You are on page 1of 5

Taubat Kaab b Malik: Dalam Perspektif Fiqh Dakwah

Oleh Hisyam Soqr



Latar Belakang:
Kisah Kaab ini merupakan sebahagian daripada episod dalam kisah Perang Tabuk.
Kaab merupakan salah seorang daripada 3 mukmin yg tidak turut serta dalam kempen
itu walaupun berkemampuan. Mereka mengakui kesilapan itu dgn tidak mengemukakan
apa-apa alasan apabila disoal oleh Rasul sekembalinya tentera dari kempen itu dan hanya
mengaku bersalah dgn jujur. Ini bertentangan dgn golongan Munafiqin yg tidak turut
serta tp mengemukakan pelbagai alasan utk melepaskan diri. Rasul tetap terima alasan itu
walaupun tahu ttg kemunafikin mereka. Taubat Kaab diceritakan dalam Surah Taubah
ayat 118.

118. Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang Yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga
apabila bumi Yang Luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka
pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin Bahawa tidak ada tempat untuk
mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadanya; kemudian Allah (memberi
taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah
Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Terdapat juga sekumpulan yg betul2 uzur dan terlepas daripada menyertai kempen ini.
Golongan ini dihuraikan dalam Surah Taubah: 91.

91. Orang-orang Yang lemah dan orang-orang Yang sakit, dan juga orang-orang Yang tidak mempunyai
sesuatu Yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka
berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang Yang
berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kaab dan 2 lg mukmin ini (Mararah al Rabi, Hilal b Umaiyah) dihukum boikot
sehingga Allah menerima taubat mereka. Dan Allah menerima taubat mereka pada waktu
Subuh selepas berlalu malam yg ke 50.

Dalam tempoh boikot yg tidak diketahui hujungnya itu, Kaab menanggung beban
dugaan yg sungguh besar. Antaranya:
Org2 mukmin dilarang mutlak daripada berurusan dgn mereka, hatta menjawab
salamnya sekalipun.
Isteri2 mereka diasingkan drpd mereka bermula dari malam yg ke-40.
Raja Ghassan cuba utk menghasut Kaab menyertai mereka serta dijanjikan dgn
habuan jika meninggalkan barisan saf muslim.
Cubaan utk kekal thabat dalam iman walaupun dihukum utk tempoh yang tak
pasti (boleh jadi diboikot sehingga akhir hayat mereka)

Boikot ini diangkat oleh Allah dgn turunnya ayat 118 surah Taubah dan keindahan
ukhuwwah di kalangan mukminin jelas terpancar apabila seluruh Madinah bergembira
pada subuh ayat itu diturunkan. Mereka berkejaran mendapatkan Kaab bg
memaklumkan penerimaan taubatnya dan ukhuwwah mereka bersambung kembali.

Berikut merupakan isi-isi penting dari sudut Fiqh Dakwah yg dibentangkan oleh Ustaz
Hisham berdasarkan kisah Kaab tersebut.

1. Kenapa Kaab dihukum?
Ekspedisi Tabuk berakhir tanpa ada satu pertempuran pun (rujuk Raheeq Makhtum)
ttp Kaab tetap juga dihukum. Pada sesetengah kita, kehadiran Kaab tidak memberi
beza pun kerana tiada pertempuran berlaku, jd tak perlulah dihukum sebegitu.
Ustaz menegaskan dalam hal ini, bukan perjalanan sesuatu peristiwa itu yg perlu
dijadikan ukuran, tetapi isu tanggungjawab dan peranan yg digalaskan itu lebih
bererti, samada ianya dilaksana atau tidak. Peranan mesti dilaksanakan dlm apa
situasi sekalipun dan tanggungjawab tetap kekal sehingga sesuatu misi itu tamat.

2. Baiah berjihad dgn Allah
Kesilapan Kaab ialah melanggar Baiah berjihad dgn Allah. Beliau dikira
meninggalkan jihad tanpa alasan semasa kempen Tabuk - satu kesalahan yg sgt4
besar. Ayat baiah berjihad terkandung di dalam surah taubah ayat 111.

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta
benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang
pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang
demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat
dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh
itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-
beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

3. Pengorbanan pada masa paling runcing
Keadaan Madinah pada ketika Rasul melancarkan persiapan ke Tabuk sgt meruncing.
Kemarau sedang melanda, bekalan makanan berkurangan, lokasi Tabuk yg sungguh
jauh, keluarga yg perlu ditinggalkan etc. Semua ini benar2 menguji pertimbangan
mukminin utk mempersiapkan diri pergi berperang. Perasaan berbelah bagi mungkin
timbul. Pengorbanan yg besar sungguh diperlukan pada ketika ini. Mampukah kita
berkorban walau dalam keadaan yg tersepit?

