You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN PENDIDIKAN LUAR


Dewasa ini program-program yang berbentuk aktiviti luar telah mendapat perhatian
masyarakat. Kelab-kelab atau persatuan semakin kerap menganjurkan program
atau aktiviti luar. Kementerian Belia dan Sukan khususnya Bahagian Rakan Muda
memperuntukkan belanjawan yang besar untuk aktiviti-aktiviti rekreasi seperti
mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya (Masrina, 2000).
Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah mengubah modul
pembelajarannya yang sebelum ini dijalankan secara dua peringkat di kem dan di
institusi pengajian tinggi. Perubahan pusat pembelajaran kepada kem perkhemahan
secara keseluruhannya menunjukkan terdapat nilai yang tinggi yang akan diperolehi
daripada aktiviti perkhemahan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, dalam ucapannya menegaskan, ciri-ciri utama remaja yang mampu untuk
membawa negara ini mencapai status negara maju ialah kekukuhan perpaduan,
mempunyai perwatakan yang baik, mempunyai nilai murni dan mempunyai
matlamat hidup yang besar (Hatta, 2005).
Walau bagaimanapun, pelbagai persoalan timbul tentang kesan dan faedah yang
diperolehi daripada pendidikan luar. Pengakuan masyarakat terhadap pendidikan
luar masih belum sama. Bahkan banyak kajian yang dijalankan tidak menunjukkan
perkembangan hasil yang signifikan (Leberman, 1989; Mackay, 1981; Paxton &
McAvoy, 2000; petikan dari Shepard & Speelman, 1986; m.s. 5).
Pusat Perkembangan Kurikulum (1989; petikan dari Abu Bakar Sidek, 2004) telah
menggariskan Falsafah Pendidikan Luar sebagai: Alam semulajadi merupakan
sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan
dengan amalan yang bolehmemperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai
murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani
dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah kesepaduan
nasional.
Pendidikan luar pada asasnya boleh didefinisikan sebagai penggunaan sumbersumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan
(Knapp, 1990). Ianya adalah merupakan suatu aktiviti yang menarik yang mana ia
boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti seperti rekreasi, aktiviti sosial dan aktiviti
ibadah selain untuk pendidikan. Dalam dunia pendidikan ia disifatkan sebagai
merentas kurikulum. Selain itu pendidikan luar juga merupakan salah satu media
yang membekalkan pembelajaran melalui pengalaman. Perkara ini turut diakui oleh
Meier dan Mitchell (1993), yang menyatakan bahawa pendidikan luar termasuklah
semua jenis pengalaman yang meningkatkan pengetahuan, tingkah laku atau
kemahiran luaran dan membantu membuatkan kita lebih menghargai. Selain itu
aktiviti pendidikan luar juga menghasilkan pengalaman yang membolehkan
interaksi dan mengetahui persekitaran alam semulajadi (Brookes, 1994).

1.1 Pendidikan Luar di Malaysia


Di Malaysia pendidikan luar dijadikan sebagai satu medium untuk masyarakat
mendekatkan diri dengan alam. Perkara ini terbukti apabila pendidikan luar
mendapat tempat dalam ruang pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, Maktab
Perguruan Ilmu Khas mengadakan pengkhususan pendidikan jasmani kepada guruguru pelatih pada tahun 1960-an. Terdapat mata pelajaran pendidikan luar yang
diajar kepada pelatih di mana aktiviti perkhemahan termasuk dalam sukatan
pelajarannya (Abdul Alwi, 1992).
Seterusnya kegiatan pendidikan luar berkembang di kalangan pelatih maktab
perguruan di seluruh Malaysia pada tahun-tahun berikutnya. Pada akhir tahun 1970an, kursus pendidikan luar telah mula diperkenalkan di Universiti Pertanian Malaysia
(UPM), apabila Program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
di wujudkan di Fakulti Pengajian Pendidikan (Abdul Alwi, 1992).
Disekitar tahun 1970-an, pendidikan luar mula diaplikasikan di sekolah-sekolah
melalui kegiatan pendidikan jasmani dan kegiatan ko-kurikulum. Namun begitu
kegiatan ini kurang menyerlah disebabkan kurangnya pengalaman dan
pengetahuan di kalangan guru dalam mengendalikan perkhemahan yang
bermakna dan memberi menfaat kepada pelajar (Kamal, 1997).
Ekoran dari itu, pada 1990-an kesedaran tentang kepentingan pendidikan
luar terus meningkat di kebanyakan universiti yang menjalankan Program
Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan. Keadaan ini berkemungkinan bagi malahirkan
guru yang mampu mendidik pelajar bukan sahaja dari aspek jasmani
tetapi aspek rohani.

