You are on page 1of 19

1.

Pendahuluan

Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen


utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan
penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti.
Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang
untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari
bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan
ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar
yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif.
Dengan demikian,menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan
mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan,
latihan dan penyelenggaraan komputer.

2.0

Rasional

Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan


pengurusan Sekolah Bestari, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen
pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen pelajar bukan hanya
terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi
merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan
kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.

3.0

Matlamat

Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan


Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program teknologi
maklumat dan komunikasi berjalan lancar.
Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah
di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas
seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.

4.0

Objektif

Antara objektif penubuhan Briged Bestari:


4.1
4.2
4.3
4.4
4.5

Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran


dalam
menggunakan aplikasi di sekolah.
Menjadi agen penggerak bagi bantu melancarkan pelaksanaan
Program Pembestarian Sekolah.
Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan
dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) di kalangan pelajar untuk kegunaan positif.
Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan
seterusnya
menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam
bidang teknologi
maklumat dan komunikasi kepada rakanrakan lain di sekolah.

5.0

Fungsi

Antara fungsi penting Briged Bestari:


5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7

6.0

Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di


sekolah.
Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di
sekolah.
Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta
pengawasan perkakasan dan perisian.
Membantu
kerja-kerja
penyenggaraan
perkakasan
ICT
(Preventive Maintenance)
Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program
Pembestarian Sekolah.
Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan
oleh
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
berjalan
lancar
sebagaimana yang telah dirancangkan.

Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari

Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut


6.1

Emel

6.2

Internet

6.3

CD TLM(Stand-Alone)

6.4

Kolaborasi Think.com

6.5

Pemprosesan perkataan (MS Word)

6.6

Hamparan Elektonik (MS Excel)

6.7

Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash)

6.8

Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter)

6.9

Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)

7.0

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi Jawatankuasa Briged Bestari


PENAUNG
Pengetua/Guru Besar

PENASIHAT
Penolong Kanan HEM

GURU PENYELARAS
Guru Penyelaras Bestari

PENGERUSI
(Pelajar)

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

BIRO INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI

BIRO PENDOKUMENTASIAN
DAN PENERBITAN

BIRO LATIHAN

8.0

BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI

BIRO LAMAN WEB SEKOLAH

8.1

Penasihat
8.1.1 Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar
Briged Bestari bagi memastikan segala perancangan
berjalan dengan lancar.
8.1.2 Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan
semua
aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan.
8.1.3 Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan
sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

8.2

Penyelaras
8.2.1 Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged
Bestari.
8.2.2 Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan
lancar.
8.2.3 Melatih ahli Briged Bestari dalam pengunaan aplikasi di
sekolah.
8.2.4 Memantau

keberkesanan

pelaksanaan

aktiviti

Briged

Bestari.
8.2.5 Memeriksa

tahap

keselamatan

semasa

perkakasan,

perisian dan data.


8.3

Pengerusi
8.3.1 Bertanggungjawab

secara

langsung

kepada

Guru

Penyelaras Briged Bestari.


8.3.2 Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat
Briged Bestari.
8.3.3 Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan
setiap masalah dan membuat keputusan.
8.3.4 Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat
Program Pembestarian Sekolah.

8.3.5 Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan


bagi Briged Bestari.
8.4

Timbalan Pengerusi
8.4.1 Bertanggungjawab

kepada

arahan

Guru

Penyelaras

berkaitan dengan pelaksanaan Program Pembestarian


Sekolah ketika ketiadaan Pengerusi.
8.4.2 Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya
dan menyediakan laporan.
8.4.3 Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan
tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari
8.5

Setiausaha
8.5.1 Bertanggungjawab

kepada

setiap

arahan

Pengerusi

berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.


8.5.2 Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari.
8.5.3 Mencatat

dan

merekodkan

minit

mesyuarat

Briged

Bestari.
8.5.4 Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan
sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.
8.6

Penolong Setiausaha
8.6.1 Bertanggungjawab

kepada

setiap

arahan

Pengerusi

berkaitan dengan Briged Bestari.


8.6.2 Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya
dan membuat laporan.
8.6.3 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas
yang berkaitan dengan briged.
8.7

Bendahari
8.1.1 Bertanggungjawab
urusan kewangan.

kepada

Guru

Penyelaras

tentang

8.7.2 Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau


orang perseorangan.
8.7.3 Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.
8.7.4 Menguruskan

keluar

masuk

wang

melalui

Guru

Penyelaras.
8.7.5 Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang
dalam mesyuarat.
8.1

Ahli Jawatankuasa
7.1

Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras


berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.

