You are on page 1of 12

LAPORAN PELAKSANAAN

PROGRAM 5S
ANJURAN
UNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK
TAHUN 2009

DI SEDIAKAN OLEH:

ROSLIAH ABU BAKAR


KETUA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

1.0

PENGENALAN

Amalan 5S merupakan proses pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun
dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf
awalan S yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton,
Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa
Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Selain daripada itu, ia dapat

menyumbang kepada proses penambahbaikan terhadap

persekitaran tempat kerja yang memberi keutamaan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan
keselamatan di tempat kerja.

Oleh yang demikian , Unit Teknologi Elektrik mengambil inisiatif ini untuk melaksanakan
amalan 5S di Makmal Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektornik dan Bengkel Pendawaian
Elektrik

2.0

OBJEKTIF
Tujuan Amalan 5S ini dilaksanakan bagi Program Teknologi Elektrik ialah untuk:-

i)

Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih bersih, kemas dan
tersusun rapi;

ii)

Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih selamat;

iii)

Mengelakkan berlakunya pembaziran terhadap stok bahan luak di makmal dan


bengkel;

iv)

Mewujudkan displin untuk menjaga kebersihan di kalangan staf dan pelajar yang
menggunakan makmal dan bengkel;

v)

Memudahkan urusan penyelenggaraan;

vi)

Meningkatkan semangat kerja berpasukan;

vii)

Meningkatkan imej korporat organisasi;

3.0

AKTIVITI 5S

3.1

Lawatan Benchmark
Untuk melaksanakan amalan 5S,

Unit Teknologi Elektrik telah mengadakan

lawatan benchmark ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman pada 4 Disember 2008.

3.2

Taklimat 5S
Taklimat 5S telah diadakan kepada semua staf Unit Teknologi Elektrik pada 2
Januari 2009 di Makmal Autocad. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua
Program Teknologi Elektrik (Puan Rosliah Abu Bakar) yang telah menghadiri
kursus Pendedahan 5S anjuran unit kualiti KKKL bersama Sirim Berhad.

3.3

Pembentukan Kumpulan 5S
Dalam Program Teknologi Elektrik, terdapat 3 makmal/bengkel iaitu Makmal
Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektronik dan Bengkel Pendawaian Elektrik.
Oleh itu 3 kumpulan 5S telah dibentuk untuk mewakili setiap satu makmal dan
bengkel pada 2 Januari 2009. Butiran kumpulan adalah seperti berikut.

Nama Kumpulan

Ahli Kumpulan

KAIZEN
(Bengkel Pendawaian Elektrik)

Md Rizal Ramli (Ketua)


Rosliah Abu Bakar
Saidatuljulia Shamsuddin
Nur Hanim Ariff
Fardanadia Sulaiman
Kaslia Kasiran

LIMOS
(Makmal Elektrik Elektronik)

Mohd Khairulnizam Radzali (Ketua)


Noor Aini Mattar
Nooraini Ibrahim
Azwa Mohamed Ghazali
Noorazlina Hashim

MTE 5S
(Makmal Teknologi Elektrik)

Muhamad Firdaus Tauhid Ahmad (Ketua)


Mohd Zahri Md Said
Akma Che Omar
Siti Maizatulakmam Imam
Sharina Shafie
Nik Norhasanah Nik Hassan

3.4

Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman 5S


Tujuan jawatankuasa ini di bentuk adalah untuk melaksanakan proses
pengauditan ke atas ketiga-tiga makmal/bengkel.

Pelantikan juruaudit dibuat

berdasarkan pengalaman juruaudit yang telah mengikuti kursus 5S oleh Sirim


Berhad pada 25-26 Ogos 2008. Audit dalaman tersebut telah dilaksanakan pada 6
8 Januari 2009. Aspek pengauditan yang dilihat semasa menjalankan pengauditan
adalah di peringkat pertama iaitu keadaan makmal/bengkel sebelum pelaksanaan 5S
dijalankan.

Seterusnya penemuan audit telah dibentangkan kepada ketiga-tiga

kumpulan pada 12 Januari 2009. Butiran juruaudit adalah seperti berikut.

Juruaudit

3.5

Lokasi Audit

Rosliah Abu Bakar

Makmal Teknologi Elektrik

Md Rizal Ramli

Makmal Elektrik Elektronik

Mohd Zahri Md Said

Makmal Pendawaian Elektrik

Gotong Royong
Hasil daripada dapatan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan telah
mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindakan pembetulan yang perlu di
buat. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 dan 14 Januari 2009. Seteruanya
mesyuarat memutuskan untuk mengadakan gotong royong bersama pelajar. yang
dijalankan serentak pada 21 Januari 2009.
ialah untuk;

Tujuan gotong royong ini dijalankan

4.0

HASIL AMALAN 5S
Hasil daripada penemuan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan mengambil
beberapa tindakan untuk memperbaiki semua teguran yang dibuat.

Berikut

merupakan antara gambar-gambar hasil daripada tindakan yang dijalankan.

Meletakkan papan tanda kebersihan

Menetapkan kawasan kerja

Membentuk kumpulan pelajar bagi setiap


meja kerja

Melabel setiap meja kerja

Memasang sinage makmal (hasil projek


pelajar)

Menyusun dan melabel peralatan

Menanda dan melabel kawasan fire


extinguisher

Menetapkan kawasan peralatan kebersihan

Melabel suis kawalan aircond

Mewujudkan papan tanda bahaya

Mewujudkan papan kenyataan Program

Memaparkan maklumat tentang 5S

Menetapkan kedudukan peralatan


kebersihan

Menubuhan kumpulan 5S

Mewujudkan papan tanda kebersihan

Memaparkan maklumat tentang 5S

Mewujudkan papan tanda keselamatan

Melabel semua peralatan

Mewujudkan papan tanda kebersihan dan peti


pertolongan cemas

Menanda kedudukan peralatan

Menyusun peralatan pelajar dalam bekas


yang telah ditetapkan

Melabel contoh aksesori pendawaian

Melabel setiap wiring bay

Menyusun dan melabel peralatan tangan


10

Menyusun dan melabel bahan luak

Menyusun dan melabel peralatan tangan

Menanda kedudukan tangga

Melabel bahan luak

Menyusun tangga dengan teratur

Menanda kedudukan Switch Board


11

5.0

CADANGAN
Antara cadangan yang difikirkan adalah seperti berikut:i)

Sediakan prasarana yang bersesuaian untuk melaksanakan amalan 5S ini seperti


peralatan melabel dan sebagainya.

ii)

Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S


dan anggota lain di dalam organisasi secara berterusan untuk meningkatkan
motivasi staf .

iii)

Sediakan pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka


pendekatan yang sistematik dan berterusan.

iv)

Mewujudkan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan yang
berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan sebagai motivasi kepada staf.

v)

Membuat kajian ke atas keberkesanan pelaksanaan amalan 5S dari aspek


peningkatan produktiviti dan kualiti kerja.

6.0

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota kerana
perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang
tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua organisasi secara berterusan untuk
mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang cemerlang kerana
amalan 5S ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat
meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi.

12

You might also like