You are on page 1of 4

TOKOH GURU

BIODATA DIRI TOKOH : Awang Mohamad (61)


Menyingkap sejarah kerjayanya, sebaik sahaja mendapat Diploma Perguruan
dari Sultan Idris Training College (SITC) Tanjung Malim, beliau mengajar di Sekolah
Kebangsaan Hamzah, Machang pada 1974.
Beliau bertugas selama enam tahun sebagai guru Matematik dan semasa di
sekolah itu, beliau memperkenalkan teknik pengajaran Matematik daripada seorang
guru yang terkenal dengan nama Mr. Mahboh Mahyidin.
Dengan kemahiran yang ditimba, beliau kekal sebagai guru pakar Matematik
sehingga ke akhir perkhidmatannya dan pernah dilantik sebagai Ketua Unit Matematik
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan.
Selama enam tahun beliau turut mendapat latihan di Pusat Perkembangan
Matematik KBSR di Kementerian Pelajaran dan sepanjang tempoh itu juga beliau
membimbing hampir 4,000 guru Matematik di Kelantan.
Awang menarik perhatian sikap yang tidak dapat dielakkannya sepanjang
perkhidmatan ialah mahu setiap sekolah yang diterajuinya menonjol dalam apa jua
bidang agar dapat dibanggakan oleh seluruh warga sekolah.
Selain mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama, beliau juga
mengarahkan sekolah itu dicat semula apabila pemerhatiannya sebelum itu mendapati
tiada seorang pun ibu bapa yang menoleh ke arah sekolah itu semasa melalui kawasan
tersebut.
Setelah mendapat perhatian daripada ibu bapa, beliau mula memberi tumpuan
kepada pengajaran bersama guru sehingga mencatatkan lonjakan kepada sekolah itu.
Beliau selepas itu berpindah ke SK Raja Bahar dan kemudian ke SK Islah, SK
Kubang Kerian 3 pada 2001 sebelum bersara pada 2006.

Menurutnya, selepas memasuki alam persaraan, beliau masih sukar untuk


mengikis sikap sebagai seorang guru yang membentuk keperibadiannya selama ini.
SUMBANGAN :
Penglibatannya dalam pelbagai aktiviti persatuan di peringkat kebangsaan
kemungkinan menyebabkan beliau lebih menyerlah dan khidmatnya diikuti.
Awang aktif memperjuangkan nasib guru melalui penglibatannya sebagai Yang
Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru
Dalam Perkhidmatan Pelajaran dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Guru
Lepasan Maktab.
Selama tiga tahun beliau memperjuangkan nasib guru dan guru besar yang tidak
mempunyai ijazah untuk mendapatkan kelayakan itu dan di bawah Program
Pensiswazahan Guru dan Guru Besar, kini 80 peratus guru berkenaan mendapat ijazah
yang diperoleh melalui kursus hujung minggu.
Beliau juga turut memperjuangkan kenaikan Gred Guru Besar Tertinggi yang
satu masa dahulu hanya setakat DGA 34 tetapi kemudiannya meningkat kepada DGA
38.
Daripada perjuangannya juga, guru yang berkelayakan mendapatkan
'Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (Golden Hand Shake)' memperolehnya
untuk tempoh empat bulan dan kemudiannya menjadi lima bulan.
Di sebalik kesibukannya berpersatuan, bekas guru besar itu tidak melepaskan
tanggungjawab menerajui sekolah dan mendidik murid-murid di lima buah sekolah
sepanjang perkhidmatannya.

CIRI-CIRI PROFESIONALISME :
Berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan
mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan
pedagogi pelajar.
Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan
bermakna.
Mempunyai keterampilan yang tinggi dalam suatu bidang serta
kemahiran dalam menggunakan peralatan tertentu yang diperlukan
dalam pelaksanaan tugas yang
bersangkutan dengan bidang yang diceburi.
Mempunyai ilmu dan pengalaman serta kecerdasan dalam
menganalisis sesuatu masalah dan peka di dalam membaca situasi
cepat dan tepat serta cermat dalam mengambil keputusan terbaik atas
dasar kepekaan.
Mempunyai sikap berorientasi ke depan sehingga punya kemampuan
untuk mengembangkan potensi yang terbentang di hadapannya.
Mempunyai sikap disiplin diri berdasarkan keyakinan akan kemampuan
peribadi serta terbuka menerima dan menghargai pendapat orang lain,
namun cermat dalam memilih yang terbaik bagi diri dan
perkembangan peribadinya.
Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti ( ICT ) dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion
Keguruan

Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke


semasa.

Ahli kumpulan :
Muhammad Nazif bin Che Rusli
Wan Mohamad Aiman Azri bin Wan Yusof
Mohamad Rafaik bin Ishak

You might also like