You are on page 1of 2

rejam lembing 1.

0 BAHAGIAN-BAHAGIAN LEMBING
Lembing biasanya diperbuat
daripada besi atau logam campuran.
Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada
kepala, grip dan ekor.
Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh
perejam lembing.
Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam
amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas
Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu. 2.0 Kawasan rejaman lembing Kawasan
rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak
membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5
m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 30
darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini
tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta. 3.0 Gaya
memegang lembing Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu; Gaya Amerika
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang
lain. Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. Gaya Pegangan
U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah. 5.0 GAYA REJAMAN GAYA
REJAMAN DARI ATAS BAHU GAYA REJAMAN DARI BAWAH BAHU 6.0 Teknik rejaman
lembing Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: 1-Fasa persediaan 2-Fasa lari
landas 3-Fasa rejaman 4-Fasa ikut lajak 1. Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus
kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan
lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Berdiri
dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles Pegang lembing mengikut gaya
pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala
dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke
arah kawasan rejaman Pandang kearah kawasan rejaman 2. Fasa lari landas Fasa ini
bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Mulakan larian sambil memegang lembing
pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah
terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan
menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian
dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman. 3. Fasa rejaman
Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk
memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian
ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi
Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa
rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk
melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di
belakang untuk menambahkan kuasa rejaman 4. Fasa ikut lajak
Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting.
Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah
setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki
yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan
badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

You might also like