions.
(McMillan, 2004)

Kita dapati, definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian


wujud dalam pentaksiran. Penilaian melibatkan pertimbangan nilai (McMillan,
2004). Ini bermakna ada aktiviti menghurai, menganalisis, menterjemah dan
menafsir.

Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari (2002)


merangkumkan kedua-dua definisi Banks dan McMillan:

…proses mengumpulkan dan mentafsir maklumat tentang pelajar untuk


membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan
pengajaran.
(Mohamad Sahari, 2004)

Definisi oleh Mohamad Sahari menulis dengan nyata perkataan mentafsir.

Kesimpulannya kita boleh katakan pentaksiran merupakan satu episod dalam


proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul,
merekod, menghurai, menganalisis, menterjemah dan mentafsir maklumat
bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan membuat keputusan
pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Pentaksiran juga merupakan
suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu
ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.

Untuk melaksanakan pentaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-


elemen penting yang terkandung dalam pentaksiran. Tujuan umum
pentaksiran di bilik darjah ialah untuk membantu meningkatkan mutu
pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu P & P yang
sedang diamalkan, satu aktiviti yang dapat memberikan satu petunjuk
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

pencapaian mestilah dilaksanakan. Salah satu aktiviti yang mampu


memberikan petunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberikan
nilai kuantitatif yang boleh kita lihat. Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti oleh
aktiviti penilaian kerana ia memberikan pertimbangan nilai atas apa yang
diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu
memperkukuhkan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan
secara berterusan. Jika diteliti, seiring dengan matlamat pentaksiran,
pentaksiran ini perlu dilakukan dalam setiap langkah pengajaran, iaitu
sebelum, semasa dan di akhir pengajaran.

Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik


darjah, kita harus sedar proses pentaksiran perlu dirancang, dilaksana dan
dinilai dengan teliti. Justeru, proses penaksiran hanya dapat menghasilkan
maklumat-maklumat yang berguna dalam meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian
dilakukan secara tepat dan sistematik.

1.1.2 Definisi dan konsep penilaian

Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian


adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat
berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada
kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan”
dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian
merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan.

Walaupun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar


seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan
Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat
keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan
pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan
keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara


ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana
objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai.

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti
terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat
berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal
pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan
pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun,
perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh
menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering
dilakukan di sekolah adalah penilaian terhadap projek, kajian kes, portfolio,
kerja kursus, dan buku skrap pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara
sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan.
Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran
dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan
nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Menurut Banks pula, penilaian ialah......

…the specific process of describing and making judgments about


assessments.
(Banks., 2005)

Gronlund (1981 dalam Mokhtar, 1995) menterjemah maksud penilaian


sebagai;

…satu proses sistematik untuk menentukan sejauhmana objektif


pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

McMillan(2004), pula menyatakan penilaian melibatkan;

…an interpretation of what has been gathered through measurement, in


which value judgments are made about performance.

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang


sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan
sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik


untuk menentukan sejauhmana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid.
Ia juga merupakan proses menentukan perubahan tingkah laku seseorang
individu dan membuat pertimbangan nilai.

1.2 Hubungan antara pentaksiran dan penilaian

Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh
rumuskan bahawa untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti
yang dapat membantu kita mengkategorikan perubahan tingkah laku yang
kita harapkan – itulah dia penilaian.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan


gambarajah yang dibina oleh Banks (2005).

Pentaksiran

Penilaian Pentaksiran tidak formal

Rajah 1.1: Perkaitan pentaksiran dengan penilaian

Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses P & P yang


merangkumi aktiviti penilaian.

Sebelum kita membuat pentaksiran, kita perlu membuat penilaian. Mengapa


perlu kita berbuat demikian?

1.3 Prosedur penilaian


Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan dan penyimpulan prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan
dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti Rajah 1.2 di
bawah.

