You are on page 1of 40

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi perhargaan kami ucapkan kepada sesiapa yang terlibat secara


langsung atau tidak secara langsung dengan kami semasa melaksanakan kerja
kursus ini.
Pertama kali ucapan ribuan terima kasih ini kami ucapkan kepada pengarah
IPGKBM iaitu Datin Siti Hanifah bt Madarsa. Beliau telah memberi kebenaran untuk
kami melaksanakan kerja kursus ini dan telah menyediakan banyak bahan penting
sebagai rujukan di IPGKBM.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah yang membimbing kami
semasa melaksanakan kerja kursus ini iaitu Puan Shamsazila Bt Saaban. Beliau
banyak membantu kami dalam melaksanakan tugas ini dan membimbing kami untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar yang baik dan
lengkap kepada kami.
Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada kedua-dua ibu dan bapa kami
kerana telah memberi sokongan kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini
terutamanya dari segi kewangan.
Tidak lupa kami ucapkan ribuan terima kasih kepada unit pusat sumber yang
banyak membantu kami semasa menjalankan kerja kursus ini. Unit pusat sumber
telah membantu dari segi untuk mendapatkan sumber rujukan terutamanya buku
rujukan. Tanpa pusat sumber, kerja kursus ini mungkin sukar untuk disiapkan kerana
sumber buku amat penting. Pihak pusat sumber juga memberi masa yang cukup
untuk tempoh peminjaman buku yang diperlukan.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan sekelas yang sama-sama berjuang
untuk menyiapkan kerja kursus ini. Rakan-rakan banyak membantu untuk
menyumbangkan maklumat dan telah bersama-sama mencari maklumat. Kerjasama
yang ada banyak membantu kami untuk melaksanakan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih kepada anda semua. Tanpa kalian kerja kursus ini
mungkin tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
Terima kasih.
TESELASI
1.0 : KONSEP TESELASI

Perkataan teselasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Tesselation. Namun
menurut MathForum, kata tessellate berasal dari bahasa Yunani iaitu Tesseres yang dalam
bahasa Inggeris ertinya adalah empat . Teselasi merupakan satu reka bentuk pola
yang meliputi sesuatu permukaan yang sepenuhnya, dengan tiada celah di antara
bentuk dan tanpa sebarang pertindihan bentuk yang berlaku.
Contohnya,corak ini mudah didapati pada corak pada kain batik, jubin,
sarang lebah dan sebagainya. Selain itu, teselasi juga membawa maksud suatu
corak yang terhasil daripada proses penyusunan polygon sekata pada sesebuah
satah permukaan tanpa berlakunya pertindihan secara berulang-ulang. Dalam
geometri, tesalasi adalah corak yang dihasilkan dari susunan poligon yang sekata
untuk menutup sesebuah permukaansatah tanpa ruang atau pertindihan. Corak-
corak ini akan berulang

1.1 : SEJARAH TESELASI

Teselasi telah wujud selama berabad tahun lamanya. Ia masih digunakan sehingga ke
hari ini. Menurut artikel History of Tesellation (2011), pada tahun 1619, Joannes Kepler
telah menjalankan satu kajian pertama teselasi yang telah didokumentasikan. Beliau menulis
tentang regular dan semiregular. Teselasi dimana bentuk-bentuk ini telah di kenalpasti
sebagai rangka pesawat dalam bentuk poligon. Kajian E.S Federov pada tahun 1891
membuktikan bahawa setiap sudut pesawat itu dibina berasaskan satu daripada tujuh belas
bentuk isometri yang berbeza. Secara tidak langsung, kajian Federov telah memperkenalkan
kajian teselasi dalam matematik.






1.2 : JENIS-JENIS TESELASI

Rajah 1 : Jenis-jenis teselasi
Rajah 1 menunjukkan jenis-jenis tseselasi. Berdasarkan rajah tersebut
terdapat lima jenis teselasi iaitu teselasi sekata, teselasi separa sekata, teselasi
tidak sekata, teselasi ringkas dan teselasi kompleks. Teselasi sekata merujuk
kepada corak yang terhasil daripada teselasi satu jenis poligon sekata yang
kongruen. Bagi teselasi sekata ianya hanya terdiri daripada tiga jenis polygon sekata
yang kongruen yang terdapat teselasi. Tiga jenis poligon tersebut ialah segi tiga
sama sisi, segi empat sama dan heksagon.
Manakala teselasi separa sekata pula merujuk kepada corak yang terhasil
daripada teselasi dua jenis atau lebih poligon sekata yang kongruen yang disusun
secara cyclic order. Dalam teselasi separa sekata, terdapat enam jenis corak
teselasi. Enam corak tersebut merupakan gabungan ataupun kombinasi oleh
JENIS
TESELASI
TESELASI
SEKATA
TESELASI
SEPARA
SEKATA
TESELASI
TIDAK
SEKATA
TESELASI
RINGKAS
TESELASI
KOMPLEKS
poligon-poligon segi tiga sama sisi, segi empat sama, heksogon, oktagon dan
dodekagon.
Teselasi tidak sekata merujuk kepada teselasi yang melibatkan poligon yang
tidak sekata. Maka, terdapat banyak jenis teselasi yang tidak sekata. Gambar di
bawah menunjukkan jenis-jenis teselasi.





1.3 : TESELASI DALAM KEHIDUPAN HARIAN
Dalam kehidupan seharian kita, terdapat pelbagai corak teselasi yang dapat
kita lihat. Corak-corak teselasi ini mempunyai corak yang menarik.
i. Bola sepak



ii. Kulit ular sawa


iii. Bangunan

iv. Nanas


v. Rama-rama


vi. Cangkerang siput







vii. Sarang lebah



viii. Selimut



ix. Pagar


x. Lampu



xi. Rak buku

xii. Baju

xiii. Pintu

xiv.Jubin



xv. Langsir



1.4 PROSEDUR TESELASI

Langkah

Huraian

1













Pemilihan Bentuk Poligon:
Heksagon
i. Heksagon telah dipilih
sebagai poligon utama
untuk reka bentuk teselasi
ini.
ii. Dalam geometri, sebuah
heksagon ialah poligon
dengan enam sisi dan
enam bucu.
iii. Corak ini berukuran 0.8
cm untuk semua sisi.
iv. Sudut dalaman adalah
sama iaitu 120.
v. Poligon heksagon dipilih
kerana bentuk heksagon
memberikan banyak
rahsia dan keistimewaan
tersendiri berbanding
bentuk-bentuk geometrik
lain.
vi. Bentuk heksagon adalah
seperti sarang lebah.

2








Membentuk Corak Bunga

i. Corak teselasi ini adalah
dibuat menggunakan
Microsoft Word











sepenuhnya.
ii. Untuk mendapatkan
corak bunga, heksagon
telah dicantum mengikut
setiap sisi heksagon
utama.


3

















Mencantumkan Corak Bunga
Heksagon

i. Seterusnya,heksagon-
heksagon yang
berbentuk bunga
tersebut dicantumkan.
ii. Setelah dicantumkan, 2
segi tiga terbentuk
diantara corak bunga
tersebut.
iii. Seterusnya, corak bunga
heksagon tersebut
dicantum di antara satu
sama lain sehingga
memenuhi ruangan
kertas bersaiz A4.

4





Memilih Medium Warna yang
Sesuai


















i. Setelah selesai
menggabungkan
kesemua corak tersebut,
proses mewarnakan
corak telah dilakukan.
ii. Poligon heksagon yang
ditengah diwarnakan
warna merah manakala
kelopak nya berwarna
merah.
iii. Seterusnya, 2 bentuk segi
tiga di antara kedua-dua
bunga telah diwarnakan
hijau tua di atas dan hijau
muda di bawahnya.
iv. Warna-warna yang
digunakan iaitu
merah,biru dan kuning
kerana warna-warna ini
terdapat pada bendera
negara kita Jalur
Gemilang dan
mempunyai makna yang
tersendiri untuk setiap
warna tersebut. Manakala
warna hijau dipilih kerana
hijau melambangkan
negara kita yang kaya
dengan alam semula jadi
yang masih terpelihara.



5










Corak Heksagon Timbul di
Atas Kertas
i. Setelah proses mewarna
sempurna disiapkan,
teselasi ini dicetak di atas
kertas A4 yang agak tebal
kerana corak heksagon
ini akan digunting.
ii. Seterusnya, corak
heksagon yang digunting
ini akan ditampal pada
kertas bersaiz A4
berwarna biru.















