You are on page 1of 2

a) ASET

ASET SEMASA
Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Aset Semasa
merupakan harta yang tidak jelas dari segi bentuk, mudah berubah dan tidak mempunyai nilai
tetap, di mana nilai pegangan pada suatu masa sentiasa berubah mengikut keadaan.
Contoh: wang tunai, stok barangan niaga, penghutang, deposit.

ASET TETAP
Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Aset Tetap
merupakan Aset yang dimiliki atau dibeli oleh perniagaan dengan tujuan memperolehi hasil
atau pendapatan tetapi bukan untuk di jual serta mempunyai hayat yang tertentu.
Contoh: Kenderaan, Bangunan (Premis), Perabot, Peralatan Pejabat, Mesin.

b) LIABILITI
Liabiliti merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan pada masa
yang telah ditetapkan. Hutang ini terhasil daripada urusan pembelian barangniaga,
perkhidmatan atau pinjaman wang. Ianya terbahagi kepada 2:
Liabiliti Jangka Panjang : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam tempoh
yang lama iaitu melebihi setahun.
Contoh: Pinjaman sewa beli, pinjaman bangunan, pinjaman MARA
Liabiliti Semasa : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam masa yang singkat
atau pendek.
Contoh: Pemiutang perniagaan, overdraf

c) CATATAN BERGU
Catatan bergu perakaunan merujuk kepada proses yang digunakan dalam transaksi. Terma
debit dan kredit digunakan dalam proses perakaunan untuk menunjukkan kesan transaksi
terhadap baki akaun-akaun.

Bahagian debit bagi setiap akaun ialah sebelah kiri, manakala bahagian kanan pula ialah
bahagian kredit. Pertambahan aset dan belanja akan dicatat di bahagian debit dan
pengurangannya dicatat pada bahagian kredit. Pertambahan liabiliti, ekuiti pemilik, dan hasil
akan dicatat di bahagian kredit, penyusutannya akan dicatat di bahagian debit. Memudahkan
penyemakan apabila jumlah debit dan kredit adalah seimbang.

d) AKAUN TUNAI
Segala urusniaga yang melibatkan wang samada wang atau tunai masuk, wang atau tunai
yang dibelanjakan dan baki akhir urusniaga.

e) JURNAL AM
Menunjukkan catatan yang lengkap tentang satu urus niaga mengikut urutan tarikh beserta
butir dan keterangan. Memudahkan membuat rujukan dan memberi panduan catatan pindahan
ke lejar. Dapat mengesan kesilapan dengan cepat dan mengelakkan penipuan.
Jurnal Am
Contoh: Memo dan Invois (belian / jualan aset bukan semasa)

Catatan permulaan perniagaan


Catatan penutupan dan pemindahan baki-baki akaun
Membeli dan menjual aset bukan semasa secara kredit
Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau perniagaan
Membawa masuk modal tambahan
Catatan pelarasan
Membetulkan kesilapan
Merekodkan pembubaran perniagaan

You might also like