Professional Documents
Culture Documents
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif
Pernyataan Masalah
Banyak kajian dan eksperimen tentang PK dari segi kesannya dan prosesnya telah
dilaporkan positif di dalam dan di luar negara. Ini dapat dibukti oleh Hamida Bee (1998)
yang merumuskan bahawa PK adalah kaedah yang berkesan untuk mengajar pelajaran
bahasa. Di Malaysia, kajian dan laporan tentang keberkesanan kaedah PK dalam mata
pelajaran bahasa Cina dan Tamil amatlah terhad. Justeru itu, kajian ini ingin meninjau dan
mengetahui sama ada kaedah PK juga berkesan dalam sistem pendidikan Malaysia yang
mempunyai latar belakang sosio budaya yang berbeza. Satu tinjauan telah dibuat ke atas
prestasi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dalam UPSR ke atas empat buah
sekolah ( dua buah SJK(C) dan dua buah SJK (T) ) di Negeri Kedah. Analisis peratusan
kelulusan UPSR di keempat-empat buah sekolah ini pada tahun 2000 adalah seperti yang
ditunjukkan dalam jadual 1.1 dan 1.2:
Jadual 1.1 : Analisis Peratus Kelulusan UPSR Mengikut Mata Pelajaran
pada Tahun 2000 Bagi SJK (C) A dan SJK (C) B.
Sekolah
SJK ( C ) A
SJK ( C ) B
Mata Pelajaran
BC Kefahaman
73.97 %
76.90 %
BC Karangan
75.60 %
83.00 %
BM Kefahaman
62.57 %
72.2 %
BC Karangan
64.84 %
48.10 %
B. Inggeris
62.16 %
61.10 %
Matematik
81.08 %
81.5 0%
Sains
75.67 &
83.30 %
( Sumber : Dua Buah SJK (C) di Negeri Kedah )
Nama asal sekolah tidak dinyatakan dalam kajian ini.
Daripada jadual 1.1, didapati pencapaian min kelulusan mata pelajaran BC Kefahaman
bagi kedua-dua buah SJK (C) hanya berada pada tahap sederhana sahaja jika berbanding
dengan min kelulusan BC Karangan dan Matematik. Ini menunjukkan pencapaian BC
kefahaman masih perlu dipertingkatkan lagi.
Tujuan Kajian
Harris Durkin (1979), Smith (1980), dan Sofiah Osman (1986) dalam hasil kajian
mereka menunjukkan bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar
pemahaman teks dengan berkesan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau
sama ada kaedah pembelajaran koperatif Bahagian Pencapaian-Pasukan Pelajar BPPP
(Student Teams-Achievement Divisions STAD), boleh menghasilkan pencapaian
akademik dari segi pencapaian ujian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil yang lebih baik berbanding dengan kaedah tradisional yang berpusatan guru.
Bagi mencapai matlamat di atas, kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan
berikut:
i)
ii)
iii)
iv)
Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).
Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).
Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan
kumpulan heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman
teks.
Membandingkan kesan kaedah PK BPPP bagi kumpulan homogenus dan
kumpulan heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman
teks.
1.3
Persoalan Kajian
Berdasarkan matlamat dan tujuan kajian yang dinyatakan, kajian ini cuba mencari jawapan
bagi soalan-soalan kajian berikut:
i)
ii)
iii)
iv)
1.4
Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C) ?
Adakah terdapat perbezaan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid yang
mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T) ?
Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan
heterogenus di SJK(C) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?
Adakah kaedah PK BPPP berkesan untuk kumpulan homogenus atau kumpulan
heterogenus di SJK(T) dalam pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks?
Hipotesis-Hipotesis Kajian
Berhubung dengan persoalan yang dikemukakan, hipotesis-hipotesis nol yang akan diuji
dalam kajian ini dengan berdasarkan aras signifikan p<0.05 adalah seperti berikut:
i)
ii)
iii)
iv)
1.5
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (C).
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus di SJK (C).
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif
BPPP kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus di SJK (T).
