You are on page 1of 21

Topik X Masalah

Pembelajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membandingkan beberapa definisi bermasalah pembelajaran;
2. Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran;
3. Membezakan di antara pelbagai ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran;
4. Menyenaraikan sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran; dan
5. Menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu
kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

X PENGENALAN
Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah dikenal pasti
ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah pembelajaran
merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai. Dalam
Topik ini, kita membincang dengan lebih mendalam mengenai pelajar bermasalah
pembelajaran.
Tumpuan ialah kepada definisi dan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran. Juga
dibincangkan ialah sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran dan kaedah
mengenal pasti pelajar bermasalah pembelajaran. Akhirnya, tumpuan ialah
kepada cara menempatkan pelajar-pelajar ini dan kaedah pengajaran yang sesuai
bagi mereka.

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

4.1

71

DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN

Istilah masalah pembelajaran (learning disabilities) pertama kali digunakan


oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan dengan ibu bapa
kepada kanak-kanak yang mengalami masalah membaca, hiperaktif dan tidak
boleh selesai masalah matematik. Sebenarnya, Kirk telah menemui konsep
tersebut setahun lebih awal.
Secara purata, adalah dianggarkan 1 dalam setiap 20 kanak-kanak dikenalpasti
sebagai bermasalah pembelajaran (Smith, 2004). Kanak-kanak ini, diandaikan
mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap
kemampuan untuk memahami, mengingat, atau menyampaikan maklumat.
(a)

Samuel Kirk (1963): mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai


kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses
pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah
lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori
(buta atau pekak) atau faktor budaya dan persekitaran. Pencapaian
kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah pada tahap dibawah
purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak
yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah
pembelalajaran tidak dikaitkan dengan kurang upaya seperti kerencatan
mental, bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.

(b)

Akta Masalah Pembelajaran Spesifik (Specific Learning Disabilities Act,


1969): memperluaskan definisi Samuel Kirk. Ketidakupayaan pembelajaran
merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi
pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan. Ini
dapat dikesan dalam kemahiran dan kefahaman mendengar, berfikir,
bertutur, membaca, menulis, mengeja dan mengira. Golongan yang
termasuk dalam kumpulan ini ialah:


Kanak-kanak yang mempunyai kelemahan dan kekurangan persepsi,

Kecederaan otak,

Ketidakfungsian otak yang minima,

Disleksia dan lain-lain lagi.

Mereka yang TIDAK termasuk dalam golongan bermasalah pembelajaran


ialah mereka bermasalah penglihatan, pendengaran dan pergerakan
(motor), kerencatan mental, dan gangguan emosi dan tingkah laku.

72 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(c)

Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individual with Disabilities


Education Act atau IDEA, 1997): mendefinisi bermasalah pembelajaran
sebagai:
Secara Umum bermasalah pembelajaran bermakna masalah dalam satu
atau lebih daripada proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman
atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan, di mana
masalah-masalah yang dihadapi mengakibatkan:


Kebolehan mendengar yang tidak sempurna,

Kebolehan berfikir yang tidak sempurna,

Kebolehan bertutur yang tidak sempurna,

Kebolehan membaca yang tidak sempurna

Ini TIDAK termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat


daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan
akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau
ekonomi.
(d)

Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The


National Joint Commitee on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri
daripada organisasi profesional mentakrifkan masalah pembelajaran
sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang
mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur,
membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah
matematik. Masalah-masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem
saraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah
mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud
bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan
kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin
wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori (kurang
upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau gangguan
emosi yang serius.

(e)

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) mentakrifkan bermasalah


pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh
pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak
yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian
tingkah laku yang rendah. Masalah yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian:


Kebolehan kognitif;

Tingkah laku sosial;

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan;

Penguasaan membaca;

Kemahiran matematik.

73

Kesimpulan
Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang dikemukakan.
Secara umum, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang
kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan,
penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk bermasalah
pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan,
kurang upaya pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku. Interaksi sosial
dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada masalah pembelajaran.

SEMAK KENDIRI 4.1


Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan, gubal satu definisi
umum yang menerangkan dengan lengkap apakah bermasalah
pembelajaran.