1.5 : MENGAPLIKASIKAN CORAK TESELASI INI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PnP) TOPIK BENTUK.

Corak teselasi merupakan satu bentuk polygon yang berulang-ulang tanpa
mempunyai ruang atau seksyen yang bertindih. Bentuk polygon yang berulang-ulang
ini telah menjadi satu corak atau objek yang sangat menarik. Corak teselasi wujud
dalam dua bentuk sama ada secara semula jadi dan buatan manusia. Sebagai
contoh, corak teselasi yang wujud secara semula jadi ialah sarang madu lebah, kulit
ular, siput dan rama-rama manakala corak teselasi buatan manusia dapat dilihat
dalam pembinaan batu bata semasa membina bangunan. Malah, corak teselasi
telah digunakan dalam mereka bangunan yang cantik,mozek,kerja kayu,lantai dan
taman. Corak teselasi telah digunakan dalam kehidupan seharian manusia sejak
dahulu lagi.
Antara kegunaan teselasi ialah, coraknya dapat dijadikan dalam mereka seni
bina bangunan yang cantik. Sebagai contoh, seni bangunan yang dapat dilihat
banyak menggunakan teselasi ialah di dalam Masjid Biru dan Haiga Sophia adalah
dua tempat yang popular di Istanbul,Turki yang mana banyak menggunakan corak
teselasi pada bangunan. Corak yang diwarnakan pada jubin adalah daripada rekaan
geometric yang direka sendiri dan corak teselasi dapat dilihat daripada kedudukan
yang jauh. Corak teselasi yang berulang-ulang telah digunakan dalam proses
mereka bangunan yang menarik perhatian semua orang untuk melihatnya.
Oleh yang demikian, kumpulan kami telah menghasilkan corak teselasi yang
bercorak bunga. Kami menggunakan bentuk asas polygon iaitu heksagon dalam
membentuk corak bunga tersebut. Corak heksagon tersebut mampu membentuk
corak bunga ialah dengan melukis satu bentuk asas hexagon kemudian melukis
setiap bentuk yang sama pada heksagon yang asas pada setiap sisi tersebut untuk
membentuk corak bunga. Tujuan kami membuat corak teselasi yang bermotifkan
bunga disebabkan bunga merupakan bahan maujud yang terdapat di sekeliling kita
dan membolehkan murid-murid mendapat gambaran awal dengan menggunakan
objek yang terdekat.Di samping itu, juga tujuan kami menggunakan motif bercorak
bunga ialah bagi mendekatkan para pelajar dengan alam semula jadi kerana flora
dan fauna yang wujud pada alam semula jadi juga mempunyai bentuk-bentuk
geometri yang berulang-ulang. Malahan, kami juga ingin memperkenalkan kepada
murid-murid tentang corak sarang madu lebah adalah berbentuk heksagon.
Oleh itu, corak teselasi ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran topik bentuk. Hal ini demikian, corak teselasi dapat digunakan sebagai
bahan bantu mengajar (BBM) untuk mengajar dalam topik bentuk kepada murid-
murid. Hal ini demikian, corak teselasi yang menarik berupaya untuk merangsang
minda murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana bentuk bunga
itu terhasil dengan menggunakan bentuk heksagon. Maka, guru boleh mengajar
bentuk 2D dan 3D dengan menggunakan corak teselasi yang lain juga seperti corak
yang terdapat pada bola sepak, sarang madu lebah, kain pelikat dan rama-rama
kepada para pelajar.
Oleh yang demikian, contoh aktiviti yang dapat membantu pemahaman
proses teselasi ini berlaku ialah menjalankan aktiviti mereka bentuk corak teselasi
yang berulang-ulang dengan menggunakan bentuk geometri yang sama. Melalui
kaedah ini juga pelajar akan didedahkan dengan kaedah nibbling untuk membentuk
satu bentuk yang lain dengan menggunakan polygon. Situasi ini bukan sahaja
mampu merangsang minda pelajar untuk berfikir malahan berpandangan jauh
tentang sesuatu perkara.


Sebagai contoh, corak teselasi yang wujud pada bola sepak dan kain pelikat
dapat membantu para pelajar untuk mengenal pelbagai jenis bentuk polygon yang
wujud ada satu objek seperti bentuk segi empat, segi tiga, bulat, pentagon,
heksagon dan lain-lain. Melalui bahan maujud seperti ini juga, guru dapat
Gambar 1: kain pelikat
Gambar 2: bola sepak
menerangkan bagaimana satu bentuk polygon membentuk satu objek yang sangat
menarik dan dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Situasi ini akan
membolehkan subjek matematik menjadi menarik untuk dipelajari. Maka, daripada
pembelajaran dengan menggunakan (BBM) corak teselasi ini akan membantu
pemahaman murid mengenai apa itu objek berbentuk 2D dan 3D.
Di samping itu, guru akan mendedahkan kepada para pelajar dengan bahan
maujud ini tentang mengenal pasti bagaimana proses sesuatu corak teselasi berlaku
sama ada secara pemindahan atau translasi, pantulan, putaran mengikut arah jam
dan tidak mengikut putaran arah jam, pembesaran, pengecilan dan lain-lain. Melalui
pembelajaran dengan menggunakan corak teselasi ini juga, pelajar akan dapat
mengetahui dengan jelas berapa nilai sudut bagi setiap polygon yang berbeza.
Murid-murid juga perlu didedahkan dengan jumlah keseluruhan bagi setiap sudut
polygon bagi membantu mereka untuk mereka satu bentuk yang sama untuk
menghasilkan satu teselasi yang menarik.
Sebagai contoh, sudut bagi setiap darjah segi empat tepat adalah 45 darjah,
manakala bagi polygon yang berbentuk pentagon sudut adalah 108 darjah kerana
mempunyai 5 sisi yang sama saiz. Perkara ini akan memberi kesedaran kepada
para pelajar bahawa setiap polygon adalah berbeza sudut namun satu bentuk asas
polygon dapat membentuk polygon yang lain. Maka dua bentuk asas yang perlu
diketahui oleh murid-murid bagi jumlah keseluruhan nilai sudut segi tiga ialah 180
darjah manakala bagi bentuk segi empat ialah 360 darjah.
Tambahan lagi, pembelajaran dengan menggunakan corak teselasi ini juga
membantu para pelajar untuk membentuk satu bentuk 3D. Hal ini disebabkan,
pelajar kurang memahami bagaimana objek berbentuk 3D dapat dihasilkan dengan
menggunakan bentuk geometrik kerana bentuk 3D mempunyai panjang, lebar dan
ketebalan yang berbeza untuk membentuk satu objek. Sebagai contoh, piramid
adalah gabungan daripada bentuk geometrik segi empat tepat dan segi tiga sama.
Piramid yang berbentuk 3D akan dapat dihasilkan apabila proses teselasi yang
berulang-ulang berlaku. Kemudian, corak tesebut akan digunting mengikut bentuk
geometrik yang membentuk piramid. Di samping itu, terdapat pelbagai jenis bentuk
3D seperti kubus, sfera, prisma, kon dan lain-lain. Setiap pepejal ini mempunyai ciri-
cirinya yang tertentu seperti berpermukaan mendatar atau berpermukaan
melengkung, atau gabungan kedua-duanya. Ada pepejal mempunyai tapak
berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, bulatan, heksagon dan lain-lain.
Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek.
Sementara itu, untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran mengenai
topik bentuk ini untuk menjadi lebih menarik dan berkesan, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) seperti Geometers Sketchpad (GSP) adalah satu
daripada perisiannya. Hal ini disebabkan, perisian komputer yang disediakan
mampu memberi peluang kepada para pelajar untuk mereka dan mewarnakan corak
teselasi dengan menggabungkan bentuk geometri yang berbeza dalam masa yang
singkat untuk menghasilkan satu corak teselasi yang menarik. Hal ini bukan sahaja
memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan mereka mengenai
mereka corak teselasi ini malah meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi
dalam kalangan pelajar.
Malahan, pengajaran dan pembelajaran menggunakan corak teselasi ini
adalah merentas kurikulum. Hal ini demikian, di dalam subjek Pendidikan Seni
Visual murid dapat menggunakan pengetahuan mereka tentang bentuk untuk
menghasilkan satu lukisan teselasi yang menarik. Sebagai contoh, aktiviti yang
menghasilkan pembalut hadiah adalah dengan menggunakan corak teselasi. Tidak
ketinggalan juga, aktiviti mewarnakan corak teselasi ini juga membantu
mengembangkan bakat dan kreativiti murid-murid dalam bidang seni. Hal ini
disebabkan untuk menjadi seorang arkitek seseoarang perlu menguasai dua
kemahiran asas yang utama iaitu Matematik dan Seni Visual untuk mereka sesuatu
bangunan misalannya.
Natijahnya, corak teselasi adalah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang
terbaik untuk mengajar topik bentuk kepada murid-murid sekolah rendah bagi
mengukuhkan pemahaman mereka tentang sesuatu corak atau bentuk yang boleh
mereka perhatikan di persekitaran. Hal ini disebabkan, murid-murid perlu diberi
pemahaman tentang bagaimana sesuatu objek itu terbentuk dan dihasilkan dengan
menarik.

