You are on page 1of 17

PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARURAT DI MALAYSIA

PENGURUSAN PELANCONGAN (DUP1B)


PENGAJIAN MALAYSIA (DUB1012)
DISEDIAKAN OLEH :

NUR AMYLIA SHAMEERA BT ISMAIL (19EUP14F2001)


RAIHANA BT NOOR LOKMAN (19DUP14F2056)
FATIN FAHANA BT JASMI (19DUP14F2058)
NOOR FATIN FATINAH BT AWANG SAMAH (19DUP14F2052)
ZAINI BT ISMAIL (19DUP14F2059)
SITI ZULAIKHA BT MT JAIB (19DUP14F2034)

PENGENALAN DARURAT
Dalam pengertian biasa, darurat ialah keadaan luar biasa yang mengizinkan
hal yang dilarang dalam keadaan biasa atau normal.
Dari segi undang-undang, termasuk juga dari segi hukum Islam, itulah juga
konsep dan pengertian darurat.
Dari segi prinsip, kuasa atau keharusan yang berpunca daripada darurat
adalah bertentangan dengan inti sari dan tuntutan perlembagaan.
Pertentangan kuasa dengan sendirinya menekankan bahawa darurat
merupakan sesuatu yang bersifat sementara
Darurat berfungsi menangani keadaan yang kritikal dan tidak terkawal oleh
undang-undang biasa.
Perlembagaan juga mengizinkan kuasa darurat atas alasan untuk
menyelamatkan demokrasi dan bukan sebaliknya.
Darurat dibawah Perlembagaan Persekutuan hanya boleh diisytiharkan oleh
Yang di-Pertuan Agong.

Selain daripada negara Malaysia, antara negara-negara lain yang


menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan darurat dalam
perlembagaan mereka ialah India,Amerika Syarikat dan juga United
Kingdom.
Perisytiharan darurat yang pertama telah dibuat pada tahun 1948
ketika negara sedang berhadapan dengan ancaman komunis.
Kuasa darurat juga terkandung di bawah Perlembagaan Persekutuan,
khususnya Perkara 150.

CONTOH DARURAT TERBESAR YANG


PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA
Darurat Mei 1969
Darurat Komunis 1948

DARURAT 13 MEI 1969


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda.
Mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969"
merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimental menjadi tema
utama sepanjang kempen Pilihan Raya yang telah menaikkan semangat
kaum-kaum di Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon Pilihan Raya serta ahli-ahli
politik terutamannya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan
soal sensatif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kelayakan
orang bukan Melayu.
Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam


pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka
tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan
isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.
Sebelum pihak pembangkang membuat perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur, mereka telah meminta permit polis bagi perarakan
kemenangan melalui jalan yang ditetapkan.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong
kepada kejadian tersebut seperti membawa penyapu yang menunjukkan
simbol menyapu keluar orang melayu dari Kuala Kumpur.
Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan
kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.

Di Jinjang Kepong, kematian seorang cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis.
Perarakan kematian itu bertukar menjadi perarakan kemenangan Pilihan Raya dengan
menghina Melayu.
Pada hari selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf
diatas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf
sudah terlambat.

Pada tarikh yang sama iaitu pada pagi 13 Mei 1969, UMNO telah mengadakan
perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari
kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak sama sekali dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di jalan Raja Muda
Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dato Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan
keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata
pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato
Harun Idris untuk mengamuk.
Pada pukul 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di
Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.
Selepas itu, dua penunggang motosikal cina yang melalui jalan Kampung Baru
telah dipancung. Sebuah van yang membawa rokok dibakar dan pemandunya
dibunuh.

Akibat pembunuhan itu, pemuda-pemuda cina yang dikatakan dari


PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka
membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur dengan
berpakaian lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan
lembing berparang dihujung.
Ketika inilah rusuhan terjadi dan perintah darurat dikeluarkan, semua
orang tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Pasukan polis berkawal disekitar Kuala Lumpur manakala tentera dari
Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar
Kuala Lumpur.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan
yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara
orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Selain itu beberapa das
turut ditujukan kearah rumah Menteri Besar Selangor.

DARURAT KOMUNIS 1948


Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan
British di Malaya dari tahun 1948 sehinggalah tahun 1960.
Darurat ini telah diisytiharkan di Johor pada 16-09-1948.
Darurat ini diisytiharkan akibat dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa
istimewa kepada pihak polis dan langkah-langkah lain yang bertujuan mengongkong
kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM)
Punca darurat ini adalah kerana orang di Tanah Melayu telah dipengaruhi oleh orang
Jepun dan oleh kerana itu, pembunuhan seramai 3 orang pengurus ladang
berbahasa Inggeris di Sungai Siput,Perak telah berlaku.
Sebulan selepas kejadian pembunuhan itu, PKM telah diharamkan dan ianya telah
menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli PKM kerana jasa mereka
telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
Selepas itu, Ketua PKM telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana
menjadi kepada agresif iaitu dengan pembunuhan.

PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta


penubuhan Persatuan Buruh Baru.
Namun permogokan tersebut gagal dan undang-undang baru telah dibuat oleh
British untuk melemahkan PKM.
Disebabkan PKM masih tidak berpuas hati, mereka telah menggunakan cara
kasar seterusnya iaitu dengan menyerang menggunakan senjata untuk
mendapatkan apa yang diinginkan oleh PKM.

KESAN AKIBAT DARURAT

KESIMPULAN DARURAT
Darurat tidak pernah menghalang cita-cita utama sebahagian besar rakyat yang
mahukan kemerdekaan.
Peluang ke arah kemerdekaan terus terbuka cerah setelah kerajaan menyedari
dan mengambil pendekatan bahawa keganasan komunis tidak wajar diatasi
dengan kekerasan bersenjata semata-mata.
Pembanterasan komunis mula menampakkan kejayaan setelah orang Melayu
menyahut seruan pemimpin dan kerajaan dengan melibatkan diri dalam pasukan
keselamatan.
Mereka turut sama membuat pertahanan sendiri di kawasan petempatan masingmasing.
Bagi orang bukan Melayu pula (terutamanya orang Cina) telah menunjukkan sikap
bekerjasama dengan tidak membantah apabila dipindahkan.
Oleh kerana tenaga kerja masih ada dan simpati orang ramai belum lagi luput
sepenuhnya, perjuangan mereka belumlah dianggap selesai. Jadilah perjuangan
mereka seperti agenda perjuangan yang belum selesai .

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like