You are on page 1of 3

REFLEKSI

Pada 6 April 2011, kami telah diberikan kerja kursus Pandu Puteri Kadet. Kami
dikehendakki untuk membuat 2 tugasan individu dan 1 tugasan secara berkumpulan.
Bagi tugas individu yang pertama, kami dikehendakki untuk mengumpulkan maklumat
mengenai sejarah dan perkembangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Kami juga
dikehendakki untul mengumpulkan maklumat mengenai struktur dan organisasi Pandu
Puteri. Bagi tugasan berkumpulan, kami dikehendakki untuk merancang rancangan
tahunan Program Pandu Puteri Tunas Tahun 3 di sekolah. Tugasan terakhir pula
memerlukan kami secara individu untuk menghasilkan sebuah refleksi tentang
kesesuaian program dan aktiviti dengan tahap perkembangan murid.
Kami telah merancang Rancangan tahunan Program Pandu Puteri Tunas untuk muridmurid perempuan Tahun 3. Terdapat dua tahap aktiviti yang telah kami rancang.
Pertama, tahap Pra-Persetiaan dan kedua, Calit Emas. Kami telah meperuntukkan 12
minggu untuk peringkat Pra persediaan. Kami merancang aktiviti-aktiviti ini untuk
menyemaikan 10 undang-undang pandu puteri dalam diri murid secara perlahan-lahan
tetapi nyata.
Dalam peringkat ini, kami merancang aktiviti-aktiviti asas bagi membolehkan murid
menyesuaikan diri dan mengenali persatuan Pandu Puteri dengan lebih dekat. Kami
mulakan perjumpaan dengan pembahagian ahli kepada kumpulan berenam iaitu
Kumpulan Cempaka, Melur, Kesindang, Teratai, Kenanga dan Siantan. Aktiviti IceBreaking turut diadakan bagi membolehkan ahli persatuan berasa lebih selesa antara
satu sama lain. Pengenalan lagu-lagu persatuan, undang-undang, persetiaan dan
sejarah Persatuan Pandu Puteri didedahkan kepada ahli persatuan dengan cara yang
menarik seperti bercerita, demontrasi dan perlbagai teknik pengajaran lain yang
menarik. Kami turut merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan murid untuk
bercakap di khayalak ramai melalui aktiviti pembentangan. Selain itu, aktiviti
menyeronokkan seperti menyanyi sambil menari dengan menggunakan lagu-lagu
seperti Mari Kita Berkumpul, Tarian Gajah, Jan lan la turut diadakan untuk
membolehkan murid berseronok sambil membina hubungan silaturahim sesame ahli
persatuan. Aktiviti luar seperti lawatan dan program khidmat komuniti turut diadakan

bagi memberikan pengalaman kepada ahli pasukan. Melalui aktiviti khidmat komuniti,
ahli pandu puteri sudah mula mengamalkan undang undang ketiga iaitu, seorang
Pandu Puteri suka menolong orang lain.
Pada pendapat saya, aktiviti yang telah kami rancang untuk peringkat Pra Persetiaan ini
adalah sangat bersesuaian dengan tahap murid-murid Tahun 3. Kami menggunakan
pendekatan yang berasaskan murid. Kami juga menggunakan teknik menarik yang
bersesuaian dengan tahap kanak-kanak seperti teknik bercerita. Kami sedia maklum
bahawa kanak-kanak memang suka bermain. Oleh itu, kami mereka aktiviti yang
menyeronokkan seperti menyanyi dan menari. Kami memastikan bahawa murid tidak
berasa bosan dan menjadi lebih bersemangat untuk mengikuti program yang telah kami
sediakan. Selain itu, kami juga mementingkan hubungan antara ahli dalam persatuan.
Kami mahu mereka menganggap sesama mereka sebagai sebuah keluarga yang
besar. Oleh itu, kami menyediakan banyak aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan
silaturahim antara mereka. Oleh itu, undang-undang ke 4 iaitu seorang Pandu Puteri
bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain telah disemaikan.
Undang-undang ke-6 seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam
sekitar turut diajar kepada ahli Pandu Puteri. Namun demikian, rancangan yang telah
kami rancang untuk peringkat pra persediaan ini tidak dapat dijalankan dengan baik
sekiranya tiada tenaga pengajar yang mencukupi. Aktiviti luar seperti lawatan
memerlukan tenaga pengajar yang banyak bagi memastikan keselamatan murid
terjamin di sepanjang aktiviti dilaksanakan.
Dalam peringakat Calit Emas pula, kami telah mula memberi pendedahan secara lebih
mendalam mengenai aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. Semangat patriotic disematkan dalam
diri setiap ahli pandu puteri melalui pengenalan Bendara Jalur Gemilang dan bendera
negeri masing-masing. Dengan itu, peraturan kedua iaitu seorang Pandu Puteri
sentiasa taat dan setia telah disemaikan. Kami juga merancang aktiviti yang
memberikan kemahiran kepada ahli pasukan seperti aktiviti menyediakan meja makan,
membasuh pinggan dan aktiviti dapur yang lain dengan mengunakan kaedah tunjuk
cara. Aktiviti ini akan membuatkan kanak-kanak belajar untuk menjadi lebih berdikari.
Kami juga menyediakan aktiviti untuk mengajar murid cara untuk mendandan rambut

bagi memastikan mereka sentiasa kemas. Selain itu, ahli persatuan juga diajar cara
untuk menyimpul, membuat dan mengurai ikatan tali. Kemahiran lain seperti menjahit,
megubah bunga dan melipat turut diberikan kepada ahli pasukan pandu puteri.
Kemahiran-kemahiran ini hanya diajar pada peringkat asas sahaja, sesuai dengan
perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak perempuan yang berusia 9 tahun. Setiap
kali sesuatu kemahiran diberikan kepada murid, ujian akan diadakan bagi menguji
kemahiran ahli mengenai kemahiran yang telah diajar kepada mereka.
Selain memberikan kemahiran, kami juga merancang aktiviti yang mampu menanam
perasaan kasih sayang ahli terhadap orang dan alam di sekeliling mereka. Aktiviti
seperti bergaul dengan rakan, bercerita mengenai keluarga dan membuat buku skrap
mengenai perkara-perkara yang mereka sayangi akan melahirkan seorang ahli pandu
puteri yang bersifat prihatin dan penuh dengan kasih sayang.
Secara keseluruhannya, aktiviti yang telah kami rancang ini sesuai dengan tahap
perkembangan murid-murid Tahun 3. Kami merancang aktiviti-aktiviti ini untuk
menyemaikan undang-undang pandu puteri dalam diri murid secara perlahan-lahan
tetapi nyata. Kebanyakan kemahiran yang diajar kepada mereka hanya pada peringkat
asas sahaja. Oleh itu, ianya tidak membebankan murid-murid untuk menguasai
kemahiran-kemahiran yang diberikan. Kami memastikan setiap perjumpaan Persatuan
Pandu Puteri diisi dengan melakukan aktiviti yang berfaedah disamping dapat
memberikan keseronokan dan ilmu kepada ahli persatuan. Aktiviti yang disediakan ini
juga dapat melatih dan menyediakan murid-murid perempuan untuk menjadi wanita
yang berhati mulia, bersifat kewanitaan dan anggun.

You might also like