You are on page 1of 1

Jenayah Kolar Putih

Salah satu jenis jenayah yang menjadi tarikan kepada ahli sosiologi
ialah jenayah kolar putih yang berlaku di kalangan ahli masyarakat yang berpengaruh
terutamanya semasa menjalankan urusniaga mereka. Jenayahkorporat, penipuan,
penggelapan wang, rasuah, penyogokan, penipuan cukai, manipulasi saham,
perdagangan orang dalam dan pelanggaran hakcipta. Pada masa kini terdapat kajian
yang fokus tentang salah laku ditempat kerja seperti minum atau mengambil dadah
semasa bekerja,merosakkan atau mencuri harta benda pelanggan dan menipu
waktuperakam kerja (Wright & Cullen, 2000).Kita berkemungkinan menjadi mangsa
jenayah korporat berbandingdengan jenayah di jalan raya. Mengelak daripada
membayar cukaimerupakan jenayah kolar putih yang paling mahal di Amerika. Ini
diikutioleh jenayah penipuan dan kecurian oleh pekerja, kecurian barang kedai,dan
kesilapan perkeranian. Korporat juga tidak ketinggalan dalam kes jenayah seperti
meletak harga lebih tinggi ke atas kontrak kerajaan,pencemaran persekitaran, memberi
pertukaran wang yang salah kepadapelanggan, mengganggu ketenteraman pekerja,
melanggar undang-undangpembuangan sisa buangan dan melakukan kesilapan
pengiraan dalamakaun.Bilangan jenayah kolar putih adalah sedikit dan mereka jarang
dihukum berbanding jenis jenayah yang lain. Seorang penjenayah yang mencuri
$100 berkemungkinan dibawa ke penjara manakala seorang eksekutif yangmelesapkan
$1 juta berkemungkinan menerima hukuman penangguhandan denda yang sedikit.
Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya.
Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan
dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah,perdagangan orang dalam, penggelapan
wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih.-

Paklong Cikgu on Aug 05, 2010-kajian sosial-Kawalan Sosial dan Devians

You might also like