You are on page 1of 14

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2012

HBPE 3203
PENDIDIKAN LUAR

NAMA
NO. MATRIKULASI

IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH

720113135055002

NO. KAD PENGENALAN :

720113135055

NO. TELEFON

0148813027

E-MEL

ikmalhisham@OUM.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN :

PPW SARWAK

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0

Pengenalan

2.0

Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar.

3-6

3.0

Kepupusan Rafflesia

5-6

4.0

Seladang

67

4.1
4.2
5.0

Faktor Faktor Penyebab Kepupusan Flora dan Fauna


5.1
5.2
5.3

6.0

7 10

Pembalakan
Pembakaran Hutan Untuk Tujauan pertanian
Pemburu Haram

Usaha-usaha Konservasi
6.1
6.2
6.3

7.0

Proses Mengawan
Status Taburan dan Populasi

10 -12

Pendidikan Alam Sekitar Kepada Pelajar


Penguatkuasaan Undang-Undang
Kempen Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar
12 13

Kesimpulan

RUJUKAN

1.0

Pengenalan

KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela,
menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara,
dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamed juga mengenalpasti cabaran terhadap alam sekitar sebagai salah satu cabaran yang
perlu ditangani oleh Malaysia dalam perjalanannya ke destinasi menjadi negara maju pada
2020. Dalam artikel Malaysian Timber Council melaporkan keluasan hutan di Malaysia
32.83 juta hektar, Malaysia terdiri daripada gabungan 13 buah negeri dan tiga Wilayah
Persekutuan; 11 daripada negeri-negeri tersebut serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Putrajaya

merangkumi kawasan seluas 13.16 juta hektar terletak di Semenanjung

Malaysia, manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkeluasan 7.37 juta
hektar, dan juga Sarawak yang berkeluasan 12.30 juta hektar, terletak di Kepulauan Borneo.

Malaysia adalah antara negara-negara membangun seperti Brazil, Indonesia, Filipina dan
Thailand yang mempunyai kawasan hutan dengan peratusan yang tinggi (Pertubuhan
Makanan dan Pertanian Sedunia - FAO, 2005). Lebih 59% (19.42 juta hektar) daripada
keluasannya masih dilitupi hutan. Daripada jumlah ini, kawasan hutan seluas 5.88 juta hektar
terdapat di Semenanjung Malaysia, 4.30 juta hektar di Sabah dan 9.24 juta hektar di Sarawak.
Luas kawasan yang dilitupi pokok-pokok ini akan meningkat kepada lebih 76% (25.90 juta
hektar) sekiranya tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko dan kelapa diambil kira. Hanya
24% daripada jumlah keseluruhan kawasan tanah digunakan untuk tujuan-tujuan lain.

2.0

Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar.

Pendidikan Pemuliharaan dan pemeliharaan atau konservasi merupakan satu usaha yang
dilakukan secara berperingkat-peringkat atau terus-menerus supaya masyarakat mempunyai
kesedaran dan keprihatinan terhadap konservasi alam sekitar dan segala permasalahannya
yang meliputi pengetahuan, sikap, ciri-ciri, motivasi, kaedah dan komitmen untuk manangani
masalah konservasi. Terdapat beberapa objektif Pendidikan Konservasi mengikut UNESCO
1976.
3

Tujuan pendidikan konservasi yang pertama ialah untuk memupuk kesedaran dan kepekaan
terhadap alam sekitar dan alam semula jadi termasuk permasalahannya. Objektif ini akan
meningkatkan keprihatinan individu dan kelompok komuniti serta masyarakat terhadap
konservasi alam semula jadi. Contoh isu-isu yang perlu kita ambil perhatian adalah seperti
masalah kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon serta kenaikan purata suhu.
Seterusnya ialah pengetahuan knowledge. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pemahaman
dan pengetahuan yang terperinci mengenai alam sekitar, permasalahan, peranan dan
tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pengetahuan ini dapat memberikan peluang kepada
semua orang untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, dan komitmen untuk bersama-sama
berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi.
Objektif yang seterusnya ialah sikap attitude. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah
rasa prihatin yang mendalam terhadap alam, motivasi untuk turut serta dalam usaha-usaha
perlindungan alam sekitar serta semangat dalam manghargai alam secara lestari yang harus
ditanam dalam diri pelajar. Pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan
menjadikan manusia lebih menghargai sumber-sumber yang semakin kurang dan generasi
yang akan datang tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber.

