You are on page 1of 1

NOOR MARINA BINTI KAMARUDDIN

1330 JALAN SEKOLAH,SUNGAI KECHIL


14300 NIBONG TEBAL, S.P.S
PULAU PINANG

DATUK PROFESSOR DR. GHAUTH JASMON


NAIB CANSELOR
UNIVERSITI MALAYA
50603 KUALA LUMPUR 27 Disember 2008

Datuk Professor

PERMOHONAN RAYUAN BELAJAR KEMASUKAN SEMESTER 2 2008/2009 PUSAT SUKAN UM

Perkara di atas merujuk kepada.

2. Saya Noor Marina Binti Kamaruddin merupakan atlit pelapis negara dalam Sukan Pencak
Silat.Saya ingin membuat rayuan belajar di Pusat Sukan UM,saya amat berharap agar saya diberi
peluang untuk menyambung pengajian dalam jurusan ijazah sarjana muda sains sukan di Universiti
Malaya.

2.1 Sebab utama saya ingin menyambung pengajian kerana saya berminat untuk belajar dalam
pengajian sains sukan.Tujuan utama saya ingin menyambung pengajian saya ini kerana saya berminat
dan ingin mendalami ilmu sains sukan supaya saya dapat mempraktikkan ilmu yang saya pelajari serta
berkongsi ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dari pembelajaran saya.Saya perlu mengetahui
tentang semua ilmu sains sukan kerana ia merupakan landasan untuk saya cemerlang dalan akademik
dan sukan.

2.2 Selain itu,saya mempunyai penuh keazaman untuk belajar dan saya amat berharap pihak Datuk
Professor menerima rayuan untuk saya diterima masuk untuk belajar di Universiti Malaya pada
kemasukan semester 2 ini.Insyaallah saya akan memberi komitmen yang cemerlang dalam pelajaran dan
sukan sekiranya saya dapat diterima masuk ke Pusat Sukan UM.Saya akan mepertingkatkan lagi prestasi
saya dalam sukan dan fokus dalam pembelajaran saya.

Oleh itu,saya amat berharap agar pihak Datuk Professor dapat mempertimbangkan
permohonan rayuan saya ini berdasarkan sumbangan dan pencapaian yang telah saya perolehi dalam
sukan yang saya ceburi serta keazaman dan kesungguhan saya untuk belajar.

Kerjasama dan peluang yang diberikan oleh Datuk Professor amat saya harapkan dan hargai.

Sekian,Terima Kasih

Yang Benar,

Noor Marina Binti Kamaruddin

You might also like