You are on page 1of 10

KONSEP 5P DALAM KBSR DAN KSSR

Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR
dan KSSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta
menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan
kebosanan

dalam

kalangan

murid.

Konsep

5P

terdiri

daripada

proses

penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni,


pemulihan dan juga pengayaan.

1.0

PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN
Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang

menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi
mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa
kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam
penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara
serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan
peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui
pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta
seluruh kelas.
Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu 1. Penggabungjalinan
pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,2. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata
pelajaran lain dan 3. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan
pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau
pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.
TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang


digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini
boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.
Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang
terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula
ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan
kemahiran yang difokus.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang
melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata
pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan
terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penelitian ini sangat penting
dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif
pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar
kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan.
Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahirankemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum
bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang
diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif
mata pelajaran.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran
daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang
terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai
contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti
penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran
Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan
sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata
pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahirankemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran
murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian
murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan ole setiap guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan
TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan
kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid.
Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata
pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang
telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat
dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang
dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran
yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti
membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk
menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid
disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara
seimbang, harmonis dan bersepadu.
2.0 PENYERAPAN PENGETAHUAN
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari
dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain.
Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan
seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual.
Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses
penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam
proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata
pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat
sebaliknya.
Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai
TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang
telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran
lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain
untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta
progresif.
3.0 PENYERAPAN NILAI MURNI
Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat
kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni
ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut
secara semulajadi dan sendirinya.
Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah
berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit.
Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan
sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar,
berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta
oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung
pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan,
arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan
sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan
persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti
yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program
motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan
pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan
eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta
penilaian yang jelas.

TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
Baik hati
1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan
Berdikari
1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi
1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra
Hormat-menghormati
1. Hormat kepada ibu bapa
2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang
1. Sayang kepada nyawa
2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian

TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

Keadilan
1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama
Kebebasan
1. Kebebasan di sisi undang-undang
2. Kebebasan dalam sistem demokrasi
Keberanian
1. Berani dengan tidak membuta tuli
2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal dan mental
1. Kebersihan diri
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Kejujuran
1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas
Kerajinan
1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun

TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

Kerjasama
1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan
Kesederhanaan
1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku
Kesyukuran
1. Berterima kasih
2. Mengenang budi
3. Menghargai
Rasional
1. Boleh membuat pertimbangan
2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka
Semangat bermasyarakat
1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat
Semangat kewarganegaraan
1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif

TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

4.0 PEMULIHAN
Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah
dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus
sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid
yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanakkanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap
pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan
pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding
murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga
kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi
perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan
murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti
alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan
dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di
samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guruguru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan
potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih
maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya
perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah
pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut
sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang
rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah
pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang
bersesuaian dengan keadaan mereka.
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,
TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya
dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi
mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran
kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan
yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari
guru.
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan
bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih
teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti
kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti
pengukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses
pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji
tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif
pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas
murid.
5.0 PENGAYAAN
Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan melibatkan
murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep
ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan
latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui
aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam
atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan
murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat
membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu,
bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan
dan juga masyarakat.

TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang
lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat
membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga
dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi
membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya
kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar
demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran
yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa
penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara
bersepadu

TUGASAN OLL 1 TAJUK 4:KONSEP 5P DALAM KBSR & KSSR (PSV3104)

10

You might also like