You are on page 1of 9

Laporan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6

Tajuk: Daya
Teori: Ausubel
Teori-teori pembelajaran boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara teori-teori pengajaran yang sering
diserapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah teori
Gagne, teori Ausubel, teori Piaget, teori Bruner dan teori Behaviorisme. Dalam
menjalankan sesi pengajaran dam pembelajaran ini, saya telah mengaplikasikan
teori pembelajaran Ausubel. Di dalam terbitan Educational Theory, January
1961, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembeljaran bermakna
dengan pembelajaran hafalan: Pembelajaran hafalan ialah satu proses di mana
pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan
pembelajaran yang dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya
mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, hasil pembelajarannya akan berupa
hafalan dan tidak bermakna.
Mengikut Rancangan Pengajaran Harian yang ditulis, tajuk pelajaran yang
diajar adalah Daya yang melibatkan murid-murid tahun 6 seramai 30 orang.
Masa yang diperuntukan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
ini adalah selama 60 minit. Antara objektif pengajaran ialah diakhir sesi
pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan bahawa daya adalah
tarikan dan tolakan serta dapat menyatakan contoh-contoh aktiviti yang
melibatkan daya tarikan dan tolakan. Teori pengajaran Ausubel dipilih kerana
sesuai dengan tajuk dan aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini termasuklah pengajaran resepsi yang bermakna.
Semasa memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, iaitu dalam set
induksi, saya telah menunjukkan satu tin minuman aluminium yang telah kemek
kepada murid-murid di dalam kelas. Saya telah mengarahkan murid-murid
memberi sepenuh perhatian

dengan memerhatikan keadaan tin yang

ditunjukkan. Tin aluminium dipilih kerana murid-murid pernah minum minuman


dalam tin. Ini akan meningkatkan minat murid untuk mengetahui lebih lanjut
1

tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Selepas selesai memerhatikan tin
yang kemek, saya mengemukakan tiga soalan kepada murid, soalan-soalannya
ialah nama objek tersebut, keadaan objek tersebut dan mengapa tin menjadi
kemek. Semua murid dapat menjawab dengan baik iaitu jawapannya tin
aluminium, tin kemek dan tin kemek kerana dipijak. Murid juga dapat
menyatakan bahawa tin kemek akibat ditolak oleh kaki.
Dalam menjalankan set induksi ini, saya telah mengaplikasikan teori
Ausubel mengikut penggunaan Pengelola Awal. Dalam peringkat set induksi ini,
saya telah menggunakan teknik penyampaian maklumat berbentuk bahasa dan
bahan pelajaran kepada murid. Contoh-contoh khusus dan bahan iaitu tin
aluminium telah digunakan bertujuan untuk mengaitkan maklumat yang sedia
ada dalam diri murid. Ini adalah salah satu pandangan Ausubel dalam
penggunaan pengelola awal. Murid dapat memberikan jawapan tin kemek
kerana mengikut pengetahuan sedia ada, mereka pernah melalui proses ini iaitu
memijak tin supaya kemek sebelum dijual ke kilang kitar semula. Selain itu,
menurut Ausubel lagi teknik pengelola awal ini juga bertujuan menarik minat
serta memotivasikan murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Ini dapat
dilihat pada contoh penggunaan tin untuk menarik minat murid. Seterusnya, saya
kaitkan kaki yang memijak tin hingga kemek adalah akibat daya tolakan dan
saya perkenalkan tajuk pada hari ini iaitu daya.
Dalam fasa pencetusan idea, saya meletakkan carta bergambar di papan
tulis. Dalam carta tersebut terdapat beberapa contoh gambar aktiviti yang
melibatkan daya tarikan dan tolakan. Carta bergambar yang digunakan adalah
berbentuk

peta

konsep.