1.2 Apa itu pendidikan luar ?


Pendidikan luar boleh didefinisikan sebagai sebarang proses pengajaran dan
pembelajaran yang merentasi pelbagai matapelajaran dan dijalankan samada di
dalam atau di luar bilik kuliah (Ford, 1981). Ia merangkumi banyak subjek yang
berkaitan secara langsung dengan alam persekitaran dan situasi hidup sebenar di
luar bilik kuliah. Pendidikan luar menumpukan kepada penggunaan teknik
pembelajaran secara hands-on, untuk mendapat pengetahuan. Buku bacaan perlu
disokong dengan pengalaman agar pelajar dapat memahami isi kandungannya
dengan lebih mudah. Maka ia merupakan suatu pendekatan pembelajaran bersifat
realistik yang mengandungi elemen kognitif, psikomotor dan afektif yang berpusat
kepada pelajar (Kraft, 1985 petikan dari Priest & Gass,1997; m.s. 17).
Gabungan elemen kognitif, psikomotor dan afektif akan menyumbang kepada
pembinaan penghargaan diri (self-esteem), ke arah pembentukan pelajar yang sihat
mental dan fizikal (Edginton,1998). Tokoh teori learning by doing John Dewey

(1939, petikan dari Brown, 1998) menyatakan wujud keperluan dan hubungan yang
rapat antara pengalaman sebenar dan pendidikan. Selain itu, pendidikan luar
membantu memperkembangkan fizikal yang diingini, mental, sosial dan semangat
yang berkualiti (Meier & Mitchell,1993).

1.3 Pendidikan Luar


Pada masa kini pelbagai penulisan menegaskan yang konsep pendidikan
luar adalah terdiri daripada aktiviti mencabar, aktiviti fizikal, aktiviti mengembara
atau aktiviti persekitaran (Ford, 1986). Pendidikan luar adalah proses yang
berasaskan pada aktiviti berstruktur yang mana menggunakan alam semulajadi
atau persekitaran tiruan untuk menentukan kekuatan individu atau intrapersonal
dan interpersonal kumpulan (Priest, 1990; petikan dari Hammersley, 1992; m.s.
63).
1.4 Definisi Pendidikan Luar
Secara umumnya terdapat pelbagai definisi tentang pendidikan luar. Pendidikan luar
bermaksud pembelajaran di dalam dan di luar rumah. Ini bermakna tambahan dan
pengkayaan kurikulum, menerusi pengalaman di luar (Smith, Carlson, Donaldson &
Masters, 1972). Manakala Knapp (1990), mendefinisikan pendidikan luar sebagai
penggunaan sumber di luar kelas untuk mencapai matlamat dan objektif
pendidikan. Definisi lain menyatakan pendidikan luar adalah proses pengalaman
iaitu pembelajaran dengan melakukan (Priest, 1986). Selain itu Gair (1997),
mendefinisikan pendidikan luar sebagai meliputi sebarang aktiviti pendidikan dalam
persekitaran terbuka samada di bandar atau di pedalaman.
Walau bagaimanapun definisi-definisi ini telah dikritik oleh pelbagai pihak. Ramai
pengkaji percaya yang pendidikan luar tidak hanya tertumpu kepada alam
semulajadi sahaja tetapi juga kawasan yang tertutup (Smith, Carlson, Donaldson et
al, 1972; petikan dari Md Amin, 2003; m.s. 21).
Secara umumnya walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat dan
idea dalam mendefinisikan maksud sebenar pendidikan luar, ramai pengkaji
bersetuju yang proses pembelajaran pendidikan luar berlaku dalam model
pembelajaran berasaskan pengalaman (Rajah I).