Kepentingan Kajian
Diharap dapatan kajian ini akan menjadi panduan dan memberi petunjuk kepada guruguru SJK(C) dan guru-guru SJK(T) yang ingin melaksanakan kaedah PK dalam
pengajaran bacaan pemahaman teks. Guru-guru akan lebih yakin dengan keberkesanan
kaedah PK dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bacaan
pemahaman teks PK. Kajian ini memberi tumpuan kepada mata pelajaran Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil kerana kedua-dua bahasa ini merupakan bahasa pengantar di sekolah
aliran Cina dan Tamil. Sekiranya kaedah PK BPPP ini menunjukkan kesan yang
positif, mungkin ia boleh diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah
Cina dan sekolah-sekolah rendah Tamil di negara kita untuk meningkatkan prestasi
murid-murid dalam pencapaian bacaan pemahaman teks.
1.6
Batasan Kajian
Kajian ini melibatkan sampel seramai 160 orang murid Darjah Lima dari dua buah
sekolah yang berbeza aliran, iaitu 80 orang murid dari SJK(C) dan 80 orang murid dari
SJK(T). Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan bagi kedua-dua buah sekolah
ini terdiri daripada 40 orang murid yang berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah.
Hasil kajian ini hanya betul dalam konteks sekolah tersebut atau sekolah lain yang
menyerupai sampel kajian ini sahaja. Selain itu, sampel kajian ini hanya terdiri
daripada kaum Cina dan India sahaja, maka hasil kajian tidak boleh digeneralisasikan
bagi kumpulan sampel yang berlainan kaum. Ia mungkin dapat dijadikan satu perintis
dan landasan untuk kajian yang lebih luas dan mendalam dalam bidang yang sama.
Pemilihan sampel hanya berdasarkan kelas-kelas yang telah sedia ada, oleh itu, satu
eksperimen kuasi yang tidak menggunakan persampelan rawak untuk membentuk
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan telah digunakan.
TINJAUAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
Dua teori yang menyumbang ke arah pencapaian kaedah PK ialah teori motivasi dan teori
kognitif ( Slavin, 1990). Dalam perspektif motivasi, ahli-ahli setiap kumpulan yang
mengikuti kaedah PK akan saling membantu dan menggalakkan rakan antara satu sama
lain untuk pencapaian matlamat akademik (Slavin, 1990). Dalam perspektif kognitif pula,
pembelajaran dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pembinaan, pelajar akan terlibat
secara aktif dalam proses integrasi pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada untuk
mencapai objektif pembelajaran yang dijangkakan. Mengikut Slavin (1990), fungsi utama
BPPP ialah kumpulan murid yang mengikuti kaedah PK membekal sokongan antara ahli
kumpulan untuk pencapaian akademik yang cemerlang. Interaksi dalam kumpulan kecil
membantu pelajar menganalisis, berbincang dan sintesis idea untuk meningkatkan tahap
pemikiran dan pemahaman pelajar dalam konteks yang lebih bermakna.
2.3 Kajian-kajian Yang Berkaitan
Menurut Grabe (1991), kemahiran dalam penggunaan strategi bacaan dapat
meningkatkan bacaan pemahaman teks. Hasil kajian Bejarano (1987) telah
membuktikan bahawa pengajaran pemahaman teks yang menggunakan kaedah BPPP
amat berkesan. Begitu juga hasil kajian Almanza (1997) menunjukkan bahawa PK
lebih berkesan untuk mengajar pemahaman teks berbanding dengan kaedah tradisional
dalam satu kelas besar. Walau bagaimanapun, Eleanor, dan Taylor (1995) menunjukkan
bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara kaedah BPPP berbanding dengan
kaedah penbelajaran tradisional dalam pemahaman teks di kalangan murid darjah
enam. Kajian oleh Teeravarapaug dan Khairiree (1992) ke atas pelajar-pelajar sekolah
di daerah-daerah Bangkok menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang tidak belajar
melalui kaedah PK telah menghasilkan pencapaian yang lebih tinggi berbanding
dengan pelajar yang telah melalui olahan kaedah PK.