4. Kaab buta di hujung hayatnya
Hadith ini diriwayatkan oleh cucu Kaab yg menjaganya krn beliau buta di hujung
usia. Pengajarannya, para duat tidak terlepas daripada kelemahan dan penyakit walau
sehebat manapun rekod amalnya. Jgn sesekali berasa kehebatan kita di bidang
dakwah menjadi sebab Allah jauhkan penyakit dan kelemahan drpd kita.

5. **Senioriti dan kesolehan bukan jaminan tak buat silap
Jgn berasa selesa dan yakin bahawa senioriti dan kesolehan kita tidak akan
membuatkan kita tersilap. Kaab merupakan seorang sahabat yg agung (ahli Badar)
dan senior tp turut tersilap dalam perkiraannya. Hendaklah sentiasa bermusahabah
dgn tindakan dan keputusan kita, dan juga bermutabaah. Jgn lemas dalam status
senior.


6. Antara Baiah Aqabah dan Badar
Kaab pernah memberitahu beliau lebih suka kpd Baiah Aqabah berbanding Perang
Badar (kedua-duanya disertai Kaab) walau Badar lebih masyhur dan mulia. Ini
kerana Baiah Aqabah adalah peristiwa perjanjian (memberi baiah) utk mewakafkan
seluruh hidup kpd islam sebagai seorang daei dan jauh lebih besar ertinya, manakala
peperangan merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

7. Kepentingan persediaan secukupnya
Peristiwa Tabuk membuktikan persediaan yg cukup amat penting terutamanya bg
sesuatu kerja yg besar. Ini dpt dilihat apabila Rasul buat pertama kali umumkan
destinasi peperangan, walhal dlm kempen2 sebelum ini Rasul sentiasa rahsiakan
sehingga saat akhir. Dan rasul juga memberi tempoh yg agak lama utk setiap mukmin
bersiap. Ini kerana Tabuk sgt jauh dan musuh kali ini ialah tentera empayar Rom.

8. Bertangguh itu bahaya (al-musawwifun)
Jgn amalkan sikap I can if want to do it now, kerana itulah kesilapan Kaab. Kaab
seorang yg berkemampuan ttp sentiasa bertangguh utk bersiap hingga semuanya
sudah terlambat. Usahakan utk terus lakukan perkara yg mampu dilakukan
terutamanya dlm bidang dakwah seperti berjumpa madu, menyiapkan bahan,
merencana prog, siapkan tanggungjawab lain seperti study etc.

Sabda Nabi saw: Aktharu ahlinnaar al-musawwifun. (Kebanyakan dari ahli neraka
adalah dari golongan Al Musawwifun). Sambung Nabi saw lagi: Kamu tahu siapa Al
Musawwifun itu? Mereka itu adalah orang yg selalu menyebut saufa (Saufa bermaksud
akan. Maknanya menangguh2 sesuatu amal. Saya akan buat itu, akan bua ini)

9. **Perselisihan pendapat itu dibolehkan
Perselisihan pendapat diterima dalam menilai kesilapan seseorang. Dalam kes Kaab,
kaumnya dari Bani Salamiah mengkritik keras kecuaian Kaab tetapi Muadz Jabal
mengambil pendekatan bersangka baik dan cuba mencari keuzuran Kaab. Rasul
tidak komen kedua-dua sikap ini- tanda Rasul iktiraf keduanya. Ada fiqh sendiri
dalam kedua sikap yg diambil dan berbeza pendapat dibolehkan.

10. Berwaspada dgn kecenderungan memberi alasan
Allah telah membuka pekung para munafiqin yg memberi alasan tidak menyertai
Tabuk (melalui ayat quran) walaupun mereka sangka telah terlepas apabila Rasul
terima alasan2 itu. Para duat hendaklah mempunyai azam kuat dan kukuh bertahan
walaupun membuat silap. Kesilapan berlaku sesekali dan jalan keluar ialah dgn
bertaubat, bukan dgn memberi alasan. Kaab memilih jalan taubat walaupun beliau
berkata Akulah orang yg paling pandai dalam memberi alasan jika aku mahu ketika
peristiwa itu.

11. Kepentingan berkata benar
Ustaz menekankan ttg kepentingan berkata benar- kepada diri sendiri dan kepada
qiyadah. Jawab Rasul setelah Kaab mengakui kesilapannya tanpa cuba memberi
alasan: Inilah dia org yang jujur. Secara tak langsung Rasul menempelak para
munafiqin yg cuba membodohkan Rasul dgn alasan mereka. Implikasi apabila tidak
berkata benar itu sentiasa ada.

12. **Pendirian qiyadah terhadap kesalahan besar
Pengajaran melalui hukuman walaupun yg melakukan kesalahan itu berkata benar.
Kaab tetap menerima hukumannya walaupun berkata benar dan beliau tidak
memberontak kerana itu.

