You are on page 1of 1

Ruj.

Kami : MPW 2033 PM 2014(1)



Tarikh : 1 SEPTEMBER 2014


Melalui ;

Pengarah,
Pusat Pengajian Umum dan Ko-Kurikulum,
Kolej Universiti INSANIAH.

Kepada,
YB / Dato / Datin / Tuan / Puan.


MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN BAGI PROGRAM MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN
KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA KALI-57 DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH.

Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari pelajar kursus Pengajian Malaysia (MPW
2033) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti INSANIAH akan
mengadakan Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia kali ke-57.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik daripada pihak tuan agar
dapat menghulurkan sumbangan/tajaan samaada dalam bentuk barangan/hamper atau wang
tunai bagi membantu kami dalam menjayakan program ini. Untuk maklumat program, sila rujuk
lampiran 1.

4. Sumbangan daripada pihak tuan, boleh berhubung dengan Saudara Mohd Aflah Bin
Mahusin, Bendahari Program Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
Kali ke-57 di talian 012-5141640. Sebarang sumbangan berbentuk wang juga boleh disalurkan
atas nama Bendahari Program Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Kali
ke-57 melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (13017021218953)

5. Semoga permohonan ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak
tuan/puan. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan terlebih dahulu diucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian, wassalam.

MALAYSIA, DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Saya yang menjalankan tugas,



(Mohd Amirul Bin Yaakob)
Pengarah Program ,
Majlis Penutup Sambutan Kemerdekaan
dan Hari Malaysia Kali Ke-57,
Kolej Universiti INSANIAH.

You might also like