Keterampilan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam konservasi sumber


daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan konservasi. Objektif ini dapat
mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan tentang cara dan kaedah
yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar.
Seterusnya ialah kemampuan penilaian evaluation ability. Sekiranya setiap pelajar
mempunyai kemampuan untuk menilai konservasi alam dan program pendidikan dari segi
ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan, alam sekitar pada masa depan pasti dapat
dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat ditangani dengan mudah.
Objektif yang terakhir ialah mengambil bahagian participation. Apabila pelajar mengambil
bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap
sesuatu masalah konservasi alam lalu dapat mengambil tindakan yang relevan dan sewajarnya
untuk mengatasinya. Contohnya mereka yang mengambil bahagian akan menggunakan
4

pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kesan rumah hijau dengan cara yang saintifik
dengan menggunakan kemajuan teknologi yang ada.

3.0 Kepupusan Rafflesia


Rafflesia adalah salah satu spesies flora yang hampir pupus. Rafflesia ialah tumbuhan yang
aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk,
dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai
daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan
oksigen.
Rafflesia ditemukan di hutan hujan Indonesia oleh seorang pemandu dari Indonesia yang
bekerja untuk Dr. Joseph Arnold tahun 1818, dan dinamai berdasarkan nama Thomas
Stamford Raffles, pemimpin ekspedisi itu. Ia terdiri atas kira-kira 27 spesies (termasuk empat
yang belum sepenuhnya diketahui cirinya seperti yang dikenali oleh Meijer 1997), semua
spesiesnya ditemukan di Asia Tenggara, di Malaysia, Kalimantan, Sumatra, dan Filipina.

Tumbuhan ini tidak memiliki batang, daun ataupun akar yang sesungguhnya. Rafflesia
merupakan endoparasit pada tumbuhan merambat dari genus Tetrastigma (famili Vitaceae),
menyebarkan haustoriumnya yang mirip akar di dalam jaringan tumbuhan merambat itu.
Satu-satunya bagian tumbuhan Rafflesia yang dapat dilihat di luar tumbuhan inangnya adalah
bunga bermahkota lima. Pada beberapa spesies, seperti Rafflesia arnoldii, diameter bunganya
mungkin lebih dari 100 cm, dan beratnya hingga 10 kg. Bahkan spesies terkecil, Rafflesia
manillana, bunganya berdiameter 20 cm. Bunganya tampak dan berbau seperti daging yang
membusuk, karena itulah ia disebut "bunga bangkai" atau "bunga daging". Bau bunganya
yang tidak enak menarik serangga seperti lalat dan kumbang kotoran, yang membawa serbuk
sari dari bunga jantan ke bunga betina. Sedikit yang diketahui mengenai penyebaran bijinya.
Namun, tupai dan mamalia hutan lainnya ternyata memakan buahnya dan menyebarkan bijibijinya. Rafflesia adalah bunga rasmi negara Indonesia, begitu pula provinsi Surat Thani,
Thailand.
Nama "bunga bangkai" yang dipakai untuk Rafflesia membingungkan kerana nama umum ini
juga digunakan untuk menyebut Amorphophallus titanum (suweg raksasa/batang krebuit) dari
famili Araceae. Terlebih lagi, karena Amorphophallus mempunyai perbungaan tak bercabang
5

terbesar di dunia, ia kadang-kadang secara salah dianggap sebagai bunga terbesar di dunia.
Baik Rafflesia maupun Amorphophallus adalah tumbuhan bunga, namun hubungan
kekerabatan mereka jauh. Rafflesia arnoldii mempunyai bunga tunggal terbesar di dunia dari
seluruh tumbuhan berbunga, setidaknya bila orang menilai dari beratnya. Amorphophallus
titanum mempunyai perbungaan tak bercabang terbesar, sementara palem Talipot (Corypha
umbraculifera) memiliki perbungaan bercabang terbesar, terdiri atas ribuan bunga; tumbuhan
ini monokarpik, yang artinya tiap individu mati setelah berbunga
4.0 Seladang
Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan
berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari
ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar
daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan
safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal.
Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun.
Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara
tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang
bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang,
manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai
ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya.
Rabung di bahagian belakang sangat ketara.
Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang
yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk
berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat,
dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada
bahagian belakangnya. Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang
mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang
hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning
hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.