2.1 : MENGAPLIKASIKAN MINI BIG BOOK DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PNP) LITERASI NOMBOR.
Mini Big Book yang dihasilkan oleh kami ialah berkaitan dengan tajuk
Penyelesaian Masalah dan Operasi dan Pengiraan di dalam Literasi Nombor. Teknik
penceritaan yang digunakan dalam menghasilkan Mini Big Book adalah satu kaedah
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PnP) dengan berkesan di
dalam bilik darjah. Hal ini disebabkan Mini Big Book yang dihasilkan oleh kami
adalah berkaitan dengan Literasi Nombor yang melibatkan nombor bulat. Di samping
itu, cara ini adalah untuk meningkatkan pemahaman para pelajar mengenai empat
kemahiran asas yang utama iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi, Mini Big Book
yang dihasilkan berupaya untuk merangsang minda kanak-kanak untuk berfikir
dengan lebih kreatif dan kritis.
Bagaimana Mini Big Book dapat diaplikasikan dalam PnP? Caranya ialah
dengan menggunakan teknik penceritaan yang terdapat di dalam Mini Big Book
yang dihasilkan oleh kami dengan menerangkan tentang bagaimana operasi
penambahan dan penolakan berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Hal ini
demikian, Mini Big Book mempunyai jalan cerita yang menceritakan tentang
bagaimana sesuatu masalah itu diselesaikan melalui kaedah penyelesaian masalah.
Di dalam mencari penyelesaian masalah melalui teknik penceritaan, guru
akan menerangkan dan membantu pemahaman para pelajar tentang situasi sesuatu
perkara. Perkara ini bagi memastikan para pelajar mendapat gambaran awal
bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenal pasti sebagai masalah rutin atau
sebaliknya dan menggunakan algoritma atau tidak dalam menyelesaikan sesuatu
masalah tersebut. Di dalam proses penyelesaian masalah, guru harus mengajar
kanak-kanak strategi dalam menyelesaikan sesuatu masalah iaitu memberi
pemahaman kepada murid tentang situasi yang berlaku. Guru juga harus
bertanyakan kepada murid-murid tentang maklumat daripada masalah tersebut dan
apa yang difahami di dalam cerita tersebut.
Tambahan lagi, guru juga harus membimbing para pelajar untuk merangka
strategi dalam menyelesaikan masalah. Perkara utama dalam melaksanakan teknik
penceritaan di dalam PnP ini ialah guru harus sentiasa berkomunikasi secara dua
hala dengan para pelajar agar input yang disampaikan sampai kepada semua pihak.
Guru seharusnya menggalakan jawapan daripada para pelajar dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi agar para pelajar berfikir dan meneroka
tentang masalah yang perlu diselesaikan. Di samping itu, guru perlu merangsang
minda para pelajar untuk memikirkan strategi yang sesuai dalam menyelesaikan
masalah rutin dan bukan rutin sama ada melibatkan algoritma atau pun tidak.
Terakhir ialah dengan menyemak semula jawapan untuk mendapatkan jawapan
yang tepat di dalam sesuatu masalah. Perkara ini bagi memastikan para pelajar
membuat mengikut urutan yang betul dalam menyelesaikan masalah secara
berhemah dan tidak terburu-buru dalam merangka strategi penyelesaian masalah.
Tambahan lagi, Mini Big Book yang dihasilkan oleh kami melibatkan dua
operasi asas iaitu penambahan dan penolakan yang melibatkan nombor bulat.
Operasi penambahan dan penolakan berlaku di dalam jalan cerita yang dihasilkan
adalah berkaitan dengan realiti kehidupan yang sebenar. Operasi penambahan yang
berlaku di dalam Mini Big Book ialah dengan bertanyakan kepada murid-murid
tentang maklumat yang didapati dalam cerita tersebut melalui teknik penyoalan.
Manakala, bagi operasi penolakan pula, teknik penceritaan yang dilakukan ialah
memerlukan murid-murid untuk berfikir dengan lebih jauh apa akan terjadi apabila
proses penolakan berlaku sama ada bertambah banyak atau pun berkurangan.
Oleh yang demikian, di dalam membantu murid-murid untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi di dalam pembelajaran Literasi Nombor bahan-bahan
manipulatif dapat membantu merangsang pemikiran para pelajar. Bahan-bahan
manipulatif yang terkandung di dalam Mini Big Book membantu murid-murid untuk
menyelesaikan algoritma yang melibatkan operasi tambah dan tolak dengan mudah
dan berkesan. Maka, guru perlu melibatkan murid-murid untuk bekerja secara
hands on dengan bahan manipulatif supaya proses PnP menjadi lebih berkesan
dan bukan hanya menerima fakta sahaja iaitu melalui pembelajaran secara sehala.
Sebagai contoh, bahan manipulatif ialah blok asas sepuluh, cip berwarna, guli, straw
dan lain-lain lagi.
Selain daripada itu, penggunaan Mini Big Book dalam pengajaran Literasi
Nombor merupakan satu kaedah yang terbaik kerana pengaplikasian memudahkan
para pelajar untuk memahami konsep penambahan dan penolakan yang berlaku
kerana melibatkan operasi algoritma dan nombor bulat. Kemahiran asas ini perlu
dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat awal supaya tidak menghadapi masalah
untuk melaksanakan menyelesaikan masalah lain dalam matematik seperti
melibatkan perpuluhan, peratusan, pecahan dan lain-lain.
Sementara itu, Mini Big Book yang dihasilkan oleh kami menggunakan
bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Hal ini disebabkan, bahasa yang
mudah membantu kanak-kanak memahami masalah yang dihadapi. Malah,
komunikasi yang secara dua hala melalui teknik penyoalan juga membantu
perkembangan kognitif kanak-kanak. Selain itu, di dalam menggunakan teknik
penceritaan, watak-watak bagi menceritakan sesuatu jalan cerita haruslah menarik
sama ada dengan menggunakan fauna seperti animasi haiwan seperti beruang,
monyet, kura-kura, arnab dan lain-lain serta flora yang wujud di sekeliling kita. Hal ini
disebabkan, watak-watak yang menarik dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk
mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baharu iaitu dalam
bidang sains.
Oleh itu, guru harus merangka sesuatu sesi pembelajaran yang bermanafaat
supaya semua murid mendapat input daripada sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini bagi memastikan generasi yang didik
merupakan generasi yang berupaya untuk berfikir dengan lebih jauh ataupun di luar
kotak bagi membantu perkembangan dan kemajuan negara dalam pelbagai bidang
di mata dunia pada hari ini.








