You are on page 1of 64

Tajuk 15

Isu-isu kontemporari
Tamadun Islam dan
Tamadun Barat
Hegemoni Barat dan
Globalisasi

Definisi Hegemoni
Istilah hegemoni berasal daripada istilah
Yunani, hegeisthai(to lead).
Perkataan hegemoni dalam perkataan
Inggeris hegemony membawa makna
pengaruh atau penguasaan
Definisi Globalisasi
definisi umum globalisasi ialah proses
pengecilan dunia atau menjadikan dunia
sebuah perkampungan yang kecil

Media
Barat menguasai media komunikasi dunia,
tentunya maklumat yang disiarkan di
seluruh dunia adalah lebih berpihak
kepada mereka
Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh
diakses oleh sesiapa sahaja di dunia ini.
Kesan terburuk globalisasi media ialah
kebanjiran maklumat yang tidak berguna
dan masalah jurang perbezaan peluang
untuk mengakses maklumat antara
masyarakat bandar dan masyarakat luar
bandar.

Ekonomi
Globalisasi ekonomi ialah satu kod
undang-undang ekonomi seragam yang
diamalkan dan membawa kepada
penghapusan halangan ekonomi antara
sebuah negara dengan negara lain pada
kadar yang amat pantas terutamanya
dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu
perdagangan, kewangan dan pelaburan.

Ekonomi
Dasar-dasar kerajaan yang mengawal
ekonomi asing daripada mempengaruhi
ekonomi tempatan semakin longgar dan
ekonomi tempatan terpaksa mengikut
rentak ekonomi asing
Globalisasi ekonomi mampu membawa
kepada pelbagai krisis dan spekulasi
pasaran antaranya serangan para
spekulator telah mengakibatkan nilai mata
wang sesetengah negara jatuh merudum
berbanding dengan Dollar Amerika.

Politik
Kita menghadapi cabaran penyebaran
idea-idea dan fahaman politik yang salah
seperti demokrasi ala Barat, pluralisme
dan hak-hak asasi manusia.
Fenomena deterritorialization
(penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan
tindakan politik yang melintasi perbatasan
wilayah negara
Hari ini, politik antarabangsa didominasi
sepenuhnya oleh beberapa buah negara
kuasa besar yang menggambarkan diri
mereka sebagai polis dunia.

Sosial
Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita
semakin terputus dari budaya dan akar
sejarah kita sendiri
bahasa Inggeris menjadi bahasa
antarabangsa yang penting di dunia.
Dunia Timur turut belajar bahasa Inggeris
kerana mereka perlu menggunakan
bahasa Inggeris untuk menjalankan
perdagangan dan politik.

Sosial
anak-anak muda semakin menunjukkan
tanda tercabut dari akar budaya, bangsa
dan agamanya sendiri.
Melalui pelbagai saluran, golongan belia
akan menjadi dan terus menjadi sasaran
utama globalisasi yang didalangi oleh
syarikat-syarikat multinasional dan
transnasional.

Sosial
insiden-insiden dan trend meniru Barat:
Pakaian jenama barat.
Makanan segera keluaran barat.
Minuman global yang ditaja oleh barat
Hiburan yang menonjolkan budaya barat.
Media barat yang semakin membanjiri
masyarakat muda.
Rekreasi yang meniru ala barat Dunia lakonan
dan pembikinan filem cara barat
Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acaraacara ala barat.
Produk rokok yang menajakan budaya hidup
barat

Hak Asasi Manusia


Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat
(UDHR) telah membahagikan hak asasi
manusia kepada empat kebebasan utama
iaitu:
1. kebebasan daripada ketakutan
2. kebebasan daripada kemahuan
3. kebebasan bersuara
4. kebebasan kepercayaan.

Hak Asasi Manusia


Pelanggaran Hak Asasi Manusia adalah setiap
perbuatan seseoarang atau kelompok orang
termasuk aparat negara baik disengaja maupun
tidak disengaja atau kelalaian yang secara
melawan hukum mengurangi, menghalangi,
membatasi dan atau mencabut Hak Asasi
Manusia seseorang atau kelompok orang yang
dijamin oleh Undang-undang, dan tidak
mendapatkan atau dikhawatirkan tidak akan
memperoleh penyelesaian hukum yang adil dan
benar berdasarkan mekanisme hukum yang
berlaku

Pelanggaran hak asasi manusia


oleh Barat
Menurut Prof. Sachedina,kita seringkali disuguhi
oleh fakta-fakta yang sangat ironis, dengan dalih
untuk menegakkan Hak Asasi Manusia di bumi,
negara-negara Barat yang maju itu merasa
memiliki hak untuk melakukan intervensi
terhadap negara-negara miskin dan
berkembang yang dianggap melakukan
pelanggaran Hak Asasi Manusia.
Contohnya campur tangan politik Amerika
Syarikat di Iraq.