4.1

Proses Mengawan:

Dalam kurungan, seladang mencapai usia matang pada 2.3-2.4 tahun. Di habitat asal,
pembiakan berlaku sepanjang tahun walaupun terdapat tempoh kemuncak antara bulan
Disember dan Jun. Semasa proses mengawan, seladang jantan akan mengeluarkan bunyi
mengawan yang khas dan boleh didengar sejauh 1.5 km. Anak seladang akan lahir selepas
tempoh bunting selama 310-314 hari dan menyusu sehingga 9 bulan. Seladang betina dalam
kurungan boleh melahirkan lebih kurang 13 ekor anak sepanjang hayatnya, dengan tempoh
selang kelahiran 373-590 hari. Hayat seladang dalam kurungan adalah antara 17-19 tahun.

4.2 Status Taburan Dan Populasi

Di seluruh negara dianggarkan terdapat 13,000-30,000 ekor seladang dengan 5,200-18,000


ekor individu matang, namun demikian corak populasi keseluruhan adalah menurun.
Seladang terdapat di negara Bangladesh, Kemboja, China, India, Semenanjung Malaysia,
Myanmar, Nepal, Thailand dan Veitnam. Subspesis Bos gaurus hubbacki hanya boleh
dijumpai di Semenanjung

Malaysia dan Thailand. Di Semenanjung Malaysia, ia boleh

ditemui di Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu. Anggaran populasi minimum
seladang sekarang dianggarkan di antara 273-333 ekor, berbanding dengan 549-577 pada
tahun 1991.

5.0

Faktor Faktor Penyebab Kepupusan Flora dan Fauna

Kita seolah-olahnya tiada pilihan dalam memenuhi tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita
terpaksa mengorbankan flora dan fauna dalam proses memajukan negara. Akibat dari itu
banyak flora dan fauna diancam kepupusan. Selain itu kepupusan flora dan fauna akan
menakibatkan ketidakseimbangan kitaran ekologi. Alam sekitar dan manusia adalah
sebahagian dari keseimbangan itu.
Sudah jelas kepada kita akitiviti manusia yang menjadi punca masalah kemusnahan flora dan
fauna ini. Faktor-faktor penyebab kepupusan ialah;

5.1

Pembalakan

Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari
makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan
bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. Keadaan ini menjadi
lebih seruis lagi apabila wujudnya pembalakan haram.
Pembalakan- pembalak

haram giat membuat aktiviti pembalakan di tempat yang tidak

sepautunya. Pokok-pokok yang tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada


di bawahnya. Keadaan ini menyebabkan tubuhan renek ini mengalami kepupusan. Apabila
hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat yang tinggal untuk flora dan fauna. Pada
tahun 1986 hingga Jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang
dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Ini menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna
dan Flora. Meranti dan Cengal telah menjadi sasaran pembalakan haram kerana ia merupakan
pokok yang dilindungi. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan
dan Taman Negara.
5.2

Pembakaran Hutan Untuk Tujauan pertanian

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan
hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan
dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,
pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia
Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap
tahun di seluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun
untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.
Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling
banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun
makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2
kilogram perhektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk
tempoh yang sama.
Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat
Malaysia yang menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk
8

perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila
menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun
makhluk perosak. Oleh sebab itu, flora dan fauna ini pupus akibat penggunaan bahan kimia
yang berluasa. Refllesia tumbuhan yang sensitif memerlukan kawasan hutan untuk hidup
subur sudah tentu tiada peluang tumbuh lagi.
Penanaman kelapa sawit dan getah secara komesial telah menyebabkan banyak hutan di
Malaysia ditebang dan di bersihkan. Ini dilakukan tanpa memikirkan habitat flora dan fauna.
Setakat 2009, Malaysia mempunyai 4.7 juta hektar ladang kelapa sawit, 416 kilang, 43
pelumat, 51 kilang penapis, 18 loji oleokimia dan 25 loji bio-diesel.
5.3

Pemburu Haram

Selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat
pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan
perhiasan. Gajah, badak, beruang, seladang dan penyu adalah antara spesies dilindungi yang
semakin pupus kerana sering menjadi sasaran pemburu haram bagi mendapatkan anggota
badan haiwan berkenaan.
Di rantau Asia, pemburuan haram bermula sejak beratus-ratus tahun lalu dan dipercayai kerja
mengeksport penyu dan kura-kura dari Sumatera keluar negara dilakukan hampir setiap
minggu dan perdagangan haram dianggar mencecah nilai AS$6 bilion (RM22.8 juta) setahun.
Permintaan itu semata-mata memenuhi selera eksotik sebahagian masyarakat Asia yang
percaya mengenai khasiat anggota badan haiwan. Menrut pegawai Saintifik Persatuan
Pencinta Alam Malaysia (MNS), StellaMelkion, pemburuan itu dilakukan untuk perubatan,
perhiasan, dan makanan eksotik selain dijadikan haiwan peliharaan.