3.0 : PENDAPAT INDIVIDU-KEFAHAMAN TENTANG LITERASI NOMBOR
NAMA : ELIZABETH MAPONG ANAK PETER
Kursus subjek ini berfokus kepada pendekatan dan strategi yang sepatutnya
dikuasai dan dimodeli oleh pelajar sebagai persediaan untuk menyokong
pencapaian literasi nombor. Topik-topik yang turut dibincangkan ialah berkenaan
penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran, kepekaan ruang, dan
juga analisis dan interpretasi data.
Pada pendapat saya, literasi nombor berkait rapat dengan kecekapan
seseorang dalam memahami dan menggunakan idea idea matematik. Ia juga
merupakan kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan matematik bagi mencari
punca dan seterusnya bijak menguruskan langkah penyelesaian masalah matematik
yang merupakan asas mahupun kompleks dalam pelbagai situasi kehidupan
sebenar.
Bukan sahaja kandungan dalam literasi nombor ini dapat diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, namun boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Contohnya dalam tajuk operasi dan pengiraan yang
menekankan operasi yang dapat digunakan oleh semua orang iaitu penambahan,
penolakan, pendaraban dan sebagainya. Tambahan pula, penggunaan kalkulator
dan komputer sangat penting dalam segala urusan harian semua orang pada zaman
sekarang.
Selain itu, matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras di sekolah
rendah. Berdasarkan Sukatan Pelajaran, terdapat banyak tajuk yang perlu dikuasai
oleh setiap murid. Oleh sebab terdapat banyak tajuk yang dipelajari menyebabkan
ada segelintir murid yang melakukan miskonsepsi dan salah algoritma dalam
Matematik. Melalui apa yang terkandung dalam Literasi Nombor, guru matematik
dapat mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, misalnya menggunakan strategi yang pelbagai dalam menyelesaikan masalah
matematik. Sebagai seorang guru Matematik bertanggungjawab untuk membetulkan
kesilapan murid. Guru Matematik perlu merancang dan memilih pendekatan,
strategi,kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik semasa melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran agar setiap konsep Matematik yang diajar akan
mudah difahami oleh murid dengan jelas.
Secara amnya, saya banyak menggunakan anggaran dalam kehidupan
harian saya. Kelebihan penganggaran adalah kita boleh membuat anggaran nilai
awal bagi mengelakkan masalah yang lebih besar timbul. Anggaran yang tepat
mampu menangani masalah kerugian, terutamanya dalam pengiraan. Seterusnya,
penganggaran juga membantu membantu saya dalam melakukan pengiraan secara
fleksibel. Kemahiran anggaran yang betul akan memperkukuhkan lagi kemahiran
dalam strategi matematik seseorang individu, terutamanya dalam pengiraan yang
melibatkan pembundaran nombor atau nilai.
Selain itu, topik-topik yang ada di dalam literasi nombor juga dapat
diaplikasikan sebagai bahan bantu mengajar untuk murid sekolah rendah. Bahan
bantu mengajar ini dapat membantu guru mempermudahkan lagi pengajaran guru
selain dapat menarik minat murid untuk mempelajari topik yang diajarkan.
Contohnya, dalam topik kepekaan ruang, penggunaan bentuk teselasi dapat
menarik minat murid untuk mengetahui dan mempelajari bentuk-bentuk geometri
dalam matematik. Penggunaan corak yang berulang-ulang dan pemilihan warna
yang sesuai akan dapat menarik minat murid untuk mempelajarinya.
Kursus literasi nombor ini dapat membina pemikiran yang kreatif dan kritis
kerana kursus ini juga adalah kemahiran seseorang untuk memahami dan
menggunakan matematik dalam kehidupan seseorang. Topik-topik yang terkandung
dalam matematik dapat diserap dan dikaitkan dalam kehidupan harian. Contohnya,
kebolehan merekacipta Mini Big Book boleh digunakan untuk mengajar literasi
nombor dapat dijadikan bahan bantu mengajar untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan kartun juga dapat mempersembahkan pengajaran yang
menarik dan menyeronokan murid untuk belajar.
Selain itu, topik pengukuran dapat memberikan pendedahan kepada murid
untuk mengukur dan membandingkan sesuatu benda di sekeliling mereka dari segi
ukuran, isipadu dan sebagainya. Setelah mereka dapat membandingkan objek
utama dengan objek lain disekeliling mereka, lama-kelamaan mereka akan dapat
menggunakan standard ukuran dengan betul. Contohnya, membandingkan berat
objek utama iaitu sebuah buku dengan objek yang lain sekitar mereka.
Secara kesimpulannya, literasi nombor telah banyak membantu saya dalam
membuat keputusan yang bijak. Literasi nombor telah melatih saya dalam
mengaplikasikan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan pelbagai situasi dalam
kehidupan harian saya. Kemahiran literasi nombor ini telah lama wujud dalam diri.
Tetapi penambahbaikan haruslah dibuat bagi membantu saya lebih yakin untuk
menggunakan matematik bagi menangani cabaran kehidupan harian.


















NAMA : ROSLINA ANAK ENTRI
Definisi asas literasi adalah dalam keadaan yang literasi ataupun lebih
dikenali sebagai celik huruf iaitu menurut Chambers English Dictionary (2003). Ia
bermaksud kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan ayat
tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan
serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi
harian. Manakala nombor ataupun juga dikenali sebagai numerasi bermaksud celik
nombor. Ia bermaksud kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan
memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Oleh yang demikian, literasi nombor dapat dinyatakan sebagai kemahiran
seseorang untuk memahami dan menggunakan matematik dalam kehidupan
seharian. Literasi nombor di dalam kesemua lapisan masyarakat dipelajari secara
formal dalam suasana pendidikan asas dan menengah, terutamanya sekolah-
sekolah awam atau persendirian. Namun adakalanya literasi nombor ini dipelajari
secara tidak formal iaitu dipelajari di rumah atau di dalam pusat-pusat komuniti. Di
dalam literasi nombor ia merangkumi lima topik yang utama. Antaranya ialah
penyelesaian masalah serta operasi dan pengiraan dan juga pengukuran. Topik
yang keempat dan kelima ialah berkaitan dengan kepekaan ruang dan analisis dan
interpretasi data.
Di samping itu juga, dengan adanya kemahiran asas seseorang untuk
memahami dan menggunakan matematik dalam kehidupan seharian, maka ia
memudahkan kita untuk berurusan seharian dalam pelbagai aspek. Contohnya
ketika membeli belah, mengaplikasikan asas matematik dalam aktiviti kira-kira.
Secara tidak langsung ia boleh membantu kita dalam membuat anggaran yang betul
dan tidak terkeluar dari bajet yang telah dirancang bagi mengamalkan nilai berjimat
cermat. Kemahiran untuk memahami dan menggunakan matematik dalam
kehidupan seharian bukan saja penting dalam aspek membeli belah, namun ia juga
tetap memainkan peraanan dalam aktiviti memasak. Kuantiti sesuatu perisa yang
hendak ditambah dalam makanan amatlah penting bagi mengamalkan gaya hidup
sihat.
Di dalam tajuk pertama iaitu Penyelesaian Masalah, ia merangkumi tajuk-
tajuk kecil seperti masalah dan penyelesaian, model penyelesaian masalah dan
strategi penyelesaian masalah. Masalah merujuk kepada suatu situasi atau keadaan
yang boleh menimbulkan ketidakseimbangan individu dari aspek emosi, pemikiran,
tindakan dan fizikal akibat wujudnya jurang atau percanggahan antara harapan dan
pencapaian (Campton, Gallaway & Cournoyer, 2005). Penyelesaian masalah
merupakan suatu proses terancang yang memerlukan kemahiran berfikir untuk
mengatasi halangan serta mencapai tujuan yang dikehendaki dengan menggunakan
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh. Oleh yang demikian, penyelesaian
masalah sesuai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya bagi
individu yang ada bisnes tersendiri. Strategi yang mantap amat diperlukan dalam
menangani pelbagai masalah daripada mengelakkan muflis.
Sementelahan, tajuk Kepekaan Ruang juga memainkan peranan penting
dalam kehidupan seharian kita. Kepekaan ruang boleh membantu kita dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam aspek pembinaan. Penggunaan ruang yang
sistematik adalah penting bagi menghasilkan satu binaan ataupun bangunan yang
menarik. Kreativiti seseorang amatlah penting bagi menyesuaikan saiz pada setiap
ruang yang sama. Selain itu juga, melalui pembelajaran geometri, murid dapat
menyelesaikan masalah geometri dalam kehidupan seharian mereka. Pada
kebiasaannya, penyelesaian masalah geometri melibatkan manipulasi bentuk dan
imejan penglihatan dalam kerangka geometri. Maka, ia dapat membekalkan alat
bagi pemikiran kritis dan analisis bagi menyelesaikan masalah dapam situasi
kehidupan seharian.
Dalam pada masa yang sama juga, dengan adanya kemahiran memahami
dan menggunakan matematik dalam kehidupan seharian, ia juga membantu dalam
proses mengukur ataupun pengukuran. Seperti yang kita sedia maklum, pada masa
dulu manusia menggunakan bahagian tubuh badan dan benda-benda di sekeliling
mereka untuk membuat ukuran. Namun, pada masa sekarang, bacaan ukuran yang
diperolehi adalah berbeza-beza dan kurang tepat. Walaubagaimanapun, apa-apa
jenis benda yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu ukuran tidaklah penting
sangat kerana apa yang penting ialah ianya ada tujuannya tersendiri.
Oleh yang demikian, dengan adanya kemahiran asas dalam bidang
pengukuran dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian ia amat membantu seperti
dalam proses menjahit baju iaitu ambil ukuran badan. Satu ukuran yang tepat
amatlah penting bagi mendapatkan satu hasil baju seperti yang diminta oleh
tuannya. Ukuran yang betul amat penting bagi menghasilkan satu baju yang cantik.
Ukuran yang betul bukan sahaja untuk memastikan bagi mendapatkan hasil baju
yang cantik, malah ia juga bagi memastikan saiz baju yang dikehendaki adalah
bertepatan. Satu hasil baju samada saiz dia besar ataupun kecil akan
mempengaruhi hasilnya.
Kemahiran dalam menganalisi data dan interpretasi data pula memainkan
peranan penting dalam mengendalikan data. Data merupakan anagka-angka atau
maklumat yang diperoleh daripada cerepan, tinjauan atau uji kaji mengenai sesuatu
perkara. Data terdiri daripada dua jenis iaitu sata numerik dan data bukan numerik.
Pengumpulan data yang betul bagi memudahkan kita semua dalam menghasilkan
satu statistikk yang tepat. Secara tidak langsung, ia akan membantu dalam proses
menganalisi sesuatu data bagi mendapatkan keputusan yang terbaik selepas itu.
Tuntasnya, literasi nombor yang bermaksud kemahiran seseorang untuk
memahami dan menggunakan matematik dalam kehidupan seharian amatlah
penting. Ianya boleh membantu dalam memudahkan segala urusan seharian kita.
Dengan adanya ilmu sedia ada, kita akan berasa mudah dalam membuat aktiviti
kira-kira tanpa menggunakan alat bantu bagi jumlah yang tidak besar sangat. Hal ini
secara langsung akan menjimatkan masa kita semua.