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Kajian ini merupakan reka bentuk Kumpulan Kawalan Tidak Serupa ( Nonequivalent
Control Group). Reka bentuk ini melibatkan sampel sebanyak 160 orang murid Darjah
Lima dari dua buah sekolah yang berbeza aliran, iaitu SJK(C) dan SJK(T). Kumpulan
Eksperimen dan Kumpulan Kawalan bagi kedua-dua buah sekolah ini dipilih
berasaskan dua kelas yang sedia ada yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Pembolehubah tidak bersandar ialah PK dan PT, manakala pembolehubah bersandar
ialah perbezaan peningkatan min dalam ujian bacaan pemahaman teks yang diukur
melalui ujian pra dan ujian pos terhadap kaedah PK BPPP.
Kaedah PK mempunyai lima komponen yang utama iaitu pengajaran dalam kelas,
pembentukan kumpulan, kuiz, skor peningkatan individu dan pengiktirafan kumpulan.
Dalam pengajaran pemahaman teks bagi kelas olahan, murid-murid diagihkan dalam
beberapa kumpulan kecil. Ahli setiap kumpulan akan berinteraksi, berbincang,
berkongsi idea dan bekerjasama untuk memahami teks yang diberikan oleh guru.
Seterusnya, setiap kumpulan akan mengambil bahagian dalam kuiz, bersaingan antara
kumpulan untuk menyumbangkan skor yang tinggi untuk kumpulan masing-masing.
Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang memperoleh skor tertinggi.
Jadual 3.1 : Reka bentuk kajian kelas-kelas Eksperimen bagi kaedah PK BPPP
_____________________________________________________________________
Aliran
Jenis Kumpulan
Heterogenus
Homogenus
SJK (C)
A, B, C, D
E, F, G, H
SJK (T)
I, J, K, L
M. N, O, P
_____________________________________________________________________
Kelas eksperimen bagi kedua-dua aliran sekolah dibahagi kepada dua kumpulan utama,
iaitu kumpulan heterogenus dan kumpulan homogenus. Ahli-ahli kumpulan
heterogenus terdiri daripada sampel yang berbeza dari segi kebolehan bahasa ibunda,
manakala ahli-ahli kumpulan homogenus adalah sampel yang mempunyai kebolehan
bahasa ibunda yang sama. Setiap kumpulan Heterogenus dan Homogenus pula
dipecahkan kepada empat kumpulan kecil. (Sila rujuk Jadual 3.1)
3.2
Instrumen Kajian
Instrumen untuk kajian ini merupakan empat set soalan ujian (dua untuk sampel
SJK(C) dan dua untuk sampel SJK(T) yang setiapnya mengandungi 20 item soalan
objektif aneka pilihan dengan empat pilihan jawapan yang berkaitan dengan empat
petikan pemahaman teks. 2 set soalan pemahaman teks digunakan sebagai ujian pra dan
ujian pos bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas tamat
pengolahan. Soalan kefahaman ini melibatkan soalan interpretasi, sintesis dan tafsiran
terhadap isi kandungan teks yang dibaca. Instrumen ini digunakan untuk mengukur
keberkesanan pembolehubah bebas (PK & PT), dan pembolehubah bersandar (skor
peningkatan dalam ujian bacaan pemahaman teks antara ujian pra dan ujian pos
terhadap kaedah PK BPPP).
Ujian pemahaman teks ini direka oleh penyelidik bersama pensyarah Pengajian Cina
dan Pengajian Tamil. Kesahan soalan ditentukan oleh Guru Bahasa Cina dan Guru
Bahasa Tamil yang telah lama menjadi pemeriksa peperiksaan UPSR Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil. Untuk menilai reliabiliti ujian pencapaian berkenaan, koefisien alfa
Cronbach @ telah ditentukan. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh untuk ujian
pencapaian kefahaman teks Bahasa Cina dan Tamil masing-masing ialah 0.75 dan
0.69.