Perbezaan antara hak asasi manusia


Barat dengan Islam
Hak Asasi Manusia di Barat ditentukan
oleh alami, individual, akal dan negara,
sedangkan di Islam ditentukan oleh Allah,
ulama, Kitab Suci, ummat atau keluarga.

Krisis Alam
Sekitar

Pendahuluan
oMasalah pencemaran dan
kemerosotan kualiti alam
sekitar merupakan salah
satu cabaran dalam
kehidupan masa kini, baik
di peringkat tempatan
mahu pun global.
oPermasalahan alam sekitar
biasanya bersifat
kompleks dan melibatkan

Pandangan & Sikap


Manusia terhadap
Alam Sekitar
Pandangan dan sikap seseorang
mengenai persoalan
alam
sekitar boleh dilihat dalam tiga
kategori yang utama :
Dominasi (Domination)
Kekhalifahan (Stewardship)
Romantisisme (Romanticism /
Deep Ecology)

1. Dominasi
(Domination)
Pandangan ini membenarkan
eksploitasi dan kawalan
manusia terhadap alam
sekitar demi memenuhi
keperluan manusia.
Alam semulajadi dianggap
sebagai satu gedung sumber
atau bahan untuk kehidupan.
Alam semulajadi tidak
mempunyai nilai intrinsik dan

2. Kekhalifahan
(Stewardship)
Pandangan ini mengatakan bahawa
manusia adalah khalifah di bumi dan
bukannya tuan punya alam ini.
Manusia bertanggungjawab di dalam
memakmurkan alam dan bukan
mengeksploitasinya secara
sembarangan.
Manusia dan alam semulajadi
merupakan dua entiti yang berbeza
tetapi saling berkaitan di antara
satu sama lain.

3. Romantisisme
(Romanticism / Deep
Ecology)

Pandangan ini meletakkan


nilai intrinsik dan kegunaan
kepada setiap bentuk
kehidupan.
Spesies hidupan selain
daripada manusia dilihat
sebagai suatu entiti yang
perlu dihormati haknya.
Alam semulajadi perlu
dihormati dan dijagai sebagai

Prinsip-prinsip Islam di
dalam Hubungan
Manusia & Alam
Sekitar
Tawhid
Syariah
Khalifah & Amanah
Keadilan &
Kesederhanaan

1. Tawhid
Konsep tawhid merujuk kepada konsep
keesaan Tuhan iaitu tiada Tuhan selain
Allah s.w.t. Umat Islam seharusnya
sentiasa mengingati Allah s.w.t. dalam
setiap perbuatan, pemikiran dan
perasaannya.
Matlamat utama segala perbuatan,
pemikiran dan perasaan adalah untuk
mendapat keredaan-Nya. Manusia
adalah bertanggungjawab terhadap apa
yang dilakukannya dan akan mendapat
balasan setimpal di hari akhirat.

Konsep tawhid ini tidak terhad kepada


persoalan ibadah semata-mata tetapi
turut merangkumi setiap aspek
kehidupan termasuklah persoalan
hubungan manusia dan alam sekitar.
Manusia harus sedar bahawa bumi
yang didiami ini adalah hak milik Allah
s.w.t. jua. Spesies manusia hanyalah
sebahagian daripada makhluk ciptaanNya; manusia perlu berinteraksi
dengan lain-lain spesies yang
mendiami bumi ini.

Meskipun diberikan kelebihan sebagai


khalifah untuk memakmurkan bumi,
manusia tidak boleh bertindak sewenangwenangnya. Sebaliknya manusia mestilah
mengambil kira kesan dan akibat
tindakannya terhadap spesies-spesies
lain.
Ini kerana manusia bertanggungjawab
atas segala tindakannya dan akan
dipersoalkan di hari kemudian kelak.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda,
maksudnya, Semua ciptaan Allah s.w.t.
adalah seperti satu keluarga; dan Dia
paling menyayangi mereka yang paling
baik terhadap keluarga-Nya.