NAMA : NUR ATIERA AKHMA BT BUKHARI
Literasi Nombor merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seseorang untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan
menggunakan ilmu matematik. Mengikut pemahaman saya, mempelajari Literasi
Nombor adalah kemahiran yang perlu diketahui di dalam konsep numerasi
terutamanya empat kemahiran asas seperti aspek penambahan, penolakan,
pendaraban dan pembahagian. Keempat-empat kemahiran ini merupakan asas
yang utama dalam ilmu matematik yang akan digunakan dalam kehidupan seharian
manusia. Dalam Literasi Nombor juga, terdapat kemahiran utama yang perlu
diketahui iaitu seseorang perlu mengenal nombor atau angka sebelum melakukan
keempat-empat operasi tadi untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Saya juga memahami terdapat banyak strategi penyelesaian masalah untuk
menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin. Sebagai contoh, strategi teka dan uji,
memudahkan masalah, simulasi dan lain-lain. Strategi ini digunakan dalam situasi
permasalahan yang berbeza. Selain itu, saya dapat memahami terdapat langkah
yang sesuai untuk menyelesaikan masalah iaitu menggunakan empat langkah
Polya. Langkah Polya merupakan kaedah jalan penyelesaian yang sesuai digunakan
dalam sesi PnP di dalam bilik darjah iaitu memahami masalah, mencari strategi yang
sesuai, menjalankan langkah penyelesaian dan yang terakhir menyemak jawapan
untuk mendapat jawapan yang betul. Melalui pembelajaran Literasi Nombor ini saya
dapat mengetahui dan memahami bahawa terdapat perbezaan di antara masalah
rutin dan bukan rutin yang dapat diselesaikan dengan menggunakan pemilihan
strategi yang sesuai dan melaksanakan empat langkah Polya mengikut kesesuaian
masalah yang dihadapi.
Malahan, di dalam Literasi Nombor juga saya mempelajari dan mengetahui
bahawa terdapat pelbagai kaedah untuk menyelesaikan permasalahan bagi setiap
operasi tersebut iaitu kaedah cerakin, kaedah hasil tambah separa, Algoritma
penolakan Stres Rendah Hutching dan lain-lain lagi. Kaedah dan strategi yang
digunakan adalah untuk memudahkan bagi setiap para pelajar menguasai sesuatu
kemahiran mengikut kesesuaian dalam menyelesaikan masalah. Hal ini
menunjukkan bahawa kita tidak terikat dalam satu kaedah sahaja bagi
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian yang melibatkan matematik.
Situasi ini memberi peluang kepada saya untuk lebih banyak berfikir bagi mencari
jawapan yang tepat dalam operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan lain-
lain.
Selain itu, penggunaan bahan manipulatif sama ada bersifat saintifik atau
sebaliknya adalah berkesan untuk merangsang pemikiran para pelajar untuk
meneroka mencari jawapan yang tepat. Sebagai contoh, bahan manipulatif ialah
blok asas sepuluh, geobod, rod cuisenaire, straw, guli, kacang dan lain-lain bahan
membantu pemahaman murid-murid menyelesaikan masalah dalam matematik.
Bahan manipulatif ini juga merupakan satu pendekatan yang terbaik kerana
memberi peluang kepada murid-murid untuk menggunakan bahan manipulatif
secara hands on. Hal ini disebabkan, pembelajaran yang dilakukan secara
demonstrasi oleh guru adalah kurang berkesan kerana pembelajaran hanya berlaku
secara sehala dan situasi pembelajaran seperti ini tidak membantu pelajar untuk
berfikir dalam menyelesaikan masalah.
Di samping itu, di dalam Literasi Nombor ini, saya mempelajari dan
memahami bahawa sub topik pengukuran adalah penting dalam kehidupan seharian
kita. Hal ini demikian, di dalam sub topik ini kita akan mengetahui tentang pengertian
panjang, berat, isipadu cecair, ukuran unit bukan piawai dan piawai serta urutan bagi
pengajaran dalam ukuran. Sebagai contoh, ukuran unit panjang adalah diperlukan
untuk mengukur jarak yang perlu dilalui oleh peserta yang menyertai larian marathon
iaitu dalam unit kilometer (km). Kemahiran yang betul adalah diperlukan untuk
mengukur unit piawai dengan tepat.
Oleh itu, terdapat instrumen atau alat yang sesuai untuk mengukur sesuatu
objek sama ada pepejal dan cecair adalah diperlukan bagi mendapatkan ukuran
yang tepat seperti pita pengukur, pembaris, alat penimbang dan lain-lain. Saya juga
megetahui bahawa terdapat alat untuk melakukan pengukuran bukan piawai seperti
menggunakan syiling dan pen. Kaedah ini merupakan satu alternatif untuk
membolehkan murid-murid mengetahui bahawa objek yang wujud di sekeliling kita
adalah berguna untuk menyelesaikan masalah matematik. Hal ini membolehkan
pembelajaran dan aktiviti yang dilakukan dalam subjek matematik menjadi lebih
menarik untuk dipelajari dengan menggunakan kreativiti masing-masing.
Sementara itu, saya juga memahami bahawa corak dan geometri seperti
bentuk bulat, segi empat, segi tiga, pentagon dan lain-lain adalah benda yang wujud
di sekeliling kita sama ada secara semula jadi mahupun buatan manusia. Ramai
tidak mengetahui bahawa objek buatan adalah asas daripada bentuk geometri yang
terdapat di dalam matematik. Oleh yang demikian, corak dan geometri yang wujud
dapat diajar dengan menggunakan kaedah teselasi. Hal ini kerana teselasi
merupakan satu bentuk yang berulang-ulang dan menarik untuk dipelajari. Terdapat
pelbagai corak teselasi yang boleh dilakukan sama ada di dalam subjek Matematik
mahupun Pendidikan Seni Visual. Corak teselasi yang menggunakan bentuk
geometri boleh membentuk satu objek yang baru. Sesi PnP yang menggunakan
kaedah teselasi adalah satu pendekatan yang terbaik kerana para pelajar berupaya
menghasilkan pelbagai bentuk yang menarik dengan menggunakan imaginasi
mereka yang kreatif dan kritis.
Sementara itu, di dalam pembelajaran Literasi Nombor juga saya memahami
bahawa terdapat keperluan dalam kehidupan seharian dan persekolahan untuk
mengumpul sesuatu data. Pembelajaran mengenai topik analisis adalah penting
bagi mengetahui maklumat sesuatu perkara. Oleh itu, di dalam menganalisis
sesuatu data, data tersebut akan diringkas dalam pelbagai bentuk seperti jadual,
graf, carta, piktograf, carta palang dan lain-lain. Kemudian, penerangan secara
ringkas akan diterjemahkan mengikut kesesuaian data yang dikumpul mengenal
pasti ukuran kecenderungan memusat, serakan atau jenis taburan dan ini akan
memberi makna dan gambaran yang jelas dalam sesuatu maklumat. Terdapat
empat jenis data kuantitif skala pengukuran. Skala boleh ditakrifkan sebagai angka
yang digunakan untuk mengelaskan dan menunjukkan tahap dan nilai sesuatu
ukuran. Suatu data akan dikelaskan sama ada dalam skala nominal, ordinal, sela
mahupun nisbah.
Oleh yang demikian, di dalam mempelajari Literasi Nombor ini saya
memahami bahawa setiap permasalah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita
adalah melibatkan ilmu pengetahuan dalam Matematik. Natijahnya, kita perlu
mengetahui ilmu matematik supaya kita dapat menyelesaikan permasalahan yang
melibatkan kira-kira dan sebagainya dengan betul dan tepat.