3.3
Prosedur Kajian
Kajian ini melibatkan dua orang guru pelatih pengajian Cina yang mengajar kedua-dua
kelas yang terlibat dalam kajian ini. Seorang guru pelatih mengajar kelas kawalan dan
seorang lagi mengajar kelas eksperimen. Demikian juga keadaan di SJK (T). Mereka
telah diberi taklimat, penerangan dan garis panduan tentang pelaksanaan kaedah
tradisional bagi guru yang mengajar kelas kawalan dan kaedah PK BPPP bagi guru
yang mengajar kelas eksperimen.
Pada mulanya, kedua-dua kumpulan yang terlibat dalam kajian telah diberi ujian pra
sebelum kajian dimulakan. Pada akhir kajian, kedua-dua kumpulan dikehendaki
menduduki satu ujian post. Peningkatan pencapaian akademik diukur berdasarkan
perbezaan pencapaian mereka dalam ujian pra dan ujian post. Kumpulan kawalan
diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran tradisional yang mana murid belajar
secara tradisional yang banyak melibatkan kerja individu.. Guru hanya berperanan
sebagai instructor dengan mengamal kaedah chalk and talk. Kelas eksperimen
dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kumpulan heterogenus dan homogenus.
Ahli-ahli kumpulan heterogenus terdiri daripada murid-murid yang berbeza kebolehan
bahasa ibunda, manakala ahli-ahli kumpulan homogenus terdiri daripada murid-murid
yang mempunyai kebolehan bahasa ibunda yang sama.
3.4
Analisis Data
Data-data skor ujian rintis akan dianalisis dengan menggunakan program SPSS untuk
memperoleh nilai reliabiliti item-item ujian pencapaian iaitu nilai alfa-Cronbach.
Data-data yang dikutip bagi ujian pra dan ujian post sampel kajian akan juga diproses
dengan perisian SPSS untuk tujuan deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) dan
menguji hipotesis. Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk membanding min
skor pencapaian ujian bacaan pemahaman teks antara kumpulan kawalan dan
kumpulan eksperimen di sekolah yang sama, antara kumpulan heterogenus dan
kumpulan homogenus dalam kumpulan eksperimen. Paras signifiken untuk membuat
keputusan ditetapkan pada aras 0.05. Hipotesis nol akan ditolak sekiranya nilai p yang
diperolehi adalah kurang daripada 0.05 dan sebaliknya.
DAPATAN KAJIAN
4.1
Pendahuluan
Kumpulan
Min (S.P)
Peningkatan
Ujian Pra Ujian Post
Kawalan 69.25
(N=40) (14.17)
76.15
(12.43)
6.90
Perbezaan
Nilai-t
3.745
+6.08
(N=40)
Eks.
68.48
(15.16)
(9.17)
81.46
12.98
<.001
8.905
Jadual 4.2:
Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan Pemahaman Teks
Antara Kumpulan Homogenus Dan Kumpulan Heterogenus Bagi Kaedah
Pembelajaran Koperatif BPPP Di SJK ( C )
Kumpulan
Hom.
(N=20)
Min (S.P)
Peningkatan
Ujian Pra Ujian Post
69.61
(10.45)
79.72
(5.46)
10.11
(9.56)
Perbezaan
Nilai-t
4.603
+5.74
<.001
Het.
67.35
83.20
15.85
8.921
(N=20) (11.56)
(8.43)
(7.44)
_______________________________________________________________
Jadual 4.2 menunjukkan perbandingan peningkatan pencapaian min ujian bacaan
pemahaman teks antara kumpulan homogenus dan kumpulan heterogenus bagi
kaedah pembelajaran koperatif BPPP di SJK ( C ). Peningkatan pencapaian min
bagi kumpulan homogenous adalah 10.11, manakala peningkatan pencapaian
min bagi kumpulan heterogenous adalah 15.85. Ujian-t menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian min terhadap
kumpulan homogenous sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran
koperatif BPPP. ( nilai-t = 4.603, p<.001). Ujian-t juga menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pencapaian min terhadap
kumpulan heterogenous sebelum dan selepas mengikuti kaedah pembelajaran
koperatif BPPP. ( nilai-t = 8.921, p<.001)
4.4
Perbandingan pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara
murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan murid
yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional di SJK (T).