4.2

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH


PEMBELAJARAN

Memang sukar untuk menyenaraikan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran


kerana terdapat beribu-ribu kombinasi masalah kognitif dan sosio-emosi yang
dihadapi oleh kanak-kanak ini (Mercer, 1997). Bagaimana pun, adalah penting
untuk guru mengetahui ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran kerana dia
perlu mengatur intervensi yang sesuai bagi membantu kanak-kanak ini. Lihat
Rajah 4.1 menyenaraikan ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran; iaitu,
masalah membaca, masalah menulis, masalah mengira, masalah interaksi sosial
dan masalah tingkah laku.

74 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

Rajah 4.1: Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran

4.2.1

Masalah Membaca

Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak


bermasalah pembelajaran. Lebih kurang 80% daripada pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi masalah membaca (Lerner, 2000; Lynmoat, 1997).
Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenal
pasti perkataan kurang dan kesukaran membaca secara lisan. Oleh kerana pelajar
ini menghadapi masalah membaca, ramai di antara pelajar gagal di sekolah.
Kegagalan ini telah penyumbang kepada pengurangan harga-diri (self-esteem)
dan keyakinan diri (self-eficacy).
Menurut Torgensen and Wagner (1998), masalah pembacaan yang paling ketara
ialah kesukaran pelajar mendekod perkataan dan kurang kesedaran fonologi
iaitu kekurangan kefahaman terhadap peraturan yang mengawal kesamaan
antara bunyi sebenar dan huruf-huruf tertentu yang membina perkataan
(Raskind, 2001). Contohnya, sesetengah pelajar tidak memahami iaitu, perkataan

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

75

kuching terdiri daripada beberapa huruf dan gagal mengaitkan bunyi dengan
huruf. Kesukaran mendekod menyumbang kepada masalah membaca.
Disleksia
Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah Disleksia
(Dyslexia). Kanak-kanak disleksia mengalami masalah dan terdiri daripada
mereka yang gagal untuk mengecam dan faham perkataan. Berikut ini ialah
beberapa ciri pelajar disleksia:


Sukar mengaitkan huruf atau perkataan dengan bunyinya

Lebih minat merujuk kepada gambar dan bukan kepada perkataan yang
berkaitan

Cuba meneka maksud perkataan dengan melihat gambar

Huruf, perkataan dan nombor ditulis terbalik; contohnya b ditulis sebagai


d.

Sukar membezakan antara pelbagai bunyi yang didengar

Kecelaruan dengan manakah kanan dan manakah kiri

Kerap melangkau baris ketika membaca

Mudah lupa perkataan baru yang dipelajari

Tujuan membaca ialah untuk memahami apa yang dibaca. Pemahaman


memerlukan sesorang itu mentafsir frasa, ayat dan perenggan. Pelajar
bermasalah pembelajaran yang berada pada peringkat mengenal pasti perkataan
sudah tahap pemahamannya tidak setanding dengan tahap pemahaman pelajar
normal atau biasa. Pelajar bermasalah pembelajaran akan menghabiskan masa
mengenal pasti perkataan dan oleh itu tidak dapat membaca dengan fasih dan
lancar, dan maksud bahan yang dibaca akan menjadi kabur.

4.2.2

Masalah Menulis

Ramai pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis.


Kemahiran menulis memerlukan seseorang menterjemah pemahaman bahasa ke
dalam sistem simbol. (Smith 1998). Berikut ialah beberapa masalah kemahiran
menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran:
(i)

Kesukaran memegang pen atau pensel ketika menulis dengan tangan;

(ii)

Menulis huruf yang berlainan saiz;

(iii) Bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang di antara huruf;

76 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(iv) Kelemahan dalam ejaan (meninggalkan atau menambahkan huruf-huruf


tertentu);
(v)

Kesukaran mengaitkan gambar dengan perkataan;

(vi) Tidak menggunakan tatabahasa yang betul;


(vii) Organisasi perenggan yang tidak teratur;
(viii) Penjanaan idea yang tidak matang; dan
(ix)

Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran


adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau
biasa. Bagaimana pun, kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran
boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar
yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

SEMAK KENDIRI 4.2


1. Apakah ciri-ciri pelajar disleksia?
2. Berbanding dengan
kemahiran
menulis
pembelajaran?

4.2.3

pelajar normal, apakah kelemahan


di
kalangan
pelajar
bermasalah

Masalah Matematik

Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 pelajar bermasalah


pembelajaran menghadapi kesukaran matematik (Rivera, 1997). Diskalkulia
(dyscalculia) merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi
ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya dikalkulia
bermakna ketikupayaan untuk mengira. Berikut ialah beberapa masalah
matematik di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran:
(i)

Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab

(ii)

Kesukaran menyelesai masalah matematik bentuk ayat atau bahasa

(iii) Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa
kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang
salah secara konsisten.