Peringkat Persediaan Ujian

Peringkat Pentadbiran Ujian

Peringkat Pemeriksaan dan


Pengukuran

Peringkat Analisis Ukuran

Peringkat Interpretasi dan


Tindakan Susulan
Rajah 1.2: Prosedur penilaian
Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan
aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti penilaian.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Dengan bantuan gambarajah, jelaskan perkaitan antara penilaian,


pengukuran dan pengujian.

Layari internet bagi mendapatkan maklumat tambahan.

.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

TAJUK 2 PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

 Sipnosis

Tajuk ini menjelaskan tentang definisi pengujian, pengukuran dan penilaian.


Pelbagai jenis penilaian yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah juga turut didedahkan dalam tajuk ini.

 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan definisi pengujian, pengukuran dan penilaian.


2. Membanding dan membezakan pelbagai jenis penilaian.
3. Menghuraikan setiap jenis penilaian dan fungsinya.
4. Mengenal pasti jenis penilaian yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
5. Mengenal pasti penilaian alternatif bagi mentaksir pengetahuan dan
kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah
Rendah.

 Kerangka Tajuk 2

Definisi pengujian, pengukuran


dan penilaian

Penilaian dan proses pengajaran-


Pengujian, Pengukuran pembelajaran
dan Penilaian

Jenis-jenis penilaian

Penilaian alternatif

 Kandungan Isi

Sebelum anda meneruskan bacaan unit ini, cuba anda dapatkan jawapan
daripada mana-mana bahan bacaan untuk menjawab beberapa soalan
berikut :
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

i. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian, pengukuran da


penilaian?
ii. Apakah yang anda ketahui tentang jenis-jenis penilaian?
iii. Nyatakan bentuk-bentuk sistem penilaian yang anda tahu.

2.1 Definisi Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Dapatkah anda jelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian? Mari


kita teliti maksud terminologi di bawah.

Pengujian ialah:
“pengetahuan satu kaedah, tugas, atau prosedur yang digunakan
untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat atau trait
seseorang berhubung dengan aspek pendidikan dan psikologi”.
(Mokhtar,1995)

Cronbach (1970) mendefinisi pengujian sebagai:


“satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang
dan memperihalkannya dengan bantuan sekala bernombor atau satu
sistem berkategori”

Pengujian juga merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk


diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat terhadap penguasaan pelajar
dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah. Ujian adalah alat ukur. Ujian
digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran.
Menurut Milagros (1981 dalam Raminah, 1991);

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang

diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.”
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang


berdasarkan sesuatu mata pelajaran bagi merangsang murid untuk
‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran
berkenaan. Tahap penguasaan murid biasanya dikuantifikasikan dengan
memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Oleh kerana ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk
mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan
pembelajaran di semua institusi pendidikan, tumpuan perlu diberi bagi
membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan
mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian
terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan
dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara memastikan
ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Bagi
seseorang guru, pengujian menjelaskan sejauh mana penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran atau nilai murni seperti mana yang dikehendaki oleh
sukatan pelajaran.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Apa pula yang dimaksudkan dengan pengukuran? Kumpul 5


pengertian pengukuran daripada sumber yang berbeza. Kongsi
dengan rakan-rakan anda.

Mokhtar (1995) mendefinisi pengukuran sebagai langkah untuk menentukan


tahap sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu. Menurut Aziz dan Mohd
Isha (2008) pula, pengukuran bermaksud suatu proses mendapatkan
penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana
individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan
menggunakan instrumen. Reynolds, Livingston dan Wilson (2010)
mengutarakan pengertian pengukuran yang selari dengan pengkaji-pengkaji
lain. Menurut mereka,
“Measurement is a set of rules for assigning numbers to represent
objects, traits, attributes, or behaviors.”

Pengukuran juga boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana nombor-


nombor diberi (biasanya dikenali sebagai skor) untuk menunjukkan kuantiti ciri
atau atribut seseorang atau sesuatu objek, mengikut rukun-rukun tertentu.
Nombor-nombor yang diberi itu mengekalkan pertalian sebenar yang terdapat
antara orang-orang daripada segi atribut yang diukur itu.

