You are on page 1of 12

Bahagian A: Penulisan Akademik

Perbandingan antara dua alat muzik dari Negara yang berbeza


Nama alat

Sheng

Sompoton

muzik
Negara asal

Hubei, China

Sabah, Malaysia

Pencipta

Nu Wo

Suku kaum kadazan dusun

Zaman

3000 tahun dahulu

Asal Usul

--

Sheng merupakan alat muzik

Alat muzik ini berasal dari Kampung

tiupan yang kuno di China,ia

Tikolod, daerah Tambunan di negeri

merupakan alat muzik yang

Sabah. Alat muzik ini dipercayai

paling awal menggunakan rid di

berasal dari Asia Tenggara.

dunia. Alat muzik tersebut pernah


memainkan peranan pendorong
yang positif terhadap
perkembangan alat muzik barat.

Pada tahun 1978, beberapa


Paosheng pada lebih 2400 tahun
yang lalu telah digali keluar di
Kaunti Sui Provinsi Hubei China,
ini merupakan Sheng yang
paling awal ditemui di China pada
masa ini.

Bentuk

sejenis organ mulut yang dibuat

sejenis alat muzik tempatan di

daripada labu. Bahagian peniupnya

Sabah. Ia diperbuat daripada labu

pula dibuat daripada kayu. Alat

air yang dikeringkan. Lapan batang

muzik ini mempunyai banyak ruang

buluh kecil disusun dalam dua

angin yang dibuat daripada

lapisan dan dimasukkan ke bahagian

logam.Tiub-tiubnya pula dibuat

buah labu berkenaan dengan

daripada buluh. Tiub-tiub dari

menebuk. Gam kelulut digunakan

tembaga ditambah untuk

untuk melekatkan batang buluh

mengeluarkan gema dan diletakkan

terbabit, selain untuk menahan angin

pada bahagian atas sheng yang

daripada keluar melalui celah buluh

lebih kuat. Satu tiub mempunyai satu

apabila tiupan dilakukan.

pelidah dan tujuh belas ruang

Satu daripada buluh ini tidak

pemetik. Selepas Dinasti Tang,

berfungsi hanya untuk

pemain alat muzik telah mengubah

memperseimbangkan kedudukan

Sheng itu menggunakan kayu dan

bentuk alat itu. Beberapa kepingan

tembaga.

kecil plat buluh diletakkan pada


dasar tiap-tiap tepian buluh untuk
menghasilkan bunyi mengikut kod
muzik yang telah ditentukan.
Dengan meniup atau menyedut
mulut labu, pemain sompoton boleh
menghasilkan satu bunyian harmoni
yang merdu.

Teknik

Bunyi akan terhasil apabila udara

Pemain boleh meniup atau

Permainan

ditiup dan dihisap melalui tiub logam

menyedut mulut labu dengan

yang disambungkan dengan

menutup dan membuka tiga

bahagian ruang angin ataupun Wind

daripada empat buluh terpendek

Chamber.

pada hujungnya dengan tiga kecil


pada dasar buluh terpendek serta
hadapan dan belakang paip yang
lebih panjang dengan jari tangan kiri.
Ianya akan mengeluarkan nada yang
bergetar dan menghasilkan satu
bunyian harmoni yang merdu.

Cara

Kedua-dua tangan memegang

1.berdiri - dipegang tegak /

memegang

bahagian bawah Sheng pada aras

menyendeng ke arah kanan

alat muzik

bahagian dada.

pemuzik.
2.baring - bahagian panjang
disandar pada bahu kiri
3.duduk - buluh panjang diatas
peha.

Skel

- Sama dengan permainan skel


piano

Fungsi

-Melodi berasaskan skel pentatonik


-Jeda harmonic jeda oktaf dan ke-4

Sheng digunakan dalam orkestra

-Majlis perkahwinan

atau sebagai alat solo untuk

-Hiburan untuk mengiringi tarian

dimainkan muzik hiburan. Alat muzik

magarang

utama dalam persembahan opera


terutamanya opera kunqu.Kunqu
merupakan salah satu jenis opera

cina yang tertua. Memainkan


peranan sebagai alat muzik
tambahan dalam persembahan dizi
atau suona.

Ciri-ciri

mampu memainkan sehingga

istimewa

Alat muzik ini juga merupakan alat

enam not secara serentak.

muzik terawal yang menghasilkan

Ia biasanya dipanggil sebagai

harmoni iaitu muzik polifonik.