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

77

(iv) Kesukaran mengingat kembali fakta (mengingat semula fakta lebih


perlahan berbanding pelajar biasa)
(v)

Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau


pengajaran yang sepenuhnya daripada guru.

4.2.4

Masalah Interaksi Sosial

Setelah mengkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness (1996)
membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran
menunjukkan kekurangan kemahiran sosial. Pelajar yang mempunyai
kemahiran sosial yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan
oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang
mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka
tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta
mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak
mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta
tidak dapat mengenal pasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin
disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain.
Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti
orang lain. Kompetensi sosial yang rendah di kalangan pelajar bermasalah
adalah rendah dalam kerana mereka tidak dapat membaca situasi sosial di
sekitar mereka (lihat Rajah 4.2). Contohnya, mereka mereka tidak faham apa
yang mereka harus lakukan untuk mempengaruhi orang lain, apa orang lain
ingin mereka buat dan bagaimana orang lain melihat mereka.

Rajah 4.2: Kemahiran sosial ialah


mengetahui apa orang lain ingin kita
lakukan dan bagaimana kita
mempengaruhi orang lain

78 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

SEMAK KENDIRI 4.3


1. Berbanding dengan pelajar normal, apakah kelemahan kemahiran
mengira di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran?
2. Pada pendapat anda, mengapakah pelajar bermasalah pembelajaran
mempunyai kompetensi sosial yang rendah?

4.2.5

Masalah Tingkah Laku

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempamerkan masalah tingkah


laku. Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah pembelajaran
mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsif,
telalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan
sebagainya (Kirk 1997; Torgese & Litcht, 1983). Istilah yang sering digunakan
untuk membincangkan situasi ini ialah Masalah Kurang Tumpuan (Attention
Deficit Disorder, ADD) yang telah disemak semula dan kini dipanggil Masalah
Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder,
ADHD) pada tahun 2000 oleh Persatuan Psikitari Amerika (The American
Phychiatric Association). Masalah ini lebih ketara di kalangan pelajar lelaki
berbanding dengan perempuan.
Sudah tentu tingkah laku kurang tumpuan yang dipamerkan akan memberikan
kesan terhadap pembelajaran mereka malah dan turut memberi kesan terhadap
situsai sosial di sekolah dan keadaan di rumah. Bagaimana, perlu ditegaskan
bahawa tidak semua pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi Masalah
Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (ADHD) dan berikut ialah ciri-ciri umum
masalah tersebut:
(i)

(ii)

Sangat aktif (dipanggil hiperaktiviti)




Tidak boleh duduk diam

Kerap berjalan dalam kelas

Sukur memberi tumpuan

(iii) Bertindak tanpa memikir (impulsif). Contohnya, tiba-tiba meluahkan


jawapan sebelum soalan ditanya
(iv) Tidak memberi perhatian kepada perkara terperinci
(v)

Tidak mengikuti arahan sepenuhnya

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

79

(vi) Tidak boleh mengelola aktiviti atau tugas yang diberi


(vii) Mudah memberi perhatian kepada perkara lain
(viii) Kerap harta benda sendiri seperti buku, kerja sekolah
(ix) Terlalu banyak bercakap
(x)

Tidak menunggu giliran

(xi) Mencela ketika orang lain bercakap


Masalah Tingkah laku seperti disenaraikan akan mengganggu kelas dan tidak
menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini
juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap
penilaian kendiri pelajar.

AKTIVITI 4.1
Dengan merujuk kepada bahan-bahan internet, kumpulkan maklumat
tentang pelajar Masalah Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (ADHD).
Apakah tindakan guru mengajar pelajar-pelajar ini?