2.0 REFLEKSI DIRI
NAMA : ELIZABETH MAPONG ANAK PETER
Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya dan ahli
kumpulan saya iaitu Nur Atiera Akhma dan Roslina telah berjaya menyiapkan
tugasan Literasi Nombor dengan usaha yang terbaik. Saya berasa sangat gembira
kerana segala penat lelah saya dan anggota kumpulan sepanjang menyiapkan
tugasan ini akhirnya terbayar dengan hasil kerja yang sangat memuaskan dan
berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Segala halangan dan
cabaran sepanjang menyiapkan tugasan ini berjaya saya atasi dengan sebaik
mungkin tanpa menyusahkan mana-mana pihak.
Pada mulanya saya mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang
cara untuk membuat kerja khusus ini daripada pensyarah ketika di dalam kelas.
Setelah mendengar penerangan tersebut saya mula membuat perancangan untuk
mencari buku-buku yang berkaitan di perpustakaan. Melalui aspek pengetahuan,
saya telah meluangkan masa di perpustakaan untuk mencari maklumat tentang
tugasan kerja kursus ini. Selain dari itu saya juga mencari maklumat di internet.
Dengan cara ini, ia dapat memudahkan dan melicinkan setiap pergerakan saya
untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Agak sukar bagi saya seorang untuk
melakukan tugasan ini. Namun, berkat ketekunan dan kerjasama daripada rakan
sekumpulan dan juga rakan sekelas, saya berjaya juga menyempurnakan tugasan
ini. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna kerana dapat saya gunakan ia
ketika bergelar guru kelak.
Tidak dinafikan bahawa saya mendapat pengalaman yang baharu dalam
usaha menyiapkan tugasan ini. Pada peringkat pertama menyiapkan tugasan ini,
terdapat kekeliruan tentang tajuk yang diberikan. Setelah mengkaji kehendak
komponen tugasan, saya cuba mengatur langkah dengan mengesan kehendak
komponen. Pelbagai rujukan dan juga perbandingan bahan telah saya lakukan bagi
mendapatkan fakta dan contoh yang baik. Tugasan ini memerlukan daya kreativiti
yang tinggi untuk menghasilkan tugasan yang baik. Oleh yang demikian, saya dan
ahli kumpulan berusaha dengan gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Saya sedia maklum bahawa subjek literasi nombor ini berkait rapat dengan
kebolehan dan kemahiran seseorang dalam memahami dan menggunakan idea-
idea matematik dalam kehidupan seharian. Subjek ini juga dapat membantu
seseorang dalam mengaplikasikan kemahiran matematik dan seterusnya bijak
menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti penyelesaian masalah matematik
dalam pelbagai situasi kehidupan sebenar.
Dalam tugasan 1, kami dikehendaki untuk membina bahan pembelajaran
berasaskan komputer atau ICT. Saya dapati bahawa bahan pembelajaran ini
merupakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai digunakan pada zaman
sekarang. Penggunaan bahan bantu mengajar ini juga memberi sumbangan yang
amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru dan murid. Melalui tugasan membuat BBM ini juga, kumpulan kami
telah memilih untuk kaedah ICT ialah powerpoint. Kami berpendapat bahawa
pengajaran menggunakan ICT dapat menarik minat murid kerana terdapatnya
penggunaan animasi, kartun dan audio. Bukan itu sahaja, kami juga dapat
mengakses pelbagai kaedah dan strategi yang senang difahami oleh murid untuk
menyelesaikan operasi asas matematik. Melalui pengalaman saya sendiri semasa
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah, saya mendapati
bahawa murid berasa seronok apabila guru mengajarkan sesuatu topik dengan
menggunakan kaedah ICT di dalam kelas.
Dalam tugasan 2 pula, kami telah mereka cipta corak teselasi yang menarik
dan kreatif yang akan dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Penggunaan teselasi berasaskan geometri adalah penting
sebagai bahan bantu mengajar dalam topik bentuk. Ini kerana asas geometri seperti
segi empat, segi tiga, dan pelbagai bentuk poligon dapat diubahsuai untuk
menghasilkan corak berulang-ulang yang menarik. Pemilihan warna dan tema juga
penting untuk menghasilkan teselasi ini. Teselasi yang buat adalah berasaskan satu
bentuk poligon iaitu heksagon yang dibuat mengikut corak bunga. Kami turut
memasukkan bentuk segi tiga dalam teselasi untuk mencantumkan diantara corak
bunga heksagon. Melalui aspek pemilihan warna, kami telah memilih warna-warna
yang terdapat pada Jalur Gemilang untuk teselasi ini. Bukan sahaja topik bentuk
boleh diajar menggunakan teselasi malah guru juga turut memberi pendedahan
kepada murid tentang warna bendera Malaysia.
Selain itu, kami juga menggunakan daya kreativiti untuk membuat tugasan
yang ketiga iaitu merekacipta sebuah sebuah Mini Big Book yang berasaskan
operasi asas matematik dan kami memilih operasi tambah dan tolak. Melalui
tugasan ini, Mini Big Book digunakan sebagai bahan bahan mengajar untuk murid
sekolah rendah. Ia sangat bagus kerana berupaya meningkatkan kefahaman dan
keupayaan murid dalam sesuatu topik yang diajar. Mini Big Book ini dihasilkan
dalam bentuk cerita yang menghiburkan dan jalan cerita yang diolah adalah berkait
dengan operasi dalam matematik. Bahasa yang ceria dapat memberi keseronokan
kepada murid supaya tidak mudah berasa bosan. Pelbagai jalan cerita dapat
dihasilkan dengan mengaitkan kehidupan seharian yang sebenar seperti situasi
berjual beli di pasar, situasi di kebun buah-buahan dan sebagainya, malah
penggunaan kartun juga sebagai media penggerak perhatian bagi kanak-kanak.
Secara kesimpulan, tugasan literasi nombor ini telah banyak membantu saya
dalam menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan membuat keputusan yang bijak
dalam matematik. Literasi nombor telah melatih saya dalam mengaplikasikan
strategi yang sesuai untuk menyelesaikan pelbagai situasi dalam kehidupan harian
saya. Kemahiran literasi nombor ini telah lama wujud dalam diri. Tetapi
penambahbaikan haruslah dibuat bagi membantu saya lebih yakin untuk
menggunakan matematik bagi menangani cabaran kehidupan harian. Saya berasa
gembira dapat menyelesaikan tugasan ini dan berjaya menyudahkannya dengan
baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk memuaskan hati semua pihak.
Sekian, terima kasih.