7.2

Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas


yang berkaitan dengan Briged Bestari.

7.3

Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh


Briged Bestari.

8.1

Tugas-tugas Biro
7.1

Biro Infrastruktur Teknologi

Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan


melalui

Program

Pembestarian

Sekolah

mengikut

peraturan yang telah ditetapkan.

Memastikan

peralatan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi yang dibekalkan sentiasa berada dalam


keadaan selamat untuk digunakan.

Membantu menyenggara pelbagai peralatan yang ada


di sekolah.

Membantu menyelenggara pelbagai peralatan yang


ada di sekolah.

7.2

Biro Latihan

Merancang dan melaksanakan latihan atau kursus


yang

berkaitan

dengan

aplikasi

penggunaan ICT Briged Bestari.

di

sekolah

dan

7.3

Biro Dokumentasi dan Penerbitan

Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti


yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah.

Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang


berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di sekolah.

7.4

Biro Laman Web

Membangun dan mengemas kini laman web rasmi


sekolah.

Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan atau


persatuan serta kelab pelajar bagi membina laman
web pertubuhan mereka.

9.0

AKTIVITI BRIGED BESTARI


9.1

Aktiviti Khusus
1.1

Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada


ahli Briged Bestari.

1.2

Membantu

tugas-tugas

guru-guru

memasukkan

data

(yang dibenarkan).
1.3

Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual.

1.4

Membantu

penyenggaraan

(Preventive

Maintenance)

prasarana teknologi maklumat dan komunikasi.


1.5

Membantu

penyelenggaraan

prasarana

teknologi

maklumat dan komunikasi.


1.6

Membantu guru mata pelajaran semasa sesi pengajaran


dan pembelajaran .

9.2Aktiviti Sampingan
9.2.1 Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan yang
sesuai bagi tujuan mengemas kini laman web sekolah.
9.2.2 Mendokumentasikan

setiap

aktiviti

khas

yang

telah

dijalankan oleh sekolah.


9.2.3 Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai penyampai
maklumat untuk tetamu.

9.2.4 Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer


kepada warga sekolah.
9.2.5 Membantu pengambilan gambar untuk profil pelajar.
9.2.6 Mengadakan lawatan ke sekolah lain bagi tujuan penanda
aras.
PERLEMBAGAAN BRIGED BESTARI
1

NAMA
Briged Bestari
2.1.1 OBJEKTIF
2.2

Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran


dalam

2.3

menggunakan aplikasi di sekolah.

Menjadi agen penggerak membantu kelancaran perlaksanaan


Program Pembestarian Sekolah.

2.4

Melatih kumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan


dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
2.4.1 SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

3.1

Syarat Pemilihan
3.1.1 Terbuka kepada semua pelajar setiap tingkatan/tahap 2.
3.1.2 Berminat dan berpengetahuan dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
3.1.3 Mempunyai rekod akademik baik.
3.1.4 Tahap kesihatan yang memuaskan.
3.1.5 Mempunyai rekod disiplin yang baik.

3.2

Prosedur Pemilihan
3.2.1 Pemilihan pelajar berdasarkan borang permohonan dan
pencalonan guru.
3.2.2 Setiap pelajar yang dicalonkan akan ditemuduga oleh
Jawatankuasa Pemilih.
3.2.3 Sekurang-kurangnya seorang pelajar dari setiap kelas dan
memenuhi syarat
3.2.4 Pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah.

3.2.5 Keutamaan

diberikan

kepada

pelajar

yang

tidak

memegang sebarang jawatan badan khas di sekolah.

4 PEMBATALAN KEAHLIAN
4.1

Seseorang murid dianggap hilang atau batal kelayakan menjadi


ahli Briged Bestari ini apabila
4.1.1 Tidak lagi dianggap sebagai pelajar.
4.1.2 Melanggar peraturan Briged Bestari.
4.1.3 Melanggar Akujanji.

5 CARTA ORGANISASI BRIGED BESTARI


5.1

Berikut adalah Carta Jawatankuasa Kerja Briged Bestari yang


telah dicadang untuk digunapakai.