Kumpul maklumat dari internet berkaitan pengertian penilaian. Buat


nota pendek daripada setiap pengertian. Bawa ke kelas untuk
dibincangkan.

Penilaian ialah …….


“Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda.”
(Mokhtar, 1995)

“Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan


sejauhmana objektif pengajaran telah dicapai oleh para murid.”
(Mokhtarl, 1995)
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Bagi seseorang guru, penilaian berlaku apabila guru menggunakan


keputusan ujian bersama-sama dengan maklumat lain bagi menilai prestasi
muridnya. Dalam hal ini, terdapat dua aspek yang penting dalam penilaian
iaitu proses sistematik di mana terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan
terdapat objektif pengajaran yang telah dikenal pasti terlebih dahulu. Bagi
Popham (1975) penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil
pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran
yang ditentukan. Selain itu, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan
maklumat atau data kuantitatif atau data kualitatif atau kedua-duanya sekali.
Bolehkah anda fikirkan contoh bagi penilaian ini?

Sebagai kesimpulan, pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan proses


yang penting dalam mengesan pencapaian hasil pengajaran dan
pembelajaran. Maka, kemahiran menghasilkan instrumen pengujian,
pengukuran dan penilaian yang baik memainkan peranan yang penting bagi
menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Bacaan lanjutan mengenai tajuk ini boleh didapati melalui layaran laman
web seperti berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

2.2 Penilaian dan proses pengajaran dan pembelajaran

2.2.1 Penilaian pencapaian

Penilaian pencapaian ialah satu daripada aktiviti guru yang dilakukan


pada setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun. Penilaian ini
dijalankan dalam bentuk ujian atau peperiksaan sebagai satu sumber
maklum balas pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran, dan
prestasi pencapaian murid.

2.2.2 Penilaian pembelajaran

Penilaian pembelajaran merupakan satu penilaian yang dijalankan


sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Penilaian
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

ini membolehkan guru mendapatkan pengetahuan tentang


pencapaian murid dalam perkara yang telah diajar untuk setiap hari
atau sepajang hari agar dapat mengambil tindakan untuk
mengatasi kelemahan murid. Penilaian ini merangkumi aktiviti
mendapat maklumat melalui soalan murid dan membuat
perbandingan daripada kerja atau latihan murid semasa
pembelajaran dan pengajaran itu berlaku.

Tiga perkara perlu dipatuhi semasa penilaian pembelajaran dilakukan.


Pertama kerja murid perlu diperiksa sama ada betul atau salah sahaja.
Murid perlu diberi balik kerjanya dengan pengetahuan kemahiran atau
ilmu pengetahuan telah dikuasai dan belum dikuasai. Akhirnya guru
perlu menjalankan kerja-kerja pemulihan sebaik sahaja kerja murid
dikembalikan.

2.2.3 Perbandingan rujukan norma

Perbandingan rujukan norma digunakan sekiranya guru ingin


membandingkan prestasi pencapaian individu murid dengan prestasi
pencapaian murid lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau
kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang
ditekankan adalah apakah murid A lebih mahir dari pelajar B?
Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan
penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.

Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada murid sudah
menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan
ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk
memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang murid
dengan murid lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek
kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras
kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan
jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

indeks diskriminasi antara murid pandai dan murid lemah yang tinggi.
Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang
menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian
antara murid.

Perbandingan rujukan norma juga membawa pengertian “membuat


perbandingan di antara murid yang dikumpulkan mengikut ciri-ciri yang
sama seperti umur atau peringkat perkembangan yang sama.” Ini
bermakna sekiranya terdapat murid yang tidak dapat melakukan
tingkah laku seperti sebahagian besar murid lain, maka dia
dikategorikan lemah atau di bawah pencapaian norma. Contohnya
sebilangan besar murid yang berumur 6 tahun telah boleh membaca
semua 26 abjad. Tetapi sebaliknya terdapat seorang murid yang sama
umurnya gagal membaca semua abjad ini, maka dia dianggap berada
di bawah pencapaian norma.