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum,
walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang
untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan
memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Harimau, memerang, paus, badak, dan
gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Permintaan yang tinggi melalui pasaran

antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini
berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan
terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan
Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

5.4

Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka untuk tujuan menerangkan tanah pertanian menymbang
kepada kepupusan flora dan fauna. Pembakaran ini boleh melibatkan kawasan yang luas
terutama untuk penanaman tanaman komersial seperti kelapa sawit. Pertanian skala kecil juga
turut menyebabkan habitat fauna musnah. Flora di kawasan hutan yang dibakar akan pupus
sama sekali. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan
memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

6.0

Usaha-usaha Konservasi

6.1

Pendidikan Alam Sekitar Kepada Pelajar

Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan menyedari kepentingan alam
sekitar dan ada kesdaran untuk memeliharanya.. Satu cara untuk menjalankan pendidikan
alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik
darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada
tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas
Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi peringkat prasekolah buku berkenaan diterbitkan pada
tahun 2005.

Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran
seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan juga dalam mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang akan diperkenalkan pada tahun 2005
(Ministry of Education Malaysia, 2004). Selain daripada pendidikan formal dalam bilik
darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara tidak formal melalui aktiviti
kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula Jadi dan projek 3K
(Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen Kitar Semula,
ceramah dan lawatan.
10

6.2

Penguatkuasaan Undang-Undang

Usaha pemuliharan dan pemeliharan flora dan fauna sukar dicapai jika tiada penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas oleh badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan Perhutanan
dan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Alam Sekitar,
pihak Kastam dan Polis.. Dendaan dan penjara terhadap pesalah yang melakukan kerosakan
terhadap alam sekitar misalan penebangan balak secara haram, memburu binatang yang
dilindungi, pembakaran terbuka dan sebagainya.

Rrisalah yang diterbitkan oleh Majlis Perkayuan Malaysia bertarikh Mac 2007 bertajuk
Pengurusan Hutan Mampan menyatakan Kerajaan Malaysia memang mengambil berat
tentang penyeludupan kayu yang diragui sumber asalnya kerana ini boleh mengancam usahausaha Malaysia untuk membasmi pembalakan haram dalam negara seterusnya memusnahkan
reputasi kayu dan produk-produk kayunya. Berikutan tindakan Indonesia mengharamkan
eksport kayu balak bulat pada Oktober 2001 untuk memerangi masalah pembalakan haram di
negara itu, Malaysia pula mengharamkan import kayu balak dari negara tersebut pada 25 Jun
2002.

Untuk menunjukkan kesungguhan dalam membanteras kemasukan kayu balak Indonesia,


Malaysia telah memperkukuhkan usaha penguatkuasaan dan mengetatkan ruangan yang boleh
menggugat perlaksanaan pengharaman itu dengan mengharamkan import roughly squared
logs atau Large Scantlings and Squares (LSS) dengan keratan rentas melebihi 60 inci
persegi pada 1 Jun 2003. Beberapa langkah lagi telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan
penguatkuasaan dan mencegah penyeludupan terutamanya di sepanjang sempadan dan
pesisiran pantai. Antaranya ialah dengan membuat pemeriksaan yang kerap dan melawat
pelabuhan serta jeti-jeti persendirian yang terletak bersama-sama dengan pasukan Kastam
Diraja Malaysia dan Penguasa Pelabuhan Malaysia. Prosedur dalam pengeluaran lesen juga
telah diperketatkan, termasuklah dengan mengenakan syarat kepada para pengimport kayu
balak untuk menunjukkan bukti sumber-sumber kayu yang sahih selain dari Indonesia.
Dengan ada usaha yang berterusan ini diharapkan kawasan hutan dapat dikekalkan dan sudah
tentu habitat flora dan fauna dapat dipulihara.

11

6.3

Kempen Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), penerapan pertimbangan alam


sekitar dalam perancangan dan pembangunan dipertingkatkan. Usaha untuk meningkat
kesedaran terhadap alam sekitar dipergiat di peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan.
Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwujudkan untuk
menggabung 18 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar bertujuan
mengukuh kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan kesedaran
terhadap isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen dan maklum balas
kepada Kerajaan. Bagi menggalak pihak berkuasa tempatan mengguna pakai amalan mesra
alam, program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar dilancarkan pada tahun 2005 dan
Kuantan, Pahang muncul sebagai penerima pertama anugerah tersebut.