PENAUNG
Pengetua/Guru Besar
PENASIHAT
Penolong Kanan HEM

GURU PENYELARAS
Guru Penyelaras Bestari

PENGERUSI
Pelajar

TIMBALAN PENGERUSI
Pelajar

SETIAUSAHA
Pelajar

PENOLONG SETIAUSAHA
Pelajar

BENDAHARI
Pelajar

AHLI JAWATANKUASA

BIRO
INFRASTRUKTUR
TEKNOLOGI

BIRO
LATIHAN

BIRO
PENDOKUMENTASIAN
DAN PENERBITAN

BIRO LAMAN
WEB SEKOLAH

6 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAJAR BRIGED BESTARI


6.1

Penasihat
6.1.1 Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar
Briged Bestari bagi memastikan aktiviti berjalan dengan
lancar.
6.1.2 Membuat pemantauan pelaksanaan semua aktiviti Briged
Bestari

bersama

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan


6.1.3 Mengenal pasti dan berusaha membantu menyelesaikan
masalah yang berkaitan Briged Bestari.
6.2

Penyelaras
6.3.1 Merancang dan melaksana aktiviti Briged Bestari.
6.3.2 Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan
lancar
6.3.3 Melatih ahli-ahli Briged Bestari dalam pengunaan aplikasi
di sekolah.
6.3.4 Memantau keberkesanan perlaksanaan aktiviti Briged
Bestari
6.3.5 Memeriksa

tahap

keselamatan

semasa

perkakasan,

perisian dan data.


6.4

Pengerusi
6.4.1 Bertanggungjawab

secara

langsung

kepada

Guru

Penyelaras Briged Bestari.


6.4.2 Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat
Briged Bestari.
6.4.3 Sentiasa berhubung dengan Guru Penyelaras Briged
Bestari bagi membincangkan sebarang masalah dan
membuat keputusan.
6.4.4 Membimbing rakan pelajar untuk mencapai matlamat
Program Pembestarian Sekolah.
6.4.5 Merancang aktiviti tahunan Briged Bestari.

6.5

Timbalan Pengerusi
6.5.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras
Briged Bestari berkaitan dengan perlaksanaan Program
Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan pengerusi.
6.5.2 Mengambil tugas pengerusi semasa ketiadaannya dan
membuat laporan.
6.5.3 Membantu pengerusi melaksanakan tugas-tugas yang
berkaitan dengan Briged Bestari

6.6

Setiausaha
6.6.1 Bertanggungjawab

kepada

setiap

arahan

pengerusi

berkaitan perlaksanaan kelab.


6.6.2 Mengemas kini fail Briged Bestari.
6.6.3 Mencatat

dan

merekodkan

minit

mesyuarat

Briged

Bestari.
6.6.4 Mengenal pasti dan membantu menyelesaikan sebarang
masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.
6.7

Penolong Setiausaha
1.1.1 Bertanggungjawab

kepada

setiap

arahan

Pengerusi

berkaitan dengan Briged Bestari.


1.1.2 Mengambil

alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya

dan membuat laporan kepada Setiausaha dan Pengerusi.


1.1.3 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas
yang berkaitan dengan Briged Bestari.
6.8 Bendahari
1.1.1 Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras Briged Bestari
tentang setiap urusan kewangan.
1.1.2 Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau
perseorangan.
1.1.3 Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.
1.1.4 Meguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras
Briged Bestari.
1.1.5 Menyediakan

laporan

kewangan

semasa

dibentangkan dalam mesyuarat Briged Bestari.

untuk

3.9

Ahli Jawatankuasa
6.9.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras
Briged Bestari berkaitan perlaksanaan Briged Bestari.
6.9.2 Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas
yang berkaitan dengan Briged Bestari.
6.9.3 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan olah
Briged Bestari.

6.10 Tugas-tugas Biro


6.10.1Biro Insfrastuktur Teknologi

Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan


melalui

Program

Pembestarian

Sekolah

mengikut

peraturan yang telah ditetapkan.

Memastikan

keselamatan

peralatan-peralatan

yang

dibekalkan.

Membantu penyenggaraan peralatan-peralatan yang


dibekalkan.

Membantu penyelenggaraan peralatan-peralatan yang


dibekalkan.

6.10.2Biro Latihan

Merancang dan melaksanakan latihan dan kursus yang


berkaitan dengan aplikasi di sekolah serta penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi Briged Bestari.

