You are on page 1of 6

4.

0 ANALISIS PERBEZAAN BENTUK KATA GANDA BERDASARKAN


TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA ( NIK SAFIAH KARIM ) DAN NAHU MELAYU
MUTAKHIR ( ASMAH HAJI OMAR )
Menurut Nik Safiah Karim, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan
penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu.
Menurut Asmah Hj.Omar pula, gandaan adalah kata yang dihasilkan oleh penggandaan.
Penggandaan didefinisikan sebagai proses mengulangi sesuatu perkataan, seluruhnya atau
pada bahagian-bahagian tertentu. Dalam penggandaan pada bahagian-bahagian tertentu,
maka pengulangan berlaku pada unsur kata yang berkenaan, dan unsur ini boleh merupakan
suku kata ( satu atau lebih ) atau rentetan bunyi-bunyi(vokal dan/atau konsonan ) yang tidak
bertaraf suku kata.
4.1 Nik Safiah Karim menyatakan dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Manakala, menurut
Asmah Hj. Omar, kata ganda terbahagi kepada sembilan bentuk penggandaan seluruh kata,
penggandaan

kata

dasar,

penggandaan

suku

kata

pertama,

penggandaan

berima,

penggandaan menyaling, penggandaan suku kata akhir, penggandaan dengan bentuk ke-an,
penggandaan dengan sisipan, dan penggandaan dengan ber-.Perbezaan ini dinyatakan dalam
jadual 1 berikut:

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

Nahu Melayu Mutakhir (m/s 251-259)

(m/s 76-79)
1.Definisi

1.Definisi

Nik Safiah Karim mendefinisikan proses


penggandaan dalam bahasa Melayu ialah
proses yang menggandakan kata dasar

Asmah Hj.Omar mendefinisikan gandaan


adalah
kata
yang
dihasilkan
oleh
penggandaan.Penggandaan
didefinisikan
sebagai
proses
mengulangi
sesuatu
perkataan, seluruhnya atau pada bahagianbahagian tertentu maka pengulangan
berlaku pada unsur kata yang berkenaan,
dan unsur ini boleh merupakan suku
kata(satu atau lebih) atau rentetan bunyi-

bunyi(vokal dan/atau konsonan) yang tidak


bertaraf suku kata.

2.Jenis Penggandaan

Nik Safiah membahagikan kata ganda


kepada 3 jenis iaitu :
a. Penggandaan penuh
b. Penggandaan separa
c. Penggandaan berentak

2.Jenis Penggandaan
Asmah Haji Omar membahagikan

kata

ganda kepada 9 jenis iaitu :


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

penggandaan seluruh kata


penggandaan kata dasar
penggandaan suku kata pertama
penggandaan berima
penggandaan menyaling
penggandaan suku kata akhir
penggandaan dengan bentuk ke-an
penggandaan dengan sisipan
penggandaan dengan ber-

Jadual 1
4.2 Perbezaan kata ganda yang seterusnya berdasarkan jadual 2 di bawah:
Nik Safiah Karim
Penggandaan Penuh:

Asmah Haji Omar


Penggandaan Seluruh Kata

a.Penggandaan penuh kata tunggal

a. Kata nama-rumah-rumah,orang-orang,

Cth:meja-meja,rumah-rumah,
buku-buku,ayat-ayat,budakbudak,cerpen-cerpen,
tadika- tadika, sekolah-sekolah.
b.Penggandaan penuh kata berimbuhan
a.dengan awalan
pemimpin-pemimpin,ketua-ketua,
pekedai-pekedai,pelatih-pelatih.
b. dengan akhiran
amalan-amalan,jualan-jualan,
dapatan-dapatan, ajaran-ajaran.
c.dengan apitan
persatuan-persatuan,
kementerian-kementerian,
permainan-permainan,
pertandingan-pertandingan.

binatang-binatang
b.Kata kerja- putus,putus, buat-buat,
main-main, tolak-tolak,
makan-makan
c.Kata sifat- baik-baik, tajam-tajam,
sukar-sukar, tinggi-tinggi,putih-putih.
d.Adverba- dulu-dulu,dekat-dekat,
hampir-hampir, nyaris-nyaris.

Jadual 2
Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda pertama yang diperkenalkan oleh beliau dalam
Tatabahasa Dewan ialah penggandaan penuh. Kata ganda ini menggandakan keseluruhan kata
dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Nik Safiah Karim telah
membahagikan penggandaan penuh ini kepada 2 jenis iaitu
i.
ii.

Penggandaan penuh kata tunggal:


meja-meja, rumah-rumah, buku-buku, ayat-ayat, budak-budak, cerpen-cerpen,
tadika-tadika, sekolah-sekolah.
Penggandaan penuh kata berimbuhan:
a. dengan awalan- pemimpin-pemimpin,ketua-ketua, pekedai-pekedai,pelatih-pelatih.
b. dengan akhiran- amalan-amalan, jualan-jualan, dapatan-dapatan, ajaran-ajaran.
c. dengan apitan- persatuan-persatuan, kementerian-kementerian, permainanpermainan, pertandingan-pertandingan.

Manakala Asmah Haji Omar pula, memperkenalkan kata ganda yang pertama dalam Nahu
Melayu Muktahir ialah penggandaan seluruh kata. Beliau menerangkan bahawa kata ganda ini
yang melibatkan kata selapis dan kata berlapis. Proses ini berlaku untuk perkataan dalam
semua golongan. Asmah Haji Omar telah membahagikan penggandaan seluruh kata kepada 4
jenis, seperti berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Kata nama- rumah-rumah, orang-orang, binatang-binatang


Kata kerja -putus,putus, buat-buat,main-main tolak-tolak,makan-makan
Kata sifat- baik-baik, tajam-tajam, sukar-sukar, tinggi-tinggi,putih-putih.
Adverba- dulu-dulu, dekat-dekat, hampir-hampir, nyaris-nyaris.

