You are on page 1of 18

KELUHURAN PERLEMBAGAAN.

Perlembagaan Malaysia Lahir Serentak Dengan Kelahiran Negara Malaysia Pada Tahun 1963 Yang Lalu.
Perlembagaan Malaysia Mempunyai Asas Yang Kukuh Kerana Ia Terbina Diatas Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) Yang Telah Terpakai Semenjak Malaya Merdeka Sehinggalah
Malaysia Terbentuk Pada 16 September 1963. Jesteru, Pemahaman Latar Belakang
Perlembagaan Malaysia Memerlukan Kita Menyingkap Lebaran Sejarah Penghasilan Perlembagaan Ptm.
Menjelang Kemerdekaan Malaya, Setelah Semua Pihak Bersetuju, Suruhanjaya Reid Telah Ditubuhkan
Untuk Mengubal Perlembagaaan Baru Bagi Mengantikan Perlembagaan 1948 Yang Telah Dipakai
Semenjak Malayan Union Dibubarkan. Langkah Ini Menjadikannya Sebuah Perlembagaan Yanh Kukuh
Dan Mendapat Penerimaan Semua Pihak. Ia Diisytiharkan Pada Hari Kemerdekaan Malaya. Apabila
Malaysia Dibentuk Sabah, Sarawak Dan Singapura Menjadi Anggota, Bersama 11 Negeri Yang Sedia
Ada Dalam Sebuah Persekutuan Baru. Ini Menjadikan 14 Semuanya Dalam Negara Baru Malaysia.
Setiap Negeri Ini Mempunyai Sistem Pemerintahan Sendiri Yang Mengambil Kira Kedudukan Raja Atau
Yang Dipertua Negerinya Serta Keperluan Dan Kepentingan Penduduk Masing-Masing. Dalam Konteks
Ini Lunas-Lunas Yang Sudah Terbukti Sesuai Dalam Perlembagaan Ptm Memudahkan Pengubalan
Perlembagaan Malaysia. Namun Jawatan Kuasa Landsdowne Yang Ditugaskan Menyediakan
Perlembagaan Malaysia Mamberi Perhatian Kepada Semua Keistimewaan Lokal Yang Terdapat Pada
Setiap Negeri Terutamanya Di Sabah Dan Sarawak.Pada Keseluruhannya Diantara Perkara Penting Yang
Perlu Diberi Perhatian Oleh Suruhanjaya Ialah Kedudukan Raja Dan Rakyat, Peranan Dan Fungsi Raja
Dalam Pemerintahan Dan Struktur Am Kerajaan Serta Kekuatan Dan Autonomi Negeri Dalam
Persekutuan. Disamping Itu Perkara Asas Untuk Perpaduan Dan Kestabilan Negara Berbilang Kaum,
Seperti Soal Bahasa Kebangsaan, Agama, Kewargenegaraan Yang Sedia Terpakai Dengan Baik Dalam
Perlembagaan Ptm Juga Dikekalkan. Berhubung Dengan Keistimewaan Dan Keperluan Negeri-Negeri
Sabah Dan Sarawak Perlembagaan Bagi Negara Malaysia Yang Bakal Lahir Itu Telah Memasukkan
Peruntukan-Peruntukan Khas Untuk Pemakaian Negeri-Negeri Tersebut Sahaja Disamping Penyesuaian
Yang Diperlukan. Ciri Latar Belakang Ini Akhirnya Memerlukan Dan Menghasilkan Satu Pelembagaan
Bertulis Yang Panjang Dan Unik. Sesungguhnya Sifat Ini Diperlukan Supaya Perlembagaan Itu Lengkap
Dan Komprihensif Serta Memuaskan Semua Pihak. Namun Perlembagaan Malaysia Juga Tetap Sebuah
Perlembagaan Berfungsi Sepanjang Masa. Ini Kerana Malaysia Mengamalkan Sikap Terbuka Dan
Flaksibel. Selaras Dengan Prinsip-Prinsip Demokrasi Yang Diamalkan, Pindaan Yang Sewajarnya
Dilakukan Melalui Proses Tertentu Diparlemen Apabila Sesuatu Perubahan Diperlukan Untuk
Menyesuaikan Dengan Keadaan Dan Masa.

KETINGGIAN PERLEMBAGAAN
Di malaysia perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi
atau sumber perudangan yang tetap tertinggi. Di bandar pula, parlimen di anggap tertinggi kerana tiada
undang-undang yang parlimen british tidak boleh buat, ataui pindan atau mansuhkan. Di malaysia kuasa
parlimen tidak seperti di england. Parlimen malaysia tidak mempunyai kuasa yang tidak terhad. Ini
kerana parlimen malaysia diberi kuasa oleh perlembagaan yang bertulis. Keadaan adalah konsisten atau
tekal.
Perlembagaan malaysia memperuntukan kuasa bagi peringkat persekutuan dan peringkat negeri.
Bidang kuasa dan tanggungjawab di peringkat persekutuan dan setiap negeri adalah jelas. Di peringkat
persekutuan parlimen merupakan badan perundangan yang berkuasa membuat undang-undang (akta)
sementara di peringkat negeri dewan undangan negeri berkuasa membuat undang-undang negeri
(enekmen), misalnya hal-hal pertahanan dan pendidikan adalah dalambidang kuasa parlimen
(persekutuan) sementara sebarang undang-undang mengenai hal-hal tempatan seperti perlesenan penjaja
atau mengenai hukum syarak di luar wilayah perkekutuan adalah dalam bidang kuasa dewan undangan
negeri(DUN). Perlembagaan juga menyatakan dengan jelas bahawa ada perkara-perkara bersama yang
kedua-dua badan parlimen dan DUN boleh membuat undang-undang mengenainya dan ini termaktub
dalam jadual 9, senarai bersama.
Kedua-dua badan perundangan ini hanya berkuasa membuat undang-undang, dan undang-undang
itu sah sepertimana yang tercatat di dalam peruntukan masing-masing yang telah termaktub dalam
perlembagaan itu sendiri. Apa-apa undang-undang yang dibuat diluar bidang kuasanya adalah tidak sah.
Ini bermakna apabila DUN atau parlimen menbuat undang-undang atau sebarang tindakan mengenai
undang-undang sekirannya tidak mengikut kuasa yang ditetapkan dalam perlembagaan, maka mahkamah
berkuasa membuat pertimbangan untuk membatalkan tindakan paelimen atau DUN yang terkeluar
daripada batasan kuasanya itu. Inilah yang dikatakan bahawa perlembagaan adalah merupakan sumber
perundangan tertinggi negara.
Disini kelihatan mahkamah trtinggi dalam situasi tertentu dalam hal perundangan. Ini bertindak
sebagai badan yang mengawal dan menjamin keluhuran perlembagaan. Namun, parlikmen juga berkuasa
meminda undang-undang yang dibuat mengikut kuat kuasa yang ditetapkan oleh perlembagaan,
sementara perlembagaan amnya tertinggi dari segi memberi kuasa (perundangan) kepada parlimen,
Dewan Undangan Negeri atau Mahkamah.
Jelaslah bahawa perlembagaan tertinggi; mahkamah dan parlimen hanya tertinggi dalam keadaan
tertentu sahaja seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan di atas ketinggiannya sendiri. Adakah pihak
lain yang tertinggi di Malaysia?...... untuk menjawab soalan ini secara langsung, ya ada lagi pihak
tertinggi tetapi tidak mengatasi perlembagaan. Lihat kedudukan Yang di-Pertuan Agong, misalnya.
Baginda mempunyai kedudukan yang tertinggi seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan
bahawa:
1. baginda adalah kepala ulama negara dan menjadi tumpuan taat setia dan kepatuhan setiap
wargenegara.
2. Yang di-Pertuan Agong menjadi lambang negara.
3. bagindan merupakan komponen parlimen dan ketua pemerintah (eksekutif) negara.
4. baginda adalah ketu tertinggi angkatan tentera.
5. baginda melantik ketua hakim dan para hakim mahkamah untuk menjalankan pengadilan bagi
pihak baginda dan bagi memutuskan sebarang percanggahan undang-undang.
6. semua tindakan rasmi kerajaan dan perjalanan peraturan negara dilakukan di atas nama Yang diPertuan Agong.
Kenyataan diatas tentang kedudukan Ynag di-Pertuan Agong menjurus kepada kesimpulan bahawa
segala tuntutan negara ke atas rakyat supaya bertanggungjawab serta menghormati dan mematuhi

