You are on page 1of 3

Lampiran 5

Contoh Surat Lantikan Pembantu Penyelidik Sambilan


Rujukan Kami
Tarikh

: UMT/RMIC/500-20/2/5 JLD 3 (3)


: 07hb Februari 2011

Mohd Faiz Akmal Bin Wan (No. K/P: 850815-03-XXXX)


D/A Jabatan Sains Makanan,
Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan,
Universiti Malaysia Terengganu.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
TAWARAN PELANTIKAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PENYELIDIK (RA)
Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti Malaysia Terengganu menawarkan
pelantikan sebagai Pembantu Penyelidik kepada Tuan/Puan dan tertakluk kepada
persetujuan Tuan/Puan menerima syarat-syarat am yang dinyatakan seperti Lampiran
1.
2.
Perincian butiran mengenai jawatan yang ditawarkan kepada Tuan/Puan adalah
seperti berikut;
Jawatan

Pembantu Penyelidik Sambilan

Elaun

RM 80.00 / sehari

Penempatan

Fakulti

Agroteknologi

dan

Sains

Makanan

(FASM)
Tarikh Kuatkuasa Pelantikan :
bulan)
Tarikh lapor Diri

01hb Feb 2011 hingga 31hb Julai 2011 (3


:

01/01/2011 di Fakulti Agroteknologi dan Sains


Makanan

Ketua Projek

Dr. Abdullah

Tajuk Projek

Penghasilan Budu Serbuk (53XXX)

Tempoh Projek

15hb Jan 2011 hingga 15hb Jan 2012

3.
Sekiranya tuan/puan menerima sebarang pekerjaan tetap atau kontrak atau
menerima gaji bulanan secara tetap atau menerima pembiayaan daripada lain-lain penaja
(kecuali pinjaman pelajaran) dalam tempoh pelantikan sebagaimana diatas, maka
tuan/puan adalah bertanggungjawab melaporkan penerimaan pekerjaan atau
pembiayaan tersebut kepada pihak RMIC. Jika pelantikan diteruskan disebabkan kecuaian
atau kegagalan tuan/puan melaporkan perkara ini, pihak RMIC atau ketua projek berhak
membuat tindakan tuntutan gantirugi ke atas jumlah elaun atau perbelanjaan lain yang
telah dibayar.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/Puan. Terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,

s.k

( PROF. MADYA DR. NORAAINI BINTI ALI )


Timbalan Pengarah
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Pendaftar (Untuk Makluman)
Bendahari (Dipohon elaun dibayar menggunakan peruntukan penyelidikan
vot 53XXX)
Ketua Projek Penyelidikan (Dr. Abdullah)
Fail 53XXX
Fail Peribadi Pembantu Penyelidik (Mohd Faiz Akmal Bin Wan)
Fail Perjawatan Pembantu Penyelidik (RA)
Pegawai Keselamatan, Pejabat Pendaftar (Untuk Makluman)

Lampiran 1

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN SEBAGAI


PEMBANTU PENYELIDIK (SAMBILAN)
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
1.1

Taraf Lantikan
Lantikan yang ditawarkan ini adalah bertaraf Sambilan.

1.2

Elaun
Elaun yang ditawarkan kepada tuan/puan adalah sebagaimana yang dinyatakan
dalam perenggan surat tawaran ini.

1.3

Kemudahan
Tuan/puan tidak layak menerima apa-apa kemudahan atau keistimewaan
sebagaimana yang diberikan kepada kakitangan lantikan tetap Universiti Malaysia
Terengganu

1.4

Tatatertib dan Kelakuan


Tuan/puan adalah setiap masa tertakluk kepada Perlembagaan
Universiti
Malaysia Terengganu serta Statut, peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya,
kepada kaedah-kaedah tatatertib kakitangan dan kepada peraturan-peraturan lain
yang berkuasa di Universiti ini.

1.5

Tugas dan Kewajipan


Tuan/puan dikehendaki menjalankan kewajipan-kewajipan biasa bagi pelantikan ini
serta apa-apa tugas lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh pihak yang
melantik.

1.6

Penamatan Perkhidmatan
Pelantikan tuan/puan secara Sambilan boleh ditamatkan tanpa memberi sebarang
sebab pada bila-bila masa selepas memberi tujuh (7) hari notis .Pembantu
Penyelidik Sambilan boleh meletak jawatan dengan cara yang sama.

1.7

Jaminan
Pelantikan ini tidak membawa apa-apa jaminan yang tuan/puan akan dipilih untuk
lantikan tetap samada di dalam perkhidmatan sekarang atau dalam perkhidmatan
Universiti Malaysia Terengganu

1.8

Tempoh Lantikan
Pelantikan tuan/puan adalah bagi tempoh tidak melebihi satu (1) tahun pada satusatu masa bermula dari tarikh malapor diri dan tempoh ini boleh dilanjutkan
dengan persetujuan kedua-dua pihak.

1.9

Kemudahan Perubatan
Tuan/puan tidak akan diberi kemudahan-kemudahan perubatan seperti yang
diperuntukan dalam skim perkhidmatan perubatan bagi kakitangan Universiti
Malaysia Terengganu. Pihak berkuasa yang melantik juga tidak akan membayar
sebarang bil-bil perkhidmatan perubatan yang didapati oleh tuan dari mana klinik
atau hospital.

1.10

Cuti Rehat
Tuan/puan layak diberi kemudahan Cuti Rehat sebanyak 7 hari setahun dalam
tempoh perkhidmatan dan mengikut kelulusan Ketua Projek. Cuti-cuti lain adalah
seperti yang berkuatkuasa di UMT.

1.11

Penagihan Dadah
Universiti berhak pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan tuan/puan, atau
mengambil apa-apa tindakan lain mengikut peraturan-peraturan yang
berkuatkuasa di Universiti Malaysia Terengganu, sekiranya tuan/puan didapati
terlibat dengan penagihan dadah.

1.12

Menarik Balik Tawaran dan Menamatkan Perkhidmatan Jika Maklumat yang


diberi Didapati Tidak Benar.
Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan perkhidmatan
tuan/puan tanpa memberi notis terlebih dahulu, sekiranya didapati pada bila-bila
masa bahawa maklumat yang tidak benar telah diberi dalam mana-mana dokumen
yang dikemukakan berkaitan dengan pelantikan tuan/puan ke dalam perkhidmatan
yang ditawarkan ini.

1.13 Sekiranya tuan menerima tawaran ini tuan diminta mengambil tindakan
berikut:1.13.1 Menandatangani surat penerimaan pelantikan yang dikembarkan serta
menyampaikan ke Jabatan ini dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh surat
tawaran ini.
1.13.2 Tuan/puan adalah dikehendaki mengemukakan salinan perkara-perkara berikut di
Jabatan ini bersama-sama dengan surat penerimaan lantikan.
i)
ii)
iii)
iv)

1.14

Kad Pengenalan/Pasport/Sijil Kelahiran;


Sijil Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR/UPSR;
Sijil Berhenti sekolah; dan
Satu (1) keping gambar foto berwarna yang terbaru dan bersaiz
passport untuk kegunaan Universiti.

Sekiranya pihak Universiti tidak menerima surat penerimaan lantikan daripada


tuan/puan dalam tempoh empat belas (14) hari dari surat ini atau jika tuan/puan
tidak melaporkan diri dalam tempoh yang ditetapkan, tawaran ini akan dianggap
terbatal dengan sendirinya

You might also like