You are on page 1of 7

Berikut adalah peraturan-peraturan futsal yang digunapakai oleh sebarang

pertandingan futsal di seluruh dunia. Ukuran gelanggang mungkin berlainan kerana


gelanggang yang biasa digunakan lebih kecil dari standard futsal sedunia. Oleh itu
jarak-jarak yang digunakan didalam peraturan ini bolehlah disesuaikan mengikut
ukuran gelanggang yang digunakan.
Peraturan pertama jumlah pemain
Jumlah minimum pemain untuk memulakan perlawanan : 5 termasuk penjaga gol
Jumlah minimum pemain untuk menghabiskan perlawanan : 3
Jumlah maksimum untuk pemain simpanan: 3
Maksimum pertukaran pemain : tiada
Cara-cara pertukaran : pertukaran terbang semua pemain kecuali penjaga gol
masuk dan keluar secara bebas,pertukaran penjagal gol mesti dibuat apabila bola
keluar dari permainan dan dengan perhatian pengadil.Pemain yang keluar mesti
keluar gelanggang terlebih dahulu sebelum pemainan simpanan masuk.
Peraturan kedua Alatan-alatan pemain
Peralatan sukan yang biasa jersi ,kasut,sarung kaki, shin-guards, dan kasut
futsal.
Peraturan ketiga Pengadil
Tugas menguatkuasakan peraturan, menggunakan peraturan advantage,
mencatat semua kesalahan pemain semasa dan selepas perlawanan, menghentikan
permainan bila perlu, memberi amaran dan mengeluarkan pemain yang melakukan
kekasaran, dan sikap-sikap yang tidak menonjolkan semangat kesukanan, tidak
membenarkan yang bukan pemain memasuki gelanggang ketika perlawanan
sedang berlangsung, menghentikan perlawanan untuk memastikan pemain yang
cedera telah dibawa keluar, dan menentukan bola yang akan digunakan.
Posisi berlawanan dengan kedudukan bangku pemain.
Peraturan keempat penjaga masa
Tugas memulakan masa selepas sepak mula, memaklumkan waktu habis
separuh masa pertama dan kedua kepada pengadil, mencatat kekasaran (foul) dan
memaklumkan kepada pengadil apabila sesebuah pasukan telah melakukan
kesalahan (foul) lebih 5 kali (5-foul limit), mencatat skor, pemain yang diberikan
amaran dan dikeluarkan dan informasi-informasi permainan yang relevan .
Posisi di luar garis tengah padang di zone pertukaran pemain (bangku pemain)
Peraturan kelima masa permainan

Masa permainan berlangsung selama 21 minit,separuh masa 10 minit dan


waktu rehat 1 minit.
Masa dicatat berterusan
Tiada timeout
Peraturan keenam permulaan permainan
Prosedur: lambungan duit syiling untuk menentukan sepak mula, pemain lawan di
luar bulatan permulaan, permainan bermula sejurus selepas bola disentuh oleh
pemain mula, bola tidak boleh disentuh oleh pemain mula sebelum pemain lain
menyentuh bola.
Sepak mula selepas gol dijaringkan dan sebelum separuh masa kedua.
Peraturan ketujuh bola diluar dan didalam permainan
Bola diluar permainan apabila bola sepenuhnya melintasi garisan gol atau
garisan tepi gelanggang ; apabila permainan dihentikan oleh pengadil, apabila bola
menyentuh jaring atas.
Garisan garisan tepi ( touchline) dan garisan gol dikira garisan dalam permainan.
Peraturan kelapan cara-cara menjaringkan gol
Apabila bola sepenuhnya melepasi garisan gol, diantara tiang gol dan dibawah
palang.
Peraturan kesembilan kesalahan dan kekasaran
Sepakan percuma direct diberikan kepada pasukan lawan apabila pemain secara
sengaja melakukan mana-mana 11 kesalahan berikut (sepakan penalti diberikan
apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti) :
1. Menendang atau membuat percubaan untuk menendang pemain lawan
2. Menjatuhkan pemain lawan
3. Melompat ke arah pemain lawan
4. Menerjah ke arah pemain lawan secara bahaya
5. Menerjah ke arah pemain lawan daripada belakang
6. Menyerang, membuat percubaan menyerang, atau meludahi pemain lawan
7. Memegang pemain lawan
8. Menolak pemain lawan