undang-undang serta cinta kepada negara dilaungkan oleh kedudukan dan tindakan simbolik Ynag diPertuan Agong. Sebaliknya peranan simbolik bagindalah juga melambangkan janji atau tanda
perlindungan dan keselamatan yang diberikan kepada rakyat oleh agensi-agensi kerajaan yang berada
di bawah neungan baginda.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedudukan yang istimewa dan sebenarnya
mewakili segala institusi dan tindakan rasmi kerajaan, perlembagaan juga menetapkan bahawa
bagindan adalah seorang raja berperlembagaan. Ini bermaksub bahawa kuasa baginda Yang diPertuan Agong sebagai ketua bagi ketiga-tiga cabang kerajaan (Perundangan, Kehakiman dan
pemerintahan) adalah tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan. Batasan kuasa
Yang di-Pertuan Agong ini ternyata jelas dalam lafaz sumpah pertabalan baginda. Baginda tertakluk
kepada batasan-batasan yang ditetapkan oleh perlembagaan. Dari segi pentadbiran pula tindakan
baginda adalah di atas nasihat Perdana Menteri yang juga berpandukan lunas-lunas dalam
perlembagaan. Perlembagaan juga menetapkan bahawa dalam amalan, tangungjawab tiga fungsi Yang
di-Pertuan Agong (Kehakiman, perundangan dan pemerintahan) adalah dijalankan oleh badan-badan
berasingan yang tertentu seperti mahkamah, suruhanjaya, kabinet dan sebagainya. Ini bagi
mengekalkan kebebasan, objectiviti, keneutralan dan kesaksamaan. Kaedah ini dinamakan doktrin
pengasingan kuasa. Jelaslah disini Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara mempunyai
kedudukan yang istimewa. Autoritinya tinggi dan darjatnya juga tinggi; namun bagi perjalanan
fungsinya baginda adalah tertakluk menurut nasihat perdana menteri.semua tindakan rasmi kerajaan
dilakukan atas nama baginda. Parlimen dan mahkamah atau kerajaan pula mempunyai sifat
ketinggian tetapi ketinggian perlembagaan mengatasi semuanya.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.


Perlembagaan mengatasi kuasa parlimen, kuasa mahkamah dan kuasa kerajaan. Dalam rukun negara
prinsip keluhuran perlembagaan diletakkan di tahap ketiga selepas prinsip tentang tuhan dan prinsip
tentang raja dan negara.
Susunan prinsip rukun negara yang memberi taraf berlainan tentang perlembagaan dan nampak
berbeza dalam konteks perbicaraan bab ini tidak bererti ada sebarang kontradiksi atau percanggahan.
Dari segi rukun negara perlembagaan adalah wajar diletakkan di tahap ketiga sebagai kuasa yang
boleh memandu tingkahlaku rakyat yang harus berpegang kepada ideologi itu.

Perlembagaan adalah sati instrumen atau sumber perundangan yang menjadi peraturan pemerintahan
negara merdeka yang demokratik. Termasuk di dalamnya secara bertulis dengan tepat adalah hal-hal
kedudukan serta hak dan tanggungjawab semua pihak iaitu daripada peringkat individu hinggalah kepada
institusi-institusi besar seperti Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Kehakiman
Menepati tuntutan sebuah masyarakat berbilang kaum, perlembagaan kita mempunyai unsur-unsur yang
sesuai untuk memupuk perpaduan. Perkara-perkara itu menjadi teras dalam perlambagaan malaysia. Ciriciri utama perlambagaan maaysia adalah;1.
2.
3.
4.
5.
6.

Malaysia Sebagai Sebuah Persekutuan


Malaysia Sebagai Negara Raja Berpelembagaan.
Malaysia Sebagai Negara Yang Mengamalkan Demokrasi Berpalimen
Kebebasan Beragama Dengan Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Malaysia.
Ketinggian Perlembagaan Dan Kebebasan Undang-Undang.
Doktrin Pengasingan Kuasa Di Mana Bidang Kehakiman, Perundangan Danpemerintahan
Masing-Masing Bebas Menjalankan Fungsi Yang Berlainan Tanpa Percanggahan Kepentingan.
7. Kesahihan Dan Ketelusan Badan Kehakiman Dengan Mempunyai Bidang Kuasa Yang Eksekutif,
Tertakluk Kepada Peruntukan Perlembagaan.
8. Bahasa Malaysia, Kewargenegaraan Dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera
Sabah Dan Sarawak.
Perlembagaaan malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara atau artikel dan 13 jadual.

KEUNIKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.


Jika diteliti dengan baik. Perlembagaan Malaysia meliputi semua aspek perundangan,
pemerintahan dan kehakiman, serta mempunyai peruntukan khas untuk pemakaian negara berbilang
kaum dan agama. Sememangnya perlembagaan malaysia itu lengkap dan komprehensif sebagaimana
dibayangkan oleh kepanjangan dan pembutirannya. Ia bukan sahaja lengkap untuk keperluan sebuah
negara yang merdeka, tetapi juga sempurna dengan ciri-ciri istimewa yang menjadikannya unik. Paling
unik ialah amalan raja berperlembagaan di bawah Bahagian Persekutuan. Konsep kepala utama negara
yang bertaraf seperti king adalah luar biasa. king ini iaitu yang di-pertuan agong dipilih daripada
raja-raja melayu secara bergilir bagi tempoh lima tahun. Yang di-pertuan agong,di samping mengisi tiga
fungsi adalah juga anggota utama majlis raja-raja. Satu lagi ciri-ciri unik perlembagaan malaysia ialah
adanya bab-bab khusus untuk pemakaian negeri-negeri sabah dan serawak
Keistimewaan-keistimewaan ini adalah bagi menyesuaikan dengan keadaan struktur fizikal dan
komposisi penduduk hasil perkembangan sejarah. Telitilah ciri-ciri latar belankang yang berikut:
1. Sistem Beraja Yang Sedia Wujud Sejak Berzaman
2. Kedudukan Negeri-Negeri Yang Lazimnya Masing-Masing Mempunyai Autonomi Dan
Kekuatan Sendiri
3. Pembentukan Masyarakat Majmuk Yang Bermula Dengan Pembawakan Masuk Oleh
British, Kaum-Kaum Cina Dan India

