You are on page 1of 13

SULIT - 1 - 4571/1

4571/1 SULIT

Bagi soalan 1 hingga soalan 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu
yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan
objektif anda.

1. Mesyuarat telah memutuskan bahawa Kejohanan Badminton bawah umur 14 tahun MSS
Daerah ini akan diadakan pada 13 hingga 15 November 2013 di Dewan Sri Melati, kata
Pengerusi Mesyuarat.

Manakah fungsi pengurusan sukan berikut menggambarkan kemungkinan berlakunya
dialog di atas
A Perancangan
B Pengelolaan
C Pengarahan
D Pengawalan

2. Seorang atlet olahraga kebangsaan sering kalah dalam pertandingan dan memberi
pelbagai alasan diatas kekalahannya. Apakah sifat yang telah ditunjukkan oleh atlet
tersebut.

A Kebimbangan
B Motivasi
C Atribusi
D Keagresifan

3. Sekiranya terdapat sembilan pasukan yang mengambil bahagian dalam suatu
pertandingan , berapa jumlah keseluruhan perlawanan dalam kumpulan sekiranya
diadakan pertandingan

A 26
B 36
C 37
D 40

4. Maklumat dibawah menjelaskan bidang tugas satu jawatankuasa yang dibentuk dalam
satu pertandingan sukan





Apakah jawatankuasa yang menjalankan tugas diatas?
A Pertandingan
B Kepegawaian
C Teknikal
D Statistik








Menyediakan gelanggang atau padang
Memastikan ukuran gelanggang atau padang bersesuaian
Menyediakan peralatan sukan secukupnya

SULIT - 2 - 4571/1
4571/1 SULIT
5. Sekiranya terdapat 2 pasukan yang memakai jersi yang sama warna , bagaimanakah
ditentukan pasukan yang perlu menukar warna jersi?

A Dibuat undian lambungan duit syiling dimana pasukan yang kalah perlu menukar
jersi
B Memanggil mesyuarat pengurus pasukan membincangkan masalah ini dan
menentukan warna jersi.
C Menyemak jadual dimana nama pasukan yang mula-mula tercatat nama dalam
jadual akan menukar jersinya
D Ditunda perlawanan sehingga ada pasukan yang menukar jersinya



6. Penyataan dibawah berkaitan motivasi dan ganjaran




X Y

Apakah jenis ganjaran X dan Y yang boleh meningkatkan motivasi intrinsik seorang atlet?




X Y
A Intrinsik Intrinsik
B Ekstrinsik intrinsik
C Ekstrinsik Ekstrinsik
D Intrinsik Ekstrinsik

7.
Mana antara situasi berikut menunjukkan sosialisai berlaku menerusi sukan?

A
Berminat menceburi permainan golf kerana ada pemain yang mendapat ganjaran
wang yang banyak
B
Ikut kakak berjogging kerana kakak nampak lebih sihat dan bertenaga dalam aktiviti
harian.
C
Berminat untuk bermain ragbi kerana permainan ini walaupun kasar dapat membina
disiplin yang tinggi.
D
Bapa seorang pemain bola sepak negeri dan saya pun akan menjadi seperti bapa
saya.


8.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pengelola sebelum sesuatu pertandingan
dianjurkan?

A
Mesyuarat post mortem
B
Mesyuarat Jawatankuasa Induk
C
Menerima laporan dari setiap jawatankuasa kerja
D
Menghantar surat-surat penghargaan kepada pihak yang membantu








Mendapat pujian Mendapat wang tunai
SULIT - 3 - 4571/1
4571/1 SULIT
9.
Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa aksi dalam sukan.



A B C D

Mana satu antara berikut perlakuan bukan lokomotor?

10.
Antara tempoh aktiviti berikut yang manakah menunjukkan ciri-ciri latihan anaerobik
alaktik?

A
0 saat hingga 10 saat
B
10 saat hingga 1 minit
C
1 minit hingga 3 minit
D
Melebihi 3 minit


11.
Manakah jenis sukan yang dikelaskan sebagai kemahiran diskrit


A: Berenang

B: Gimnastik

C: Memanah

D: Berlari

12.
Antara berikut yang manakah kemahiran motor halus?


A: Melakukan rejaman

B: Menendang bola sepak

C: Membuat pukulan lob

D: Menembak dengan tepat

13.
Pernyataan yang manakah di bawah adalah pergerakan voluntary


A: Kerdipan mata

B: Pantulan lutut bila diketuk

C: Menarik tangan bila terkena benda panas

D: Menendang bola dengan kuat kearah pintu gol

14. Misbun mempunyai kadar denyutan sebanyak 60 denyutan seminit dan isipadu strok
sebanyak 70ml.Berapakah keluaran jantung Misbun ?