Jadual 4.3: Perbandingan Peningkatan Pencapaian Min Ujian Bacaan
Pemahaman Teks Bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen Di
SJK(T)
Kumpulan
Min (S.P)
Peningkatan
Perbezaan
Nilai-t
66.13
(13.85)
3.33
(9.26)
3.250
+11.42
<.001
Eks.
60.63
75.38
14.75
8.705
(N=40) (13.59)
(12.26)
(8.02)
_______________________________________________________________
Analisis data terhadap perbandingan peningkatan pencapaian min ujian
pemahaman teks bagi kedua-dua kumpulan pelajar yang mengikuti kaedah
pembelajaran tradisional dan kaedah pembelajaran koperatif BPPP dapat
dirumuskan melalui Jadual 4.3. Jadual 4.3 menunjukkan bahawa peningkatan
pencapaian min ujian pemahaman teks bagi kumpulan kawalan adalah sebanyak
3.33 sedangkan kumpulan eksperimen adalah sebanyak 14.75. Perbezaan
peningkatan pencapaian min bagi kedua-dua kumpulan adalah sebanyak 11.42.
Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan
pencapaian min di antara kedua-dua kumpulan. ( p<.001)
Sebagai kesimpulan, didapati pencapaian min pelajar kumpulan eksperimen
adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Oleh itu, Hipotesis
nul yang mengatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
pencapaian min ujian bacaan pemahaman teks antara pelajar yang mengikuti
kaedah pembelajaran koperatif BPPP dengan pelajar yang mengikuti kaedah
pembelajaran tradisional ditolak.
4.5
Hom.
(N=20)
Min (S.P)
Peningkatan
Ujian Pra Ujian Post
61.25
(13.86)
72.00
(13.62)
Perbezaan
Nilai-t
10.75
(11.15)
8.234
+8.00
Het.
60.00
78.75
18.75
(N=20)
(13.32) (11.16)
(12.15)
<.001
7.265
Implikasi Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif BPPP merupakan satu kaedah
yang berkesan dalam mengajar bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
bagi pelajar Darjah 5. Walau bagaimanapun, dalam melaksanakan kaedah pembelajaran
koperatif di SJK (C) dan SJK (T), timbulnya beberapa kesulitan seperti sifat pelajar yang
pasif, keberatan untuk bergaul dengan jantina yang lain, tidak begitu berkecenderungan
untuk menyoal dan memberi pandangan terhadap sesuatu perkara. Justeru itu, pelbagai
corak pengajaran dan pembelajaran kaedah pembelajaran koperatif harus digunakan demi
menggalakan interaksi di kalangan pelajar, memudahkan pembelajaran serta
mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam pelajarannya. Semoga guru-guru yang
mempunyai kepakaran dalam kaedah pembelajaran koperatif boleh berkongsi kepakaran
dan kemahiran mereka dengan guru yang lain melalui kursus-kursus dalaman. Semangat
bekerjasama dan kemahiran kolaboratif di kalangan guru adalah perlu untuk memenuhi
fungsi kita sebagai pendidik, membantu pelajar memperkembangkan kemahiran mental
melalui perbincangan dan interaksi dalam kumpulan pembelajaran koperatif.
BIBLIOGRAFI
Adams, Dennis, Carlson, Helen, Hamm, & Mary. (1990). Cooperative Learning and
Educational Media: Collaborating With Technology And Each Other.
New Jersey: Educational Teachnology Publications, 07632.
Almanza, T. (1997). The Effect of Cooperative Learning on Reading. ERIC ED 402781.
Alvermann, D.E., Dillon, D.R., & O'Brien, D.G. (1987). Using Discussion To Promote
Reading Comprehension. Neward, DE: International Reading Association.