4. Kemasukan Singapura, Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Malaysia Mempelbagaikan Lagi


Komposisi Pendudu Dan Kepentingan Tempatan.
Latar belakang inilah antara lain, yang menjadi asas-asas pertimbangan sewaktu suruhanjayasuruhanjaya berkenaan menjalankan tugas menyediakan perlembagaan yang diperlukan iaitu suruhanjaya
reid untuk perlembagaan PTM dan suruhanjaya cobbold pula untuk menyediakan satu perlembagaan baru
bagi malaysia.bagi suruhanjaya cobbold, penyesuaian yang dibuat untuk kemasukan tiga negeri baru
berkenaan, terutamanya ialah untuk menyediakan peruntukan khas bagi pemakaian negeri-negeri
itu.dalam bab 8 bahagian VI perlembagaan umpamanya,diletakkan peruntukan bagi negeri-negeri sabah
dan sarawak dalam perkara tertentu termasuk soal hubungan antara persekutuan dan negeri.bab XIIA pula
merupakan sebuah bab tambahan bagi menetap peruntukan-peruntukan khas tentang perlindungan
tambahan bagi sabah dan sarawak.
Perlembagaan malaysia digubal untuk pemakaian oleh masyakat malaysia yang berbilang kaum.
Supaya ia menjadi sumber perundangan yang saksama dan praktikal, ia mestilah dapat diterima oleh
semua pihak . jesteru, penggubal perlembagaan malaysia dari sejak awal lagi tidak mengetepikan
pandangan awam. Banyak pihak mengambil kesempatan memberi pandangan semasa penggubalan
dibuat. Wakil-wakil daripada badan-badan rsami dan orang perseorangan telah mengemukakan
pandangan dan cadangan. UMNO, MCA dan MIC telah mengadakan satu persidangan bagi
menbincangkan draf perlembagaan. Dengan cara begini suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan dapat
menghasilkan perlembagaan yang memuaskan semua pihak.

PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan malaysia tidak beku dan kejal. Ia adalah hidup dan berfungsi setiap masa. Sama
seperti perlembagaan bertulis negara lain, perlembagaan malaysia boleh dipinda melalui proses parlimen.
(perkara 159 dan 16IE).
Tidak dinafikan bahawa ada pandangan yang merupakan kritikan terhadap pindaan perlembagaan.
Golongan itu berpendapat bahawa perlembagaan adalah satu dokumen serius yang amat penting. Jesteru,
kata mereka ia tidak perlu diubah atau ditokok tambah kerana semuanya tentulah telah difikirkan masakmasak sewaktu penggubalan dibuat.golongan yang menentang pindaan itu juga mendakwa bahawa
perbuatan meminda perlembagaan akan mengurangkan keyakinan dan hormat rakyat terhadap
perlembagaan dan seterusnya terhadap pemerintah. Barangkali pendapat ini hanya boleh dipertahankan
sekiranya negeri yang berkenaan stabil dan tidak berubah-ubah walaupun dunia luar mengalami pelbagai
perubahan. Bagaimanapun, pada hakikatnya tidak ada negeri yang statik tanpa perubahan: tidak ada
negeri yang tidak kena pengaruh perubahan dunia luar, tambahan lagi di zaman globalisasi ini. Setiap
negeri dewasa ini semakin banyak hubungan dengan dunia luar. Dengan pelbagai perubahan dewasa ini,
maka sistem pemerintahan negara sentiasa memerlukan pengubahsuaian. Perlembagaan malaysia
memang mempunyai peruntukan pindaan supaya ubah suai itu dibuat secara sah mengikut peruntukan
berkenaan.
Amnya sebab dan rasional melakukan perlembagaan adalah:
1. bagi mengekalkan kelicinan urusan pentadbiran negara seperti menstandardkan peraturan hal
ehwal tanah di negeri-negeri persekutuan
2. untuk mengawal ketenteraman negara seperti yang telah berlaku beberapa kali ke atas
peraturan tentang akta keselamatan dalam negeri
3. supaya kepentingan rakyat dapat dilindungi sekiranya didapati undang-undang yang sedia ada
itu tidak memuaskan.

Ringkasnya perlembagaan itu mestilah praktikal dan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan
bagi mengekalkan kestabilan dan ketenteraman negara supaya rakyat terlindung dan selamat di bawah
pemerintahan yang licin dan saksama.

KESIMPULAN
Pembinaan perlembagaan malaysia berasaskan perlembagaan PTM memberikannya satu tapak
yang kukuh. Langkah itu bukan sahaja dapat memudahkan tugas menggubal tetapi ia juga berjaya
menghasilkan satu instrumen pemerintahan yang berwibawa. Di samping itu keterbukaan perlembagaan
malaysia dengan memberi ruang untuk pindaan berseta dengan kepekaan dan sikap positif pihak berwajib
menjadikan perlembagaan malaysia bersifat malar hijau kerana ia sentiasa berfungsi sepanjang masa
menepati objektif dan semangat perlembagaan itu sendiri.
Tidak dinafikan memang ada orang yang kurang memahami kenapa negara yang kecil seperti
malaysia memerlukan satu perlambagaan yang begitu panjang dengan pelbagai peruntukan yang didakwa
merumitkan. Bagaimanapun kita telah menyorot latar belakang perlembagaan malaysia dan dapat
memahami bahawa struktur dan sejarah negara memang memerlukan sebuah perlembagaan yang
sedemikian sifatnya.kita telah lihat, umpamanya,kewujudan negeri-negeri yang mantap dengan sistem
masing-masing, kedudukan sultan dan yang dipertua negeri, serta kemasukan pelbagai kaum baru,
semuanya menjadi warisan dan khazanah yang diterima di saat malaysia sedang dibentukan.khazanah
yang berbagai-bagai tentulah memerlukan banyak pula perancangan. Demikianlah keadaan nyadengan
negara malaysia kita. Peruntukan yang banyak (183 perkara dan 13 jadual dalam 15 bahagian) adalah
pemakaian untuk peruntukan dan negeri. Dengan begitu banyak dimensi, banyaklah pula yang perlu
dipelihara supaya semua pihak rasa terjamin dan selamat. Dengan demikian maka tentulah akhirnya
perlembagaan yang digubal menjadi panjang.
Setelah kita merdeka lebih 40 tahun lamanya dan malaysia sudah wujud selama lebih 35 tahun,
perlembagaan kita masih untuk dan berfungsi penuh. Pernah ditegaskan bahawa khakikat perlembagaan
malaysia yang besar dan panjang itu telah menjadikannya serba lengkap dan kerana panjangnya itu dan
kerana ia dipinda bila diperlukan maka ia terus terpakai sebagai sumber rujukan sepanjang masa.
Walau bagaimanapun, apa yang paling mustahak ialah bahawa perlembagaan malaysia sebagai sumber
perundangan negara dan panduan pemerintahan, dan pada hakikatnya,adalah untuk kepentingan rakyat. Ia
memeberikan rakyat perlindungan dan garis panduan serta hak dan keistimewaan. Sebaliknya rakyat pula
dituntutsupaya memainkan peranan masing-masing. Sebagai wargenegara, sikap yang bertanggungjawab
dan menyumbang adalah amat berguna untuk bersama mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara
ini. Prinsip ketiga rukun negara menekankan tentang keluhuran perlembagaan yakni sesuatu yang
mulia dan berdarjat tinggi. Ketinggian perlembagaan yang mengatasi ketinggian parlimen, mahkamah
dan kerajaan sendiri sesungguhnya melayakkannya disebut luhur. Jesteru, wargenegara yang menikmati
keselamatan, keistimewaan, kemewahan dan pelbagai peluang di bawah payungan perlembagaan,

wajarnya menghormati semua peraturan negara yang dibuat berpandukan perlembagaan malaysia itu
sendiri.