2. Khalifah & Amanah


Al-Quran menjelaskan bahawa
alam ini dijadikan mengikut
ukuran tertentu dan berada dalam
keadaan seimbang dan harmoni.
Alam bersifat teratur dan boleh
difahami. Ianya menjadi ayat
atau tanda bagi manusia
memahami hakikat kewujudan
Allah s.w.t.

Ini dinyatakan dalam Surah Taha, ayat


53-54, yang bermaksud: Yang telah
menjadikan bagimu bumi sebagai
hamparan dan telah menjadikan
bagimu bumi itu jalan-jalan dan
menurunkan dari langit air hujan.
Maka kami tumbuhkan dengan air
hujan itu berjenis-jenis dari tumbuhan
yang bermacam-macam... Makanlah
dan gembalakanlah binatangbinatangmu. Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat tandatanda kekuasaan Allah bagi orang
yang berakal.

Manusia dipilih sebagai


khalifah kerana kelebihannya
dikurniakan Allah s.w.t.
dengan akal fikiran
berbanding makhluk-makhluk
lain.
Sebagai khalifah, manusia
bertanggungjawab menjaga
keharmonian dan
keseimbangan alam dan
bukannya mendominasi alam

Dunia ini adalah tempat ujian


bagi manusia dalam
menentukan kesudahan di
hari akhirat.
Surah al-Anam, ayat 165
menyatakan: Dialah yang
menjadikan kamu khalifahkhalifah di bumi. Dia
meninggikan setengah kamu
atas setengah yang lain
dengan beberapa darjat
supaya Dia boleh menguji

3. Syariah
Syariah menggariskan asas etika
dan norma serta perundangan untuk
menjadi panduan umat Islam.
Syariah adalah berasaskan kepada
ajaran al-Quran dan juga contoh
teladan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w.
Matlamat akhir hukum syariah
adalah untuk kebaikan umum semua
makhluk ciptaan Tuhan dalam
kehidupan dunia dan juga akhirat.

Hukum syariah
berkembang daripada
kepercayaan tentang
konsep tawhid atau
keesaan Tuhan.
Allah s.w.t. adalah Maha
Pencipta dan kepada-Nya
jugalah tempat kembali
bagi semua makhluk di
dunia ini, sebagaimana
dinyatakan dalam Surah

4. Keadilan &
Kesederhanaan
Adil bermaksud
meletakkan sesuatu pada
tempatnya.
Al-Quran dalam Surah 16,
ayat 90 menyatakan
bahawa: Sesungguhnya
Allah s.w.t. menyuruh
kamu berlaku adil dan
berbuat kebajikan.

Islam juga menganjurkan


umatnya hidup dalam
kesederhanaan dan tidak
berlebih-lebihan.
Dalam persoalan alam
sekitar, Allah s.w.t. tidak
melarang manusia
menggunakan sumber
semulajadi tetapi
penggunaan ini tidaklah
sehingga berlebih-lebihan,
sebaliknya cukup sekadar

Contoh lain tentang


kesederhanaan dalam kehidupan
seharian ialah ketika berwuduk
sebelum menunaikan
sembahyang, di mana hanya
anggota tubuh tertentu sahaja
yang wajib dibasahi dan
bukannya seluruh badan.
Selain itu, umat Islam juga
digalakkan mengamalkan sikap
berjimat cermat dan tidak
membazir dalam penggunaan air.

Aplikasi Prinsipprinsip Islam di dalam


Hubungan Manusia &
Alam Sekitar
Hubungan manusia dan
haiwan
Hubungan manusia dan
tumbuh-tumbuhan
Penggunaan dan
pemilikan tanah

Hubungan Manusia &


Haiwan

Islam menganjurkan
supaya manusia sentiasa
mengamalkan sikap yang
baik walaupun kepada
haiwan.
Hadis : Kebaikan yang
dibuat oleh seseorang itu
terhadap haiwan adalah
sama baiknya dengan
kebaikan yang dibuatnya

Islam juga membenarkan manusia


memelihara dan menternak haiwan
untuk dijadikan makanan (misalnya
ayam, itik dan kambing), kenderaan
tunggangan atau menarik pedati
(misalnya unta, kuda dan kaldai) dan
juga kegunaan-kegunaan lain yang
berpatutan.
Namun, setiap haiwan peliharaan
perlu diberikan haknya!
Jika haiwan perlu dibunuh atau
disembelih, ianya mestilah dilakukan
dengan kaedah yang betul bagi
mengurangkan kegelisahan dan rasa
sakit kepada haiwan itu.

