You are on page 1of 7

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

Sidang 7: PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


Akta Parlimen 1968; Akta (Perbadanan) Persekutuan
Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974; Pindaan
Akta 409, 1989
Bahagian VIII: PAKAIAN SERAGAM DAN LENCANA PANGKAT
PAKAIAN SERAGAM
Pakaian Seragam
275(1) Pakaian seragam yang betul dan lengkap dipakai oleh ahli-ahli dalam semua cawangan
Pengakap dalam Pergerakan ini termasuk Penaung dan Penaung Utama adalah
bagaimana yang dinyatakan di bawah peraturan-peraturan di dalam Bahagian ini.
(2) Cawangan-cawangan Pengakap itu adalah seperti berikut:(a) Pengakap Kanak-Kanak
(b) Pengakap Muda
(c) Pengakap Remaja (termasuk Laut dan Udara)
(d) Pengakap Kelana
(e) Pemimpin (termasuk Pemimpin Kumpulan)
(f)
Pesuruhjaya
(g) Pesuruhjaya Kehormat
Rupabentuk Dan Corak
276 Rupabentuk dan corak alat-alat yang mengandungi pakaian seragam itu hendaklah
mengikut rupabentuk, ukoran dan corak bagaimana yang telah ditetapkan. Ahli-ahli
Pergerakan ini tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang berlainan daripada apa
yang telah ditetapkan dalam Bahagian ini.
Warna
277 Warna rasmi bagi kemeja, baju wanita dan jeket dan seluar atau kain wanita dan apa
jua jenis pakaian ialah KELABU bagi kemeja, bagi wanita dan jeket dan BIRU TUA bagi
seluar atau kain wanita.
ISTIADAT-ISTIADAT RASMI DAN LAIN-LAIN
278 Apabila pakaian seragam dipakai di dalam istiadat-istiadat rasmi, di perhimpunanperhimpunan Pengakap atau dalam masa menjalankan gerakerja-gerakerja Pengakap,
pakaian seragam itu hendaklah dengan betul dan lengkap mengandungi pakaian di
kepala, kemeja (atau baju wanita atau jeket), seluar (atau kain wanita), sekap (atau tali
leher atau ribbon), tali pinggang, sarong kaki dan kasut sebagaimana yang telah
ditetapkan dalam peraturan-peraturan di dalam Bahagian ini.
Perkhemahan, Kursus Dan Lain-Lain
279 Ahli-ahli Pergerakan ini boleh, mengikut bijaksana Pemimpin yang berkenaan, memakai
sebarang pakaian yang sesuai dan selesa dalam masa perkhemahan atau dalam kursus
atau masa-masa yang lain tetapi apabila keluar daripada kawasan perkhemahan atau
tempat kursus itu, mereka hendaklah memakai pakaian seragam yang betul dan
lengkap.

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L.

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


Budak Pengakap (Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja)
1. BAJU
 Lelaki: Baju kemeja berlengan pendek warna
KELABU ASAP, leher cekak musang.
 Perempuan: Baju kemeja berlengan panjang tanpa
cuff warna KELABU ASAP, leher cekak musang
 Bagi Unit Pengakap Laut, baju warna PUTIH
 Bagi Unit Pengakap Udara, baju warna BIRU MUDA.
2. SELUAR/SKIRT
 Lelaki: Seluar panjang warna biru tua.
 Perempuan: Boleh memakai seluar panjang biru tua potongan lelaki atau skirt
berwarna biru tua dipakai dan labuhnya hingga paras bawah lutut.
Nota: Pasukan Latihan Negara mengesyorkan supaya budak perempuan memakai seluar
sahaja.