PERUNTUKAN UTAMA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
BAHASA.
Isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara.
Persoalan ini bertambah penting di saat negara berkenaan bebas daripada penjajah. Bagi negara malaysia
kita, pertimbangan tentang hal ini timbul lebih 40 tahun yang lalu, iaitu semasa malaysia berada di
ambang merdeka. Pemimpin-pemimpin kita memutuskan bahawa malaya yang bakal merdeka mesti
mempunyai bahasa rasminya sendiri bagi menggantikan bahasa inggeris yang telah menjadi bahasa
pemerintahan semenjak penjajahan british bermula lepas perang dunia ke-2.
Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi
negara disedari penting untuk menyatu padukan rakyat pelbagai asal keturunan, masing-masing dengan
bahasa pertuturannya. Dengan itu pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui negara baru malaya
merdeka bersetuju bahawa hendaklah di maktubkan dalam perlembagaan satu bahasa kebangsaan.
Bahasa yang dipersetujui menjadi bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu yang kemudian sehingga
sekarang dikenali sebagai bahasa malaysia. Akhirnya keputusan ini termerterai sebagai perkara 152
dalam p[erlembagaan malaysia.

Rasional Pemilihan.
Kenapa dan bagaimana akhirnya bahasa melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara? Sebenarnya keputusan itu tidak susah di capai. Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin
daripada sekalian bangsa telah membincangkan isu ini dengan mendalam. Kesesuaian bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan mudah dipersetujui oleh semua pihak atas rasional berikut :
1. Bahasa melayu telah menjadi bahasa perantaraan ( lingua franca) di rantau ini sejak berabadabad lamanya. Penggunaanya meluas pada zaman kegemilangan melaka. Pada masa itu
pedagang dan saudagar dari berbagai-bagai negeri menggunakan bahasa melayu dalam urusan
perniagaan mereka.
2. Bahasa melayu, berbanding dengan bahasa-bahasa lain di negeri ini amat mudah dipelajari.
Menjelang merdeka, bahasa melayu memang sudah luas penggunaannya di kalangan kaumkaum yang ada. Di samping itu, penutur asli bahasa melayu jauh lebih banyak daripada
penutur sebarang bahasa lain ketika itu.
3. Bahasa melayu bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan di seluruh negara. Istilah yang
di pakai di semua negeri sebahagian besarnya adalah sama, hanya sekadar sebutannya sahaja
agak berbeza bagisesetengah perkataan di sebuah atau dua buah negeri. Sebaliknya bagi
bahasa lain, misalnya bahasa cina terdapat begitu bayak dialek yang sangat berbeza sehinggan
suku kaum cina yang berlainan lebih mudah bertutur sesama mereka dalam bahasa melayu.
4. Bahasa melayu menggunakan aksara (tulisan) rumi selain tulisan jawi. Tulisan rumi memang
sudah di pakai secara meluas oleh semua kaum melalui penggunaan bahasa inggeris.
5. Struktur bahasa melayu mempunyai sifat fonem yang jelas iaitu bunyi suku kata yang mudah
dieja dengan prinsip yang tetap dan tekal.

Sifat-sifat yang dinyatakan di atas menjadikan bahasa melayu mudah diterima sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Amnya, rakyat berketurunan bukan melayu menerima keputusan ini
tanpa sebarang masalah sejal ia mula di usulkan. Maka bahasa melayu yang sedia meluas penggunaannya
berbanding bahasa-bahasa tempatan yang lain pada masa itu semakin popular pemakaiannya. Keputusan
menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak membimbangkan kaum lain kerana
penggunaan bahsa ibunda masing-masing tidak di sekat.
Pada hari ini dan semenjak beberapa tahun selepas merdeka, pengguna/penutur bahasa kebangsaan
kita mungkin sudah membuat penilaian bahawa setelah sekian lama keputusan itu termaktub dalam
perlembagaan, sebenarnya tiada sebarang masalah besar dialami oleh mana-mana pihak. Anehnya pihak
yang bimbang akhirnya beruntung ; pihak yang berbangga hanya akan dapat terus berbangga.
Maksudnya, orang melayu yang megah bahasanya menjadi bahasa kebangsaan terus berpuas hati bahawa
jati diri nasional berteraskan bahasa ibundanya. Kaum-kaum lain seperti cina, india, kadazan, iban dan
yang lain, yang dahulunya bimbang penggunaan bahasa melayu akan melemahkan warisan budaya
mereka, sebenarnya beruntung kerana kini mereka mempunyai kemahiran bahasa melayu di samping
bahasa ibundanya sendiri.

Peruntukan Perlembagaan.
Dalam perlembagaan malaysia peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
dimaktubkan dalam perkara 152 bahagian XII. Perkara tersebut menegaskan bahawa:
1. bahasa kebangsaan yang ditetapkan ialah bahasa melayu.
2. tiada sesiapa akan dihalang atau disekat daripada menggunakan atau mengajar atau mengajar
atau belajr sebarang bahasa lain.
3. kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa sebarang komuniti lain
dalam persekutuan.
Bagaimanapun peruntukan itu menyatakan Bahasa Inggeris akan terus digunakan buat sementara
termasuk dalam parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Demikian juga penggunaan Bahasa Inggeris
dibolehkan untuk tujuan rang undang-undang, akta Parlimen dan juga pemakaian mahkamah adalah
diteruskan untuk 10 tahun selepas merdeka atau sebagaimana diputuskan oleh parlimen.
Butiran peruntukan yang dipetik ini jelas menunjukkan kewajaran keputusan itu. Ternyatalah
bahawa kompromi antara pihak-pihak terbabit pun ada, kemunasabahan perlaksanaan pun ada.
Pendekatan ini menyebabkan perlaksanaan dapat dilihat dari beberapa segi. Pertama, disamping memberi
keutamaan kepada Bahasa Kebangsaan demi indetiti dan perpaduan, penggunaan dan perkembangan
bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Kedua secara berpatutan, tempoh sekurang-kurangnya sepuluh tahun
ditetapkan sebelum bahasa inggeris digantikan dengan bahasa melayu dalam urusan rasmi kerajaan. Ini
termasuk urusan undang-undang. (pada tahuin 1967 peruntukan tempoh pelaksanaan -10 tahun- itu telah
digugurkan melalui akta bahasa kebangsaan 1967. bagaimanapun ia tidak dipakai bagi sabah dan
sarawak. Namun beberapa kenyataan memberi pertimbangan tertakluk kelulusan Yang di-Pertuan Agong
telah dimasukkan ke dalam pindaan itu). Ketiga, artikel itu tidak menyentuh hak kerajaan pusat atau
kerajaan negeri untuk memelihara bahasa mana-mana kaum malaysia.
Kewajaran itu masih tidak menjamin isu bahasa ini tidak diungkit oleh mana-mana pihak. Jesteru,
satu akta (pindaan) perlembagaan (1967) telah diperuntukan bahawa segala taraf bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan hak serta syarat yang termaktub dalam perkara 152 itu tidak boleh dipersoalkan
lagi. Sesiapa yang mengungkitnya boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah akta hasutan 1948
(darurat). Aplikasi perintah ini meliputi semua orang termasuk ahli-ahli badan perundangan. Apa yang
boleh dipersoalkan ialah tentang perlaksanaan perkara 152 itu. Pindaan 1971 juga memperuntukan
bahawa perkara 152 tidak boleh dipinda tanpa mendapat keizinan Majlis Raja-Raja.