4.3

SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Apakah yang menyebabkan bermasalah pembelajaran? Pada masa kini tidak


dapat ditentukan dengan tepat apakah yang menyebabkan masalah
pembelajaran. Bagi kebanyakan pelajar, kita tidak ketahui apakah yang
menyebabkan sesuatu masalah pemelajaran yang dihadapi seperti disleksia atau
kesukaran menyelesai masalah matematik. Bagaimana pun, para penyelidik
perubatan telah mengaitkan sebab-sebab masalah pembelajaran kepada empat
faktor umum; iaitu, kecerderaan otak, keturunan (atau genetik),
ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran (lihat Rajah 4.3).

80 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

Rajah 4.3: Sebab-sebab umum masalah pembelajaran

4.3.1

Kecederaan Otak

Ramai para profesional perubatan berpendapat kebanyakan masalah


pembelajaran ada kaitan dengan kecederaan otak. Kecederaan otak atau trauma
(kecederaan) pada sistem saraf pusat (central nervous system) biasanya berlaku
sebelum kelahiran bayi (prenatal) dan selepas kelahiran bayi (posnatal).
(a)

Sebelum Kelahiran Bayi


Pelbagai kejadian semasa kandungan boleh menyebabkan kecederaan otak
seperti ibu yang menghidap penyakit-penyakit seperti Rubella (sejenis
deman campak), herpes simplex, mengambil dadah (seperti herion,
kokain), minum alkohol dan merokok, terdedah kepada logam berat
(seperti pelambam dan merkuri) dan sinar X.

(b)

Semasa Kelahiran Bayi


Pelbagai kejadian semasa kelahiran bayi boleh menyebabkan kecederaan
otak seperti kekurangan oksigen (anoxia), tidak cukup bulan (pramatang)
atau kurang berat badan, trauma yang diterima disebabkan oleh
penggunaan alatan perubatan seperti forsep (forcep) dan vakum.

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

(c)

81

Selepas Kelahiran Bayi


Dalam kehidupan seharian seorang kanak-kanak terdedah kepada pelbagai
kemalangan yang kadang kala boleh mencedera otaknya seperti hentakan
yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan, demam yang terlalu
tinggi, tumbuhan pada otak dan jangkitan seperti encephalitis dan
meningitis [Kita telah membincang penyakit-penyakit dalam Topik 3].

Untuk memastikan struktur dan fungsi otak, para penyelidik telah


menggunakan teknologi imejan terkini seperti CAT skan (computerised axial
tomopgrahic) dan MRI (magnetic resonance imaging). Kedua-dua peralatan
imejan ini digunakan untuk memperolehi imej atau gambar otak dengan lebih
terperinci (lihat Rajah 4.4). Tujuan menggunakan peralatan ini ialah untuk
menentukan sama ada terdapat perbezaan struktur dan fungsi otak di kalangan
mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang tidak menghadapi
masalah pembelajaran. Terdapat bukti-bukti perbezaan struktur dan fungsi di
antara pelajar bermasalah pembelajaran teruk dengan pelajar yang normal atau
biasa, terutama di kalangan pelajar disleksia. Bagaimana pun, keputusan kajiankajian ini tidak konsisten dan seorang pendidik harus berhati-hati membuat
kesimpulan tentang kaitan di antara struktur dan fungsi otak dengan masalah
pembelajaran.

Rajah 4.4: CAT skan: X-ray daripada


pelbagai sudut untuk
mendapatkan imej otak

4.3.2

Genetik

Hubung kaitan di antara genetik (atau keturunan) dan masalah pembelajaran


masih dipertikaikan kerana tidak ada bukti kukuh. Walaupun amat sukar untuk
membezakan sama ada masalah yang timbul adalah disebabkan oleh faktor
genetik atau persekitaran, terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan kaitan
genetik dan masalah pembelajaran. Para penyelidik telah mendapati bahawa
kira-kira 35 hingga 45 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca
mempunyai ibu atau bapa yang juga menghadapi masalah membaca

82 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(Pennington, 1990). Risiko mempunyai masalah membaca akan meningkat


sekiranya kedua-dua ibu bapa mempunyai masalah yang sama (Raskind, 2001).
Penemuan yang sama didapati bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah
pertuturan (Lewis, 1992) dan masalah ejaan (Schulte-Korne, Diemel, Muller,
Gutenbrunner & Remschmidt, 1996).
Hubung kaitan di antara genetik dan pencapaian dikaji dengan membuat
perbandingan ke atas pasangan kembar monozigot atau kembar seiras (identical
twins) yang mempunyai ciri-ciri genetik yang sama dengan kembar dizigot atau
kembar tidak seiras yang mempunyai ciri-ciri genetik yang berbeza. Didapati
daripada kajian-kajian bahawa sekiranya seorang kembar monozigot atau
kembar seiras menghadapi masalah membaca, kembarnya juga menghadapi
masalah yang sama. Keadaan ini tidak wujud di kalangan kembar tidak seiras.
Ini memperkukuhkan hipotesis bahawa masalah pembelajaran mempunyai
kaitan dengan genetik (Gargiulo, 2006). Walaupun kembar seiras mempunyai
persekitaran keluarga yang berlainan mereka mempunyai sifat yang sama dalam
masalah pembelajaran.