Popham (1981) menjelaskan.............


“Ujian rujukan norma digunakan bagi menentukan status seseorang
murid berpandukan prestasi murid yang lain dalam sesuatu ujian
berkenaan.”

Ujian rujukan norma memberi penekanan kepada siapa yang lebih baik
tetapi tidak memberi satu gambaran yang terperinci seperti kemahiran
seseorang murid. Kerja menghasilkan soalan ujian hendaklah diberi
perhatian agar dapat menunjukkan perbezaan di antara murid-murid.
Kesukaran soalan boleh dibahagikan kepada 25% yang sukar dan
25% yang senang di mana 50% soalan yang sederhana sukar. Dengan
ini sekiranya seorang murid menjawab 50 soalan dengan betul
daripada 60 soalan dalam sesuatu ujian dan skor mentah murid ini
ialah 50. Merujuk kepada satu jadual norma, kedudukan murid ini
dalam pangkat peratusan telah dibandingkan dengan satu kumpulan
murid lain sebagai norma. Hasil rujukan ini memberikan bacaan
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

pangkat peratusan ke-83 dari jadual norma, maka prestasi murid


tersebut dikatakan berprestasi melebihi atau menyamai 82 peratus
daripada murid lain dalam kumpulan norma.

2.2.4 Perbandingan rujukan kriteria

Perbandingan rujukan kriteria pula digunakan sekiranya guru ingin


membandingkan prestasi pencapaian seseorang murid dengan kriteria
yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada
seseorang murid telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran
yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan
seseorang murid berbanding dengan murid lain.

Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kandungan pelajaran yang


berbentuk kumulatif iaitu murid perlu menguasai setiap unit sebelum
unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak
semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang
digunakan tidak semestinya kandungan sesuatu pelajaran yang hanya
diperoleh pada akhir semester. Guru boleh menggunakan kriteria
berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, guru
perlu membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian
sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang
diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap
padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Jadual 2.1 di bawah menjelaskan perbandingan antara Penilaian


Rujukan Norma dengan Penilaian Rujukan Kriteria.

Jadual 2.1 Perbandingan antara Penilaian Rujukan Norma dan


Penilaian Rujukan Kriteria

Dimensi Ciri Rujukan Norma Rujukan Kriteria


Matlamat Membandingkan Membandingkan
prestasi seseorang prestasi seorang pelajar
pelajar dengan pelajar dengan kriteria piawai
lain yang ditetapkan.
Pembinaan Soalan menggalakkan Soalan memberi
Soalan kepelbagaian. Soalan tumpuan kepada kriteria
menggunakan pengacau tingkah laku yang diuji.
terbaik Menumpukan kepada
pengenalpastian tingkah
laku.
Kandungan Cetek, kebiasaannya 1 Mendalam, banyak
Ujian atau 2 soalan setiap soalan bagi setiap
objektif objektif
Kepelbagaian Semakin pelbagai Kepelbagaian soalan
Kandungan soalan ujian semakin ujian adalah minimum
baik
Pelaporan dan Persentil dan skor Bilangan lulus atau
Pentafsiran piawai gagal serta julat prestasi
yang boleh diterima

Renung sejenak !
Apakah perbezaan utama antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian
Rujukan Kriteria?

2.2.5 Penilaian terkawal

Penilaian terkawal merujuk kepada penilaian di mana murid-


murid diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa
yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan
yang sama, menjawab dalam bentuk dan pada kertas yang
serupa dan diawasi sepanjang masa oleh pengawas. Penilaian
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

ini sesuai untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan


pengetahuan dan kemahiran.

2.2.6 Penilaian tidak terkawal

Penilaian tidak terkawal berlaku semasa aktiviti pengajaran dan


pembelajaran serta berlaku dalam keadaan sebenarnya dan
semasa perlakuan itu berlaku. Perkara seperti sikap, nilai dan
aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan
berkesan secara terkawal. Maka guru perlu bersifat bersedia
dan sensitif kepada keadaan yang boleh menjadi sumber
penilaian tidak terkawal.

