You are on page 1of 2

 Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai

the total sets of information gathered about students


in the classroom.
 Pentaksiran juga bermaksud proses DEFINISI DAN KONSEP
mengumpulkan dan mentafsir maklumat tentang PENTAKSIRAN
pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang
dapat meningkatkan pembelajaran dan pengajaran.
 Tujuan umum pentaksiran di bilik darjah ialah untuk
membantu meningkatkan mutu pembelajaran murid
dan pengajaran guru.

 Penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat


yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. (Terry
D. TenBrink :1974)
 Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa
yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari
sesuatu program pendidikan.
DEFINISI DAN KONSEP PENILAIAN
 Penilaian merupakan proses yang sistematik untuk
mendapatkan maklumat bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif & arah P&P.
 Definisi penilaian ini membawa maksud objektif
pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu
sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut
dibuat.

Perbezaan utama pentaksiran dan penilaian ialah dalam situasi di dalam bilik
darjah, guru melaksanakan pentaksiran terhadap pencapaian pelajar (sejauh
mana pelajar mencapai objektif pengajaran), selain melaksanakan penilaian
terhadap pengajaran guru di bilik darjah.
1.2 PERUNDANGAN DAN KESAKSAMAAN DALAM PENTAKSIRAN (PROSEDUR
PENILAIAN)

Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan


penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu:

Peringkat Persediaan Ujian


Fasa Pengujian
dan Pengukuran
Peringkat Pentadbiran Ujian

Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran


Fasa Pentaksiran

Peringkat Analisis Ujian


Fasa Penilaian
Peringkat Interpretasi dan Tindakan

Rajah 1.2 Prosedur penilaian

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama


dalam aktiviti penilaian. Prosedur penilaian biasanya dimulakan dengan persediaan ujian atau
instrumen. Dalam peringkat ini, jenis dan kualiti ujian perlu ditentukan. Ujian dilaksanakan
dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seorang murid atau sekumpulan murid. Kadang-
kadang ujian berkenaan dianggap bermutu tetapi gagal dalam mendapatkan maklumat yang
diperlukan oleh guru atau pihak berkenaan.

Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati keperluan sesuatu matlamat
atau objektif penilaian, maka langkah seterusnya adalah mentadbir ujian kepada murid. Ini
diikuti dengan pentadbiran pengujian yang memerlukan piawai dan prosedur pentadbiran
yang sistematik. Prosedur pengujian mestilah mengikut tatacara yang ditetapkan seperti
masa yang diperuntukkan, peraturan semasa ujian dan sebagainya. Kemudian, penskoran
dan pentaksiran dilaksanakan berdasarkan pengujian yang dijalankan. Maklumat pentaksiran
kemudiannya dianalisis dan digunakan dalam membuat interpretasi dan tindakan lanjutan.

You might also like