4.3.3

Ketidakseimbangan Biokimia

Selain faktor-faktor kecederaan otak dan keturunan, keadaan biokimia yang


tidak seimbang juga dikatakan sebagai salah satu sebab berlakunya masalah
pembelajaran. Sesetengah ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan
boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan
kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah. Isu ketidakseimbangan
biokimia dan kaitannya dengan masalah pembelajaran harus ditafsir dengan
berhati-hati.
Contohnya, pada suatu ketika dipercayai bahawa kekurangan vitamin
menyebabkan masalah pembelajaran. Beberapa pakar perubatan telah
mengusulkan memberi vitamin dengan banyak kepada pelajar bermasalah
pembelajaran. Bagaimanapun terapi ini tidak menunjukkan pengurangan
terhadap masalah pembelajaran. Bahkan di dalam satu kes didapati dos vitamin
yang banyak menyebabkan sesetengah kanak-kanak lebih terganggu berbanding
dengan sebelumnya (Cott, 1972). Disebabkan penemuan ini, maka Akademi
Pediatrik Amerika (The American Academy of Pediatrics) telah mengumumkan
bahawa terapi vitamin tidak wajar dijadikan rawatan bagi masalah
pembelajaran.
Orang ramai harus berhati-hati dengan pelbagai iklan yang mengusulkan ubatubatan dan makanan tertentu yang kononnya dapat mempertingkatkan ingatan
(atau memori) atau mententeramkan kanak-kanak hiperaktif atau
mempertingkatkan kecerdasan atau mempertingkatkan kemahiran matematik.

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

83

Hingga kini, tidak ada bukti yang kukuh dan konsisten bahawa sesuatu ubatubatan atau makanan atau minuman dapat mengurangkan masalah pembelajaran.
Ubat-ubatan tertentu mungkin dapat mententeramkan kanak-kanak hiperaktif
tetapi ia tidak secara langsung mengurangkan masalah pembelajaran.

4.3.4

Persekitaran

Seperti mana kecederaan otak, genetik dan ketidakseimbangan biokimia sukar


dipastikan sebagai penyebab masalah pembelajaran, faktor persekitaran juga tidak
boleh dipastikan dengan tepat sebagai penyebab masalah pembelajaran.
Bagaimana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa persekitaran yang
serba kekurangan kerana kemiskinan (seperti pemakanan yang tidak seimbang,
keadaan rumah yang tidak selesa, persekiatan yang kotor dan bising, hubungan ibu
bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi) boleh menimbulkan
masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Contohnya, kajian jangka panjang
yang dijalankan oleh Hart dan Risely (1995) dapati iaitu bayi dan kanak-kanak
yang tidak banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka, mempunyai kosa kata
dan pengusaan bahasa yang terhad sebelum memasuki sekolah.
Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang
tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah
pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut
diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.
Kesimpulan
Empat faktor telah diutarakan sebagai penyebab masalah pembelajaran. Heward
(2003) menyarankan iaitu, guru pendidikan khas harus berhati-hati mengaitkan
kecederaan otak, genetik, ketidakseimbangan biokimia atau persekitaran sebagi
penyebab masalah pembelajaran. Contohnya, jika guru mengaitkan masalah
pembelajaran dengan kecederaan otak, ada kemungkinan dia mencari alasan
untuk tidak mengajar dengan betul. Atau seorang pelajar yang berasal daripada
keluarga miskin tidak menunjukkan kemajuan dalam pelajaran, guru mungkin
membuat andaian kemiskinan yang menghalang dia belajar dan memberi alasan
tidak banyak yang boleh dilakukan.
(a)

Sejauh manakah kecederaan otak merupakan faktor yang menyebabkan


masalah pembelajaran?

