You are on page 1of 16

HADIS

RUKUN
DAN
TUNGGAK
ISLAM

HADIS KETIGA
RUKUN DAN TUNGGAK ISLAM
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin
al-Khattab r.a, beliau berkata: " Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: " Islam dibina di atas
lima perkara; penyaksian bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w
itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,
menunaikan zakat, mengerjakan haji ke
Baitullah dan puasa bulan Ramadhan. " (Hadis
ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

KETERANGAN HADIS
Rasulullah s.a.w mengibaratkan Islam yang dibawa
agama yang mengeluarkan manusia daripada
kepompong kekufuran dan berhak untuk
ditempatkan di dalam syurga serta dijauhkan
daripada azab api neraka dengan binaan yang
kukuh. Ia tertegak di atas asas dan tapak yang
teguh.

KANDUNGAN HADIS

DIPERJELASKAN OLEH BAGINDA


RASULULLAH S.A.W

penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan


Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w itu Rasulullah
Syahadah bahawa tiada Tuhan (ilah) melainkan Allah dan
Muhammad itu pesuruh Allah.
Makna syahadah ini ialah mengakui tentang kewujudan Allah
s.w.t dan keesaanNya serta membenarkan kenabian Muhammad
s.a.w dan risalahnya.
Rukun ini umpama asas jika dinisbahkan dengan rukun-rukun
yang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga
mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah. "
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
" Sesiapa yang menyebut (laa ilaaha illallah) dengan penuh
keikhlasan, nescaya dia akan masuk syurga. " (Hadis ini
sahih dan dikeluarkan oleh al-Bazzaar)

mendirikan sembahyang
Yang dikehendaki dengannya ialah menjaga sembahyang dan
mendirikannya di dalam waktu serta perlaksanaannya hendaklah dengan
menyempurnakan syarat dan rukun serta menjaga adab dan sunatnya,
sehingga ia memberi kesan yang positif kepada diri muslim.
Dengan itu dia akan meninggalkan keburukan dan kemungkaran.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. " (AlAnkabuut : 45)
Sembahyang adalah syiar dan tanda seorang mukmin, Rasulullah bersabda:
" Pemisah di antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur ialah
meninggalkan sembahyang. " (Dikeluarkan oleh Muslim dan lainnya)
" Sembahyang adalah tiang agama. " (Dikeluarkan oleh Abu Nua'im

menunaikan zakat
Iaitu mengeluarkan bahagian tertentu daripada harta yang
cukup nisab dan memenuhi syarat-syarat wajib zakat, kepada
fakir miskin dan mereka yang berhak menerimanya.
Allah s.w.t berfirman di dalam menyifatkan golongan mukmin:
" Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya
(dengan menunaikan zakat harta itu). " (Al-Mukminun: 4)
Zakat adalah ibadat harta benda.
Dengannya akan terlaksana keadilan sosial, terhapusnya
kemiskinan dan kepapaan, dan melahirkan kasih sayang,
kemesraan dan rasa saling hormat-menghormati di antara
sesama muslimin.

mengerjakan haji ke Baitullah

Iaitu pergi ke masjidil Haram pada bulan-bulan haji


iaitu Syawal, Zulqaedah dan sepuluh hari pertama
dari bulan Zulhijjah serta melaksanakan ibadat
yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.
Haji merupakan ibadat harta benda dan tubuh
badan yang akan memberi banyak manfaat
kepada individu dan masyarakat.
Tambahan pula, ia merupakan perhimpunan ?
(muktamar) Islam yang terbesar dan peluang
terbaik kepada pertemuan seluruh umat Islam dari
segenap pelusuk dunia.

SAMBUNGAN
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
" Dan seluruh umat ,anusia untuk mengerjakan ibadat haji,
nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan
berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang
kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau)
yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara
yang mendatangkan pelbagai faedah kepada mereka, serta
memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari
tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan
binatang0binatang ternak (untuk dijadikan korban) ; dengan
yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatangbinatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang
susah, yang fakir miskin. " (Al-Hajj : 27-28)

Kerana itu pahala ibadat haji adalah besar dan


ganjarannya tinggi.Rasulullah s.a.w bersabda:
" Haji mabrur tiada balasan baginya kecuali
syurga.
Ibadat haji telah difardhukan pada tahun keenam
Hijrah iaitu dengan turunnya firman Allah s.w.t :
" Dan Allah mewajibkan manusia mengerkakan
ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah,
iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. :
(Aali-Imraan: 97)

puasa bulan Ramadhan


Puasa di bulan Ramadhan telah difardhukan pada
tahun kedua Hijrah iaitu dengan turunnya firman Allah
s.w.t :
" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah)
bilan Ramadhan yang padanya diturunkan alQuran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia
dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan pertunjuk serta (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu. " (Al-Baqarah:185)

SAMBUNGAN
Puasa adalah ibadat yang terdapat padanya
pembersihan jiwa, ketinggian ruh dan kesihatan
untuk tubuh badan.
Barangsiapa yang melakukannya kerana mamatuhi
suruhan Allah s.w.t dan menuntut keredhaannya,
maka ia merupakan penghapus keburukan dan
menjadi sebab baginya untuk memasuki syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Barangsiapa yang berpuasa di bulan
Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahalanya, diampunkan dosanya
yang telah lalu. "

Perkara-perkara yang disebutkan dalam hadis ini


merupakan asas binaan.
Penyempurnaan dan pelengkap adalah melalui
amalan wajib dan sunat = menjadi seperti hiasan
bangunan.
Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa
Rasululah s.a.w bersabda:
Iman mempunyai 70 lebih cabang. Yang paling
tinggi ucapan tiada tuhan melainkan Allah dan
yang paling rendah membuang perkara yang
menyakitkan di jalan.

Matlamat ibadat
Ibadat yang dikehendaki di dalam Islam bukanlah gambaran
dan bentuknya yang zahir sahaja tetapi yang dikehendaki
dengan ibadat ialah tujuan, makna serta perlaksanaanya.
Tidak ada manfaat sembahyang yang tidak dapat mencegah
daripada perbuatan keji dan mungkar sebagaimana tidak ada
faedah puasa yang pelakunya tidak dapat meninggalkan
kebatilan bahkan beramal dengannya.
Begitu juga tidak diterima haji atau zakat yang dilakukan
kerana riak dan kemasyhuran.
Tidaklah beerti boleh meninggalkan ibadat jika tidak tercapai
hasilnya tetapi yang dikehendaki di sini ialah berusaha
membawa diri supaya beribadat dan cuba mencapai segala
tujuannya.

Cabang iman
Perkara yang disebut dalam hadis bukanlah
merupakan seluruh perkara yang ada di dalam
Islam, namun baginda berpada dengan menyebut
perkara tersebut sahaja memandangkan
kepentingannya.
Terdapat banyak perkara lain lagi selain daripada
itu. Rasulullah s.a.w bersabda :
" Iman itu lebih dari tujuh puluh cabang. "
(Muttafaq 'alaih)

Kesimpulan hadis
sesungguhnya Islam adalah meliputi akidah dan
amalan. Maka tiada guna amal tanpa iman
sebagaimana tiada erti kewujudan iman tanpa
amal.

You might also like