3. FORAGE CAP/BERET
 Forage Cap warna biru tua jenis kain 100% polyester dengan
lilitan pita kain merah dan berlambang Pengakap sulam.
 Bagi Unit Pengakap Laut, beret berwarna biru tua digunakan.
 Bagi Unit Pengakap Udara, beret berwarna biru muda digunakan.
4. SKAF
 Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi. Warnanya biru tua dan terdapat jalur
putih (0.75cm tebal) dan merah (0.75cm tebal) di bahagian tepinya. Tiada lambang
Pengakap Malaysia pada pangkalnya.
5. TANDA NAMA
 Berwarna hitam dengan tulisan nama putih, tanpa logo Pengakap dipakai di atas
saku sebelah kanan.
6. TANDA PANGKAT
 Lencana menunjukkan pangkat. Jalur kuning berlatarkan warna mengikut unit.
Dipakai di atas saku sebelah kiri.
Ketua Pasukan/Pek
- 3 jalur
Ketua Patrol/Sekawan
- 2 jalur
Pen. Ketua Patrol/Sekawan
- 1 jalur
Pengakap
Pengakap
Pengakap
Pengakap
Pengakap

Kanak-kanak
Muda
Remaja
Laut
Udara

Latar
Latar
Latar
Latar
Latar

Kuning
Hijau
Merah Hati (Maroon)
Biru Tua
Biru Muda

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L.

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

7. NAMA NEGERI, DAERAH & NO. KUMPULAN


 Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan dipakai di
lengan baju sebelah kanan sahaja dengan jarak antara
jahitan bahu dengan Nama Negeri dan Nama Negeri
dengan Nama Daerah sejauh 1cm. Jarak antara Nama
Daerah dan No. Kumpulan sejauh 1cm.

01

8. NAMA SEKAWAN/PATROL
 Nama Sekawan/Patrol dipakai di lengan
sebelah kiri dengan jarak 1cm daripada
jahitan bahu.

9. LENCANA BENDERA MALAYSIA & LENCANA KEAHLIAN


 Memakai Lencana Pengakap Malaysia pada saku baju
sebelah kanan
 Selepas diterima masuk menjadi ahli Pengakap dalam
Istiadat Perlantikan Pengakap, Lencana Keahlian dipakai
pada saku baju sebelah kiri.
10. TALI PINGGANG
 Lelaki: Memakai tali pinggang rasmi Pengakap berkepala
GANGSA yang mengandungi logo Pengakap Malaysia di
atasnya.
 Perempuan: Pengakap Perempuan tidak memakai tali pinggang
11. SARUNG KAKI
 Memakai sarung kaki berwarna biru tua atau hitam tanpa corak atau lambang lain.
12. KASUT
 Memakai kasut KANVAS warna hitam BERTALI.

13. BAJU-T
 Lelaki: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap lengan
pendek dengan logo Pengakap di atas saku
 Perempuan: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap
berlengan panjang dengan logo Pengakap di atas saku.
Nota: Untuk perkhemahan dan aktiviti sahaja.

14. WISEL
 Wisel dengan tali wisel bulat tanpa anyaman berwarna biru tua hanya boleh dipakai
oleh:
- Ketua Pasukan
- Ketua Sekawan/Patrol
- Pen. Ketua Patrol
15. TUTUP KEPALA PEREMPUAN
 Serkup kepala berwarna mengikut warna baju kemeja.
 Bagi yang memakai mini telekung, hendaklah memasukkan hujung mini telekung ke
dalam baju. Warnanya mengikut warna baju kemeja (kelabu, putih atau biru muda).

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L.

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

Pengakap Kelana
1. BAJU
 Lelaki: Baju kemeja berlengan panjang warna
KELABU ASAP, leher cekak musang.
 Perempuan: Baju kemeja berlengan panjang tanpa
cuff warna KELABU ASAP, leher cekak musang
bersaku dua di bahagian bawah sahaja.
 Bagi Unit Pengakap Laut, baju warna PUTIH
 Bagi Unit Pengakap Udara, baju warna BIRU MUDA.
Nota: Baju lengan pendek hanya boleh dipakai semasa
perkhemahan atau semasa kursus sahaja.

2. SELUAR/SKIRT
 Lelaki: Seluar panjang warna biru tua.
 Wanita: Boleh memakai seluar panjang biru tua potongan lelaki atau skirt berwarna
biru tua dipakai dan labuhnya hingga paras bawah lutut.
Nota: Pasukan Latihan Negara mengesyorkan supaya wanita memakai seluar sahaja.

3. FORAGE CAP/BERET/BOWLER HAT


 Lelaki: Forage Cap warna biru tua jenis kain 100% polyester
dengan lilitan pita kain kuning dan berlambang Pengakap
besi.