Hubungan Manusia &


Tumbuh-tumbuhan
Hadis Rasulullah s.a.w. : Dunia ini
hijau dan cantik dan Tuhan telah
melantik kamu sebagai pengurusnya.
Dia melihat apa yang kamu lakukan.
Al-Quran dan hadis banyak menyebut
tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan
kepada manusia serta juga keperluan
untuk manusia bercucuk tanam.

Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32


menyatakan tentang tumbuhan sebagai
makanan manusia. Ayat itu bermaksud: Maka
hendaklah manusia itu memperhatikan
makanannya. Sesungguhnya Kami telah benarbenar mencurahkan air dari langit. Kemudian
kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu
kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur
dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma.
Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan
serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu
dan binatang-binatang ternakmu.
Kepentingan bercucuk tanam dan
mengekalkan kehijauan bumi sememangnya
mendapat keutamaan dan amat digalakkan
oleh Islam

Nabi Muhammad s.a.w.


mengingatkan bahawa sekiranya
sewaktu hampir kiamat ada di
tangan seseorang itu sebatang
pokok, maka pokok itu hendaklah
ditanam.
Allah s.w.t. menjanjikan ganjaran
bagi mereka yang bercucuk tanam.
Hadis : Sesiapa yang menanam
pokok dan menjaganya dengan baik
sehingga besar dan mengeluarkan
hasil akan mendapat ganjaran di
akhirat.

Hadis : Jika ada sesiapa yang


menanam sebatang pokok dan
bercucuk tanam dan manusia
serta haiwan atau burungburung mendapat makanan
darinya, ia hendaklah
menganggapnya sebagai satu
kebajikan.
Pemeliharaan hutan dan
tumbuh-tumbuhan adalah
menjadi amalan pemerintahan
Rasulullah s.a.w. di Mekah dan

Penggunaan &
Pemilikan Tanah
Penggunaan tanah menurut undangundang Islam boleh dibahagikan kepada
empat jenis yang utama iaitu tanah yang
sudah dibangunkan (amir), tanah terbiar
(mawat), tanah yang dilindungi (harim)
dan tanah yang dirizabkan secara kekal
(hima).
Tanah yang sudah dibangunkan atau amir
merujuk kepada mana-mana kawasan
yang telah didiami manusia atau
mengandungi aktiviti-aktiviti pertanian.

Tanah terbiar atau mawat merupakan


tanah yang tidak didiami manusia dan
tidak digunakan untuk bercucuk tanam,
misalnya padang ragut liar dan kawasan
hutan.
Mawat boleh dimajukan oleh sesiapa
sahaja sama ada secara usaha sendiri
atau mendapat kebenaran dari kerajaan.
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk
menghidupkan kembali tanah yang telah
mati ini termasuklah menggali telaga,
mengairi tanah sekiranya terlalu kering,
mengeringkan tanah sekiranya terlalu
basah, membersihkan pokok-pokok,
bercucuk tanam atau membuat bangunan.

Tanah dilindungi atau harim


pula merujuk kepada kawasan
yang dilindungi yang letaknya
di sekitar tanah yang
dimajukan.
Tujuan harim adalah untuk
melindungi sumber yang ada
di kawasan pembangunan
berkenaan dan juga
menyediakan laluan masuk ke
kawasan tersebut.
Hima pula merupakan mawat

Perbezaannya ialah harim diuruskan oleh


individu atau masyarakat setempat
manakala hima pula diuruskan oleh
kerajaan untuk kegunaan dan faedah
awam.
Contoh harim adalah tanah di sekitar
perigi persendirian, tebing sungai dan
bahu jalan.
Contoh hima pula adalah kawasan hutan
simpanan untuk pemuliharaan tumbuhan
dan juga hidupan liar atau sebagai tempat
simpanan kuda-kuda yang digunakan
semasa peperangan.
Pembahagian tanah tersebut dibuat
secara berhati-hati dan mengikut
penggunaan yang ditetapkan.

Selain itu persoalan kepentingan


bersama untuk masyarakat setempat
turut diberi perhatian.
Misalnya penggunaan tanah awam
untuk dijadikan zon hima adalah dibuat
secara adil.
Hima hanya diwujudkan sekiranya
benar-benar perlu dan kawasannya
hendaklah tidak terlalu luas sehingga
menganggu kegunaan orang ramai.
Meskipun kerajaan berhak untuk
mewartakan sesuatu hima, namun ianya
tidak dilakukan dengan sewenangwenangnya kerana kepentingan awam
adalah diutamakan.