Perkembangan Bahasa Kebangsaan.

Usaha meningkatkan penggunaan bahasa melayu di kalangan rakyat pelbagai keturunan


dimulakan tidak lama selepas merdeka. Pelbagai pihak seperti kementerian pelajaran dan agensi seperti
dewan bahasa dan pustaka menganjurkan majlis berkaitan untuk mempopularkan penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan. Minggu bahasa kebangsaan dan kemudiannya bulan bahasa
kebangsaan serta kelas-kelas bahasa khusus untuk orang bukan-melayu merupakan usaha-usaha serius
meningkatkan penggunaan bahasa melayu dalam tahun-tahun 60-an.
Secara formal dan lebih teratur serta dalam jangka panjang, dasar pelajaran tun razak (1957) telah
lebih awal meletakkan bahasa sebagai teras perpaduan yang menjadi objektif pelajaran dalam malaya
merdeka digiatkan.
Kita patut menyedari bahawa usaha melaksanakan rancangan bahasa kebangsaan melibatkan
langkah-langkah besar yang diambil oleh kerajaan di antara pelbagai langkah dan tahap penting dalam
usaha membangunkan dan memajukan bahasa kebangsaan semenjak merdeka adalah:
1. akta pelajaran 1971 menegaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan untuk
maksud-maksud rasmi.
2. perancangan korpus (bahagian utama) iaitu penyediaan dan pemantapan ejaan, peristilahan,
perkamusan dan tatabahasa.
3. kongres Bahasa Persatuan Melayu, satu forum yang merumuskan resolusi penubuhan sebuah
pusat pembangunan bahasa: ekoranya lahirlah Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain mengusahakan
pertenjemahan dan menambah istilah melalui jawatan kuasa istilah, dewan bahasa mengambil
inisiatif membentuk majlis bahasa malaysia- indonesia-brunei untuk menstandard dan
memperkayakan bahasa melayu.
4. akta (pindaan) perlembagaan ( no.2), 1971 menegaskan bahawa kedudukan bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dan kedudukan bahasa-bahasa lain tidak boleh
dipersoalkan lagi.
5. selepas tragedi 13 mei 1969i, peneguhan usaha perpaduan melalui bahasa kebangsaan,
menegaskan bahawa bahasa melayu dijadikan bahasa pengantar utama sepenuhnya diperingkat
pelajaran menengah pada tahun 1982 ( di sarawak dan sabah pada tahun1990).
6. pada tahun 1974, jawatankuasa khas kabinet setelah menilai perlaksanaan dasar bahasa,
mengeluarkan laporan kabinet pada tahun 1980 dengan satu penegasan semula tentang bahasa
melayu sebagai alat penyatuan dan perpaduan rakyat berbilag kaum di malaysia.
Demikianlah di antara langkah-langkah penting yang telah di ambil untuk meningkatkan taraf serta
penggunaan bahasa kebangsaan malaysia. Kesan daripada tindakan-tindakan ini keyakinan terhadap
bahasa kebangsaan kian meningkat, bukan sahaja tentang tarafnya tetapi juga sebagai alat
menyatupadukan rakyat. Pemerhati dan pejuang bahasa menyatakan bahawa berikutan Akta bahasa
kebangsaan 1967 bahasa kebangasaan mula digunakan secara rasmi dengan meluas terutama di
semenanjung malaysia. Ini termasuk dalam surat menyurat rasmi kerajaan dan dalam hal perundangan.
Seterusnya bahasa kebangsaan mula di pakai di universiti. Semenjak itulah taraf bahasa kebangsaan mula
berada di tahap yang setanding dengan bahasa-bahasa lain.

Status Masa Kini.


Setelah hampir setengah abad bahasa melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, peranannya
seperti yang dihasratkan melalui perkara 152 perlembagaa, kini sudah tercapai. Penggunaan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa rasmi di segenap peringkat sudah terlaksana pada peringkat yang
menyakinkan. Ini termasuk penggunaan di parlimen dan mahkamah. Di universiti, bahasa melayu sudah
menjadi bahasa pengantar hingga pada tahap 70 hingga 80 peratus pengajaran semenjak beberapa tahun
yang lalu. Bagaimanapun perkembangan tahun-tahun 90-an menampakkan sikap terbuka kerajaan dan
rakyat terhadap penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa melayu dalam urusan-urusan rasmi dan sebagai
bahasa pengantar ilmu di universiti-universiti kini lebih fleksibel. Keanjalan sikap ini lebih merupakan
keprihatinan tentang keberkesanan komunikasi daripada apa-apa sebab lain. Dalam kes perbicaraan
bekastimbalan perdana menteri pada akhir tahun 1998, penggunaan bahasa inggeris di benarkan di
samping penggunaan bahasa melayu diteruskan.

Walaupun bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan masih belum seratus peratus digunakan di
semua peringkatdan arena rasmi, namun kewibawaannya sudah terbukti. Kita sudah berada jauh ke depan
dari titik permulaannya empat dekad yang lalu. Kita masih menapak maju bukan sahaja dari segi
perkembagan dan penggunaannya dalam negara, tetapi bahasa kita semakin di kenali di negeri asing
termasuk England dan negeri china sudah mula menawarkan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa
moden yang boleh dipelajari secara rasmi oleh pelajar.

AGAMA.
Hal agama diperuntukan dalam bahagian 1, bab 3 perlembagaan Malaysia. Perlembagaan
menjelaskan bahwa:
1. islam adalah agama rasmi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh dianuti dengan aman dan
harmonis di mana-mana bahagian persekutuan (per. 1)
2. di negeri yang ada sultan/ raja sebagai ketua negeri, sultan/ raja adalah ketua agama islam negeri
berkenaan(Per. 2)
3.

bagi negeri-negeri tanpa sultan ( sabah, sarawak, melaka dan pulau pinang ) dari wilayahwilayah Persekutuan (kualan lumpur, labuan dan putrajaya) ketua agama islam ialah Yang di
Pertuan Agong. (Per. 3)

agama islam telah bertapak di negara ini lebih 400 tahun lamanya iaitu sebelum lagi melaka ditakluki
oleh portugis pada tahun 1511. inggeris yang lama menjajah sehingga kita merdeka, tidak menganggu
hal-hal agama. Oleh itu tidaklah menghairankan semasa perlembagaan Malaysia disediakan soal agaam
telah diberi perhatian oleh Suruhanjaya Reid yang ditugaskan menggubal Perlembagaan Malaysia. Jadi
mengikut Perkara 3(1) agama islam adalah agama rasmi Persekutuan. Pada masa yang sama kebebasan
menganuti agama-agama lain oleh penganut-penganutnya adalah dijamin.
Kebebasan beragama juga dijelaskan di bawah bahagian II: kebebasan Asasi iaitu pada Perkara 11.
peruntukan itu menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai hak menganuti dan mengamalkan
agamanya sendiri. Setiap orang juga dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia daripada di paksa membayar
apa-apa culai keagamaan melainkan untuk faedah agamanya sendiri.

Kepentingan Agama.