6.10.3Biro Dokumentasi Dan Penerbitan.

Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti


yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah.

Menerbit

dan

mengedarkan

bahan-bahan

atau

maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti


sekolah.
6.10.4Biro Laman Web

Membantu membangun dan mengemas kini laman


web rasmi sekolah.

Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan,


persatuan atau kelab pelajar bagi membina laman web
pertubuhan mereka.

PEMILIHAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA.


7.1

Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Briged Bestari perlu diadakan


dalam satu mesyuarat yang dihadiri olah sekurang-kurangnya
dua pertiga daripada jumlah ahli.

7.2

Walau

bagaimanapun

dalam

keadaan-keadaan

tertentu

Penasihat Briged Bestari dengan kuasa yang ada padanya boleh


membenarkan mesyuarat dijalankan walaupun kehadiran ahli
kurang dari majoriti sebagaimana yang dikehendaki.
8

PENGGUGURAN/PEMECATAN AJK
8.1

8.2

AJK yang dipilih boleh dipecat atau digugurkan apabila:

Tidak lagi menjadi warga sekolah.

Didapati bersalah dalam kes displin yang berat.

Tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Meletak jawatan.

Pengguguran/pemecatan boleh dibuat melalui mesyuarat khas


sekurang-kurangnya 2/3 ahli yang hadir bersetuju dengan
pengguguran/pemecatan tersebut.

8.3

Pengguguran/pemecatan

berlaku

secara

automatik

apabila

pelajar tidak lagi menjadi warga sekolah atau meletak jawatan.


8.4

AJK yang ada berhak melantik mana-mana AJK atau ahli untuk
memegang jawatan AJK yang gugur/dipecat sehingga mesyuarat
pemilihan AJK yang berikutnya.

8.5

Semua pengguguran/pemecatan perlu mendapat persetujuan


Guru Penyelaras Briged Bestari dan dimaklumkan kepada
Penasihat.
8.5.1.1 PERJUMPAAN BRIGED BESTARI

8.6

Mesyuarat Tergempar

8.6.1 Mesyuarat tergempar badan ini boleh diadakan pada bilabila masa sahaja jika difikirkan mustahak apabila sesuatu
tindakan segera perlu diambil mengenai sesuatu isu yang
berbangkit atau perkara yang melibatkan ahli atau Briged
Bestari ini.
8.7

Kekerapan Mesyuarat Biasa Jawatankuasa


8.7.1 Jawatankuasa

badan

ini

hendaklah

mengadakan

perjumpaan atau mesyuarat sekurang-kurangnya sekali


dalam masa satu bulan dengan tujuan untuk berhubung
serta berbincang demi kepentingan Briged Bestari serta
ahli-ahlinya.
8.7.2 Dalam

setiap

mesyuarat

jawatankuasa,

kehadiran

pengerusi atau timbalannya dan enam anggota lain


adalah

dianggap

mencukupi

korum

dan

mesyuarat

tersebut boleh dijalankan.


8.8

Minit-minit Mesyuarat
8.8.1 Setiap minit mesyuarat hendaklah ditulis dan direkodkan
dengan baik oleh setiausaha atau jika ketiadaannya oleh
penolong setiausahanya.
8.8.1.1 TABUNG BRIGED BESTARI

8.9

Sumber Kewangan
8.9.1 Sumbangan ahli.
8.9.2 Sumbangan dari sektor swasta, individu atau Persatuan
Ibu Bapa dan Guru.
8.9.3 Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain.

8.10

Akaun
8.10.1Semua sumbangan yang diterima hendaklah diserah
kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.

8.11

Perbelanjaan

8.11.1Setiap

perbelanjaan

yang

hendak

dikeluarkan

mesti

mendapat kelulusan daripada Guru Penyelaras Briged


Bestari.
8.11.2Dalam keadaan apabila perbelanjaan segera diperlukan
yang tidak memungkinkan untuk dipanggil mesyuarat
serta merta, maka atas nasihat Guru Penyelaras Briged
Bestari,

boleh

meluluskan

dengan

seberapa

kuasa

yang

banyak

ada

padanya

perbelanjaan

yang

diperlukan mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh


Undang-undang Kecil Briged Bestari.
8.11.2.1 PROJEK DAN AKTIVITI BRIGED BESTARI
8.12

Briged Bestari ini dari semasa ke semasa hendaklah merancang


dan melaksanakan aktiviti-aktivitinya sendiri untuk menjadikan
Briged Bestari ini sebuah organisasi yang bergerak aktif dan
dinamis.