Menurut Ausubel

yang

memperkenalkan

teori

pembelajaran resepsi, pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku jika


seseorang murid menyedari pautan atau kaitan di antara pengetahuan yang
diterimanya dan isi kandungan yang tersimpan di dalam struktur mentalnya.
Beliau telah menyarankan penggunaan peta minda atau peta konsep sebagai
penyusunan awal sesuatu sesi pembelajaran. Sedikit penerangan menggunakan
kaedah ekspositori dilakukan oleh saya untuk memperkenalkan konsep baru
dalam fasa pencetuasan idea ini.
2

Seterusnya, berdasarkan carta murid diarahkan supaya membaca dan


meneliti peta konsep mengenai daya dalam carta tersebut. Selepas murid
selesai membaca, saya menerangkan dengan terpeinci mengenai konsep daya
sehinggalah kepada contoh-contoh khusus aktiviti yang melibatkan daya tarikan
dan daya tolakan dalam kehidupan seharian. Semua murid menumpukan
sepenuh perhatian kepada penerangan guru mengenai daya tarikan dan daya
tolakan. Di sini, teori Ausubel telah diaplikasikan melalui pembelajaran secara
resepsi atau pembelajaran bermakna. Ausubel menyatakan bahawa bagi
membolehkan murid memperoleh maklumat lebih banyak di dalam masa yang
singkat, strategi pembelajaran secara resepsi bermakna harus digunakan iaitu
dengan menggunakan kaedah menerang, demonstrasi, bercerita atau syarahan..
Saya telah menggunakan salah satu kaedah tersebut dalam fasa ini iaitu kaedah
menerang kepada murid-murid mengenai konsep daya tarikan dan daya tolakan
serta contoh-contoh khusus. Contoh-contoh yang digunakan adalah dalam
bentuk gambar-gambar aktiviti yang melibatkan daya tarikan dan tolakan. Ini bagi
membolehkan murid-murid lebih memahami mengenai tajuk pelajaran.
Seterusnya, murid diarahkan supaya dapat menyatakan contoh-contoh
lain mengenai aktiviti yang melibatkan daya tarikan dan tolakan. Antara contohcontoh yang diberikan oleh murid-murid ialah membuka pintu, mengetuk paku,
menaikkan bendera, menyepak bola, bermain badminton, meregang gelang
getah dan sebagainya. Murid-murid telah mengaitkan contoh-contoh yang
diberikan dengan pengetahuan sedia ada mereka. Ini juga termasuk dalam teori
Ausubel melalui pengajaran bermakna yang mengaitkan maklumat baru dengan
pengetahuan sedia ada murid. Menurut Ausubel lagi, dalam pengajaran resepsi
bermakna, guru menyusun maklumat-maklumat, iaitu isi pelajaran secara logikal
dan sistematik dalam bentuk keseluruhan (final form). Kemudian, isi pelajaran
disampaikan kepada murid yang mengintegrasikan maklumat-maklumat baru itu
dengan pengetahuan sedia ada murid. Melalui kaedah tersebut, saya telah
menyusun isi pelajaran mengenai daya dan menerangkan secara sistematik
kepada murid-murid berdasarkan carta yang digunakan. Dengan cara ini, muridmurid akan lebih faham mengenai konsep daya. Persembahan bahan-bahan dan
3

isi pelajaran tajuk daya secara terancang daripada umum kepada ciri-ciri spesifik
dan terpeinci telah dilakukan oleh saya dalam fasa ini. Ini adalah mengikut
perbezaan progresif dalam kaedah penyampaian yang sarankan oleh Ausubel
untuk pengajaran resepsi bermakna.
Untuk fasa seterusnya iaitu penstrukturan idea, murid-murid menjalankan
kajian atau eksperimen untuk mengetahui aktiviti yang sama ada melibatkan
daya tarikan atau daya tolakan. Sebelum eksperimen dijalankan, murid-murid
dibahagikan kepada enam kumpulan. Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling sesuai
untuk subjek sains kerana sesuatu teori yang abstrak hanya akan dapat
diperkukuhkan dengan contoh konkrit. Setiap kumpulan diarahkan supaya
melantik seorang ketua. Seterusnya, saya mengedarkan kad langkah-langkah
eksperimen (lampiran 1) kepada setiap kumpulan. Murid-murid diarahkan
membaca dengan teliti mengenai langkah-langkah eksperimen yang akan
dijalankan. Saya membimbing murid dengan menerangkan satu-persatu
mengenai langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen. Di sini, kaedah
pembelajaran bermakna juga diaplikasikan dengan cara guru menerangkan
langkah eksperimen dengan lebih terpeinci supaya murid dapat memahami
dengan lebih jelas. Seterusnya, ketua dan pembantu setiap kumpulan
mengambil alatan atau bahan untuk eksperimen. Antara alatannya ialah plastisin,
meja, belon, penyapu, suis, pintu, bola. Murid menjalankan eksperimen
berdasarkan langkah-langkah yang diberikan. Antaranya ialah memicit plastisin,
menolak meja, menekan suis, menyapu sampah, menarik tangan kawan,
membuka

laci,

menutup

laci

dan

sebagainya.