9. Menerjah pemain lawan dengan bahu (shoulder charge)


10. Sliding pemain lawan ( sliding tackle)
11. Memegang atau menyentuh bola didalam permainan (kecuali penjaga gol)
Sepakan percuma indirect diberikan kepada pemain lawan apabila pemain
melakukan mana-mana diantara 8 kesalahan berikut (sepakan diambil dari jarak 6
meter daripada gol apabila kesalah dilakukan dalam kawasan penalti) :
1. Bermain secara bahaya (eg: menendang bola yang dipegang penjaga gol)
2. Melakukan penghadangan
3. Menerjah penjaga gol di dalam kawasan penalti
4. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan back pass
5. Penjaga gol menangkap atau menyentuh bola menggunakan tangan kick-in
daripada pemain sepasukan.
6. Penjaga gol mengawal bola menggunakan mana-mana bahagian tubuh lebih
daripada 4 saat.
Pemain patut diberikan amaran keras (eg: dilayangkan kad kuning) apabila:
1. Pemain simpanan memasuki gelanggang daripada posisi yang salah atau pemain
gantian memasuki gelanggang sebelum pemain yang ditukarkan keluar sepenuhnya
daripada gelanggang.
2. Secara kerap melakukan pelanggaran peraturan permainan.
3. Membangkang mana-mana keputusan pengadil.
4. Didapati bersalah melakukan perbuatan yang tidak menonjolkan semangat
kesukanan.
4 layangan kad kuning boleh menyebabkan pemain lawan diberikan sepakan
percuma indirect daripada tempat pelanggaran (atau dari jarak 6 meter apabila
pelanggaran dilakukan dalam kawasan penalti).
Pemain harus dikeluarkan (dilayangkan kad merah) apabila melakukan :
1. Kekasaran yang serius
2. Kelakuan ganas
3. Kekasaran atau berbahasa kasar

4. Kali kedua melakukan kesalahan yang diberikan amaran (kad kuning kedua)
5. Dengan sengaja menghalang peluang jaringan gol dalam kawasan penalti
dengan menggunakan tangan.
Sepakan percuma direct (atau sepakan penalti) diikuti dengan pengeluaran
pemain untuk kesalahan 1,2,dan 5 dan sepakan percuma indirect untuk kesalahan
3 dan 4 (sepakan dari garisan D apabila kesalahan dilakukan di dalam kawasan
penalti)
Peraturan pemain dibuang padang.
Pemain yang dibuang padang (dilayangkan kad merah) dikeluarkan untuk
keseluruhan permainan dan tidak dibenarkan untuk duduk di bangku simpanan.
Pasukan yang pemainnya dibuang padang boleh membawa masuk pemain
simpanan sebagai ganti pemain yang dibuang padang selepas 2 minit permainan
atau selepas pihak lawan sudah menjaringkan gol (selepas salah satu berlaku).
Masa hukuman 2 minit di periksa oleh penjaga masa (atau pembantu pengadil).
Pemain gantian tidak boleh masuk tanpa kebenaran pengadil dan bola mestilah di
luar permainan.
Peraturan kesepuluh sepakan percuma
Jenis : langsung (direct) dan tidak langsung (indirect)
Benteng : sekurang-kurangnya 3 kaki daripada bola sehingga bola dimainkan.
Bola dalam permainan : selepas bola telah bergerak di dalam lingkungannya.
Had masa: sepakan mesti diambil dalam 4 saat.
Syarat : Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola semula sebelum bola
disentuh pemain lain.
Peraturan kesebelas Kesalahan akumulasi.
Kesalahan akumulasi merujuk kepada semua kesalahan yang disebut dalam
peraturan kesembilan.
Apabila sesebuah pasukan mengumpul 5 kesalahan akumulasi semasa separuh
masa ( kesalahan di masa tambahan dikira sebagai separuh masa kedua), daripada
kesalahan keenam:
Pasukan yang melakukan kesalahan tidak dibenarkan membuat benteng
pertahanan semasa sepakan dibuat.
Semua sepakan mestilah secara langsung