Persepsi
Jihad

Pengenalan Jihad
Istilah jihad apabila didefinisikan
dalam konteks yang sempit
adalah jihad di medan perang
iaitu mempertaruhkan seluruh
jiwa dan raga demi agama dan
negara.
Sebaliknya apabila ditafsirkan
secara lebih umum, maka jihad
boleh membawa banyak
pengertian.

Antaranya:jihad melawan nafsu,


menuntut ilmu, mempertahankan
maruah diri dan sebagainya.
Ia boleh dilakukan melalui
pengorbanan harta benda, wang
ringgit, kekuatan fizikal, tenaga
bahkan buah fikiran juga termasuk
dalam sumbangan jihad.
Konsep Jihad dalam Islam oleh Md
Zawawi Abu Bakar, Jihad adalah suatu
istilah yang begitu sinonim dikaitkan
dengan masyarakat dan agama Islam.

Amalan itu sering dikaitkan sebagai


perjuangan membela agama, bangsa
dan tanah air.
Justeru, perjuangan yang dilakukan di
atas dasar jihad dengan nama Allah
SWT dan agama Islam adalah syahid.
Perjuangan dan pengorbanan pelajarpelajar dalam menuntut ilmu
pengetahuan dan amal makruf nahi
mungkar juga adalah tergolong dalam
kategori-kategori yang menunjukkan
pengorbanan atau jihad fi sabilillah.

Cumanya taraf atau darjat tinggi


rendah pahala jihad bergantung
sebesar mana pengorbanan
yang dilakukan oleh umat Islam.
Oleh itu, konsep jihad perlulah
difahami agar masyarakat tidak
terpengaruh dengan anasiranasir yang mengambil
kesempatan dia atas jihad palsu
mereka.

Konsep & Definisi Jihad


Konsep Jihad:
Takrif dan Definisi Jihad
Pengertian jihad boleh dilihat
dalam beberapa sudut.
Jihad adalah perkataan Arab iaitu
jahada yajhadu jahdu yang
bererti kesulitan dan beban.
Al-Jahdu pula bermakna
kesungguhan dan keupayaan
terakhir.

Definisi al-Jihad pada bahasa bermaksud


penyerahan segenap kemampuan
manusia untuk mendapatkan sesuatu
yang diinginkan atau menolak sesuatu
yang dibenci.
Manakala dari segi istilahnya para
fukaha bersepakat iaitu peperangan dan
membantu semua persiapan perang.
Oleh itu dalam erti kata yang luas jihad
boleh didefinisikan sebagai berjuang
dalam peperangan, berjuang menentang
hawa nafsu, berjuang menegakkan
keadilan dan kebenaran dan lain-lain
perjuangan pada jalan Allah dan
meninggikan kalimah Allah.

Pentekrifan Jihad
Mengikut Mahzab
Terdapat beberapa pandangan
mazhab yang empat
berhubung pentakrifan jihad
antaranya ialah: a. Hanafi.
Ulama mazhab Hanafi iaitu
Ibnu Hamman mendefinisikan
jihad sebagai mengajak orang
kafir memeluk Islam dan
memeranginya jika menolak.
Manakala al-Kasani iaitu

b. Maliki. Mazhab Maliki pula berpendapat


jihad adalah orang-orang Muslim yang
memerangi orang kafir yang tidak terikat
dalam perjanjian damai demi menegakkan
ajaran agama Allah.
c. Shafie. Menurut al-Bajuri jihad adalah
berperang di jalan Allah. Seorang lagi
ulama Shafie iaitu Ibnu Hajar
mentakrifkan sebagai mengerah segenap
kemampuan untuk memerangi orang kafir.
d. Hanbali. Mereka berpendapat jihad
adalah memerangi orang kafir atau
mengerah segenap kemampuan untuk
memerangi orang kafir.

Hukum Jihad
Hukum terhadap amalan jihad
adalah fardu kifayah.
Menurut Ibnu Rusyd dalam kitab
Bidayatul Mujtahid, jihad adalah
fardu kifayah dan bukan wajib.
Namun demikian dalam keadaan
tertentu hukum fardu kifayah
bertukar menjadi wajib apabila
diserang oleh pihak musuh.

Dalil al-Quran surah al-Baqarah ayat


216 yang bermaksud, Kamu
diwajibkan berperang untuk
menentang pencerobohan
sedangkan peperangan itu ialah
perkara yang kamu benci; dan boleh
jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada
sesuatu padahal ia buruk bagi
kamu
Selain itu terdapat beberapa dalil
pensyariatan jihad sama ada melalui
sunah mahupun al-Quran.