Murid

akan

berusaha

mendapatkan keputusan yang boleh menjawab segala persoalan-persoalan


melalui eksperimen yang mereka jalankan. Model pengelola awal yang
melibatkan pembelajaran secara penemuan bermakna yang diperkenalkan oleh
Ausubel telah diaplikasikan dalam eksperimen yang dilakukan murid-murid dan
guru bertindak sebagai pembimbing. Murid akan berusaha mendapatkan
keputusan

yang

boleh

menjawab

segala

eksperimen yang mereka jalankan.

persoalan-persoalan

melalui

Setelah selesai menjalankan eksperimen tersebut, murid menulis


keputusan yang diperolehi di dalam jadual keputusan eksperimen yang
diedarkan oleh guru (lampiran 2). Sekali lagi murid dibimbing untuk menulis
keputusan eksperimen dengan baik dan tepat. Ketua bagi setiap kumpulan
membentangkan keputusan eksperimen yang diperoleh. Dalam sesi
menjalankan

eksperimen

ini,

kaedah

pembelajaran

Ausubel

melalui

pembelajaran resepsi yang bermakna telah digunakan. Contohnya ialah semua


aktiviti yang murid-murid lakukan seperti menekan suis, membuka dan menutup
laci serta membuka dan menutup pintu adalah yang berkait dengan aktiviti
seharian yang mereka pernah lalui atau lakukan sebelum ini di rumah. Jadi,
aktiviti ini menjadi pengajaran bermakna setelah murid dapat mengaplikasikan
konsep daya.
Berbalik kepada fasa pencetusan idea di awal sesi pengajaran, muridmurid telah diterangkan mengenai daya. Seterusnya, dalam fasa ini eksperimen
telah dijalankan. Dalam kajian atau eksperimen ini, konsep deduktif dalam
pembelajaran Ausubel juga telah dilaksanakan. Melalui konsep ini, Ausubel
mengatakan bahawa konsep deduktif adalah suatu pendekatan mengajar yang
bermula daripada sesuatu rumus, prinsip, hukum, konsep atau peraturan diikuti
dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh khusus. Murid-murid yang telah
memahami mengenai konsep daya telah mengaplikasikan konsep tersebut iaitu
dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan daya tolakan dan daya
tarikan seperti dalam eksperimen. Semua pendekatan Ausubel ini telah
dijalankan dalam fasa penstruktursn idea ini iaitu semasa menjalankan
eksperimen.
Dalam fasa aplikasi idea, murid diberikan aktiviti pengayaan. Aktiviti
pengayaan perlu dirancang dan diterapkan oleh guru dalam sesi pengajarannya.
Aktiviti ini adalah yang bersifat lebih mencabar dan lebih menekankan kepada
proses mengaplikasikan isi pelajaran dalam kehidupan seharian. Berpandukan
Rancangan Pengajaran Harian yang saya sediakan, aktiviti pengayaan pertama
ialah permainan atau pertandingan memecahkan belon. Setiap kumpulan
dibekalkan dengan satu pam dan belon. Apabila mendapat isyarat daripada guru,
5