Rajah 1: Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984; petikan dari


Priest & Gass,1997; m.s 145).
Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu,
mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya
pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984;

petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144). Berdasarkan perbincangan dan kesemua
definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji
mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif
pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka
atau semulajadi.
1.5 Apakah matlamat Pendidikan Luar ?
Seperti definisinya yang berbagai, matlamat pendidikan luar juga pelbagai rupa.
Priest dan Gass (1997) menyeranaikan empat program untuk mencapai tujuan
seperti berikut mengikut hairaki kepentingannya.
Program bermatlamat untuk yang pertama rekreasi yang bertujuan untuk
mengubah cara manusia merasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan,
keseronokkan dan bersuka ria. Yang ke dua melalui penddidikan yang betujuan
untuk mengubah cara manusia berfikir dan merasai nikmat dimana matlamatnya
ialah untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan. Yang ketiga pertumbuhan
yang bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir dan
bertindak dan matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan
diri sendiri dan menghasilkan self esteem. Dan akhir sekali ialah melalui
pemulihan dan mengubah panduan yang bertujuan mengubah cara manusia
merasai nikmat, berfikir, bertindak dan menentang.
Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003) bercadang
menambah 3 lagi program ke arah matlamat memupuk kemasyarakatan,
perhubungandan kekeluargaan, ekosistem, rohaniah.
Antara aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan dalam pendidikan luar ialah aktiviti
perkhemahan, snorkeling, orienteering, kayak, ikhtiar hidup, absiling, keyakinan dan
keselamatan air dan sebagainya. Orienteering merupakan tajuk utama kajian kami
bagi pendidikan luar kali ini maka mari kita sama-sama mengupaskan tentang
sejarah, aktiviti dan sebagainya mengenai orienteering.

2.0 ORIENTEERING

2.0 PENGENALAN
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik
pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran
membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan
imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu
mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain
dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah
ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan
tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh
diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan
acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan,
kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi,
cabaran dan risiko tersendiri.
Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan
angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan
pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung
kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap
digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah
ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air
mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat
perkampungan dan arah tiupan angin.

3.0 Sejarah dan perkembangan


3.1 Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam
tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih
kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai Bapa
Orienteering. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi beberapa aspek
iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah seseorang itu memerlukan
daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek stamina
merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina
memainkan peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka
aktiviti yang terdapat dalam orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar.
Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga merupakan aspek yang penting
kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan teknik berlari
dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang
berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari
pada permukaan yang mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari
yang betul bagi memudahkan aktiviti berjalan..
Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti
orienteering kerana kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang
itu semasa menghadapi liku-liku dan cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif
atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai kejayaan. Selain penggunaan
skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.
IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanankejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering
Championships (WOC), World Cup (WC), Junior World Orienteering Championships
(JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC), World Masters
Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering terbesar
yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan
antara 15000 hingga 25000 orang.

3.2 Perkembangan di Malaysia


Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan
Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983.
Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti
dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA)
pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama
telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun

1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun
1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor,
Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw.
Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.

4.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING


Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan
Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini,
hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)


Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
Orienteering Malam (Night Orienteering)
Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
Norwegian Event

4.1 Kebaikan sukan orienteering


Sukan untuk semua
Meningkatkan kecergasan fizikal
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
Memberi cabaran & keseronokan
Membina sikap positif & keyakinan diri
Menggunakan persekitaran yang sihat
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas

5.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN


Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan
bagi menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti
berikut:
i. Titik kawalan (Control point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah check-point kerana ia tiada penjaga dititik ini.

ii. Penanda kawalan (Control marker)


Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.

iii. Kad kawalan (Control card)


Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acarasebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini
perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa
penamat.
iv. Peta utama (Master map)
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan
keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk teks tetapi
dalam bentuk kod/gambarajah.

vi. Landasan (Course)


Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama
dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- Leg adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)

Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.


Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

6.0 PENGETAHUAN ASAS


Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
i. Teknik membaca peta
ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

6.1 Teknik Membaca PetaTopo


6.1.1 Definisi
Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan.
Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang
akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan
berkenaan.
Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta
kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang
dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang
menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya,
sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk
aktiviti orienteering ialah peta topographi.

6.1.2 Jenis-jenis peta


Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara
peta-pta yang diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus,
atlas, peta imejan satelit dan peta orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat
dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang sesuai digunakan ialah peta
orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk peta, Arah
Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta,
garisan melaras utara-selatan, Kredit kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja
dan sebagainya.

6.1.3 Warna-warna dalam peta


Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah : Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
Perang - kontor & jalanraya
Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
Biru - kawasan berair

Rajah 1: Contours

Rajah 2: Peta Orienteering

6.1.4 Bentuk muka bumi


Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang
samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah : Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

6.1.5 Maklumat Peta


Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:
i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta seperti
gambarajah 1 dibawah:

Gambarajah 3: Bingkai Peta

ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar
keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.
Rajah 4: Maklumat gambar peta

Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan
difahami ialah penafsiran garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi
sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.
Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan
antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki
atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak
dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian,
kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapatrapat, ini berertibahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama,
maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya garis kontur berbentuk
"V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya
menuju ke atas bukit. Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.

6.1.6 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama
di atas tanah. Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta
dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta
itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000 bermaksud setiap satu unit sukatan di atas
peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah seperti 1
em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas tanah.

6.1.7 Garisan Grid


Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan
garis-garis melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan
membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka
sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99. Garisan
girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di
mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka
timuran dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur
(timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).

6.1.8 Utara peta


Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah
magnetik utara yang ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas

peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga
jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.

6.1.9 Mengukur Jarak


Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu
pembaris skil kompas dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.

6.2 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah
hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat
bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu
tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi. Ketetapan sesuatu kompas
adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi keadaan
sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu
digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah
yang paling sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.

6.2.1 Jenis kompas


Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan
navigasi. Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin,
Kompas Kiblat, Kompas Digital. Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai
bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip
compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua jenama yang
popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.

6.2.2 Anatomi kompas orienteering

Gambarajah Kompas Silva


PETUNJUK
1. Skala dalam mm dan inci
2. Kepingan tapa telus cahaya

3. Utara dial
4. Jarum magnetik Utara
5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan
pengarah.
6. Anak panah arah perjalanan
7. Kanta pembesar
8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)
9. Anak panah
10. Dial
11. Lubang untuk ikat tali

6.2.3 Mengukur, bearing di atas peta


Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang
ditandakan di atas peta boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di
antara titik K dan titik L.
a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang
ditanda di peta. Jika garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh
kompas, aturkan supaya satu daripada bahagian tepi kornpas selari dengan garisan
penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara menghala ke arah titik yang
hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak dicari ialah L.
Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak
panah kompas dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada
masa yang sama jarum utara kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

6.2.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah


Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah
seperti berikut:
a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.
b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak
tangan rata. Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang
hendak dicari bearing. Selepas itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga
anak panah mara betul-betul menghala kepada objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga
jarum kornpas bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum
kompas sehala dengan utara anak panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi
pada bacaan yang ada di garisan indeks.

6.2.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas


a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di
atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari
dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum
kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian
peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.3 Panduan Lazim


Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain
yang boleh digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini
memerlukan pengalam dan penelitian yang terang dan jelas. Di antara panduan
lazim yang biasa digunakan ialah:

a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui
melalui bayang-bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka
bolehlah kita tentukan arah yang hendak kita tuju.

b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui
arah mata angin dengan berpandukan bulan pada waktu malam

c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat
d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh
yang demikian, jika kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan
dari situ dapatlah kita menentukan semula arah.