(b)

Apakah bukti-bukti yang menunjukkan kaitan di antara genetik dan


masalah pembelajaran?

(c)

Mengapakah guru pendidikan khas harus berhati-hati mentafsir faktorfaktor yang menyebabkan masalah pembelajaran?

84 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

4.4

MENGENAL PASTI PELAJAR


BERMASALAH PEMBELAJARAN

Untuk mengenal pasti sama ada seorang pelajar itu bermasalah pembelajaran,
penaksiran perlu dilakukan. Antara kaedah penaksiran yang lazim digunakan
ialah seperti berikut:

4.4.1

Ujian Standard

Ujian Standard digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi


pencapaian pelajar dengan prestasi pelajar kumpulan norma sama ada dalam
kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza. (Siti Rahayah Ariffin, 2003).
Dengan menggunakan pangkatan percentil (percentile ranking) guru dapat
memastikan kedudukan pelajar yang diuji berbanding dengan pencapaian lain.
Bagi mentadbir ujian ini, perlu dipastikan ia mempunyai kebolehpercayaan (skor
yang konsisten diperolehi apabila ujian itu ditadbirkan) dan kesahan (ujian itu
mengukur apa yang hendak diukur) yang tinggi, Pastikan juga norma, iaitu
kumpulan perbandingan adalah yang sesuai. Ujian standard digunakakn secara
meluas di negara-negara seperti Amerika Syarikat kerana ia boleh digunakan
untuk mendiagnos atau mengkategorikan pelajar mengikut keperluan mereka
sama ada pendidikan biasa, pendidikan khas, pemulihan ataupun pintar cerdas.
Keputusan ujian standard dapat digunakan untuk menyampaikan keputusan
kepada ibu bapa. Ujian standard digunakan dengan tujuan membuat
perbandingan dengan norma kebangsaan.

4.4.2

Ujian Berasaskan Sekolah

Ujian yang dibina oleh guru boleh digunakan untuk menentukan prestasi
pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan. Penekanan yang
diberikan dalam ujian ini adalah sama ada pelajar sudah menguasai isi dan
kemahiran yang diajar dengan tidak ambil kira kedudukan seseorang pelajar
dibandingkan dengan yang lain. Contohnya, ujian yang bina oleh guru yang
menggunakan hasil pembelajaran dalam kurikulum digunakan untuk
menentukan sama ada pelajar telah mencapai objektif-objektif pelajaran sesuatu
unit atau bahagian sukatan pelajaran. Pelajar perlu menguasai setiap unit
sebelum ke unit yang berikutnya.
Dalam model penaksiran ini, pencapaian seorang pelajar, biasanya dalam
pelajaran matematik ataupun bacaan akan dinilai beberapa kali dalam seminggu
di mana item-item ujian melambangkan tugasan harian yang berarahan
(Gargiulo, 2006; Deno & Fuchs, 1987). Ia akan mengukur jumlah huruf yang

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

85

betul dalam ejaan, jumlah digit yang dikira dengan betul dalam matematik dan
jumlah perkataan yang ditulis dalam karangan digunakan sebagai bukti-bukti
mudah terhadap pencapaian akademik. Menurut Lerner (2003), ujian berasaskan
sekolah telah digunakan secara meluas dalam pendidikan khas dan ia paling
berguna untuk pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran kerana ia meneguhkan
perkaitan yang penting antara penaksiran dan pengajaran.

4.5
4.5.1

INTERVENSI PENDIDIKAN
Penempatan

Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa


kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi. Tempat di mana
seseorang pelajar bermasalah pendidikan itu menerima pembelajaran
sebenarnya akan memberi kesan kepada sikap, pencapaian dan perkembangan
sosial mereka (Gargiulo, 2006; Mercer & Pullen, 2005). Terdapat beberapa pilihan
penempatan yang biasanya ditawarkan kepada kanak-kanak bermasalahan
pembelajaran, antaranya:
(a)

Bilik Darjah Biasa


Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan dalam
bilik darjah sama. Pendekatan ini memerlukan perancangan yang teliti,
kesediaan guru dan sistem sokongan yang lengkap (Lerner, 2000). Hanya,
penempatan pelajar secara fizikal di dalam bilik darjah biasa tidak cukup
untuk memastikan peningkatan pencapaian akademik dan penerimaan
sosial pelajar bermasalah pembelajaran. Guru pendididkan khas akan
bekerjasama dengan guru biasa dalam pengendalian kelas. Guru
pendidikan khas dan guru biasa akan berkongsi tanggungjawab untuk
mengajar.