Contoh-contoh kata ganda penuh yang diberikan oleh Nik Safiah Karim lebih terperinci dan
pelbagai daripada contoh-contoh kata ganda seluruh kata Asmah Haji Omar.
4. 3 Perbezaan golongan kata ganda yang seterusnya adalah merujuk jadual 3 di bawah:
Nik Safiah Karim
Penggandaan Separa Kata Tunggal
Contoh: laki
pohon gelang tikus siku -

Asmah Haji Omar


Penggandaan Suku kata Pertama

lelaki
pepohon
gegalang
tetikus
sesiku

Contoh:

laki lalaki lelaki


lelipan lilipan lelipan
kura kukura kekura

Jadual 3

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Nik Safiah Karim) , penggandaan separa- kata
tunggal ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh
merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Dalam bahagian penggandaan separa Nik
Safiah Karim telah membahagikannya kepada dua jenis:

i. Penggandaan separa kata tunggal


Contoh: laki lelaki, pohon pepohon, tikus tetikus, siku sesiku.

ii.Penggandaan separa kata berimbuhan awalan, akhiran, dan apitan


Manakala Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir, beliau telah
menamakan kata ganda ini sebagai penggandaan suku kata pertama iaitu pengulangan
suku kata pertama pada kata akar tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat
pada suku kata pengulangan.
4 .4 Perbezaan golongan kata ganda seterusnya merujuk kepada jadual 4 di bawah:
Nik Safiah Karim
Penggandaan Separa
Berimbuhan-Kata Kerja meNContoh: a. mencari-cari, meronta-ronta
merayu-rayu.
b. cari-mencari, ronta-meronta,
tolong-menolong.

Asmah Haji Omar


Penggandaan Menyaling
Contoh kata kerja: karang-mengarang,
tari-menari, tulis-menulis
Contoh akhiran i :cinta-mencintai,
Kasih-mengasihi, tutup-menutupi,
kata-mengatai.
Contoh kata dasar: sebelah-menyebelahi,
Seberang-menyeberang.

Jadual 4
Nik Safiah Karim telah menamakan penggandaan separa berimbuhan-kata kerja meN-ialah
kata ganda yang menggandakan kata dasar yang boleh merupakan kata terbitan. Tetapi
berbeza dengan Asmah Haji Omar, beliau menyifatkan sebagai penggandaan menyaling. Ini
adalah kerana unsur yang diulang itu ditandai oleh awalan me- ,dan kebanyakan frasa yang
terbentuk darinya merupakan frasa kerja menyaling.
4.5 Perbezaan golongan kata ganda seterusnya merujuk jadual 5 di bawah:
Nik Safiah Karim

Asmah Haji Omar

Penggandaan Separa
Contoh: sepandai-pandai, sebaik-baik,
setinggi-tinggi

Penggandaan Kata Dasar- Kata Sifat


Contoh : sepandai-pandai,
setinggi-tinggi

Jadual 5
Menurut Asmah Haji Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, penggandaan kata dasar kata
sifat yang melibatkan penggandaan kata dasar berawalan se- sahaja. Berbeza dengan Nik
Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewan, beliau menamakan kata ganda ini sebagai
penggandaan separa berimbuhan dengan awalan -se (kata adjektif). Kedua-dua jenis kata
ganda ini adalah serupa, apa yang membezakannya hanyalah nama yang diberikan oleh
penulis.
Nik Safiah Karim
Penggandaan Berentak- Pengulangan Konsonan
Kata nama- batu-batan, suku-sakat
gunung-ganang
Kata Kerja- dolak-dalik, huyung-hayang,
mundar-mandir.
Kata Adjektif-gelap-gelita, kontang-kanting,
kucar-kacir.

Asmah Haji Omar


Penggandaan Berima
Kata nama- gunung-ganang,
bukit-bukau, serba-serbi
Kata Kerja-mandi-manda, bolak-balik
Kata Sifat-bengkang-bengkok,
kacau-bilau,gopoh-gapah,
karut-marut
Adverba- serta-merta

Jadual 6
4.6 Perbezaan golongan kata ganda seterusnya merujuk jadual 6
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, penggandaan berentak pengulangan konsonan
adalah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Perbezaan ini jelas ketara pada buku Nahu Melayu Mutakhir yang menyatakan bahawa
penggandaan serupa ini dinamakan sebagai penggandaan berima. Menurut Asmah Haji Omar
pengulangan dapat berlaku pada mana-mana unsur, sama ada unsur ini merupakan suku kata,
konsonan atau vokal. Menurut beliau lagi kata nama gandaan mengikut satu rumus yang
tertentu dalam susunan pengulangan dan unsur yang diulang, dalam erti kata unsur
pengulangan terdapat sesudah unsur yang diulang.

Nik Safiah karim telah membahagikan penggandaan berentak pengulangan konsonan kepada
tiga jenis iaitu pengulangan konsonan kata nama, pengulangan konsonan kata kerja dan
pengulangan konsonan kata adjektif (seperti dalam jadual). Manakala Asmah Haji Omar telah
membahagian penggandaan berima kepada empat jenis iaitu penggandaan berima kata nama,
penggandaan berima kata kerja, penggandaan berima kata sifat dan adverba.(sila rujuk jadual).

You might also like