Gambar rajah 7 : Cara Menunjukkan Peta


7.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU
7.1 Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk
memastikan perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara

yang perlu diberi perhatian dalam perancangan adalah seperti berikut:


a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.
b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh
ditemui di hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh
ditemui di sepanjang perjalan sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan
memudahkan perjalanan.

Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan
gunung. Ada baiknya mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini
kawasan menurun yang curam dapat dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan
tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air. Kawasan baik sebagai
tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum ke kawasan
lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.
e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah,
walaubagaimanapun patut mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya
berpaya, berbelit dan mudah banjir.
Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk
sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan
yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya
tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika kehilangan haluan kita hendaklah
berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan menyemak
semula arah laluan.

7.2 Kaedah Pergerakan


7.2.1 Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.

b) Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat.


c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu
malam gelap. Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah
dilihat dan didengar panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan
kecil untuk mencari jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk
rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan
semua telah melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini
kurang memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan
memasukkan tangan di dalam saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa
galas, hendaklah sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan
seimbang.

7.2.2 Bergerak waktu malam


Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan
kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan
kita mudah kehilangan arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas
untuk memandu pergerakan amatlah perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa
menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping melangkah dengan perlahan
dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung


Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi
iaitu mengikut permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa
kerana ianya mungkin menempoh jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar
hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah
dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin
amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig
adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang
curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari
tapak.

7.2.4 Bergerak di dalam hutan


Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas
tumbuhan untuk memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil,
hendaklah dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak
menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan,
terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya

yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

7.2.5 Menyeberengi sungai


Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang
surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing,
curam dan berbatu-batu.
d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya
ketegangan otot. Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera
keringkan seluar selepas sampai ke darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju
hendaklah membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan
memudahkan kita menyeberang.

7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan


Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu
situasi yang lain. Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke
sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

7.2.7 Keadaan muka bumi Kelajuan


tanah lapang .4 - 5 kmj
mendaki .2 -2.5 kmj
meredah hutan rata.. 2.5 - 3.5 kmj
meredah hutang lereng 1 - 1.5 kmj
meredah lalang tebal 0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal 0.1 - 0.3 kmj
meredah hutan pava dalam 0.1 - 0.2 kmj

Gambarajah 9 : Menggunakan tongkat mengukur kedalaman dan kelajuan air.

8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN


8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah
apabila kita didak sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva.
Dalam keadaan ini
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak
dapat memastikan di tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati
sasaran, maka gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada
manusia. Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya
sehinqqa ke sungai dan berjumpa perkampungan.
8.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan
Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari
berlakunya sesat jalan.
a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan
muka bumi yang ditempuhi.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan
menandakan ciri-ciri muka bumi yang ditemui
d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah
dihentikan segera. Selepas semakan dan pembetulan ke atas bacaan kompas dan
peta dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.
9.0 PERSEDIAAN SUKAN
9.1 Persediaan Peserta
Maklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa
pengambilan borang permohonan. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan
jarak perjalanan, keperluan makanan dan minuman serta keperluan yang patut
dibawa, jenis pakaian yang perlu dipakai.

9.2 Pemilihan Peserta


Peserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. Bagi peserta di bawah
umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. Keutamaan akan diberi
kepada peserta yang boleh membaca peta dan menggunakan kompas.

