You are on page 1of 2

Bahan bantu mengajar yang digunakan

Powerpoint
Dalam pembelajaran dan pengajaran ini, penggunaan powerpoint adalah memudahkan
guru untuk memberi pendedahan kepada murid dalam menguasai konsep matematik dengan
lebih pratikal dan jelas. Dalam set persediaan, guru menggunakan powerpoint untuk mengimbas
kembali apa yang telah dipelajari, iaitu membilang nombor dalam lingkungan 100 secara satusatu, dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh. Semasa murid sedang membilang, mereka akan
mengetahui bahawa untuk melengkapkan rangkaian nombor secara (satu-satu, dua-dua, limalima, sepuluh-sepuluh), mereka perlu menambahnya. Cara sebegini adalah lebih berkesan untuk
menyediakan murid mengetahui apa yang akan diajar oleh guru kepada mereka. Murid akan
didedahkan kepada bahan semi-konkrit, iaitu gambar-gambar (epal, katak, dadu, bunga) secara
satu demi satu. Penggunaan unsur gambar ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian
murid untuk mempelajari ilmu matematik.
Pada set imaginasi, guru akan mendedahkan murid kepada tajuk yang hendak diajar,
iaitu melengkapkan rangkaian nombor. Guru akan menggunakan garis nombor agar lebih mudah
untuk membimbing murid. Untuk melengkapkan rangkaian nombor, murid hendak menambah
atau menolak secara (satu, dua, lima atau sepuluh). Jadi, garis nombor yang digunakan adalah
lebih mudah menjelaskan konsep ini kepada murid. Garis nombor yang digunakan juga adalah
memastikan rangkaian nombor sama ada dalam tertib menaik atau menurun agar murid tidak
terkeliru.
Jadi, powerpoint yang digunakan adalah menepati semua ciri-ciri pemilihan bahan bantu
mengajar yang sesuai, iaitu menarik kerana mengandungi pelbagai imej atau animasi, mudah
alih kerana powerpoint boleh disimpan dalam bentuk hardware, tahan kerana dapat dikekalkan
lama dalam bentuk hardware atau di dalam komputer, berkualiti kerana mudah digunakan dan
berkesan kepada sesi PdP dan kos rendah kerana tidak melibatkan apa-apa kos tetapi masa
yang digunakan untuk menghasilkan powerpoint adalah lama.
Keretapi
Keretapi ini disediakan adalah digunakan pada set perkembangan. Penggunaan keretapi
ini adalah memudahkan guru menerangkan cara melengkapkan rangkaian nombor di hadapan

murid. Semasa menerang, guru akan melukis satu anak panah di atas keretapi ini untuk murid
membezakan ia sama ada dalam tertib menaik atau menurun. BBM ini yang digunakan juga
menyediakan ruang kepada murid untuk menulis jawapan di hadapan dan boleh disemak oleh
semua murid. BBM ini mempunyai hubungan rapat dengan powerpoint yang digunakan kerana
dalam set perkembangan, murid dikehendaki memilih jawapan yang sesuai di powerpoint untuk
melengkapkan rangkaian nombor di keretapi. Semasa sampai ke akhir set perkembangan, murid
juga perlu menulis rangkaian nombor yang dicipta pada ruang yang disediakan pada keretapi.
Keretapi ini yang disediakan tidak hanya terhad untuk mengajar melengkapkan nombor,
malah juga boleh digunakan untuk mengajar topik lain.
Kertas aktiviti
Kertas aktiviti mengandungi aktiviti-aktiviti yang perlu murid menyelesaikan dengan ahli
kumpulan masing-masing. Arahan yang jelas telah diberikan agar murid tidak terkeliru dengan
kehendak soalan. Aktiviti ini yang disediakan adalah sesuai dengan tahap perkembangan murid,
di samping dapat mecungkil pemikiran mereka untuk mencipta rangkaian nombor sendiri. Oleh
itu, melalui aktiviti ini, murid dapat lebih mengenali dan memahami topik yang diajar.
Lembaran kerja
Lembaran kerja yang diberikan adalah untuk mengukur keupayaan murid menguasai
dan memahami kemahiran yang diajar, iaitu melengkapkan nombor. Melalui lembaran kerja,
murid juga dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap tajuk yang diajar. Hal ini kerana
lembaran kerja yang disediakan adalah menarik dari segi ilustrasi yang ada, bentuk dan saiz
tulisan yang mudah difahami dan boleh dibaca.
Kesimpulannya, jika pembelajaran tanpa sebarang bahan bantu mengajar dan sekadar
teori atau konsep semata-mata akan membosankan murid. Jadi, jangan terkejut jika ada murid
yang tertidur, tersengguk-sengguk atau bekata bosan semasa guru mengajar.

You might also like