You are on page 1of 1

TISU SARAF

.
Tisu Saraf berkait rapat tentang penghantaran dan peneriman maklumat dan rangsangan secara
semulajadi.Melalui tisu saraf, isyarat atau stimulus yang diterima dari luar dan dalam badan
akan diproses dan dianalisis terlebih dahulu sebelum tindakbalas berlaku.Fungsi utama ialah
mekoordinasikan kesemua kegiatan badan, khususnya yang berkaitan dengan fungsi-fungsi
visera, endokrin, motor dan mental.
.
JENIS SISTEM SARAF
.
Sistem saraf boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama: sistem saraf pusat yang terdiri
daripada otak dan korda spina, dan sistem saraf periferi yang merangkumi serat-serat saraf
spina dan saraf kranium, serta ganglion.Dua kumpulan sel yang membina tisu saraf: neuron dan
neuroglia.
.
NEURON
.
Struktur asas sistem saraf. Sel-sel halus yang terdiri daripada badan sel dan satu atau lebih
proses. Bentuk badan sel neuron adalah berbeza, bujur, piramid, bintang, dan biasanya
digunakan dalam klasifikasi jenis-jenis neuron.Dari segi struktur ia terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu Perikarion, dendrit dan akson. Dendrit dan akson adalah cuaran.Badan sel adalah bahagian
yang mempunyai nukleus. Mengandungi organel sel seperti nukleus, lisosom, fibrils, tubul,
mitokondria, granul, vesikel dan alat golgi.Dendrit merupakan cuaran sitoplasma sel saraf yang
pendek. Meruncing kearah distal. Berfungsi dalam menerima rangsangan.Akson merupakan
cuaran yang panjang, dan biasanya hanya satu akson sahaja. Berfungsi dalam menghantar
impuls ke efektor.
.
JENIS-JENIS NEURON
.
Terdapat tiga jenis pengkelasan neuron iaitu Neuron Multipolar yang mempunyai beberapa
denrit dan satu akson. Neuron Bipolar yang mempunyai satu dendrit dan satu akson. Neuron
Monopolar yang mempunyai satu process yang bertindak sebagai dendrit dan akson.
.
FUNGSI NEURON
.
Terdapat beberapa jenis fungsi neuron antaranya ialah Neuron Motor berfungsi dalam
pengawalan organ efektor seperti kelenjar dan otot.Manakala Neuron Deria sebagai
penerimaan rangsangan.Dan Interneuron berfungsi untuk menghubungkan antara dua neuron.
.
GANGLION DAN NEUROGANGLIA
.
Ganglion merupakan kumpulan sel saraf yang terletak diluar sistem saraf pusat.Merupakan
kumpulan sel-sel kecil. Manakala Neuroganglia terdapat di dalamdalam tisu saraf. Ia terletak
diantara neuron. Selain sebagai sel penyokong, ia juga membekalkan makanan, dan untuk
pertahanan neuron.

You might also like