9.3 Peralatan

a. Kad perlumbaan
Kad ini merupakan kad yang "standard" digunakan untuk menentukan pesertapeserta sampai ke titik-titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi
maklumat seperti nama, alamat/ institusi, nombor permulaan, kelas, waktu
permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkan pertandingan dan tempat
penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang mengikut
perlumbaan.
b. Kertas Rekod
Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua
peserta, nombor permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya
dipegang dan disimpan oleh pihak penganjur di tempat perlumbaan.
c. Peta
Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan
tambahan mesti dimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda
atau dibulatkan di dalam peta dan disambung dengan garis arah laluan mengikut
susunan dan setiap titik itu diberi nombor.

d. Kertas Penerangan
Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti
ditemui oleh setiap peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum
pertandingan dimulakan.

e. Jam Randik
Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa
permulaan dan penamat.

f. Kompas
Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi

g. Sepanduk
Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
h. Penanda Kawalan
Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.

i. Papan Hitam/Putih
Diperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk

pengetahuan umum.

j. Keperluan Lain
Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan
dan keseronokan untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan
lain-lain.

9.4 Kemahiran asas


Kemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca
peta dan menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah
dengan berkesan dalam perlumbaan jika para peserta tidak mempunyai kemahiran
asas tersebut maka pihak penganjur perlu memberi penerangan terlebih dahulu
supaya dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak dingini
berlaku semasa pertandingan sedang berlangsung.

Gambar rajah: Kad Perlumbaan


10.0 PENGENDALIAN SUKAN
10.1 Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan
i. Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih.
Sediakan pegawai di tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan
peserta mematuhi peraturan
ii. Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.
iii. Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi
penerangan mengenai syarat-syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain
yang perlu.
iv. Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0
: 00 dan peserta berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan
seterusnya.

10.2 Taklimat Peserta


Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula.
Taklimat ini diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta
berhimpun. Semasa taklimat ini segala maklumat mengenai pertandingan seperti
peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan perlumbaan dan maklumat-maklumat
lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua peserta. Penerangan
sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi
kepada peserta.

10.3 Pengadilan
Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan
berpengalaman dalam sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat,
kumpulkan perlumbaan dan isikan waktu ia sampai ke dalamnya. Periksakan
penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui peserta tersebut. Jika
terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya jika
semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk
menghabiskan perlumbaan. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas
rekod peserta itu. Dengan itu peserta boleh mengetahui jangka masa yang
diperolehi dan kedudukannya berbanding dengan peserta lain. Pemenang
pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa yang
pendek.

10.4 TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR


Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan
menerima segala maklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan
di mana-mana tempat yang lapang dan jauh dari tempat permulaan.
Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari
kawasan berhimpun ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini
peserta akan diberi semua keperluan yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta,
kompas dan kertas penerangan. Tempat penamat sebaik-baiknya berdekatan
dengan kawasan permulaan. Di slnl juga merupakan tempat semua pegawai
penjaga waktu, rekod dan pengadil berkumpul.

11.0 PERTOLONGAN CEMAS


Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti
kemalangan dan kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan
cemas hendaklah diambil. Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai
bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.
Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran
pertolongan cemas amat digalkkan.

12.0 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING


12.1 Aktiviti 1: Pandu Arah dan Orienteering
Aktiviti ini menggunakan konsep sukan orienteering dan digabungkan dengan
pemerhatian alam semulajadi disesuatu stesen. Kesedaran dan keprihatinan
masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu peluang yang
baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah
ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan
dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang
perlu bagi sesiapa yang terlibat.
Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan
mereka kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang
perlu mereka jawab dan cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan
kepentingan alam sekitar kepada mereka.

OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.
PERALATAN
Kompas
Kad kompas dan soalan
Peta kawasan
Wisel
CARA PERLAKSANAAN
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan
akan melantik seorang ketua.
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan.
Pada kad kompas terdapat beberapa check pointyang perlu dicari. Setiap check
point pelajar dikehendaki membuat pemerhatian di stesen tersebut serta
menjawab soalan yang telah disediakan.
3. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk
daun yang ada dan terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki
membandingkan corakcorak akar banir dan fungsinya.

4. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan


menggunakan kompas untuk mencari arah.
5. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .
6. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
7. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
8. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab
semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu
melalui denai atau kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan
kesemua check point dan soalan yang akan diberikan).
Check Point 1
Bearing : 156
Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa
Tempat orang berehat
Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi
daun kepada tumbuhan

You might also like