Kepercayaan keagamaan adalah satu perkara yang paling asas dalam hidup menyentuh hakikat
kehadiran individu itu sendiri dalam alam ini bersama sekalian mahkluk yang semuanya adalah ciptaan
Tuhan. Dengan memahami kebesaran Tuhan manusia menyedari kelemahan dirinya. Bertitik tolak dari
situ seseorang itu menghormati dan mengakuri ajaran agamanya. Semua agama mengajar kebaikan dan
melarang kejahatan. Jesteru, setiap insan mestilah ada konviksi atau kepercayaan keaagamaan.
Agama islam telah bertapak di negara ini lebih 400 tahun lamanya iaitu sebelum lagi melaka
ditakluki oleh portugis pada tahun 1511. inggeris yang lama menjajah sehingga kita merdeka, tidak
mengganggu hal-hal agama. Oleh itu tidaklah menghairankan semasa perlembagaan malaysia disediakan
soalagama telah diberi perhatian oleh Suruhanjaya Reid yang ditugaskan menggubal perlembagaan
malaysia. Jadi mengikut perkara 3(1) agama islam adalah agama rasmi persekutuan, pada masa yang
sama kebebasan menganuti agama-agama lain oleh penganut-penganutnya adalah dijamin.
Pentingnya peranan agama dalam memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan rakyat
bertanggungjawab dan bermoral tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun pemupukan nilai keagamaan di
kalangan anggota masyarakat plural malaysia sentiasa mencabar. Walaupun toleransi keagamaan berada
di tahap yang baik, namun kepelbagaian cara hidup dan kemewahan serta keriangan hidup di kota
seringkali menampilkan menampilkan nilai-nilai yang berbeza . dalam konteks inilah pentingnya
konviksi keagamaan dan persefahaman di kalangan penganut berlainan agama menjadi paling penting.
Bagi menjamin keseimbangan nilai dan pemupukan sikap yang sihat, khususnya dalam konteks agama,
pihak berkuasa telah mengambil tindakan tertentu termasuk:
1.

rukunnegara : prinsip pertama rukunegara ialah kepercayaan kepada Tuhan. Di sini


jelaslah bahawa bukan sahaja aspek keagamaan dijadikan prinsip pertama, tetapi
ungkapannya menegaskan secara langsung tentang percayakan Tuhan. Tidak kira apa
agama yang di anuti oelh seseorang rakyat Malaysia, ideologi nasional kita
menekankan pentingnya mempunyai pegangan keagamaan.

2.

kurikulum : mata pelajaran agama islam di ajar secara rasmi di setiap peringkat
persekolahan. Bagi agama-agama lain kemudahan sewajarnya juga disediakan.
Misalnya pihak sekolah boleh mengadakan guru untuk pelajar agama lain jika
memenuhi syarat tertuntu. Bagaimanapun asuhan nilai-nilai murni berunsurkan akhlak
dan keagamaan disalurkan kepada murid-murid bukan islam melalui mata pelajaran
moral.

3.

kemudahan beribadah : rumah-rumah ibadah setiap agama didirikan di serata negara.


Bantuan kewangan dan sokongan lain seperti tapak bangunan boleh diperolihi daripada
kerajaan.

4.

sokongan semasa ritual : ritual-ritual atau upacara amal keagamaan bagi semua agama
di malaysia dalam semua aspek sentiasa mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti
polis. Ini paling jelas dari segi bantuan menjaga keselamatan dan ketenteraman tatkala
diadakan perayaan keagamaan seperti majlis perayaan ulang tahun kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w. perayaan Thaipusam hari Gawai dan perayaan hari Chap Goh Meh.

Sesungguhnya kepercayaan keagamaan paling pokok dalam memupuk [peribadi individu dan
untuk memandu hidupnya. Peruntukan Perlembagaan yang memberi perhatian seimbang kepada semua
agama serta sokongan saksama yang diberi oleh pihak berkuasa dapat ,menjamin keyakinan rakyat untuk
mengamalkan kepercayaan keagamaan masing-masing dalam keadaan selamat. Hal ini sekaligus
mendorong peningkatan tolenrasi keagamaan supaya perpaduan dan muhibah tidak tergugat.

KEWARGANEGARAAN.
Kewargenegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam
sesebuah negara. Kedudukan ini memberikan hak, faedah dan kemudahan tertentu. Pengisian status ini
juga sekaligus menuntut tanggungjawab tertentu pula,. Antara keistimewaan yang diperolihi oleh
seseorang wargenegara adalah:
1. berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya.
2. layak mengambil bahagian aktif dalam politik termasuk bertanding merebut kerusi pilihan raya.
Oleh itu hak ini membolehkannya mendapat kedudukan politik termasuk menjadi menteri.
3. layak mengisi jawatan eksekutif yang dikhaskan untuk wargenegara sahaja.
4. bebas memiliki hartanah serta layak dipertimbangkan untuk keistimewaan keistimewaan yang
berhubung dengan pembangunan harta.
5. berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan dan negerinya teramasuk faedah kebajikan,
pelajaran dan sebagainya.
6. bebas bergerak dalam seluruh negeri.
7. tidak boleh dibuang negeri.
Timbal balas terhadap perlindungan dan keistimewaan ini seseorang wargenegara hendaklah mengisi
tanggungjawab dan memainkan perananyan dalam negerinya. Di antara tuntutan terhadapnya adalah :
1. memberi perkhidmatan negara termasuk menjadi tentera jika dikehendaki.
2. mematuhi undang-undang dan membantu dalam perjalanan sistem sistem dalam negaranya.
3. menyumbang kepada produktiviti negara dalam apa sahaja bidang yang diceburinya ( stp rakyat,
tidak kira apa peranannya dalam ekonomi negara adalah penting bagi kemajuan negara dan
kesejahteraan masyrakat )
4. menyertai dan sebolehnya, menyokong program dan acara nasional seperti sambutan Hari
Kebangsaan.
Undang2 kewargenegaraan ini sangat berguna untuk menentukan status dan hak seseorang di dalam
negeri tempat seseorang tinggal. Semua negara mengamalkannya dan ada undang-undang antarabangsa
mengawal selia perkara ini. Undang-undang kewargenegaraan mengiktiraf perbezaan layanan di antara
wargenegara dan bukan wargenegara yang ditetapkan oleh peraturan rasmi negara berkenaan. Ini
membolehkan kerajaan memberi apa sahaja keistimewaan kepada wargenegaranya, asalkan hak asasi
orang bukan wargenegara terpelihara dan tidak ada di antara amalan itu menyalahi undang-undang
antarabangsa.

Undang-undangg kewargenegaraan sebenar mula dibentuk bagi negara kita ini pada tahun 1948.
sebelum itu tiada undang2 sedemikian. Pihak British yang memerintah dewasa itu mengamalkan dasar
pintu terbuka supaya orang asing masuk dengan bebas. Undang2 kerakyatan 1948 terkandung dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1952, undang2 itu telah dibaiki. Pada masa itu semua
negeri di tanah melayu meluluskan undang2 mementukan siapa rakyat Raja bagi negeri masing2. siapa
menjadi rakyat Raja negeri menjadi wargenegara Persekutuan Tanah Melayu. Demikian juga dengan
kaum2 lain. Berdasarkan tempoh bermastautin, mereka diberi terus status kewargenegaraan.
Selepas Merdeka Perlembagaan Persekutuan ( perkara 14 hingga perkara 31 ) membutirkan peraturan
kewargenegaraan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu undang2 Perlembagaan 1948 terbatal, tetapi
sesiapa yang telah menjadi wargenegaraan mengikut perjanjian 1948, terus menjadi wargenegaraan
Persekutuan

Cara Mendapatkan Kewargenegaraan.


Ada 4 penentu yang membolehkan seseorang mendapatkan taraf kewargenegaraan di Malaysia,
iaitu berdasarkan faktor2 : (1) Jus Soli ; (2)Jus Sanguinis ; (3) Perkahwinan ; dan (4) Naturalisasi.