Kesalahan yang dilakukan di dalam jarak 12 meter daripada garisan gol harus
dihukum dengan sepakan percuma langsung dari tempat kesalahan dilakukan atau
dari tempat pengambilan penalti kedua (2nd penalty spot) ;kesalahan yang
dilakukan di luar jarak 12 meter mestilah dihukum dengan sepakan percuma
langsung di tempat pengambilan penalti kedua.
Prosedur :
Sebelum bola disepak, semua pemain selain penjaga gol dan pengambil sepakan
percuma mestilah berada di luar garisan imaginary yang sejajar dengan garisan
gol dan satu garis dengan garisan melintang di mana bola akan disepak.
Penjaga gol mestilah berada di kawasan penalti sekurang-kurangnya 5 m daripada
bola.
Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat untuk menjaringkan gol
Tiada pemain lain yang boleh menyentuh bola sehingga bola menyentuh
gelanggang, melantun daripada tiang gol atau palang gol, atau bola keluar daripada
gelanggang.
Jika kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma diambil dari
jarak 6 m terdekat dari gol di mana kesalahan dilakukan (sepakan bukanlah
sepakan penalti)
Peraturan ke -12 sepakan penalti
Diambil dari tanda sepakan penalti di tengah-tengah garisan yang berjarak 6 m
dari gol. (penalty spot)
Pengambil sepakan mestilah mensasarkan gol dengan niat menjaringkan gol.
Semua pemain lain mestilah berada di luar kawasan penalti dan pemain lawan
mestilah berada sekurang-kurangnya 5m daripada tempat pengambilan sepakan
penalti.
Peraturan ke- 13 sepakan masuk
Diambil dari tempat lontaran masuk.
Bola mesti menyentuh garisan tepi sebelum disepak masuk.
Kaki yang tidak menyepak bola mestilah diluar garisan atau menyentuh garisan
tepi; jika melebihi garisan tepi, sepakan masuk diberi kepada pemain lawan.
Sepakan masuk mestilah diambil dalam masa 4 saat, jika tidak,sepakan masuk
diberi kepada pemain lawan.

Pemain yang mengambil sepakan masuk tidak boleh menyentuh bola sebelum
pemain lain menyentuhnya ; pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan
pemberian sepakan percuma tidak langsung kepada pemain lawan dari tempat
pelanggaran berlaku.
Pemain lawan mestilah berjarak 5 m dari tempat sepakan masuk dibuat
Gol dibuat langsung dari sepakan masuk tidak akan dikira.
Peraturan ke-14 Gol clearance
Diambil dari tempat goal kick
Penjaga gol mestilah berada di dalam kawasan penalti semasa membaling bola.
Bola tidak dikira dalam permainan jika belum melepasi kawasan penalti. Jika goal
clearance diterima di dalam kawasan penalti, goal clearance mestilah diambil
semula.
Peraturan ke- 15 Sepakan sudut
Bola mestilah di sudut. Jika bola tidak diletak dengan betul, sepakan sudut
mestilah diambil semula.
Diambil dalam masa 4 saat; jika tidak ,sepakan percuma tidak langsung diberi
kepada pemain lawan.
Pengambil sepakan tidak boleh menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuh
bola ; pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan pemberian sepakan percuma
tidak langsung kepada pemain lawan dari tempat pelanggaran berlaku.
Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 m daripada tempat sepakan
sudut dibuat.
Jaringan gol secara langsung daripada sepakan sudut akan dikira.
Extra sepakan penalti penentuan
Pengadil menentukan gol mana yang akan digunakan.
Balingan duit syiling untuk menentukan giliran.
5 sepakan diambil oleh pemain yang berlainan daripada setiap pasukan ; kapten
setiap pasukan akan memberi 5 nama ini kepada pengadil sebelum sepakan
diambil.
Jika masih seri selepas 5 sepakan, sepakan penalti tambahan akan diambil
berdasarkan peraturan kalah-mati (sudden-death basis) oleh pemain yang masih
belum mengambil sepakan.

Pemain yang dibuang gelanggang semasa perlawanan tidak boleh mengambil


sepakan ini.
Mana-mana pemain yang layak dalam pasukan boleh menggantikan penjaga gol
nya mengambil sepakan.
Semasa sepakan penalti penentuan berlangsung, pemain akan tetap berada di
separuh gelanggang lain.
Extra 2 mata
3 mata untuk menang.
1 mata untuk seri.
0 mata untuk kalah.

You might also like