(b)

Guru Pendidikan Khas sebagai Penasihat


Guru pendidikan khas sebagai penasihat membantu guru biasa dengan
kaedah mengajar pelajar bermasalah pembelajaran. Dia membantu dalam
penyusunan persekitaran fizikal, menyediakan atau mengadaptasi
rancangan pengajaran dan bahan serta membina prosedur penilaian dan
pengredan pelajar bermasalah pembelajaran. Dia juga mengumpul
maklumat, membuat pemerhatian dan mempermudahkan perbincangan
tentang pengajaran pelajar bermasalah pembelajaran. Pengajaran secara
langsung dijalankan oleh guru biasa.

86 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(c)

Bilik Sumber
Pelajar bermasalah pendidikan yang ditempatkan dalam sekolah biasa akan
pergi ke bilik sumber untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan
bagi membantu mereka dalam pembelajaran. Contohnya, perkhidmatan
penaksiran dan pengajaran pemulihan disediakan. Bilik sumber
membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mendapat faedah daripada
pengajaran yang spesifik, pada masa yang sama mengekalkan integrasi
dengan kawan dan rakan sebaya di sekolah. Guru bilik sumber mestilah
seorang yang mempunyai kecekapan yang tinggi dan dapat bekerjasama
dengan guru biasa, membuat penaksiran pembelajaran dan tingkah laku,
membina pengajaran individu serta bekerja secara efektif dengan ibu bapa
dan keluarga. Program bilik sumber yang ditawarkan harus cukup fleksibel
untuk disesuaikan dengan tahap pembelajaran pelajar.

Rajah 4.5: Bilik darjah berasingan untuk pelajar bermasalah pembelajaran

(d) Bilik Darjah Berasingan


Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah
kecil (di cadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa).
Pelajar dikumpulkan mengikut mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran sahaja atau dikumpulkan mengikut mereka yang terdiri
daripada pelajar yang pelbagai jenis kategori ketidakupayaan. Biasanya
pelajar bermasalah pembelajaran, menghadapi gangguan emosi dan
kerencatan mental ditempatkan dalam satu kelas. Menurut Heward (2003),
kelas berasingan mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah mereka
dapat mewujudkan konsep kendiri yang lebih baik berbanding pelajar
bermasalah pembelajaran yang ditempatkan dalam kelas biasa. Ini berlaku
mungkin kerana persaingan di kelas biasa memerlukan beberapa kriteria
yang tidak dapt dicapai oleh pelajar bermasalah pembelajaran. Sesetengah
pelajar ini juga menunjukkan kemajuan yang lebih di kelas berasingan
berbanding kelas biasa. Kelas berasingan menawarkan keadaan paling

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

87

berkesan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk dan serius yang
memerlukan pengajaran yang lebih bertumpu.

SEMAK KENDIRI 4.4


1. Pada pendapat anda, manakah di antara empat kaedah
penempatan pelajar bermasalah pembelajaran yang lebih berkesan?
Mengapa?
2. Apakah kaedah penempatan pelajar bermasalah pembelajaran
yang diamalkan di Malaysia?

4.5.2

Pengajaran

Kajian menujukkan bahawa pelajar bermasalah pembelajaran mandapati sukar


menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan
tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan. Gerstein
(1998) mencadangkan tiga pendekatan dalam pengajaran pelajar bermasalah:
(a)

Pengajaran Secara Langsung


Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun.
Nyatakan kepada pelajar secara terus apa yang patut dilakukan, apa yang
patut disebut dan apa yang patut ditulis. Guru perlu menggunakan banyak
contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep. Pengajaran
hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan
langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas
sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktivitiaktiviti pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan
pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

(b)

Memperkukuhkan Penguasaan Isi Kandungan


Selain menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira), pelajar bermasalah
pembelajaran juga perlu menguasai konsep dan prinsip mata pelajaran
seperti sejarah, sains, geografi dan sebagainya. Sudah tentu ini adalah
sukar bagi ramai pelajar bermasalah pembelajaran kerana tahap kemahiran
membaca mereka belum kukuh. Oleh itu, guru perlu membantu pelajar
menguasai fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran seperti berikut:


Nota Berpandu: Ini merupakan edaran yang disediakan khas yang


terdiri daripada isi-isi penting dan ruang kosong untuk pelajar mengisi.
Sambil guru mengajar, pelajar diarah mengisi apa yang disampaikan
dalam ruang-ruang kosong disebelah poin-poin penting.

