You are on page 1of 8

KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)


Pada

zaman

ini

pada

umumnya

merupakan

pendidikan

yang

tidak

menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci


Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat
kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama
di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang
terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat
sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu
sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun,
kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia
telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal
dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.
SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH
(1786-1956)
TEMPOH PERTAMA (1784-1941)
Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)
Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap
pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah
mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di
negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856,
Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah
menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu,
pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa
buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-

sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab,


Latihan

Jasmani

dan

Ilmu

Alam.

Gerakan

bimbingan

juga

mula

dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri


Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To
Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils. Buku tersebut
mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan
kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah
ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I
hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang
berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka
dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan
Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di
Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan
pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan
sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan
pengajaran

sains

Barat.

Kurikulum

yang

diperkenalkan

adalah

berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat


untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya
telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah
baik.
Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan
ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai
buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan
dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free
School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak
memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam
bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13

buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah
mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah
Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular
Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India.
Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.
Perkembangan Sekolah Inggeris
Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil
usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah
ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah
dengan kadar berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan
mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan
lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan
penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di
Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah
diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu
iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu
peringkat atasan.
TEMPOH KEDUA (1946-1957)
Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun

1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah
diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan
terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan
ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan
supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran
serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini
merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta
mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.
Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)
Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah
tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti
Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan
ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman
Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.
Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969
Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah
Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan
negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan
etika

turut

ditekankan

dalam

Rukun

Negara,

iaitu

Kesopanan

dan

Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran


yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi
moral dan etika mereka.
Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan
pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran
kebangsaan bagi:

Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran


sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran
yang

wujud,

dengan

tujuan

untuk

memastikan

bahawa

keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari


segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih-lebih lagi
untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi
matlamat

negara

ke

arah

melahirkan

masyarakat

yang

bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.


(Sumber: Education In Malaysia, 1980)
Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah
rendah

iaitu

kurikulum,

kemahiran

adalah

tertumpu

kepada

bidang

komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M


dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan
program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran
vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata
pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti kokurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan
akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang
dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun
dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah
di seluruh Malaysia.
Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang
Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan
masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap
kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang
yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan

kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama
ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal
ataupun kreatif.

Pendidikan Zaman Dahulu


Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan
di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman
dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri.
Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu
China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu,
pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan
terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar
Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum
berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan
asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat
beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British.
Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem
pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran,
Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Pendidikan Zaman Sekarang
Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British,
sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransuransur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan
Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama
bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa
mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi
pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan
sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah,
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan


vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan
sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif
yang telah ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan Datang


Kerajaan

telahpun

membuat

beberapa

cadangan

untuk

melakukan

transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya


kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan
negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam
menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan,
malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan
umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi
gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan
beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu
diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika
pelajar.
Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata
pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada
komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan.
Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi
internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya
untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun
banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika
pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar
bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah
mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara
pada masa akan datang.
Kesimpulan

Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum


penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat
kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem
pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada
bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan
aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang
telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan
begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan
disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa
kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang
lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha
menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat
yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah
tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras
dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi
didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.

You might also like