Antara dalil-dalil tersebut


adalah seperti dalam surah
at-Taubah ayat 88, Tetapi
Rasulullah dan orang-orang
yang beriman bersamanya
berjihad dengan harta benda
dan jiwa mereka; dan
mereka itulah orang-orang
yang mendapat kebaikan dan
mereka itulah juga berjaya.

Etika dalam Sains


Etika dalam penyelidikan sains berkaitan rapat
dengan pemikiran Barat terhadap sains dan
peranannya untuk menolong manusia memahami
dunia di sekeliling mereka.
Mereka mula mempersoalkan pandangan dunia
seperti yang diajar oleh Gereja Katholik Rom
selepas Renaissance.
Asalnya masyarakat Barat mempercayai segala
maklumat di dalam kitab Injil adalah benar dan
yang bertentangan dianggap rekaan syaitan yang
cuba menyesatkan manusia daripada kebenaran.

Sebahagian ahli cerdik pandai Eropah menolak


pandangan dunia berasaskan agama dan
menolak dogmatic.Mereka memperkenalkan
pemikiran baru iaitu positivisme iaitu melihat
dunia sebagai satu tempat yang berfungsi
mengikut undang-undang yang tertentu.
Etika dalam sains berasaskan satu falsafah
teras.Iaitu kaedah kajian sistematik yang
menggunakan sukatan mutlak.Semua kajian
dilakukan dalam keadaan terkawal.

Pengkaji tidak boleh menggunakan


perasaan untuk membuat sebarang
penilaian dalam mana-mana kajian sains.
Muncul konsep
berkecuali(neutrality)terutama kajian
tentang kehidupan haiwan dan
manusia.Pengkaji sains membuat
pemerhatian menggunakan sukatan
mutlak dan tidak melibatkan dirinya untuk
menolong ataupun menghindar apa-apa
kesan terhadap bahan kajiannya.

Terdapat dua etika dalam penyelidikan sains


yang mungkin tidak sesuai untuk digunakan
apabila bahan kajian melibatkan
kehidupan,terutama sekali apabila mengkaji
manusia iaitu:
1)Kajian menggunakan sukatan mutlak
2)Kajian menggunakan penelitian berkecuali
Etika dalam penyelidikan sains bertujuan untuk
memastikan kajian-kajian tersebut berjalan
tanpa gangguan yang boleh memudaratkan
kesahihan hasil penyelidikan itu.

Satu perkara yang menimbulkan masalah


dalam penyelidikan sains ialah pulangan
ekonomi hasil penyelidikan tersebut.
Contohnya harga yang mahal terhadap
ubatan yang dikaji oleh syarikat gergasi
Barat.Masalah hak cipta dan paten muncul
daripada pemikiran Barat terhadap rekaan
manusia yang boleh dijadikan hak seperti
barangan dan mampu dijual beli.
Masalah ini merupakan sebahagian
daripada maslah CD,VCD dan DVD cetak
rompak yang terdapat di Malaysia kini.

Kesan Perkembangan Kontemporari


Kepada Masyarakat Dan Negara
Kemasukan nilai-nilai Barat ke dalam sistem
masyarakat tempatan.
Nilai itu dikenali sebagai kebudayaan.
Ianya berpunca daripada warisan dari
generasi sebelumnya kepada generasi
seterusnya.
Mengalami proses perubahan mengikut
kesesuaian dalam kehidupan kita pada hari
ini.

Sistem nilai ini telah dimasukkan dalam


warisan sesuatu kebudayaan tersebut akibat
pengalaman dan pembelajaran keseluruhan
kumpulan manusia.
Proses pengubahsuaian nilai-nilai ini
mungkin mengambil masa yang berbezabeza mengikut kesesuaian nilai yang diserap.
Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini
mendedahkan kita kepada bermacammacam nilai dalam masa yang
singkat.Contohnya dengan kemudahan
teknologi maklumat.

Kita perlu melakukan perubahan dengan


cepat untuk mengekalkan kerelevanan
sistem nilai(kebudayaan)kita dengan dunia
luar.
Masalah yang dihadapi adalah mengubah
sistem nilai yang sedia ada supaya ia
sentaiasa relevan dengan keadaan dunia
dan pada waktu yang sama memastikan
semua anggota dalam masyarakat dapat
mengikuti perubahan-perubahan yang
berlaku.
Seluruh masyarakat menghadapi masalah
ini.

You might also like