2.3 Jenis-jenis penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat


berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian
formatif, sumatif, pra kelayakan, diagnostik dan alternatif. Justeru ujian
yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian
dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa
dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

2.3.1 Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang


dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran yang diajar.
Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan murid telah
menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan
dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif
sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca
kelemahan murid dapat dikesan. Penilaian formatif dapat
menentukan samada murid telah bersedia untuk mengikuti
pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

formatif juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar.


Penggunaan penilaian formatif banyak digunakan di sekolah-
sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan


diagnosis kelemahan murid dalam unit-unit pelajaran, pelaporan
penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai”
atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian
ujian formatif tidak sesuai digred.

2.3.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap


penguasaan murid dalam keseluruhan mata pelajaran. Penilaian
sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi atau semester.
Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester.
Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir semester,
skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk
tujuan melaporkan kemajuan murid daripada memperbaiki
kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid. Skor
penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan
penempatan murid.

Kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian


sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan
penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif?
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

2.3.3 Penilaian Diagnostik

Penilaian diagnostik dilakukan sebagai cara untuk mengesan


sama ada murid sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran
seterusnya. Sekiranya murid belum bersedia, guru dapat
mengesan kelemahan dan kekuatan murid agar pembetulan
serta penambahbaikan yang berkaitan boleh dilakukan.
Penilaian diagnostik juga adalah berkaitan kesukaran
pembelajaran yang wujud secara berulang yang tidak dapat
diperbaiki melalui penilaian formatif. Matlamatnya adalah untuk
menentukan punca masalah pembelajaran dan menyediakan
perancangan untuk tindakan pemulihannya.

2.3.4 Ujian penempatan atau pra-kelayakan

Ujian penempatan atau pra-kelayakan digunakan sebagai


petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan
mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu
bidang yang ingin beliau ceburi. Antara tujuan lain ujian ini
diadakan ialah bagi menempatkan murid pada peringkat
pelajaran yang sesuai dijalankan sebelum bermulanya sesuatu
pelajaran. Selain itu. penempatan dilakukan supaya tindakan
susulan dapat dibuat agar murid diberi aktiviti pembelajaran
yang sesuai. Jenis ujian penempatan yang biasa dijalankan di
sekolah ialah ujian pencapaian atau ujian sumatif

Empat jenis penempatan yang dijalankan ialah :


a. penempatan murid ke sekolah yang berlainan seperti
sekolah vokasional atau sekolah biasa
b. murid dimasukkan ke aliran sains atau sastera
c. murid dimasukkan ke dalam darjah yang berlainan
mengikut kemampuan murid
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

d. murid yang berlainan kemampuan dikumpulkan dalam


satu bilik darjah dan guru terpaksa menggunakan
pelbagai strategi pengajaran apabila mengendalikan
darjahnya.

2.3.5 Penilaian ujian piawai (scholastic aptitude)

Ujian piawai merupakan ujian yang diselaraskan secara


bersama dari peringkat merancang, mengubal dan mentadbir
ujian serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperoleh
dan melaporkannya oleh satu organisasi tertentu. Ujian ini
direkabentuk untuk meramal penguasaan murid dalam aktiviti
tertentu pada masa hadapan. Ujian ini juga digunakan untuk
mengukur kebolehan murid terhadap pengetahuan atau
kemahiran yang telah dipelajari. Maklumat dari ujian ini berguna
dalam menentukan kesediaan belajar murid, pengajaran secara
individu, membentuk kumpulan dalam bilik darjah, mengenal
pasti murid yang lemah, mengenal pasti masalah pembelajaran,
dan membantu murid dalam perancangan pelajaran dan
vokasional. Contoh ujian piawai ialah ujian bakat dan ujian
kecerdasan.