"organ mulut Cina" oleh orang

Menggunakan sistem free reed

orang Barat.

yang tunggal sebagai bahan

Sheng juga merupakan instrumen

bunyinya seperti juga alat

pertama muzik di dunia

Engkururai di Sarawak.

menggunakan "sistem akustik


berpasangan".
Zhan Chi Feng-Huang

Repertoire
Persamaan

Sayang Kinabalu

merupakan alat muzik erofon.

antara
Sheng dan
Sompoton

Perbandingan antara Sheng dan Sompoton


1.0 Asal Usul Alat Muzik
Sheng merupakan sejenis alat muzik tiupan yang kuno di China dan merupakan
alat muzik yang paling awal menggunakan rid di dunia. Menurut Patricia Matusky dan Tan
Soon Beng (2004), dalam bukunya The Music of Malaysia: the classical, folk and syncretic,
negara China percaya bahawa Sheng dicipta oleh seorang perempuan dewa yang
dinamakan Nu Wo pada 3000 tahun dahulu. Alat muzik ini merupakan simbol kepada
burung phoenix (fenghuang), dan batang paip adalah disusun secara serentak dengan
batang paip panjang yang diletakkan pada bahagian tengah untuk mewakili bahagian badan
burung.
Pada tahun 1740 dan 1777, orang Eropah Johann Wilde dan Pere Amiot
membawa Sheng dari Tiongkok dan mengadaptasikannya di Eropah. Pada tahun 1978,
beberapa Paosheng pada lebih 2400 tahun yang lalu telah digali keluar di Kaunti Sui Provini
Hubei China. Ini merupakan Sheng yang paling awal ditemui di China pada masa ini. Sheng
dipercayai telah berusia 2400 tahun dahulu. Sheng bermaksud suara yang luhur (mulia) dan

nama alat muzik ini sama dengan sebutan perkataan Cina Sheng yang memberi maka
timbul.
Manakala dalam asal usul Sompoton, menurut Patricia Matusky dan Tan Soon
Beng (2012), dalam bukunya Muzik Malaysia: Tradisi, Klasik Rakyat dan Sinkretik, alat
muzik sompoton, iaitu sejenis organ mulut berasal dari kampung Tikolod di daerah
Tambunan di negeri Sabah. Alat muzik ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Alat muzik
ini berupakan alat muzik terawal yang menghasilkan harmoni iaitu muzik polifonik. Dahulu
alat ini telah didagangkan kepada suku-suku kaum Dusun yang lain.
Namun begitu, jika berbanding dengan Sheng, Sompoton mempunyai kisah asal
usul kewujudan alat muzik Sompoton di negeri Sabah. Kisah ini berasal dari Kampung
Libang Nukakatan Garas di Daerah Tambunan. Pada suatu ketika dahulu di kampung ini
terdapat sepasang suami isteri iaitu Gobou dan suaminya Lombohon. Pasangan ini
dikurniakan dengan enam orang anak lelaki dan perempuan iaitu Monongkol, Suruk,
Baranat, Ronom, Tuntuduk dan juga Tinaggal. Keluarga besar ini amat disenangi oleh
penduduk kampung kerana sikap ramah dan kebaikan Gobou, walaupun beliau seorang
yang bisu. Namun demikian, kebahagiaan keluarga ini tidak berpanjangan. Hubungan
mereka semakin renggang lantaran kesibukan Lombohan mengerjakan sawah bendang
(Tumoh) dan anak-anaknya pula sibuk menguruskan rumah tangga masing-masing.
Keadaan ini menyebabkan ibu mereka Gobou merasa tersisih hingga beliau berubah sikap
menjadi seorang yang pendiam dan murung. Lombohan yang menyedari keadaan ini cuba
untuk memperbaiki keadaan isterinya namun tidak berjaya. Pada suatu hari sedang
Lombohon berehat di sawah, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi yang merdu dan bunyi
tersebut kedengaran lagi buat beberapa kali apabila angin bertiup kencang. Lombohon cuba
mencari arah bunyi tersebut dan akihirnya dia berjaya menemui puncanya, iaitu dari
sebatang batang buluh yang telah patah. Lombohon tertarik dengan bunyi yang dikeluarkan
dari batang buluh itu lalu mencabutnya untuk dibawa pulang dan memacakkan batang buluh
itu di halaman rumahnya. Gobou yang sedang termenung di beranda meras terpegun di
beranda merasa terpegun setelah mendengar kemerduan bunyi yang didengarinya. Tanpa
disangka, Gobou yang selama ini bisu dengan tiba-tiba bertanya Lombohan dari mana
datangnya bunyi itu. Lombohon merasa terkejut kerana isterinya sudah boleh bersuara dan
merasa gembira kerana bambu itu membantu memulihkan isterinya. Semenjak kejadian itu,
Gobou tidak lagi bisu dan kembali ceria. Hubungan kekeluargaan mereka juga semakin
pulih. Akhirnya salah seorang daripada cucu Gobou yang bernama Sompot berjaya
mencipta mencipta alat muzik berdasarkan alat muzik bambu yang dinamakan sompoton
sempena nama Sompot dan setiap sumbiling.