A 7 L/min
B 6 L/min
C 5 L/min
D 4 L/min


SULIT - 4 - 4571/1
4571/1 SULIT

15. Aktiviti mana yang kurang membantu berlaku hipertrofi jantung ?
A. Berjalan 500 meter kesekolah
B. Perlari jarak jauh
C. Pelontar peluru
D. Ahli gusti

16. Gambarajah menunjukkan beberapa jenis aktiviti sukan.


A B


C D

Diantara berikut manakah aktiviti yang kurang menggunakan isipadu strok?

17.
Gambarajah 1 menunjukkan satu aksi pegangan dalam permainan golf.


Gambarajah 1

Apakah klasifikasi tulang yang terlibat dalam aksi di bulatan X


A: Tulang leper dan tulang panjang

B: Tulang pendek dan tulang panjang

C: Tulang tidak sama bentuk dan tulang leper

D: Tulang panjang dan tulang tidak sama bentuk




X
SULIT - 5 - 4571/1
4571/1 SULIT
18.
Antara pernyataan berikut yang manakah menunjukkan prinsip kebolehbalikan dalam
program latihan?


A: Intensiti latihan ditingkatkan secara progresif.

B: Latihan dipilih dan dirancang menumpu kepada matlamat.

C: Latihan yang dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu

D: Latihan tidak berterusan akan mengakibatkan penurunan dalam prestasi.



19.
Gambarajah 2 menunjukkan dua aksi dalam sukan .










Gambarajah 2


Apakah jenis sendi X


A: Sendi engsel

B: Sendi kondil

C: Sendi lesung

D: Sendi gelunsur


20.
Gambarajah 3 menunjukkan satu aksi dalam latihan beratan.

Gambarajah 3

Apakah pergerakan sendi pada satah frontal di bahu seperti gambarajah di atas?.


A: Abduksi

B: Adduksi

C: Fleksi

D: Ekstensi
X
SULIT - 6 - 4571/1
4571/1 SULIT

21.
Antara sistem berikut yang manakah berfungsi dalam kawalan imbangan badan.


A: Fokal

B: Kinestetik

C: Vestibular

D: Ambient

22.
Gambarajah 4 menunjukkan satu poster berkaitan pertandingan sukan






Gambarajah 4

Berdasarkan penyataan dalam poster diatas apakah jenis bantuan ergogenik yang sesuai
untuk atlet dalam acara ini.


A: Steroid

B: Kreatin

C: Beta-blockers

D: Tokokan karbohidrat

23. Gambarajah 5 menunjukkan aksi atlet melakukan latihan fizikal.


Atlet X Atlet Y
Gambarajah 5
Pilih padanan yang tepat berkaitan ciri pergerakan yang dilakukan oleh atlet diatas.

Atlet X Atlet Y
A Kemahiran diskrit Kemahiran bersiri
B Kemahiran diskrit Kemahiran berterusan
C Kemahiran bersiri Kemahiran diskrit
D Kemahiran berterusan Kemahiran bersiri








MARATHON
MERDEKA
31 OGOS 2013
SULIT - 7 - 4571/1
4571/1 SULIT


24.
Gambarajah 6 menunjukkan satu kemahiran mengelecek dalam permainan bola
keranjang



.Gambarajah 6

Pilih jenis permainan dibawah yang boleh berlaku pemindahan pembelajaran secara positif
bila pemain diatas bermain permainan ini.


A: Belajar main bola tampar

B: Belajar main bola sepak

C: Belajar main bola baling

D: Belajar main sepak takraw


25.
Gambarajah 7 menunjukkan 2 aksi dalam permainan sukan.


X Y
Gambarajah 7

Pilih kelas kemahiran dalam stabiliti persekitaran yang tepat untuk X dan Y




X Y


A: Luar kawal Terkawal


B: Luar kawal Luar kawal


C: Terkawal Terkawal


D: Terkawal Luar kawal


SULIT - 8 - 4571/1
4571/1 SULIT


26.
Gambarajah menunjukkan beberapa aksi dalam sukan



A B

C D

Antara aksi sukan diatas yang manakah menunjukkan keagresifan hostile?