8.13

Briged Bestari boleh mengambil apa-apa bahagian dalam projek


dan aktiviti yang dijalankan oleh organisasi lain di sekolah ini
atau di sekolah lain.

8.14

Keputusan sama ada ingin melibatkan diri atau tidak bagi


ceraian 11.2 di atas boleh sama ada dibuat menerusi mesyuarat
biasa atau tergempar oleh ahli jawatankuasa. Keputusan itu
hanya

memerlukan

suara

majoriti

mudah

dan

tidaklah

memerlukan suara majoriti dua pertiga.


8.15

Berkaitan ceraian 11.2 dan 11.3, Guru Penyelaras Briged Bestari


mempunyai kuasa penuh bagi memberi kata putus selepas
dirujuk terlebih dahulu kepada Penaung.
8.15.1.1 PINDAAN PELEMBAGAAN

8.16

Sebarang

pindaan

perlembagaan

ini

hendaklah

diluluskan

dengan suara majoriti dua pertiga oleh AJK setelah dipersetujui


oleh Guru Penyelaras Briged Bestari.

8.16.1.1 TARIKH

PERLEMBAGAAN

DIGUBAL

DAN

TARIKH BERKUAT KUASA


8.17

Perlembagaan ini telah digubal hh/bb/tttt mula berkuat kuasa


pada tarikh digubal.
8.17.1.1 PEMAKAIAN PERLEMBAGAAN

8.18

Perlembagaan

ini

hendaklah

digunakan

dengan

sahnya.

Sebarang Perlembagaan Briged Bestari sebelum ini, jika ada,


hendaklah

terbatal

setakat

yang

berlawanan

dengan

perlembagaan ini.

UNDANG-UNDANG KECIL BRIGED BESTARI


1.

Pakaian Seragam

Menggunakan logo rasmi Briged Bestari, logo BTP, tanda nama dan/atau Baju T
atau vest.
2.

Dasar Keselamatan

Ahli Briged Bestari mesti mematuh peraturan penggunaan Makmal Komputer dan
Dasar Keselamatan ICT.
3.

Penggunaan Infrastruktur

Ahli Briged Bestari mesti pada setiap masa mematuhi peraturan penggunaan
infrastruktur teknologi sekolah.
Ahli

4.
Penggunaan Bilik
Briged Bestari mesti sentiasa

mematuhi

peraturan

penggunaan

Bilik

Operasi/Makmal Pengkomputeran/Pusat Akses Sekolah.


5.

Peraturan Sekolah
5.1
Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.

6.

Tugas dan Tanggungjawab


6.1

Ahli Briged Bestari wajib hadir bertugas mengikut jadual yang


telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa
sebarang alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan
mengikut peraturan sekolah.

6.2

Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa


mengikut keperluan.

6.3

Setiap ahli Briged Bestari perlu merekodkan tugas harian


mereka.

7.
7.1

Keselamatan
Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci Bilik Operasi/Makmal

Pengkomputeran/Pusat Akses Sekolah.


7.2
8.

Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan kunci.

Kerosakan
8.1

Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada


Guru Penyelaras Briged Bestari.

8.2

Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan


oleh

penyelaras dan pegawai yang diberi kuasa oleh Guru

Penyelaras Briged Bestari.


9.

Kewangan
9.1

Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan

mesyuarat.
9.2

Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan sekolah adalah


mengikut budi bicara Guru Penyelaras Briged Bestari.

9.3

Penyalahgunaan wang akan dikenakan tindakan mengikut


peraturan sekolah.

9.4

Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemaskini, dibentang


dan disahkan dalam mesyuarat.

9.5

Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang,


wang tersebut hendaklah dimasukkan kedalam akaun PIBG
sekolah. Jika sumbangan yang diberikan itu berbentuk peralatan
atau bahan-bahan lain, ia hendaklah didaftarkan sebagai harta
modal sekolah.

10.

Peraturan-peraturan Lain
10.1

Segala peraturan Briged Bestari adalah sentiasa tertakluk


kepada peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa sama

ada peraturan sekolah atau sebarang peraturan tambahan yang


diputuskan dalam meyuarat jawatankuasa Briged Bestari.

You might also like