You are on page 1of 7

SIFAT SIFAT BENDALIR

C3009/ UNIT 1 / 1

UNIT 1 : SIFAT-SIFAT BENDALIR

OBJEKTIF

Objektif am :
Pelajar akan dapat mempelajari dan memahami secara umum tentang subjek
mekanik bendalir dan bidang-bidang dalam mekanik bendalir.
Objektif khusus :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :
1. Mengkelaskan mekanik bendalir kepada bidang-bidangnya.
2. Mentakrifkan hidraulik, hidrostatik dan hidrodinamik.

SIFAT SIFAT BENDALIR

C3009/ UNIT 1 / 2

INPUT

1.0

Pengenalan
Mekanik bendalir adalah satu bidang kajian tentang kelakuan bendalir
apabila terjadi perubahan keatasnya. Mekanik bendalir boleh dibahagikan
kepada 2 bidang utama iaitu:
i.
ii.

Hidrostatik
Hidrodinamik

Rajah 1.0 menunjukkan pengkelasan bidang mekanik bendalir


Mekanik Bendalir.

Cecair
(tidak boleh mampat contoh: air, minyak)

Gas (Boleh mampat


Contoh: udara)

Mekanik bendalir

Hidrostatik

Hidrodinamik

Hidraul

Kinematik

Rajah 1.0 Pengkelasan bendalir

Dinamika bendalir

SIFAT SIFAT BENDALIR


1.1

C3009/ UNIT 1 / 3

Takrifan beberap istilah mekanik bendalir


1.1.1 Hidrostatik
Ialah kajian mengenai cecair yang pegun. Daya-daya yang
bertindak hanyalah tekanan dan graviti (berat cecair). Hidrostatik
merupakan sains tulin. Aplikasi didalam kejuruteraan termasuklah
masalah berkaitan dengan daya-daya ke atas empangan, daya ke
atas pintu air dan daya-daya keapungan ke atas kapal.
1.1.2 Hidrodinamik
Ialah berkaitan dengan cecair yang bergerak. Selain daripada daya
yang disebabkan oleh daya graviti dan tekanan, daya ricih perlu
diambil kira. Halaju, tenaga, kelikatan, ketumpatan dan geseran
akan memainkan peranan dalam pergerakan bendalir.
1.1.3 Dinamik bendalir
Ialah analisa matematik dalam penyelesaian masalah yang
berkaitan dengan hidrodinamik.
1.1.4 Takrifan hidraulik
Hidraulik berasal dari perkataan Greek Hudour yang bermaksud
air. Hidraulik adalah satu bidang sains kejuruteraan yang mengkaji
tentang bendalir samada dalam keadaan pegun atau bergerak.
1.1.5 Hidrokinematik
Membincangkan mengenai halaju dan garis aliran tanpa
mengambil kira geseran dan tenaga. Kinematik pada
keseluruhannya adalah suatu sains yang secara praktiknya tidak
diambil kira. Cecair dianggap tidak boleh dimampatkan dan teori
digunakan untuk aliran yang perlahan sahaja.

SIFAT SIFAT BENDALIR

C3009/ UNIT 1 / 4

Aktiviti 1.0

Untuk memantapkan kefahaman anda, cuba jawab soalan


dibawah:
1. Hidrostatik ialah _____________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2 Hidrodinamik
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3. Lengkapkan pengkelasan bendalir dalam rajah di bawah
Mekanik Bendalir.

Gas (Boleh mampat Contoh: udara)

Mekanik bendalir

Hidrostatik

Hidraul

Kinematik

Dinamika bendalir

SIFAT SIFAT BENDALIR

C3009/ UNIT 1 / 5

MAKLUM BALAS AKTIVITI 1.0


1.

Hidrostatik :
Ialah kajian keatas cecair yang pegun. Daya daya yang bertindak
hanyalah tekanan dan graviti (Berat cecair). Hidrostatik merupakan sains
tulin. Aplikasi didalam kejuruteraan termasuklah masalah berkaitan
dengan daya-daya ke atas empangan, daya ke atas pintu air dan dayadaya keapungan ke atas kapal.

2.

Hidrodinamik:
ialah berkaitan dengan cecair yang bergerak. Selain daripada daya yang
disebabkan oleh daya graviti dan tekanan, daya ricih perlu diambil kira.
Halaju, tenaga, kelikatan, ketumpatan dan geseran akan memainkan
peranan dalam pergerakan bendalir.

Mekanik Bendalir.

Cecair
(tidak boleh mampat contoh: air, minyak)

Gas (Boleh mampat


Contoh: udara)

Mekanik bendalir

Hidrostatik

Hidrodinamik

Hidraul

Kinematik

Dinamika bendalir

SIFAT SIFAT BENDALIR

C3009/ UNIT 1 / 6

PENILAIAN
KENDIRI

1. Nyatakan kepentingan mekanik bendalir dalam kehidupan


manusia.
2. Terangkan perbezaan di antara hidraul, hidrostatik dan hidrodinamik.
3. Jelaskan perbezaan diantara hidraul dengan bidang lain dalam
membicarakan mengenai hidrodinamik

SIFAT SIFAT BENDALIR

C3009/ UNIT 1 / 7

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI


1.

Mekanik bendalir merupakan satu kajian yang dilakukan untuk


menentukan kelakuan bendalir dari segi perubahan, tekanan, geseran,
aliran melalui beberapa jenis saluran, orifis, hentaman jet, pengeluaran
kuasa dan sebagainya. Ia juga merangkumi perkembangan dan ujian
teori-teori yang telah ada.

2.

Perbezaan diantara hidraulik, Hidrostatik dan hidrodinamik adalah seperti


berikut:
Hidraulik
Hidraulik adalah bidang
sains kejuruteraan yang
mengkaji tentang
bendalir samada dalam
keadaan pegun ataupun
bergerak.

3.

Rujuk nota.

Hidrostatik
kajian mengenai
cecair yang pegun.

Hidrodinamik
merupakan kajian terhadap
cecair yang bergerak

You might also like