2.0 Bentuk Alat muzik

Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2004), dalam bukunya The Music
of Malaysia: the classical, folk and syncretic, The Sheng consists of an air chamber made of
metal with short reeds and 17 pipes or bamboo tubes inserted and secured into the air
chamber in a circular formation. A free beating reed is attached to each tube and a finger
hole is placed in the tube above the reed. Dalam bahasa Melayu bermaksud Sheng
mempunyai banyak ruang angin yang diperbuat daripada logam dan 17 tiub buluh
diletakkan di dalam ruang angin. Setiap tiub paip mempunyai rid atau pelidah bebas, dan
lubang jari diletakkan di atas rid / pelidah bebas.

Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari
jenis sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Sompoton diperbuat
daripada labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua
lapisan dan dimasukkan ke bahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut

digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari
keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini
tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut.
Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk
menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Dengan meniup atau menyedut

mulut labu,

pemain sompoton boleh

menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin


(2003), dalam bukunya Muzik Tradisional Malaysia, Sompoton atau mouth organ diperbuat
daripada lapan batang buluh sumbiling yang berbeza ukurannya. Buluh ini diselitkan ke
dalam gourd yang kosong dan disusun ke dalam dua barisan setiap satu mempunyai empat
batang. Barisan yang mengandungi buluh pendek berukuran sama terletak di kanan lubang
tiupan sementara barisan satu lagi yang mengandungi barisan buluh yang berbeza
ukurannya terletak di sebelah kiri lubang tiupan. Batang-batang buluh ini mempunyai nama
masing-masing. Dua yang terpanjang berukuran sama dan satu di antaranya yang tidak
berfungsi untuk mengeluarkan bunyi dikenali sebagai lombohan. Buluh yang kedua panjang
dikenali sebagai monongkol, diikuti dengan suruk bagi yang ketiga panjang dan bersamasama dengan buluh terpanjang disusun di sebelah kiri lubang tiupan. Di dalam barisan satu
lagi terdapat batang buluh berukuran sama iaitu tinangga, tuntuduk, randawai dan baranat.
Kesemua batang buluh ini diikat dengan empat lingkaran rotan tingkat tertentu.

3.0 Teknik Permainan Alat Muzik

Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2004), dalam bukunya The Music
of Malaysia: the classical, folk and syncretic, Sound is produced when the player closes the
finger holes and blows or sucks air through the reeds. This finger hole must be closed for the
reed to vibrate and the tube to sound out when blown Dalam Bahasa Melayu bermaksud
bunyi akan terhasil apabila udara ditiup dan dihisap melalui tiub logam yang disambungkan
dengan bahagian ruang angin ataupun Wind Chamber. Bunyi dihasilkan apabila pemain
menutup lubang jari dan meniup atau menyedut angin melalui pemimpit. Sheng

menghasilkan bunyi daripada gabungan rid, paip, dan juga getaran bebas oleh rid di dalam
tiub. Bunyi Sheng nyaring lagi manis, dan suaranya agak kuat; dan boleh menghasilkan
bunyi yang tinggi, sederhana dan rendah.

Dalam permainan Sompoton, pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu
dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya
dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih
panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan
menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Gambar Rajah lubang-lubang alat muzik Sompoton


Semasa memainkan alat ini lubang-lubang pada monongkol dan tinangga
ditutup dengan ibu jari untuk membunyikannya. Begitu juga, lubang di belakang suruk
boleh ditutup dengan jari telunjuk atau jari hantu tangan kiri. Jika lubang-lubang ini tidak
ditutup, bunyi tidak akan terhasil.

4.0 Cara memegang Alat Muzik

Merujuk gambar di atas, pemain memegang alat muzik Sheng dengan keduadua tangan pada bahagian depan muka atau di depan dada.
Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2012), dalam bukunya Muzik
Malaysia: Tradisi, Klasik Rakyat dan Sinkretik, terdapat tiga cara asas untuk memegang
Sompoton. Jika pemain berdiri, sompoton dipegang tegak ataupun menyondang ke arah
kanan pemain. Jika duduk, sesetengah pemain memegang sompoton dengan empat paip
terpanjang menyandar pada bahu kiri mereka. Cara begini melibatkan tangan bersilang
pada dada pemain dan pemain memetik alat muzik ini dengan cara yang berlainan sedikit.
Beginilah juga cara memegang sompoton jika pemain sedang baring. Kadangkadang sompoton diletakkan berdekatan dengan pemain semasa tidur pada waktu malam.
Pada awal pagi, apabila terjaga dari tidur, pemain akan memainkannya untuk menggerak
ahli keluarga yang lain dari tidur. Jika sompoton dimainkan seperti cara-cara tersebut,
lombohan berperanan sebagai dron.
Cara ketiga memegang sompoton ialah menterbalikkannya sambil pemain
berada dalam posisi duduk. Dengan cara begini paip yang terpanjang akan terletak di atas
paha, dan membolehkan lombohan memainkan melodi muzik.