13. **Berhati-hati memberi nasihat
Berhati-hati dgn pengaruh emosi dan sentimen ketika memberi nasihat. Dlm kisah ini,
kaum Kaab iaitu Bani Salamiah menasihati Kaab agar turut memberi alasan utk
berlepas diri sekalipun mereka berniat ikhlas dan merupakan sebahagian drpd
pasukan jihad islam yg pulang dari Tabuk. Mereka menasihati Kaab supaya
memberikan alasan dan membaiki kesilapan itu pada masa hadapan. Nyata nasihat
mereka dipengaruhi sentimen menjaga kaum kerabat walaupun niat mereka baik.
Tidak semua nasihat baik terutamanya yg emosional. Dan kalau cuba memberi
nasihat, berilah dgn pertimbangan rasional dan adil.

14. **Pertimbangan emosi dalam menerima hukuman
Hendaklah cuba sedayanya utk menerima hukuman dgn redha dan jauhi pengaruh
emosi yg berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung utk salah ketika
dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dlm tempoh
itu. Kaab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya
begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat
paling rapat dgnnya. Total isolation.

15. Konspirasi musuh islam sentiasa berjalan
Kaab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yg kuat di
semenanjung arab) utk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak
musuh islam cuba memecahkan saf muslimin dgn menghasut mereka yg dlm
keadaan tersepit seperti Kaab supaya membelot. Mereka yg lemah iman atau gopoh
sudah tentu mudah terpengaruh, contohnya seperti sesetengah golongan di Palestin
kini yg terpedaya dgn habuan segera utk bekerjasama dgn penjajah. Kaab sebaliknya
memandang pelawaan itu sebagai ujian yg istimewa dari Allah khas untuknya.

16. **Iltizam sepenuhnya walaupun dalam menjalani hukuman
Walaupun dlm tempoh hukuman, Kab tidak mengeluh atau cuba utk berunding
meringankan hukumannya. Sebaliknya, beliau cuba utk memastikan beliau mematuhi
perintah hukuman dgn sepenuhnya. Contohnya, apabila diberitahu beliau perlu
diasingkan daripada isterinya bermula malam ke40, Kaab bertanya samada arahan
itu memerlukannya menceraikan isteri atau hanya diasingkan (akan diceraikan jika
perlu). Isterinya menawarkan diri utk dtg sesekali menguruskan makan pakainya dlm
tempoh pengasingan itu ttp disuruh oleh Kaab supaya jauhkan diri sehingga perintah
mengatakan sebaliknya.


17. Kesabaran seorang daei sehingga Allah menyelamatkannya
Kesabaran itu pasak kepada peribadi seorang muslim. Berkat kesabaran Kaab, Allah
menerima taubatnya setelah tamat malam ke-50 dan itulah peristiwa paling manis
dalam hidupnya menurut Kaab.

18. Ukhuwwah yg agung
Ukhuwwah lah yg menjamin perpaduan sesama mukmin dan menghindarkan
keretakan saf kita. Para sahabat yg lain berkongsi kegusaran dlm menunggu tamatnya
hukuman ke atas Kaab dan nyata apabila diangkat hukuman itu seluruh sahabat
bergembira dan berebut-rebut menemui Kaab utk memberitahunya. Kaab tidak lupa
kpd sahabatnya Talhah yg berkejaran menemuinya lalu memeluknya dan
mengumumkan berita itu dgn gembira. Rasul turut gembira dgn penerimaan taubat
Kaab, Bergembiralah dgn hari yang paling baik pernah kau lalui.

19. Pengorbanan dan peningkatan diri bukti taubat diterima
Kaab melepaskan hartanya setelah taubatnya diterima, sebagai berkorban utk
kesilapannya. Rasul mintanya simpan sebahagian utk keluarga. Keteguhan Kaab
ketika diboikot juga membuktikan peningkatan dirinya dan ini adalah hasil taubat yg
diterima.

20. Tiada perkataan cukup dalam dakwah
Jgn berasa selesa/ cukup setelah selesai sesuatu misi/objektif. Kaab tidak berasa
cukup dgn taubatnya walau diterima lalu sentiasa sedekahkan hartanya dgn niat
menebus kesilapannya.

21. Enam peringkat keimanan muslim
Terbahagi kpd 3 peringkat mukmin dan 3 lagi peringkat munafiq.
3 peringkat mukmin:
i. taat sepenuhnya
ii. golongan yg mungkin goyah pada sesetengah keadaan/situasi ttp diteguhkan
kembali pendiriannya.
iii. tidak menyertai jihad bukan kerana lemah dari segi iman ttp kerana ada
penghalang.
3 peringkat munafiq:
i. nifaq yg berlembut ttp tetap tidak jujur, sering beralasan utk berlepas diri.
ii. nifaq yg berlebihan dan berani mengumumkannya. Juga berani membangkang
arahan.
iii. nifaq yg berkonspirasi utk menjatuhkan islam - contohnya perjumpaan
munafiqin di rumah Suwailim (seorang yahudi) merancang tindakan yg boleh
melemahkan semangat muslim ketika kempen. Rasul dapat tahu lalu arah rumah
itu dibakar.

You might also like