Wanita: Bowler Hat warna biru tua berlambang pengakap besi


Bagi Unit Pengakap Laut, lelaki memakai beret berwarna biru
tua dan wanita memakai Bowler Hat berwarna putih.
Bagi Unit Pengakap Udara, lelaki memakai beret berwarna biru muda dan wanita
memakai Bowler Hat berwarna biru tua.

4. SKAF & WOGEL


 Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi. Warnanya biru tua dan terdapat jalur
putih (0.75cm tebal) dan merah (0.75cm tebal) di bahagian tepinya. Tiada lambang
Pengakap Malaysia pada pangkalnya.
 Wogel Gilwell boleh dipakai selepas menghadiri
Kursus Manikayu Peringkat 1.
5. TANDA NAMA
 Berwarna merah dengan tulisan nama putih, tanpa logo Pengakap dipakai di atas
saku sebelah kanan.
6. EPOLET KELANA
 Memakai epolet warna merah berlambang Pengakap
dan tulisan Kelana selepas upacara perlantikan.
7. NAMA NEGERI, DAERAH & NO. KUMPULAN
 Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan dipakai di
lengan baju sebelah kanan sahaja dengan jarak antara
jahitan bahu dengan Nama Negeri dan Nama Negeri
dengan Nama Daerah sejauh 1cm. Jarak antara Nama
Daerah dan No. Kumpulan sejauh 1.5cm.
8. NAMA KELANA
 Nama Kelana dipakai di lengan sebelah kiri dengan
jarak 1cm daripada jahitan bahu.

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L.

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

9. LENCANA BENDERA MALAYSIA & LENCANA KEAHLIAN


 Memakai Lencana Pengakap Malaysia pada saku baju
sebelah kanan
 Selepas diterima masuk menjadi Bakal Kelana, Lencana
Keahlian dipakai pada saku baju sebelah kiri.
10. TALI PINGGANG
 Lelaki: Memakai tali pinggang rasmi Pengakap berkepala
PERAK yang mengandungi logo Pengakap Malaysia di
atasnya.
 Kelana: Kelana Wanita tidak memakai tali pinggang
11. SARUNG KAKI
 Memakai sarung kaki berwarna biru tua atau hitam tanpa corak atau lambang lain.
12. KASUT
 Memakai kasut KULIT warna hitam BERTALI.

13. BAJU-T
 Lelaki: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap lengan
pendek dengan logo Pengakap di atas saku
 Perempuan: Memakai baju-T Pengakap warna kelabu asap
berlengan panjang dengan logo Pengakap di atas saku.
Nota: Untuk perkhemahan dan aktiviti sahaja.

14. WISEL
 Wisel dengan tali wisel bulat tanpa anyaman berwarna biru tua hanya boleh dipakai
oleh ahli yang memegang jawatan dalam pasukan.
15. TUTUP KEPALA WANITA
 Serkup kepala berwarna mengikut warna baju kemeja.
 Bagi yang memakai mini telekung, hendaklah memasukkan
hujung mini telekung ke dalam baju. Warnanya mengikut warna baju kemeja
(kelabu, putih atau biru muda).
16. LENCANA PENGAKAP RAJA
 Ahli Pengakap Kelana yang telah memperolehi anugerah Pengakap Raja boleh
memakai Lencana Pengakap Raja di bawah lengan baju sebelah kanan.
17. ANUGERAH B-P
 Anugerah B-P hanya boleh dipakai selepas memperoleh 3 Lencana Kelana
Wajib dan 1 Lencana Kelana Pilihan dan dianugerahkan oleh Persekutuan
Pengakap Malaysia.

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L.

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

Pemimpin Pengakap
1. BAJU
 Lelaki: Baju kemeja berlengan panjang warna
KELABU ASAP, leher cekak musang.
 Perempuan: Baju kemeja berlengan panjang tanpa
cuff warna KELABU ASAP, leher cekak musang
bersaku dua di bahagian bawah sahaja.
 Bagi Unit Pengakap Laut, baju warna PUTIH
 Bagi Unit Pengakap Udara, baju warna BIRU MUDA.
Nota: Baju lengan pendek hanya boleh dipakai semasa
perkhemahan

2. SELUAR/SKIRT
 Lelaki: Seluar panjang warna biru tua.
 Wanita: Boleh memakai seluar panjang biru tua potongan lelaki atau skirt berwarna
biru tua dipakai dan labuhnya hingga paras bawah lutut.
Nota: Pasukan Latihan Negara mengesyorkan supaya wanita memakai seluar sahaja.