(1)

Jus Soli.

Ini berdasarkan undang2 tempat lahir. Bagi orang yang lahir di Malaysia antara hari
Merdeka ( 31 ogos 1957 ) dan oktober 1962, dia secara automatik mendapat taraf
wargenegara, tidak menghiraukan kewargenegaraan bapanya atau ibunya. Bagi seseorang
yang lahir selepas 1962, dia boleh menjadi wargenegara sekiranya salah satu daripada
syarat di bawah ini dipenuhi.
Ibu atau bapanya wargenegara ketika dia lahir ; atau
Ketika kelahirannya, ibu atau bapanya telah tinggal kekal bermastautin di negeri
ini ; atau
Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewargenegaraan mana-mana negeri.

(2)

Jus Sanguinis.

Konsep ini merujuk kepada undang2 mengikut keturunan darah. Faktor jus sanguinis
menekankan kedudukan kewargenegaraan bapa seseorang yang dilahirkan. Jika bapa seseorang
yang dilahirkan itu adalah wargenegara persekutuan, dia juga menjadi wargenegara, tidak kira jika
dia dilahirkan di luar negeri, dia hanya mewarisi taraf kewargenegaraan bapanya jika ;
bapanya sendiri diperanakkan di Malaysia; atau
bapanya memeang jawatan dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau Negeri; atau
kelahirannya didaftarkan di pejabat Konsol Malaysia ataupun dengan kerajaan Malaysia
dalam tempoh setahun selepas dia dilahirkan.

(3)

Perkahwinan.

Faktor perkahwinan beroperasi dari segi memberikan hak kepada seseorang wanita asing
yang berkahwin dengan seorang wargenegara Malaysia untuk memohon menjadi
wargenegara. Dengan itu wargenegaranya diberikan melalui pendaftaran. Syarat yang mesti
dipenuhi :

si suami telahpun menjadi wargenegara pada bulan oktober 1962. atau sebelumnya,
dan perkahwinan itu masih kekal; atau
wanita asing itu telah menetap dalam Persekutuan selama dua tahun sebelum
permohonan itu dibuat dan berniat hendak kekal bermastautin dalam Persekutuan
dalam Persekutuan dan berkelakuan baik.
Kewargenegaraan melalui kaedah pendaftaran ini juga diberi kepada orang lain selain
daripada wanita yang berkahwin dengan seorang wargenegara Malaysia. Walau bagaimanapun
ada beberapa syarat lagi yang mesti dipenuhi terlebih dahulu. Di antara syarat itu ialah
kewargenegaraan ibu bapanya, kemastautinan, pengetahuan Bahasa Melayu asas, berminat untuk
tinggal kekal dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malaysia.

(4)

Naturalisasi.

Perkara 19 perlembagaan Malaysia memperuntukan peluang menjadi wargenegara


Malaysia kepada permastautin yang tidak lahir di persekutuan. Pemohon hendaklah memenuhi
syarat2 berikut :
Berumur 21 tahun atau lebih, dan
Telah bermastautin di persekutuan tidak kurang 10 tahun dalam tempoh 12 tahun
terdahulu dari dan hingga tarikh memohon, dan
Berniat hendak kekal bermastautin dalam negeri ini,
Dab berkelakuan baik, serta
Mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang cukup.
Tiap2 orang yang memohon hendaklah mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. Dari
keterangan di atas jelaslah bahawa status kewargenegaraan itu bukan sesuatu yang diperolihi secara
outomatis, tidakpun semestinya satu warisan daripada bapa yang wargenegara. Bagaimanapun
Perlembagaan memberi peruntukan yang membolehkan seseorang pemastautin memohon untuk
pertimbangan menjadi wargenegara Malaysia dengan memenuhi syarat2 tertentu. Termasuk di dalam
syarat2 itu ialah kebolehan bertutur dalam Bahasa Melayu dan bersumpah akan taat setia kepada negara
ini. Syarat ini adalah bagi menjamin orang itu menjadi rakyat dan warganegara yang bertanggungjawab
dan menyumbang seperti yang dituntut oleh Rukunegara.

Kehilangan Taraf Kewarganegara.


Seseorang yang menjadi warganegara boleh hilang kewarganegara dengan dua cara. Pertama dia
sendiri menolak kewarganeraannya kerana sebab2nya sendiri. Kedua, dia telah menyalahi undang2 dan
membuat tindakan dilarang iaitu, salah satu daripada yang berikut :
1. Dia Menjadi Warganegara Satu Negeri Asing.

2. Dia Menggunakan Segala Hak Dan Kemudahan Dalam Negeri Lain, Sedangkan Hak2 Itu
Diberikan Kpd Warganegara Negeri Itu Sahaja, Misalnya Dia Menyertai Pilihan Raya Negeri
Asing @ Memiliki Passport Negeri Asing.
3. Seorang Wanita Menjadi Warganegara Negeri Asing Melalui Perkahwinan Denganm Lelaki
Negeri Berkenaan.
4. Bertindak Negatif Yang Menunjukkan Dia Tidak Lagi Taat Kpd Negara Malaysia.
5. Berniaga / Berhubung Dengan Negeri Musuh.
6. Dihukum Di Mana2 Negeri Dalam Tempoh 5 Tahun Setelah Dia Menjadi Warganegara
Persekutuan, Dengan Hukuman Penjara Tidak Kurang 12 Bulan Atau Didenda Tidak Kurang Rm
5,000.00.
7. Memberi Khidmat Kepada Negeri Lain Tanpa Kebenaran.
8. Tinggal Menetap Di Negeri Asing Selama 5 Tahun Berturut2 Kecuali Untuk Berkidmat Dengan
Atau Bagi Kerajaan Malaysia.
9. Disedari Kewarganegaraannya Telah Diperoleh Dengan Penipuan.
10. Wanita Asing Yang Mendapat Taraf Kewarganegaraan Melalui Perkahwinan, Telah Bercerai
Dengan Suaminya, Kecuali Dia Bercerai Mati.
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa kewarganegaraan itu satu taraf yang istimewa ; dan
tidak pula kebal daripada sebarang tindakan perlucutan. Tidak kira sama ada status kewarganegaraan itu
diperolihi secara automatis seperti warisan atau melalui permohonan, ia boleh ditarik balik atau
dibatalkan di atas kesalahan tertentu. Jesteru setiap warganegara haruslah menghargai status
kewarganegaraannya dan memeliharanya dengan baik.

HAK ASASI.
Semenjak tamadun manusi bermula meskipun di peringkat paling rendah, masyarakat manusia
tetap mempunyai sistem pemerintahannya tersendiri. Tentulah bentuk sistem pemerintahan itu berbeza2
mengikut tahap tamadun masyarakat itu. Lagi moden masyarakat itu lagi canggih sistem
pemerintahannya. Kelangsungan sistem pemerintahan itu berlaku kerana ada bentuk hubungan timbal
balas dan saling mengharapkan di antara pihak memerintah dan oleh ideologi dan corak kerajaan yang
berkuasa.
Bagi menjamin sistem pemerintahan / pentadbiran dengan licin, pihak pemerintahan perlu
mengadakan undang2 serta melaksanakannya dengan berkesan. Pelaksanaan pemerintahan melibatkan
soal kuasa, kerah dan kawal. Bagi menjamin tindakan Tiga K ini berjalan berterusan dengan saksama

dan berkesan, mekanisma tertentu perlu diitergrasikan. Ini dilakukan dengan mengadakan peraturan
tertentu bagi memandu sistem Tiga K itu supaya tiada kemungkinan kuasa itu disalahgunakan atau terlalu
kuat sehingga menyekat kebebasan dan hak asasi rakyat.