NAMA : ROSLINA ANAK ENTRI
NO. KP : 920306-13-5728
Pertama sekali, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan
tugasan kerja khusus bagi kursus Literasi Nombor, WAJ 3105 bagi semester dua ini
dengan jayanya. Segala usaha dan bantuan yang telah dihulurkan oleh semua pihak
tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung amat saya hargai dan saya
memanjatkan rahmat kesyukuran kepada Tuhan kerana tugasan ini dapat disiapkan
tanpa melibatkan masalah-masalah yang rumit. Syukur, sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini, saya dapat banyak pengalaman dan pengetahuan baru.
Hasil pencarian maklumat bersama rakan-rakan, kami dapat bertukar-tukar
maklumat di antara satu sama lain. Bagi saya perbincangan bersama rakan-rakan
dalam kelas terutamanya dalam kalangan ahli kumpulan saya banyak meningkatkan
fahaman saya mengenai tugasan ini. Ini kerana kami saling bertanya dan
berbincang sekiranya terdapat persoalan. Hal ini secara langsung meningkatkan
semangat kerjasama daya interaksi saya dalam melakukan kerja berkumpulan.
Sebelum menjalankan kerja kursus ini, pengetahuan diri saya berkaitan
dengan mata pelajaran Literasi Nombor ini agak kurang kerana selama ini saya
kurangnya membaca dan membuat analisis berkaitan subjek ini dengan lebih
terperinci. Sebelum menyiapkan tugasan kerja projek ini, saya hanya membaca
sesuatu bahan yang berkaitan secara umum sahaja dan tidak mengkaji dengan lebih
mendalam tentang sesuatu tajuk. Namun, bersyukur kepada Tuhan kerana setelah
melaksanakan tugasan kerja projek ini, saya dapati terdapat perubahan positif
berkaitan dengan pengetahuan diri saya dengan mata pelajaran ini. Saya dapati
reaksi positif itu apabila saya perlu mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan
dengan tajuk operasi dan pengiraan dan juga tajuk sense ruang.
Pada mulanya, saya dan ahli kumpulan yang lain kurang idea dalam proses
menyiapkan tugasan pada kali ini. Hal ini kerana terdapat tiga tugasan yang kami
kena siapkan dalam masa yang sama. Tugasan yang pertama di bawah tajuk
operasi dan pengiraan, kami dikehendaki untuk mereka satu bahan bantu mengajar
berasaskan computer dan bahan tersebut hendaklah melengkapi tajuk Mini Big-
Book yang akan kami siapkan dalam tugasan pada kali ini. Bagi menyiapkan
tugasan yang pertama ini, kami telah memilih operasi tambah dan merangka satu
power point yang berkaitan dengan operasi tambah. Di dalam power point
tersebut kami telah menyediakan satu permainan iaitu lebih memerlukan murid-
murid meneka jawapan yang betul. Dengan adanya bahan bantu mengajar
berasaskan computer ini, saya berharap agar ia dapat memudahkan murid-murid
menguasai operasi tambah yang asas dengan gambar yang disediakan bagi
memudahkan proses pengiraan.
Penyediaan satu bahan bantu mengajar berasaskan ini memang
mendatangkan faedah kepada diri saya. Secara tidak langsung, saya boleh
menambahkan kemahiran mengenai dengan cara penggunaan perincian yang ada
di dalam sesebuah komputer bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan pada masa yang akan datang. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang diadakan memainkan peranan penting bagi mencapai objektif
yang ingin yang dicapai. Oleh yang demikian, penyediaan sesuatu bahan bantu
mengajar amatlah penting kerana ia dapat dijadikan sebagai salah satu bahan
pemudah cara bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah
menyiapkan tugasan pada kali ini, saya lebih yakin lagi dengan diri saya dalam
membuat bahan bantu mengajar berasaskan komputer. Ia merupakan satu panduan
kepada diri saya dalam menjalani praktikum pada masa yang akan datang. Segala
maklumat baharu yang telah dikongsikan di dalam kumpulan amat membantu saya
dalam menambahkan pengetahuan dalam pelbagai aspek.
Di samping itu juga, tugasan yang kedua iaitu di bawah tajuk sense ruang,
kami dikehendaki untuk mereka corak teselasi 2-D dengan menggunakan alat yang
sesuai dan corak teselasi tersebut handaklah berasal dari corak ataupun bentuk
geometri. Kumpulan saya iaitu terdiri daripada saya, Nur Atiera Akhma binti Bukhari
dan Elizabeth Mapong anak Peter, agak kurang idea dalam menghasilkan satu
teselasi seperti yang dikehendaki. Ia merupakan sesuatu yang agak baharu bagi diri
saya juga. Oleh yang demikian, kami sememangnya mengkaji dari pelbagai sumber
bagi mendapatkan maklumat yang betul dan boleh digunakan dalam menyiapkan
tugasan pada kali ini. Namun, kerjasama daripada semua ahli kumpulan dan tunjuk
ajar yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing iaitu, Puan Shamsazila bin
Saaban telah banyak membantu. Berkat kesabaran dan usaha yang telah semua
tunjukkan, akhirnya kami telah berjaya menghasilkan satu teselasi yang menarik dan
cantik.
Dalam pada masa yang sama juga, kami juga berjaya dalam menghuraikan
prosedur proses mereka corak teselasi tersebut. Selepas menyiapkan tugasan ini,
baru saya sedar yang di dalam kehidupan seharian kita banyak contoh teselasi yang
saya tidak sedar selama ini seperti nanas, kulit ular sawa dan juga langsir. Maka,
selepas proses menyiapkan tugasan ini baru saya tahu bahawa corak yang terdapat
di dalam buah nanas, kulit ular sawa dan langsir merupakan contoh teselasi. Setelah
menyiapkan tugasan ini juga, saya berpendapat bahawa proses mereka corak
teselasi agak rumit. Setiap sudut pusingan sesuatu corak amatlah penting bagi
memastikan proses menambah dan membuang sesuatu corak yang akan dihasilkan
adalah betul. Secara tidak langsung tugasan seperti ini membantu guru pelatih
dalam mengingati kembali asas matematik ketika berada di bangku sekolah dahulu
iaitu berkaitan dengan tajuk darjah putaran.
Sementelahan tajuk yang ketiga juga di bawah tajuk operasi dan pengiraan.
Namun, kami dikehendaki untuk menyediakan satu Mini Big Book yang boleh
digunakan untuk mengajar Literasi Nombor. Proses mereka satu Mini Big Book ini
sangatlah menarik. Hal ini kerana bagi menghasilkan satu Mini Big Book yang
menarik ia memerlukan kreativiti yang tinggi. Selepas agak menyiapkan tugasan
yang agak berat seperti di tugasan 1 dan 2, di dalam tugasan kerja kursus pada kali
ini kami boleh merehatkan minda dengan menghias Mini Big Book tersebut agar
dapat menarik minat murid-murid. Walaubagaimanapun, isi yang terdapat di dalam
Mini Big Book tersebut hendaklah mempunyai kesinambungan dengan bahan bantu
mengajar berasaskan komputer tadi. Oleh yang demikian, setiap ahli kumpulan
haruslah peka agar isi yang hendak disampaikan tidak terpesong. Saya dapat
menyimpulkan bahawa satu Mini Big Book yang ringkas dan menarik amat
mempengaruhi minat seseorang kank-kanak bagi mendalami isi tersurat dan tersirat
sesuatu buku.
Setelah menyiapkan kesemua tugasan kerja kursus projek ini, banyak
maklumat yang baharu saya perolehi dan seterusnya dapat meningkatkan
kefahaman saya berkaitan dengan Literasi Bahasa. Tugasan pada kali ini memang
mencabar. Namun banyak faedah yang diperolehi daripada menyiapkan kesemua
tugasan ini. Segala ilmu yang telah diaplikasikan di dalam menyiapkan tugasan pada
kali ini boleh dibawa ketika menjalani praktikum pada masa yang akan datang.
Secara tidak langsung, ia memudahkan seseorang guru pelatih dalam membuat
Rancangan Pengajaran Harian dan seterusnya menyediakan alat bantu mengajar.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing iaitu Puan Shamsazila binti Saaban kerana tidak pernah mengenal erti
jemu dalam memberi teguran dan tunjuk ajar dan juga tidak lupa kepada rakan
sekumpulan. Jutaan terima kasih juga saya tujukan buat rakan sekumpulan iaitu Nur
Atiera Akhma binti Bukhari dan Elizabeth Mapong anak Peter. Setelah menyiapkan
tugasan ini, di sini saya berharap agar tugasan kerja projek seperti ini terus
dijalankan pada masa yang akan datang kerana ia memang mendatangkan faedah
kepada guru pelatih. Dengan adanya ilmu yang diperolehi ketika menjalani latihan di
Institut Pendidikan Guru, maka semuanya dapat diaplikasikan pada masa yang akan
datang.