27.
Gambarajah 8 menunjukkan satu kemahiran dalam permainan sukan.



.Gambarajah 8

Apakah komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor yang digunakan oleh
pemain untuk melompat setinggi ini dalam aksi diatas?


A: Kuasa

B: Imbangan

C: Koordinasi

D: Ketangkasan








SULIT - 9 - 4571/1
4571/1 SULIT
28.
Apa yang dimaksudkan dengan tapering-off.?


A: Penambahan isipadu dan intensiti latihan

B: Membuat penilaian tahap kecekapan fizikal

C: Mengurangkan masa latihan dari 6 bulan kepada 2 bulan

D: Ubahsuai intensity dan isipadu latihan kepada yang lebih rendah.


29. Gambarajah 9 menunjukkan satu situasi dalam permainan sofbol.

Atlet X
Gambarajah 9

Atlet X, dipengaruhi oleh sistem biologi dalam ketepatan melakukan pukulan tepat
Nyatakan sistem biologi yang paling relevan dalam mempengaruhi hasil lakuan kemahiran
tersebut

A Vestibular
B Visual Fokal
C Visual Ambient
D Somatosensori

30.
Gambarajah 10 menunjukkan 2 aksi kemahiran dalam sukan

Atlet X Atlet Y

Gambarajah 10

Apakah klasifikasi tuas yang digunakan dalam aksi atlet X dan Y ?

Atlet X Atlet Y
A Tuas kelas pertama Tuas kelas kedua
B Tuas kelas kedua Tuas kelas ketiga
C Tuas kelas ketiga Tuas kelas ketiga
D Tuas kelas kedua
Tuas kelas pertama

F
D
SULIT - 10 - 4571/1
4571/1 SULIT


Bagi Soalan 31 hingga Soalan 40 , tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu
cadangan jawapan yang betul. Tentukan cadangan jawapan itu betul atau salah.Kemudian
pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A,B,C dan D yang berikutnya.

31.
Gambarajah 11 menunjukkan satu aksi dalam sukan angkat berat.


Gambarajah 11

Apakah komponen kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang membantu atlet di atas
melakukan aksi tersebut.


I. Fleksibiliti

II. Kekuatan otot

III. Daya tahan otot

IV. Daya tahan kardiovaskular


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV

32.
Aktiviti yang manakah digunakan untuk menguji koordinasi ?


I. Lompat jauh berdiri

II. Lompat kuadran

III. Lompat heksegon

IV. Mengelecek bola sepak


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV






SULIT - 11 - 4571/1
4571/1 SULIT


33.
Latihan manakah yang boleh meningkatkan prestasi anaerobik ?


I. Fartlek

II. Pliometrik

III. Pecutan berulang

IV. Jarak jauh perlahan (LSD)


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV


34.
Antara struktur anatomi berikut yang manakah boleh membantu mengurangkan geseran
di sendi.?


I. Rawan

II. Tendon

III. Ligamen

IV. Bendalir senovial


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV


35.
Antara berikut yang manakah latihan pliometrik ?


I. Lari pecut berulang

II. Bangkit tubi

III. Lari lutut tinggi

IV. Latihan lompat sebelah kaki


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV



36.
Antara berikut yang manakah merupakan kecederaan tisu lembut ?


I. Patah jari

II. Luka dilutut

III. Kekejangan otot

IV. Dislokasi sendi bahu


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV
SULIT - 12 - 4571/1
4571/1 SULIT
37.
Apakah tugas lembaga tatatertib dalam sesuatu kejohanan atau pertandingan?


I. Memberi amaran

II. Mengantung penyertaan bagi jangka masa tertentu

III. Mengatur jadual perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir

IV. Menentukan pasukan mana yang perlu menukar jersinya sekiranya sama warna.


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV

38.
Aktiviti yang manakah menggunakan sistem tenaga ATP-PC sepenuhnya ?


I. Lompat Jauh

II. Merentas desa

III. Lari 3000 meter

IV. Pecut 100 meter


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV

39.
Gambarajah menunjukkan beberapa aktiviti latihan berkaitan otot


I II









III IV

Manakah antara berikut adalah lakuan untuk penguncupan isotonik ?


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV
SULIT - 13 - 4571/1
4571/1 SULIT


40.
Gambarajah menunjukkan beberapa aktiviti sukan

marathon 100 meter pecut dart

I II III IV

Antara aksi diatas yang manakah menggunakan otot sentak cepat yang banyak?


A: I dan II

B: I dan IV

C: II dan III

D: III dan IV












KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like