88 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

(c)

Penyusunan Grafik: Isi-isi penting sesuatu pelajaran disampaikan


dalam bentuk grafik atau visual. Sesetengah penyusunan grafik
disampaikan secara lengkap manakala yang lain disampaikan dengan
meninggalkan ruang-ruang kosong untuk diisi oleh pelajar.

Neumonik: Neumonik membantu pelajar meningkat fakta-fakta


penting. Contohnya, neumonik PaReKi digunakan untuk membantu
mengingat kembali sungai-sungai terpanjang di Malaysia, iaitu; Sg.
Pahang, Sg. Rejang dan Sg. Kinabatangan.

Strategi Pengajaran
Pelajar normal menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan
apabila berhadapan dengan sesuatu tugas pembelajaran. Didapati bahawa
pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran
dengan berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan
yang digunakan oleh seseorang dalam penghadapi sesuatu tugas
pembelajaran. Ia melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus
dilakukan, bagaimana hendak dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana
dia berjaya melakukan. Antara strategi pembelajaran yang perlu diajar
ialah: membuat nota, menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah dan
sebagainya.

AKTIVITI 4.2
1. Dengan merujuk kepada bahan-bahan internet, senaraikan pelbagai
jenis penyusuan grafik dan strategi pembelajaran yang boleh diajar
kepada pelajar bermasalah pembelajaran.
2. Rujuk kepada kepada laman web National Center for Learning
Disabilites, http://www.ncld.org/
(i) Apakah misi organisasi ini?
(ii) Senaraikan aktiviti-aktiviti yang jalankan oleh organisasi ini.

TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN W

89

Istilah bermasalah pembelajaran (learning disabilities) mula-mula sekali


digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963 dalam satu perjumpaan
dengan ibu bapa kepada kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.

Samuel Kirk mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan


perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan,
pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.

Bagi Akta Masalah Pembelajaran Spesifik: (Specific Learning Disabilities Act,


1969) ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses
psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama
ada lisan ataupun tulisan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) mentakrifkan bermasalah


pembelajaran sebagai pelajar yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh
pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah membaca, masalah


menulis, masalah mengira, masalah interaksi sosial dan masalah tingkah
laku.

Kanak-kanak Disleksia (Dyslexia) mengalami masalah dan terdiri daripada


mereka yang gagal untuk mengecam dan faham perkataan.

Kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan


jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan
sistematik diperkenalkan.

Diskalkulia (dyscalculia) merupakan istilah yang digunakan secara meluas


bagi ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.

Kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran menunjukkan kekurangan


kemahiran sosial.

Kurang Tumpuan Hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder,


ADHD) terdiri daripada pelajar yang sentiasa gelisah dan tidak dapat
memberi tumpuan dan lebih kerap berlaku di kalangan pelajar lelaki.

90 X TOPIK 4 MASALAH PEMBELAJARAN

Terdapat bukti-bukti perbezaan struktur dan fungsi di antara pelajar


bermasalah pembelajaran teruk dengan pelajar yang normal atau biasa,
terutama di kalangan pelajar disleksia.

Dalam kelas berasingan, bilangan pelajar bermasalah pembelajaran adalah


kecil (dicadangkan tidak melebihi 8 orang pelajar pada satu-satu masa).

Ujian Standard digunakan sekiranya guru ingin membandingkan prestasi


pencapaian pelajar dengan prestasi pelajar kumpulan norma sama ada dalam
kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza.

Ujian yang dibina oleh guru boleh digunakan untuk menentukan prestasi
pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan.

Bermasalah pembelajaran

Masalah membaca

Bilik sumber

Masalah mengira

Disleksia

Masalah menulis

Hiperaktiviti

Pengajaran secara langsung

Hiperaktiviti

Penyusunan grafik

Kelas berasingan

Penyusunan grafik

Kelas biasa

Strategi pembelajaran

Masalah interaksi sosial

Ujian standard

Masalah kurang tumpuan

Ujian-rujukan criteria

You might also like