murid-murid akan mengepam belon dengan menggunakan pam. Seterusnya


murid akan memecahkan belon tersebut dengan kaedah menekan sehingga
pecah. Murid melakukan aktiviti ini dengan kreativiti kumpulan masing-masing.
Kumpulan yang pertama belonnya pecah akan berjaya dan mendapat tepukan
gemuruh daripada rakan-rakan yang lain. Setelah selesai, saya
membimbing murid-murid dengan menerangkan daya yang terlibat semasa
pertandingan tadi. Daya yang terlibat semasa mengepam belon ialah daya
tarikan dan tolakan. Manakala daya yang terlibat semasa memecahkan belon
ialah daya tolakan.
Melalui pertandingan atau pemainan tersebut, saya menggunakan
pembelajaran Ausubel melalui pendekatan deduktif iaitu setelah murid
memahami konsep daya, murid-murid telah mengaplikasikan daya tarikan dan
tolakan dalam pertandingan tersebut. Permainan ini akan meninggalkan kesan
yang mendalam kepada murid untuk memahami mengenai daya selaras dengan
pembelajaran resepsi yang bermakna yang disarankan oleh Ausubel. Aktiviti
pengayaan dalam fasa aplikasi idea ini ialah Lembaran Kerja (lampiran 3). Saya
telah mengedarkan satu lembaran kerja yang mengandungi beberapa soalan
dan gambar-gambar aktiviti yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia
dan murid dikehendaki mengenalpasti dan menjawab soalan pada setiap gambar
tersebut sama ada aktiviti yang melibatkan daya tarikan atau yang melibatkan
daya tolakan.
Contohnya ialah gambar orang sedang mencabut paku, meregang gelang
getah dan memancing. Semua aktiviti ini melibatkan daya tarikan. Selain itu,
terdapat juga contoh gambar yang melibatkan daya tolakan seperti gambar
orang menendang bola, menekan suis, dan menolak meja. Setelah selesai
menjawab semua soalan, saya membimbing murid dalam perbincangan untuk
mendapatkan jawapan yang tepat. Semua aktiviti yang saya rancangkan dalam
fasa ini adalah bertujuan supaya murid-murid dapat memahami dengan jelas
mengenai isi pelajaran iaitu daya yang melibatkan tarikan dan tolakan. Keadaan
ini berlaku setelah murid-murid berjaya memjawab soalan latihan yang diberikan
dengan betul. Ini adalah selaras dengan teori pembelajaran Ausubel yang
6

menekankan pembelajaran yang bermakna. Murid-murid telah memahami


mengenai isi pelajaran yang telah disampaikan.
Dalam fasa terakhir iaitu refleksi, murid diterangkan kembali mengenai
tajuk daya yang melibatkan daya tarikan dan daya tolakan. Fasa ini melibatkan
perangkuman semua maklumat yang telah dipelajari oleh murid. Berpandukan
Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan, saya menerangkan semula
mengenai daya tarikan dan tolakan kepada murid-murid. Selain itu, saya
menerangkan dan membimbing murid untuk membuat kesimpulan mengenai
tajuk daya. Semua murid telah memahami bahawa daya melibatkan tarikan dan
tolakan. Kaedah menerang telah digunakan melalui strategi pembelajaran secara
resepsi yang termasuk dalam teori Ausubel. Kaedah ini sesuai diamalkan untuk
murid-murid memperoleh maklumat yang banyak dalam masa yang singkat.
Akhir sekali, dalam fasa refleksi ini murid diarahkan supaya membuat satu buku
skrap mengenai daya tarikan dan daya tolakan. Buku skrap ini disediakan
mengikut kumpulan masing-masing di rumah. Murid dikehendaki mengumpul
gambar-gambar dari surat khabar atau majalah yang melibatkan aktiviti berkaitan
daya tarikan dan tolakan. Dengan cara ini, sesi pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih bermakna dengan adanya koleksi gambar-gambar dalam
buku skrap berkaitan dengan daya. Konsep pengajaran resepsi bermakna inilah
yang ditekankan oleh Ausubel.
Penutup
Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah memerlukan perancangan yang rapi bermula dari bahagian permulaan
sehingga ke akhirnya supaya satu proses pembelajaran bermakna boleh dirasai
oleh semua murid. Perancangan tersebut perlu mengambil kira teori-teori
pembelajaran yang boleh diaplikasikan dan beberapa strategi pengajaran yang
boleh digunakan. Oleh itu, ilmu tentang dua perkara ini amat penting dalam
perancangan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan, sedikit penilaian perlu juga
7

dilakukan bagi mengenalpasti tahap pemahaman murid terhadap topik yang


diajari. Hal ini amat penting bagi mengelakkan wujudnya murid yang ketinggalan
dalam penerimaan ilmu daripada guru. Teori pembelajaran resepsi yang
bermakna yang ditekankan oleh Ausubel juga telah berjaya diserapkan dan
dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Selain itu,
penggunaan pengelola awal bagi menarik minat dan memotivasikan murid juga
telah digunakan dan murid menunjukkan respon yang positif menunjukkan isi
pelajaran bagi sesi pembelajaran ini telah berjaya.

You might also like