You are on page 1of 3

Pertubuhan Dan Gerakan Di Selatan Filipina

Pengenalan
Kemasukan penjajah di Filipina telah menyebabkan Kristian Katolik meresap masuk di
Filipina. Dan dalam jangka masa yang panjang,

agama Kristian mula memasuki

wilayah Islam di selatan Filipina yakni wilayah Mindanao melalui pemindahan


penduduk. Tambahan pula, dasar kerajaan Filipina yang sememangnya mahu
menghapuskan budaya dan pengaruh

Islam di wilayah tersebut. keadaan ini

mendorong wujudnya kumpulan pemisah oleh bangsa Moro untuk menentang sentimen
asing.
1. Muslim Independece Movement (MIM)
ditubuhkan pada tahun 1 Mei 1968 oleh Datu Udtog Matalan. Kemerdekaan
Mindanao daripada Kerajaan Filipina dijadikan sebagai agenda perjuangan
utama dalam perjuangan MIM ini. Sebagai tindak balas kepada tuntutan
kemerdekaan yang dilakukan oleh MIM, golongan Katolik telah menubuhkan
pergerakan anti Moro ILAGA

iaitu sebuah gerakan anti Muslim yang

bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai 70 orang Muslim di


sebuah masjid di Utara Cotabato. Sementara itu banyak pemimpin pergerakan
ini telah dibeli oleh kerajaan Filipina apabila mereka disogokkan dengan jawatan
penting dalam pentadbiran kerajaan yang menyebabkan matlamat perjuangan
asal mereka telah terpesong. Datu Matalan sendiri telah diberikan jawatan datu
oleh kerajaan Filipina. Keadaan yang berlaku ini telah mengecewakan pemimpinpemimpin muda dan mereka mula membentuk Moro National Liberation Front
(MNLF).
2. Moro National Liberation Front (MNLF)
Moro National Liberation Front diasaskan oleh Nur Misuari seorang ahli MIM
yang berpendidikan universiti

pada tahun 1971 di Tausug. MNLF telah

mendefinisikan pergerakan mereka kepada tiga perkara utama iaitu menjadikan


orang Moro mempunyai sejarah Islam dan identiti budaya yang tersendiri, MNLF
bertegas bahawa bangsa Moro mempunyai hak yang sah untuk menentukan

masa depan mereka dan MNLF bertanggungjawab untuk melancarkan jihad


terhadap kerajaan Filipina dan mewujudkan sebuah kerajaan autonomi.
3. Bangsa Moro Army (BMA)
ditubuhkan pada tahun 1973 dan seringkali melancarkan perang secara gerila
ke atas tentera Filipina. serangan

yang dilakukan oleh MNLF ini telah

menyebabkan Presiden Marcos terpaksa mengisytiharkan undang-undang


tentera pada tahun 1972. Pada masa yang sama, perjuangan yang dilakukan
oleh MNLF ini telah mendapat perhatian daripada Pertubuhan Negara Islam iaitu
OIC. Dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan ini empat orang Menteri
Luar Pertubuhan Negara Islam (OIC) dari Libya, Somalia, Arab Saudi dan
Senegal telah dihantar ke

Filipina untuk meninjau mengenai masalah ini.

Kemuncaknya pada 23 Disember 1976 termeterai perjanjian Tripoli di mana


kerajaan Filipina didesak oleh OIC untuk memberikan hak autonomi dan
mewujudkan suasana aman di Selatan Filipina. Namun begitu perjanjian ini
gagal kerana Filipina menyatakan bahawa masalah yang sedang dihadapi
dengan masyarakat Muslim adalah masalah dalaman mereka dan tidak perlu
campur tangan pihak asing. Kegagalan Nur Misuari untuk mengambil
kesempatan daripada Perjanjian Tripoli ini telah menyebabkan kredibiliti
kepimpinan Nur Misuari mula tergugat di kalangan ahli MNLF. Senario ini
membawa kepada pergolakan dalaman MNLF sendiri.
4. Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Moro Islamic Liberation Front atau MILF telah ditubuhkan oleh Hashim Selamat
iaitu seorang pelajar Universiti Al Azhar pada tahun 1980. MILF bercita-cita untuk
mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang dikenali sebagai Republik Islam
Mindanao (MIR) yang berpegang teguh kepada syariat Islam. Matlamat ini akan
tercapai melalui dakwah, tarbiyyah dan jihad. Kumpulan ini dilatih oleh pejuangpejuang yang pernah menganggotai pergerakan Mujahidin di Afghanistan dalam
pengeboman, serangan berani mati, sabotaj dan banyak lagi dan mendapat
bantuan kewangan daripada negara-negara asing. Dalam usaha untuk
mewujudkan sebuah kerajaan yang berautonomi, Hashim Selamat menegaskan

bahawa mereka perlu mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan Filipina


dan ia hanya akan dapat dilakukan melalui pemberontakan bersenjata.
5. Abu Sayyaf
Kumpulan Abu Sayyaf ditubuhkan pda 1991 oleh Abdul Razak Jan Jalani. Abu
Sayyaf merupakan kumpulan serpihan daripada MNLF yang ekstremis dan
sering kali dikaitkan dengan kegiatan keganasan. Matlamat mereka yang jelas
adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang bebas di Mindanao. Ahli
mereka kebanyakannya terdiri daripada pejuang yang pernah terlibat dalam
perang Afghanistan menentang Soviet Union. Di samping itu juga kumpulan ini
sering kali dikaitkan rangkaian pengganas antarabangsa seperti al Qaeda dan
kumpulan militan yang terdapat di Malaysia dan Thailand.

You might also like