.Bejarano, Y. (1987). A cooperative small-group methodology in the language classroom.
TESOL Quarterly, 21, 483-504.
Davidson, N. (1990). In Sharan, R. Slavin, and N. Davidson, The IASCE: An Agenda
for The 90's, Cooperative Learning, 10(4), 2-4.
Deutsch, M. (1962). A theory of cooperation and competition. Human Relations V2, 129152
Dole J.A., Duffy G.G.; Roehlen L.R. & Pearson P.D. (1991). Moving from old to the new.
Research on Reading Comprehension Instruction: Review of Educational Research,
61(2), 241.
Durkin, D. (1979). What classroom observation reveal about reading comprehension. Reading
Research Quaterly. 14, 578-544.
Grabe, W. (1991) Current development in second language reading research . TESOL
Quarterly, 25, 375-406.
Hamida Bee Abdul Karim. (1998). Why cooperative learning? Jurnal Akademik MPSAH,
jilid 6, 12-19.
Harris, A. J. & E. R. Sipay. (1980). How to Increase Reading Ability. New York: Longman,
Inc.
Ishak Ramly. (1996). 'Mencanai Bacaan Menghimbau Fikiran Meneguh Pengetahuan'. Kertas
Kerja, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Jacobs, G M., Gan, SL., & Ball, J. (1998). Pembelajaran Kerjasama. Serdang: Penerbitan
Universiti Putra Malaysia.
Jacques, D. (1984). Learning In Groups. Dover: W.H. Croon Helm.
Johnson, D.W.; Maruyama, G; Johnson, R.T., Nelson, & Skon, L. (1981). Effects of
Cooperative, Competitive and Individualistic Goal Structures on Achievement: A Meta
Analysis: Psycological Bulletin. 89, 47-62.
Kagan, S. (1992, 1994). Cooperative Learning. San Juan Capistrano, CA: Kagan Cooperative
Learning.
________________________. (1989). Falsafah Pendidikan Negara. Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Kessler, Carolyn. (1992). Cooperative Language Learning: A teacher's resource book.
Eaglewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall Regents.
Marohaini Yusoff. (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Petaling Jaya:
Percetakan Kum Sdn Bhd.
Ng, S.H. (1998). Kajian Perintis Tentang Pembelajaran Koperatif Dalam Prinsip Akaun. Tesis
M. Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Norijah Mohamad. (1997). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Dan Pengajaran Secara
Modul Bagi Peningkatan Pencapaian pelajar Dalam Bahasa Melayu Peringkat Sekolah
Menengah. Tesis M.Ed, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Reigeluth, C.M. (1983) (Ed.), Instructional design theories and Models. An overview of their
current status. New Jersey: Lawrence Erlbaum.
Slavin, R.E. (1990). Cooperative Learning: Theory, Research, and Practice. Boston: Allyn and
Bacon.
Slavin, R.E. (1994). Using Student Team Learning (3 rd ed.). The Johns Hopkins University:
Center for Research on Elementary and Middle School.
Smith , F. (1980). Reading Cambridge. Cambridge University Press.
Sofiah Osman. (1986). Memahami Proses Pemahaman Bacaan daripada Perspektif
Psikolinguistik. dalam Jurnal Dewan Bahasa, Jild 30, Bil. 8,
1 Jun 1986, 402-407.
Stevens, R.J., Slavin, R.E., & Farnish, A.M. (1991). The effects of cooperative learning and
direct instruction in reading comprehension strategies and main idea identification.
Journal of Educational Psychology, 83, 8-16.
Tai L. K. (2000). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif STAD Terhadap Pelajar Tingkatan
Dua Dalam Bacaan Pemahaman Teks Dan Sikap Terhadap Bahasa Melayu. Tesis M.Ed,
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Teeravarapaug, P. & Khairiree, K. et al (1992). Cooperative Learning in
Mathematic. Education Reports. Regional Centre of Education in Science and
Matematics.
http://www.ipsah.edu.my/LamanR&D2007/KajianPemantauanBPG/Bahasa01.htm