2.4 Penilaian alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini


memberi satu alternatif kepada pengujian tradisional yang
menggunakan kertas dan pensil. Penilaian pengajaran di sekolah
sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang
ditunjukkan oleh murid. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian
terhadap portfolio, penilaian berasaskan ketrampilan dan penilaian
berasakan projek. Sebagai contoh, guru boleh menilai keberkesanan
pengajarannya dalam sesuatu mata pelajaran melalui portfolio yang
disediakan oleh murid. Penilaian alternatif ini memerlukan
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam


modul ini.

2.4.1 Penilaian portfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk


mengumpul dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu
jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa
jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang
berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti
pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan
penilaian yang menyeluruh.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia


memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang
teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk
mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran
secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari
peringkat awal hingga ke akhir.

Portfolio bertujuan untuk memberi peluang murid


mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh
melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan,
menggalakkan murid menyemak dan menganalisis
pembelajaran mereka secara sistematik dan menyediakan
ruang bagi murid membuat refleksi dan menentukan matlamat
peribadi.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Ciri-ciri Portfolio

a. Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti murid iaitu


rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman
dan harapan.
b. Sesuatu yang dilaksanakan oleh murid secara autentik.
Ini adalah kaedah konkrit untuk murid menghasilkan kerja
melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja
amali atau kerja-kerja lapangan.
c. Menunjukkan perlakuan murid yang dibimbing oleh guru
seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod
untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan
pembelajaran.
d. Membuat catatan pembimbing yang membantu murid
merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang
dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
e. Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui
bersama dengan murid sebagai penggalak kepada murid
untuk mengambil bahagian secara aktif.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

Sesebuah portfolio mengandungi:


a. senarai semak yang disediakan oleh guru
b. nota-nota yang disediakan oleh guru
c. catatan jurnal
d. buku log
e. refleksi kendiri murid
f. gambar dan foto
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Kebaikan Penilaian Portfolio

a. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajaran dan


pembelajaran
b. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai
pencapaian murid
c. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan
murid
d. Dapat memotivasikan murid dan meningkatkan tahap
kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang
diberi oleh guru.

2.4.2 Penilaian berasaskan keterampilan

Penilaian berasaskan keterampilan merupakan satu penilaian


yang melibatkan proses melaksanakan sesuatu tugasan atau
menghasilkan sesuatu produk. Penilaian ini melibatkan murid
menunjukkan kecekapannya atau pengetahuannya dengan
memberi jawapan yang tepat atau satu hasil produk yang baik.
Penilaian ini juga merupakan satu bentuk ujian yang
memerlukan guru membuat pertimbangan tentang penataran
murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri afektif
mereka. Kriteria penilaian ditetapkan bersama-sama dengan
murid.

Penilaian berasaskan keterampilan juga merupakan proses


mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang sama
ada kompetensi telah dicapai. Ini bagi mengesahkan sama
ada seorang murid dapat melaksanakan jangkaan standard
yang telah ditetapkan.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

2.4.3 Penilaian berasaskan projek

Menurut Wiggins (1989), penilaian berasakan projek merupakan


aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau
membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar.
Penilaian ini melibatkan banyak gabungan aktiviti, mereka,
menyelesaikan masalah, membuat siasatan, dan membuat
keputusan sama ada secara kerja kumpulan atau individu.

Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Projek


a. Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai
pelbagai reka bentuk sama ada lisan, visual atau
kinestetik
b. Projek yang dijalankan selalunya berbentuk jangka
panjang
c. Projek yang dilaksana menunjukkan peranan sebenar
dalam situasi sebenar
d. Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian
alternatif apabila tidak mendapat jawapan yang benar
e. Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat
projek secara koperatif
f. Pelajar dapat menjalankan tugasan projek secara
individu atau berpasukan
g. Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang dikumpul
dan menilai pembelajaran

Peringkat-peringkat pelaksanaan projek

1. Sebelum pelaksanaan projek


 Dapatkan panduan dari guru
 Kenalpasti masalah dan tajuk
 Tinjau projek lepas untuk rujukan
 Bentuk pasukan dan pembahagian tugas
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