Masalah Imbangan Kuasa.


Dalam menetukan perkongsian ( pembahagian ) kuasa di antara kerajaan dan rakyat persoalan
besarnya ialah : berapa banyak kuasa patut diberi kepada pihak pemerintahan. Kalau kita timbangkan
tanggungjawab kerajaan yang begitu berat, tentulah kita bersetuju bahawa jika kuasa pada kerajaan
terlalu kecil, susahlah kerajaan hendak mentadbir. Sebaliknya jika kuasa kerajaan terlalu besar, maka
kebebasan rakyat akan terhalang. Ini kerana keadaan demikian boleh menyebabkan timbulnya kerajaan
yang zalim atau diktator. Jesteru, rakyat perlu dilindungi oleh peraturan pemerintahan itu sendiri. Rakyat
mesti diberikan jaminan kebebasan yang asas yang dengannya rakyat tidak teraniaya dan tidak terhalang
daripada hak2 yang asas. Ini bukan sahaja dan segi perlindungan daripada kekerasan tetapi juga bagi
menjamin hak individu dalam soal pergerakan, pertuturan ( bersuara ) dan pemikiran harta, ataupun
memilih agama ( pada tahap umur yang dibenarkan oleh undang2 ).
Sebaliknya, dipihak rakyat pula, sudah sewajarnya mereka patuh kepada peraturan dalam sistem
pemerintahan itu. Sebagai rakyat yang mendapat perlundungan dan kemudahan daripada pihak kerajaan,
seseorang itu hendaklah memainkan peranannya baik dari segi ekonomi mahupun politik, keagamaan
atau sosial.
Peruntukan hak asasi di malaysia terkumpul secara bertulis ( dalam perlembagaan bertulis ) ia menjamin
keseimbangan atau kewajaran kadar kuasa kerajaan berbanding kadar kebebasan asasi rakyat. Jaminan
ini dipastikan oleh Perlembagaan yang menggariskan kuasa dan perlaksanaan oleh pihak tertentu.
Ungkapan berikut menyimpal hakikat tersebut:
tiap2 orang bebas bercakap, membuat perjumpaan dan menubuhkan persatuan, tetapi kebebasan ini
boleh disekat oleh Parlimen jika difikirkan mustahak untuk keselamatan negeri atau keamanan dan
keelokkan akhlak awam M Salleh Abas (1988;52 )

PENYEBARAN ISLAM DI MALAYSIA.


Islam bertapak di malaysia dengan kedudukan yang kukuh apabila raja melaka yang pertama
<Parameswara> menganut agama islam seterusnya berkahwin dengan dengan puteri islam pada tahun
1414.
Dimasa pemerintahan Sultan Mansor Shah <1456 1477>, Agama Islam mula bertapak kuat di
melaka dan kemudiannya menjadi pusat kerajaan melayu islam yang terbesar di tenggara asia dan pusat
penyebaran agama islam yang terpenting di bahagian dunia sebelah sini.
Dikurun masihi yang ke 16 orang-orang eropah kristian telah membuat serangan secara besarbesaran terhadap negara-negara islam. Mereka melakukan peperangan dengan tujuan ekonomi, politik
dan agama. Mereka mengambil kesempatan ini ketika umat islam berpecah sesema mereka sebagai
menutut bela kekalahan mereka di dalam peperangan salib yang terpanjang antara mereka dengan
kerajaan islam diasia tenggara. Lebih-lebih lagi beberapa tahun sebelum itu<1453 masihi> kerajaan islam
turki osmaniah dapat menakluksi kota konstantinopal, iaitu sebuah kota kristian terpenting di asia.
Kerana faktor-faktor itulah maka pada bulan Ogos 1511 Kota Melaka yang menjadi pusat
penyembaran islam di tenggara asia ini jatuh ketangan Penjajah Portugis yang terkenal sebagai penjajah

yang Orthodoq dan sangat Konservatif . sebelum ini tentera portugis telah berjaya memerangi orangorang islam yang berada di beberapa bahagian di india dan berjaya menakluki pulau goa pada bulan
november, 1510. dari pulau ini mereka menjadikan pusat penyerangan mereka terhadap melaka.
Pada awal tahun 1641, penjajah belanda berjaya mengusir orang-orang portugis di melaka.
Mereka kemudiannya memperluaskan kekuasaannya ke pulau-pulau yang kini dikenali sebagai
Indonesia. Setelah itu berlaku pula persaingan dengan ingeris. Persaingan ini berakhir dalam tahun 1824
apabila melaka diserahkan kepada Inggeris dan Kepulauan Indonesia diberi pada belanda. Selepas itu
inggeris mendapat menakluki seluruh semenanjung tanah melayu.
Dalam peperangan dunia yang kedua<1942-1945> jepun telah dapat mengusir penjajah inggeris.
Tetapi apabila jepun dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu, Inggeris datang lagi ke semenanjung tanah
melayu.
Oleh kerana negara melaysia ini adalah sebuah negara yang begitu lama dijajah oleh kuasa-kuasa
barat maka sedikit sebanyak ia telah menjejaskan perkembangan islam di kawasan ini. Kesan yang
pertama ialah agama islam sudah tidak berkembang lagi dan kesan yang kedua pula orang-orang islam
menjadi lemah dalam serba bidang kehidupan.
Orang orang melayu/ islam sepanjang penjajahan tersebut tidak banyak memberi kerjasama
dengan penjajah, kerana penjajah anti islam. Penjajah memperkenalkan agama kristian di negara ini tetapi
ia tidak diterima oleh orang-orang melayu. Namun dengan demikian ia telah dapat menarik minat orangorang cina dan India yang mereka bawa kesini.
Penjajah juga bersifat merapas kegiatan ekonomi orang-orang melayu dan membawa masuk ramai
buruh dari negeri cina dan india untuk melakukan monopoli dan eksploitasi ekonomi melayu. Dibandarbandar dimana bilangan orang islam tidak ramai di dirikan sekolah dan gendol perniagaan. Pembangunan
yang seumpama ini banyak memberi faedah kepada orang cina dan india semata-mata dan tidak banyak
memberi faedah kepada orang islam.
Dibawah pemerintahan penjajahan agama kristian mula bertapak dan mendapat perlindungan
dengan keistimewaan tertentu sehingga tertubuhnya gereja-gereja, sekolah misionari dan lembagalembaga kristian yang lain.
Kaum penjajah telah meresapkan fahaman kristian kepada orang-orang bukan melayu dan orangorang asli. Orang-orang bukan melayu memberi sambutan yang hangat dengan alasan beragama kristian
bererti termasuk golongan Superior dan Elite, sedangkan orang-orang melayu<islam> adalah golongan
yang dijajah dan inferior kerana dijajah. Demikian nilai pemeluk islam pada masa penjajahan.
Untungnya pada masa tanah melayu mulai dijajah, raja-raja dan keseluruhan rakyat melayu telah
memeluk dan bersebadi denga Agama Islam. Tetapi penjajah telah berjaya meninggalkan kesan yang
pedih sekali. Mereka telah berjaya sekurang-kurangnya 2 perkara penting, pertama melemahkan
pengaruh islam di tanah melayu dan kedua memundurkan kehidupan umat islam.

You might also like