Dengan mengamalkan sikap mengitar semula bahan terbuang, penggunaan semula bahan
terpakai, mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan
amalan mesra alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan
penggunaan sumber semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk. Pelajar sekolah boleh
diajak mengikuti program kitar semula dengan mengadakan pertandingan kitar semula
mengumpul kertas, tin aluminium dan botol plastik untuk dijual dan wang jualan dijadikan
dana kelas. Program ini tentu mengujakan pelajar di samping diterapkan nilai sayangkan alam
sekitar. Pertandingan kuiz, syarahan dan pidato berkaitan pemuliharaan dan pemeliharan alam
sekitar juga boleh diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar.

Kempen melalui media masa dan media cetak dapat memberi kesedaran menjaga kebersihan.
kempen yang berterusan diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam
sekitar.

7.0

Kesimpulan

Kepupusan flora dan fauna bermakna alam sekitar negara kita juga turut musnah.
Pembangunan memang tidak dinafikan amat penting untuk kemajuan negara namun harus
mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar. Semua pihak harus bekerjasama dan
bertanggungjawab memelihara alam sekitar kita yang indah. Kehidupan tidak akan sempurna
12

tanpa flora dan fauna di sekeliling kita. Semua pihak harus sedar kepupusan flora bermakna
kualiti udara yang kita sedut juga akan tercemar.

Pemuliharan dan pemeliharaan alam sekitar sentiasa menjadi agenda utama negara. Walaupun
negara kita antara pengeluar kayu balak dan juga penanam kelapa sawit utama dunia, kerajaan
tidak mengabaikan aspek pemuliharan dan pemeliharaan hutan. Dalam tempoh Rancangan
Malaysia Kelapan (RMKe-8), penerapan pertimbangan alam sekitar dalam perancangan dan
pembangunan dipertingkatkan. Usaha ini membolehkan pelaksanaan pengurusan alam sekitar
dan sumber asli yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Keupayaan institusi dan rangka kerja
kawal selia diperkukuh serta pendekatan dan instrumen perancangan baru diperkenal. Usaha
mempromosi pembangunan mampan telah menempatkan Malaysia di kedudukan ke-38 di
kalangan 146 negara di dunia dan kedua di Asia dari segi kemampanan alam sekitar. Di
samping itu, Kajian Indeks Prestasi Alam Sekitar meletakkan Malaysia di kedudukan
kesembilan daripada 133 negara dari segi usaha untuk mengurangkan tekanan persekitaran ke
atas kesihatan manusia dan memelihara daya hidup ekosistem.

13

RUJUKAN

Abdul Latif Mohamad & Norhayati Ahmad (2010). Pemuliharaan dan Kepelbagaian Biologi
untuk pembangunan Eko Pelancongan di Langkawi Geopark. Dicapai pada 1 Mac
2012 dari www.ukm.my/penerbit/akademika/.../jademik80-lock-Bab4.pdf.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (2007). Laporan Tahunan 2007. Dicapai pada 1
Mac 2012 dari www.frim.gov.my/v1/download/annualreport/AR07.pdf.
Jabatan Alam Sekitar (2006).Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Dicapai
pada 20 Februari 2012 dari www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rm9 /bahasa/
Bab22.pdf.
Jabatan Alam Sekitar (2009). Ke Arah Generasi Lestari. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari
www.apps.doe.gov.my/portal_efiles/e.../view.php?file.../Era.
Jabatan Hidupan Liar Sabah (2003). Alam Semulajadi. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari
www.wildlife.sabah.gov.my/edu/.../Marin%20LAYOUT(N).pdf.
Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Melati Mohd Ariff ( 2011, Mac 21). Khazanah Hari Hutan Sedunia. Dicapai pada 3 Mac 2012
dari www.waterwatchpenang.org/C/Forest+and+Water.
Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia.
Jamili Nais (2004). Rafflesia. Bunga Terbesar di Dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
Pustaka.
Ebin bin Yusof (1981, July). A Review Of The Malayan Seladang: Kuala Lumpur.Jabatan
Hidupan Liar dan Taman Negara. Dicapai pada 3 mac 2012 dari
www.wildlife.gov.my/.../AReviewOfMalay.

14

You might also like