3. FORAGE CAP/PEAK CAP/BOWLER HAT


 Lelaki: Forage Cap warna biru tua jenis kain 100% polyester
dengan lilitan pita kain kuning dan berlambang Pengakap
besi.




Wanita: Bowler Hat warna biru tua berlambang Pengakap besi.


Bagi Unit Pengakap Laut, lelaki memakai Peak Cap berwarna
putih dan wanita memakai Bowler Hat berwarna putih.
Bagi Unit Pengakap Udara, lelaki memakai Peak Cap berwarna biru tua dan wanita
memakai Bowler Hat berwarna biru tua.

4. SKAF & WOGEL


 Skaf rasmi kebangsaan berbentuk tiga segi. Warnanya biru tua dan terdapat jalur
putih (0.75cm tebal) dan merah (0.75cm tebal) di bahagian tepinya. Tiada lambang
Pengakap Malaysia pada pangkalnya.
 Skaf Gilwell boleh dipakai dalam perkhemahan atau
kursus sahaja.
 Wogel Gilwell boleh dipakai selepas menghadiri Kursus Manikayu Peringkat 1.
5. TANDA NAMA
 Berwarna hitam dengan tulisan nama putih, tanpa logo Pengakap dipakai di atas
saku sebelah kanan.
6. EPOLET PEMIMPIN/PENOLONG PEMIMPIN
 Memakai epolet warna biru tua di atas kedua-dua bahu mengikut
jawatan yang ditauliahkan.
7. NAMA PANGKAT
 Memakai nama pangkat mengikut jawatan yang
ditauliahkan di lengan sebelah kiri sahaja dengan jarak
1cm daripada jahitan bahu.

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L.

Kursus Kepimpinan Manik Kayu (Peringkat Pengenalan) KP 2976

8. NAMA NEGERI, DAERAH & NO. KUMPULAN


 Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan dipakai di
lengan baju sebelah kanan sahaja dengan jarak antara
jahitan bahu dengan Nama Negeri dan Nama Negeri
dengan Nama Daerah sejauh 1cm. Jarak antara Nama
Daerah dan No. Kumpulan sejauh 1.5cm.

01

9. LENCANA BENDERA MALAYSIA & LENCANA KEAHLIAN


 Memakai Lencana Pengakap Malaysia pada saku baju
sebelah kanan
 Selepas diterima masuk menjadi ahli Pengakap dalam
Istiadat Perlantikan Pengakap, Lencana Keahlian dipakai
pada saku baju sebelah kiri.
10. TALI PINGGANG
 Lelaki: Memakai tali pinggang rasmi Pengakap berkepala
PERAK yang mengandungi logo Pengakap Malaysia di
atasnya.
 Kelana: Kelana Wanita tidak memakai tali pinggang
11. SARUNG KAKI
 Memakai sarung kaki berwarna biru tua atau hitam tanpa corak atau lambang lain.
12. KASUT
 Memakai kasut KULIT warna hitam BERTALI.

13. TUTUP KEPALA WANITA


 Serkup kepala berwarna mengikut warna baju kemeja.
 Bagi yang memakai mini telekung, hendaklah memasukkan hujung mini telekung ke
dalam baju. Warnanya mengikut warna baju kemeja (kelabu, putih atau biru muda).
14. PITA ANUGERAH
 Memakai pita anugerah di atas saku baju di sebelah kiri.
15. LENCANA PENGAKAP RAJA
 Pemimpin yang telah memperolehi anugerah Pengakap Raja boleh memakai
Lencana Kecil Pengakap Raja di bawah lengan baju sebelah kanan.

Sumber: Pengenalan Ke Pengakapan, Persekutuan Pengakap Malaysia (1994)

Pasukan Latihan Daerah, Persekutuan Pengakap Daerah Zon Bangsar, W.P.K.L.

You might also like