NAMA : NUR ATIERA AKHMA BT BUKHARI
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya dan rakan
sekumpulan saya berjaya menyiapkan kerja kursus projek subjek Literasi Nombor ini
pada masa yang ditetapkan. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah
pembimbing kami iaitu Puan Shamsazila Saaban kerana banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada kami dalam memahami kehendak tugasan dan
membimbing kami. Tugasan Literasi Nombor yang diberikan pada semester ini
sangat menarik untuk dilaksanakan kerana pelbagai bahan berjaya saya dan rakan
sekumpulan hasilkan di dalam tugasan ini.
Sepanjang melaksanakan tugasan yang diberikan, saya dan rakan-rakan
banyak berbincang dan saling bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini.
Perbincangan yang dilakukan oleh kami adalah bertujuan membolehkan kami saling
memahami kehendak tugasan yang dikehendaki. Hal ini bagi memastikan tugasan
projek yang kami hasilkan berada dalam landasan yang betul. Selain itu, saya juga
banyak berkolaborasi dengan rakan-rakan dari kelas yang lain bagi menyiapkan
tugasan yang diberikan. Semasa melaksanakan tugasan yang diberikan saya telah
mencari,mengumpul dan menganalisis data-data dan maklumat yang diperlukan
oleh kumpulan saya bagi menyiapkan tugasan ini. Saya telah mencari maklumat dari
pelbagai sumber seperti buku dan laman sesawang yang telah digunakan oleh saya
sebagai rujukan yang utama dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan.
Selain itu, semasa melaksanakan tugasan projek Literasi Nombor ini terdapat
banyak manfaat dan ilmu pengetauan baharu yang saya perolehi. Antara manfaat
yang saya dapat dalam membuat tugasan ini ialah membantu mengukuhkan
pemahaman saya tentang apa itu Literasi Nombor. Hal ini disebabkan, sebelum ini
saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang apa itu Literasi
Nombor. Kendatipun demikian, melalui tugasan yang diberikan ini saya berupaya
untuk memahami dan mengetahui apa itu Literasi Nombor. Pengetahuan yang saya
dapat mengenai Literasi Nombor ini ialah pengetahuan asas yang perlu diketahui
oleh seseoarang sebelum mempelajari ilmu matematik yang lebih tinggi seperti
Matematik Tambahan dan lain-lain lagi.
Di samping itu, semasa menjalankan tugasan yang diberikan ini, saya dan
rakan-rakan yang lain telah memilih operasi penambahan bagi menyediakan bahan
bantu mengajar dengan menggunakan ICT. Semasa melaksanakan projek ini saya
mendapati bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
adalah menarik dan menyeronokkan serta sangat sesuai untuk dijadikan bahan
bantu mengajar (BBM) yang baharu kepada murid-murid. Hal ini disebabkan,
semasa proses penyediaan bahan tersebut, saya dan rakan-rakan yang lain telah
menggunakan elemen-elemen yang menarik seperti bunyi-bunyi, animasi dan lain-
lain lagi. Tugasan projek ini bukan sahaja menambah pengetahuan saya dalam
bidang ICT atau pun teknologi maklumat dan komunikasi tetapi memberi
pengetahuan kepada saya sebagai persediaan untuk menyediakan BBM kepada
para pelajar kelak kerana asasnya sudah saya dapat melalui projek ini.
Tambahan lagi, saya juga mendapat ilmu yang baharu iaitu mereka satu
bentuk teselasi. Teselasi merupakan satu perkara yang baharu kepada saya yang
saya pelajari pada semester ini. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya dan
kumpulan telah memilih tema bunga untuk mereka satu bentuk teselasi dengan
menggunakan bentuk asas geometri iaitu hexagon. Saya mendapati teselasi adalah
satu corak yang menarik untuk dipelajari kerana teselasi adalah satu bentuk yang
berulang-ulang. Malahan, teselasi juga sebenarnya terdapat di sekeliling kita seperti
corak yang terdapat pada kain batik, bola sepak, kulit ular sawa, sarang madu lebah
dan lain-lain merupakan bahan maujud yang sebenar serta boleh ditunjukkan
kepada murid-murid untuk mengajarkan topik bentuk. Saya juga berasa bertuah
kerana mendapat idea yang baharu untuk mengajarkan topik bentuk kepada para
pelajar kelak kerana teselasi adalah satu bentuk yang berulang-ulang dan dapat
digabungkan dengan bentuk geometri yang lain. Pengajaran seperti ini bukan sahaja
dapat menarik perhatian para pelajar untuk belajar malah ianya merupakan satu
kurikulum yang merentas subjek lain kerana melibatkan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.
Sementara itu, saya juga mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang
baharu dengan mereka satu BBM yang menyeronokkan iaitu Mini Big Book. Bagi
mereka satu Mini Big Book yang menarik kita perlu mengetahui siapakah sasaran
yang kita kehendaki dan bagaimanakah penyampaian yang harus kita lakukan.
Kemahiran mereka Mini Big Book ini merupakan satu kemahiran menarik yang
saya pelajari. Hal ini demikian, sebagai seoarang bakal guru, kita perlulah banyak
berimaginasi dalam merancang satu bahan bantu mengajar supaya dapat menarik
perhatian para pelajar untuk mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Sepanjang
melaksanakan tugasan ini, saya dan rakan-rakan banyak mengeluarkan idea-idea
yang kreatif dan kritis bagi mereka satu Mini Big Book yang dapat menarik
perhatian semua pihak terutamanya murid-murid sekolah rendah. Hal ini
disebabkan, Mini Big Book bukan sahaja satu bahan yang dapat menarik pelajar
untuk belajar malah dapat memudahkan pemahaman mereka tentang sesuatu
perkara dengan lebih jelas melalui teknik penceritaan yang disampaikan oleh saya
dan ahli kumpulan saya melalui Mini Big Book ini.
Malah, terdapat manfaat lain yang saya perolehi sepanjang melaksanakan
iaitu saya dapat memahami bahawa untuk mengajar subjek matematik ini, kita tidak
hanya terikat dengan nombor dan strateginya sahaja namun pelbagai kaedah,
strategi dan pendekatan yang kita boleh lakukan untuk menjadikan subjek
matematik ini seronok untuk dipelajari. Pengalaman melaksanakan tugasan ini
adalah sangat berharga kepada saya sebagai seorang guru pelatih untuk lebih
banyak mencari idea-idea yang bernas, kreatif dan berinovasi bagi mengajar subjek
matematik ini kelak. Hal ini bagi memastikan, generasi yang akan datang dapat
dilahirkan sebagai seorang insan yang kreatif dan tidak hanya mempelajari fakta
sahaja.
Natijahnya, kerja kursus ini juga membantu pemahaman saya tentang apa itu
Literasi Nombor dengan lebih jelas. Malahan, kerjasama yang utuh antara saya dan
rakan sekumpulan merupakan elemen utama yang saya dapat sepanjang saya
melaksanakan kerja kursus yang diberikan. Malahan, kerja kursus ini saya
mengambil kesempatan untuk meyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan pada
hujung semester ini kelak.
Sekian, terima kasih.





3.0 RUJUKAN
Gjerde, E. (2005). Tiled Hexagon Tessellation. Origami Tessellations, 4.
Harris, A. (2000). The Mathematics Of Tesselations, 4-8.
Keow, M. A. (2013). Literasi Nombor. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.
Rightcuping. (n.d.). Teselasi. Dilayari Ogos 15, 2013, daripada
http://rightcuping.wordpress.com/2011/07/21/teselasi/
The Elementary School Math Project. (n.d.). Dilayari Julai 30, 2013, daripada
http://www.pbs.org/mathline
Waj3105-Literasi Nombor. (n.d.). Dilayari Ogos 12, 2013, daripada
http://www.scribd.com/collections/3124980/WAJ3105-Literasi-Nombor

You might also like