You are on page 1of 2

LAPORAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

Pada 3 April 2012, pihak sekolah Sek Keb Sungai Lui telah
mengagihkan susu kotak 1Malaysia kepada murid-muridnya setelah
menerima bekalan pertama tahun ini sebanyak 384 kotak pada 28 Mac
2012.
Sejumlah 71 orang murid telah mendapat susu kotak pada hari
tersebut dengan jumlah sekotak seorang. Pemberian susu telah dilakukan
pada pukul 11.30 pagi bertempat di kantin sekolah. Taklimat program
diberikan oleh Tn Hj Mohd Dzul bin Shukor.
Setelah berkumpul pada pukul 11.30 pagi, murid-murid minum
bersama-sama setelah bacaan doa dibacakan oleh seorang pengawas
sekolah, Mohd Afiq Nur Najwan. Semasa murid-murid minum, pihak sekolah
telah mengambil beberapa keping gambar untuk tujuan pendokumentasian.
Program ini juga diselia oleh GPK HEM sekolah, Hj Mohd Dzul bin Shukor,
guru kesihatan serta guru bertugas mingguan. Semua murid beredar ke
kelas masing-masing setelah menghabiskan susu tersebut pada pukul 11.45
pagi.
Kotak-kotak susu yang telah diminum telah dikumpul sebagai bukti
pelaksanaan program ini. Namun, pihak sekolah mengalami masalah untuk
menyimpan sisa kotak-kotak susu tersebut sebelum diambil oleh pembekal.

Disediakan oleh,
oleh,

..
(MOHD ZULHUZNI RAZAK)

Disahkan

Guru Kesihatan,
SK Sungai Lui,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.

You might also like