2. Semasa pelaksanaan projek


 Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli
kumpulan
 Kenal pasti skop dan urutan
 Sediakan jadual pelaksanaan projek
 Tentukan punca maklumat
 Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data
 Penambahbaikan dan penilaian berterusan
 Sediakan laporan projek
 Bentangkan dapatan/ hasil
3. Selepas pelaksanaan projek
i. Penilaian projek oleh guru dalam aspek
perancangan, pelaksanaan atau proses, dan
projek yang dihasilkan mempunyai kualiti mengikut
piawaian yang ditetapkan
ii. Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan,
kelemahan dan cadangan mengatasi
iii. Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan
dan kemahiran
iv. Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah
v. Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

Penilaian jenis ini berlaku dalam tiga fasa:


1. Fasa 1
Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya
mengenal pasti sama ada secara formal seperti pra-
pentaksiran bertulis mahu pun tidak formal berkenaan
maklumat sedia ada murid mengenai topik projek. Bagi
pembelajaran berasaskan projek, asas pengetahuan
amat penting. Penilaian ke atas maklumat sedia ada
murid membantu guru dalam agihan murid dalam
kumpulan.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

2. Fasa 2
Semasa projek dilaksanakan, pentaksiran menggunakan
senarai semak dan skala kadar memberi maklum balas
bernilai kepada murid mengenai pembelajaran dan
kemajuan projek mereka. Rubrik pemarkahan boleh
membantu murid-murid menilai kemajuan perancangan
projek sementara bagi guru pula menjadi rujukan ketika
mengadakan sesi perbincangan mengenai tahap
pencapaian dan kemajuan.
3. Fasa 3
Selepas projek, pentaksiran menggunakan rubrik dapat
memberikan maklumat bernilai mengenai hasil projek dan
dalam membuat pembentangan di hadapan rakan kelas.
Rubrik yang sesuai juga dapat membantu memberikan
maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan projek
yang dibentang.

2.4.4 Penilaian kerja kursus berasaskan sekolah

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan


perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.
Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen penilaian,
melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini
dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap


murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat
membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari
semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk
membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di


samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan
memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat
tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke
semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PBS
boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk
aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM


dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat
memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara. PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam
sistem penilaian. PBS dilaksanakan untuk mendapatkan
gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping
memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

Melalui PBS guru akan dapat:


a. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
b. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;
c. mengetahui keberkesanan pengajarannya;
d. merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
e. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-
merta.
CiriI-Ciri Penilaian Berasakan Sekolah

PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat


membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan


tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan
murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya.
Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat
membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti


berikut:
i. dikendalikan oleh guru dalam menilai muridnya sendiri
ii. berasaskan kriteria di mana penguasaan murid dinilai
menilai berdasarkan hasil pembelajaran yang telah
ditentukan
iii. berbentuk formatif di mana penilaian ini dijalankan secara
berterusan dalam mengesan perkembangan, kemajuan
dan pencapaian murid
iv. menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian,
lisan, penulisan dan sebagainya
v. mengesan perkembangan pembelajaran secara
menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
vi. menekankan perkembangan Individu berdasarkan
kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan
antara individu
vii. bersistem yang melibatkan proses merancang,
menentukan instrumen, melaksana, menganalisis,
merekod, melapor dan mengambil tindakan susulan
viii. menggalakkan penilaian kendiri di mana murid dilatih
menilai kemajuan sendiri secara berterusan dan guru
mendapat maklumat tambahan
ix. membolehkan tindakan susulan diambil bagi mengatasi
kelemahan pembelajaran dan mempertingkatkan
kekuatan pembelajaran murid.
RBT 3083 Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda


dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.
1. Pengertian bagi konsep-konsep berikut:
a. Pengujian
b. Pengukuran
c. Penilaian
2. Banding bezakan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif.
3. Bagaimanakah penilaian portfolio dan penilaian projek dapat
dilaksanakan dalam penilaian kerja kursus Reka Bentuk Teknologi?

You might also like