5.0 Permainan skel Alat Muzik


Permainan skel alat muzik Sheng sama dengan permainan skel piano. Dalam
permainan skel alat muzik Sompoton, melodi dimainkan untuk mengiringi tarian magarang.
Melodi tersebut adalah berasaskan skel pentatonik, iaitu skel yang mempunyai 5 ton.
Menurut Patricia Matusky dan Tan Soon Beng (2012), dalam bukunya Muzik
Malaysia: Tradisi, Klasik Rakyat dan Sinkretik, muzik sompoton boleh meniru muzik

magarang atau sinding (lagu-lagu), ataupun pemain memainkan karyanya sendiri. Alat
muzik sompoton dimainkan dalam pelbagai konteks.
Persembahan solo sompoton mungkin meniru muzik tarian magarang. Dalam
contoh ini bit asas dan irama magarang bersinkopat sangat ketara. Melodi pentatonik antara
paip sama dengan corak melodi ensembel gong biasanya mengiringi tarian magarang.
Dalam lagu ini dua frasa melodi asas digunakan, tiap-tiap satu panjangnya 1 bar. Kedua-dua
frasa asas ini diulangi dalam bentuk a, a1, b, b1. Bentuk kedua-dua frasa ini diulang-ulang
pada keseluruhan lagu tarian

6.0 Fungsi Alat muzik

Sheng digunakan dalam orchestra atau sebagai alat solo untuk dimainkan muzik
hiburan. Alat muzik utama dalam persembahan opera terutamanya opera kunqu (;
pinyin: Knq; Wade-Giles: k'un-ch'), juga dikenal sebagai Kunju, Opera Kun atau
Opera Kunqu, adalah salah satu bentuk opera Cina yang paling tua. Kunqu merupakan
salah satu jenis opera cina yang tertua. Maka, Sheng memainkan peranan sebagai alat
muzik tambahan dalam persembahan dizi (seruling) atau suona (serunai).

Sompoton dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam


persembahan nyanyian dan tarian. Sompoton boleh dimainkan secara hiburan persendirian
atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di
majlis keagamaan; namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia
juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan
secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat
muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.

7.0 Ciri-ciri Istimewa dalam Alat Muzik


Sheng merupakan alat muzik yang istimewa dan merupakan instrument penting
dalam muzik upacara adat istiadat istana. Alat ini juga dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu
rakyat, selain boleh dimainkan secara solo atau di dalam opera Cina. Sheng juga dikatakan
instrument yang unik dalam muzik orkestra Cina kerana ia mampu memainkan sehingga 6
not secara serentak. Ia biasanya dipanggil sebagai organ mulut Cina oleh orang-orang
Barat. Sheng juga merupakan instrument pertama muzik di dunia menggunakan sistem
akustik berpasangan. Sompoton merupakan alat muzik terawal yang menghasilkan harmoni
iaitu muzik polifonik. Muzik polifonik bermaksud muzik disusun berdasarkan banyak suara
(poli=banyak, foni= suara). Sompoton menggunakan sistem free reed yang tunggal sebagai
bahan bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.

8.0 Repertoire Alat muzik


Salah satu repertoire yang dimainkan oleh alat muzik Sheng adalah FengHuang Zhan Chi. Repertoire ini dicipta oleh dua orang pemuzik iaitu Hong-de Dong dan
Tian-quan Hu pada tahun 1956. Ia merupakan lagu solo Sheng yang dimainkan oleh
pemuzik Cina. Manakala contoh lagu bagi alat muzik Sompoton adalah Sayang Kinabalu
yang dimainkan oleh kaum kadazandusun.

9.0 Persamaan antara Sheng dan Sompoton


Terdapat satu persamaan antara Sheng dengan Sompoton, iaitu mereka
merupakan keluarga alat muzik erofon. Dengan kata lain, bunyi kedua-dua alat muzik ini
adalah dihasilkan melalui tiupan atau hembusan angin.

Sebahagian daripada skor lagu Feng Huang Zhan Chi

You might also like